July 19, 2011

Luahan Masalah. Siapa Keutamaan Anda??


Crow selalu fikir ingin memfokuskan blog ini dengan cerita-cerita berkaitan kehidupan. Cerita yang boleh memberi renungan ringkas kepada semua. Kali ini, crow nak cerita tentang satu perkara yang sering kita terlepas pandang ketika kita di timpa suatu masalah.

Dalam menghadapi masalah, kita seringkali memerlukan bantuan dari orang lain. Setidaknya kita memerlukan seseorang untuk berkongsi masalah supaya beban yang dihadapi dapat dikurangkan dan diatasi. Persoalan yang timbul dalam fikiran Crow. Siapakah orang pertama yang korang akan cari apabila menghadapi suatu masalah? Adakah korang akan cari sahabat yang korang gelar Best Friend Forever, kekasih, adik beradik atau ibubapa?

Well.. Terpulang kepada anda untuk memilih siapa yang sesuai dan dianggap mampu untuk memberi perhatian kepada anda ketika dilanda masalah. Dalam entri kali ini Crow nak tekankan kesilapan dan keburukan yang logik dan terbukti apabila anda sebenarnya telah salah dalam memilih seseorang untuk berkongsi masalah.

Situasi 1 :

Si A berkongsi masalah dengan sahabat atau BFF nya iaitu Si B. Si A memilih Si B atas dasar percaya. Jika korang memilih cara ini, pastikan korang jangan lupa bahawa Si B juga mempunyai sahabat dan BFF tersendiri. Kebarangkalian untuk Si B menceritakan hal Si A kepada sahabat sendiri adalah tinggi.

Situasi 2 :

Si A berkongsi masalah dengan Abang/kakak atau adiknya. Si A memilih adik beradik atas dasar percaya. Jika korang memilih cara ini, pastikan korang jangan lupa bahawa adik beradik korang juga mempunyai BFF atau kekasih sendiri. Kebarangkalian untuk adik beradik menceritakan hal korang kepada sahabat atau kekasih adalah tinggi.

Situasi 3 :

Si A berkongsi masalah dengan ibu atau bapanya. Si A memilih ibubapa atas dasar percaya. Jika korang memilih cara ini, pastikan korang mendoakan kesejahteraan mereka berdua. Kebarangkalian untuk ibu atau bapa menceritakan sesama mereka iaitu suami/isteri adalah tinggi dan ini adalah pilihan yang terbaik.






Jika merenung kembali tingkah laku kita apabila menghadapi masalah, sering kita lupakan kedua ibubapa. Terutamanya apabila kita merasakan kekasih adalah keutamaan. Well, korang juga perlu ingat. Kekasih korang juga punya teman baik. Entahkan lelaki atau perempuan. Jangan pula nanti, apabila korang dapat tahu cerita tentang masalah korang sudah tersebar barulah korang mula tergadah sendiri. Koh3..

Crow faham, ada yang tidak berani atau tidak selesa meluahkan hal dan masalah peribadi kepada kedua ibubapa. Jadi bagaimana cara? Perkara yang crow sampaikan diatas adalah peringatan semata-mata. Agar kita faham, kebiasaan menyampai masalah atau cerita peribadi kepada orang lain mampu menimbulkan pelbagai  fitnah dan masalah yang lain meskipun tindakan korang menceritakan adalah diatas dasar "percaya".

Cubalah kita belajar mendidik diri supaya jujur dan ikhlas dalam mendengar masalah orang lain. Genggam kepercayaan mereka pada kita. Latih diri untuk memahami diantara cerita yang boleh dan tidak boleh untuk disampaikan kepada orang lain. Ingat! Latihan menjadikan kita profesional. keh3..


Notadahi : Kalau ade seseorang meluahkan masalah. Habis-habis situ sudah la. 
Cerita orang. Jangan dijaja pada yang lain. Koh3..





12 comments:

Fariq Jalil said...

Jadi bagaimana cara?

takde pon cara kat atas ni.. :ragu

tah la, aku pun ade cite ke tak mslh kat org lain, aku pun tak ingat,, keh3.. kalo mslh blog tu ade la rasanya, maklum la newbie.. kalo masalah personal tu tak tau nak cite kat sape, simpan sendiri je then pk cara nak solve.. :D

Syafiq Mokhtar said...

betul..perkara macamni sering berlaku..susah nak dielakkan.. atau boleh jadi xdapat dielakkan.. mungkin ini mentality semula jadi manusia yg xkan berubah..

nauzubillah..

thanks sharing :)

HusnaShuib said...

Situasi 3 yg the best. Parent adalah org yg paling dipercayai. :)

A.I said...

aku sangat pelik. aku men hentam jaa nak citer kat sapa2 pon.
tapi masalah aku besernya masalah remeh.
itu yang sapaa pon boleh dgr. HAHA

feeza macho said...

ta paham .

--_____________________--

Anonymous said...

Assalam...betul jugak.senang bagi yang rapat dgn ibu-bapa/penjaga...tp amat sukar bg yang ibu-bapanya bermasalah...pada siapa lagi nak mengadu masalah...manusia mana mungkin...

admin said...

situasi 3 :syg

admin said...

situasi 3 :syg

miss ct said...

Assalamualaikum...
bukan mudah seseorg tu nak meluahkan mslh pd org lain kecuali dia betul2 yakin bhw kwnnya itu pemegang amanah dan dia percaya... so tepuk dada tanya iman =)

Unknown said...

akak cerita kat suami je..
lepas tu ugut dia...
"jamgan cerita kat orang tau...
kalau abang cerita,siap la abang.."
hahhaahha...."siap la abang" tu bukan nak dera ye tapi "tettttttt"

hahahhahha

Aleen Aiden said...

slalunye klo citer kat kwn,mesti akan tersebar juga.selalunye lah.hu3

Siti Safiyyah said...

nak try cite kat mak ayah, tapi mak ayah buat macam kisah tak kisah ja. sudahnye cite dalam hati jela. T_T

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...