May 31, 2011

Hidup Cuma Sekali.


(Kepada manusia yang bosan dengan hidup)

Bosan?
Sesuatu yang lebih penting
Adalah berpaling tadah dari kehidupan biasa
Bukan bermaksud untuk lari dari keadaan normal
Juga bukan menjadi si pembelot kepada qada' dan qadar harian
Cuma harus lebih kreatif dan sentiasa berfikiran terbuka.

Jika kerja itu mesti di utamakan
Nescaya hanya kerja yang perlu di lakukan
Selalu begini..
Akhirnya tinggal apa untuk si tua nanti
Ya..
Kita pasti akan lalui zaman tua-tua kelak
Jika di izinkan yang Maha Esa..

Eh?
Tunggu sebentar
Bukankan pemikiran tadi lebih mementingkan diri?
Sepatutnya perlu di fikirkan
Apa yang tinggal untuk anak cucu nanti
Oh..
Kerana apa yang tinggal untuk si tua
Sudah pasti mati

Pernah orang kata
Bila mana menjadi kaya raya
Hei,
Bukan boleh di bawa ke kubur
Kerana di kuburan kelak
Tiada kedai Enterprise mahupun Sdn. Bhd. di buka
Untuk tiap kita membeli belah dengan hasil kerja semasa hidup
Jadi?
Buang masa berusaha untuk kaya raya di muka dunia

Sesetengahnya berkata..
Lebih baik bersederhana
Biar dunia mampu di pikul
Akhirat kelak mudah di jinjing
Hakikatnya..
Yang kaya lebih berusaha
Yang besederhana hanya di kedai kopi tiap jam 10 malam.
Yang miskin?
Punya 10 zuriat 
Yang berdaftar di pusat zakat.

Sahabat berkata tentang sesuatu
Apabila aku habis belajar kelak
Aku mahu bekerjaya
Agar hidup lebik baik
Supaya apa yang ibuku beri
Akan mampu di balas kembali

Satu persoalan cuba aku timbulkan
Untuk apa?

Aku berkata seraya lembut
Hidup sehingga tua
Mati
Bila engkau mahukan kehidupan yang lebih baik
Sebelum tua tiba
Engkau belajar demi kelak
Kerana mahu kehidupan lebih baik
Dan di setiap yang membantu engkau berjaya
Engkau akan balas seperti ibumu

Dan engkau
Jika berjaya seperti di atas
Dan akhirnya tua
Suatu hari..
Pasti sesuatu engkau merasa
Masih persoalkan..
Apa erti hidup ini..

Dan entahkan siapa yang tahu..
Cuma Al-Akhbar yang berkecuali..

Pelbagai persoalan yang timbul
Bila soal hidup ini muncul
Katakanlah wahai sahabat..
Alhamdulillah...




-Tamat-


May 29, 2011

Takhta Kali Ke-4 Buat FC Barca!


Keputusan Liga Juara Eropah Peringkat Akhir

Barcelona 3 - 1 Manchester United


29/08/2011 telah berlansung perlawanan akhir bagi Liga Juara Eropah (UEFA Champions League) di stadium Wembley, London England. Pemenang sudah di ketahui. Tahniah kepada penyokong dan Kelab Barcelona kerana berjaya merangkul gelaran Juara buat kali ke-4. 

Perlawanan semalam menyaksikan kejayaan Josep Guardiola mempersembahkan formasi tektikal 4-3-3 menentang formasi 4-4-1-1 oleh Sir Alex Ferguson. Kelab Barcelona menjaringkan 3 gol berbalas 1 gol dari Man United sekaligus memarbatkan kemenangan kepada Barcelona. 


Demn.... koh3..

------------------------------------------------------------------------------


Memang rasa tak best bila kelab yang kite sokong kalah. Tapi nak buat macam mane kan? Waktu-waktu macam ni la nak guna ayat tipikal :

"Kalah menang adat perlawanan" hehehe..

Persembahan Man United malam tadi amat mengecewakan. Semua pun tahu, formasi 4-4-1-1 hanya menjanjikan persembahan defensive berbanding formasi 4-3-3 yang lebih memfokuskan serangan. 

Ape yang Crow nampak, Kelab Barcelona menampilkan pemain senior dan berpengalaman. Corak serangan mereka lebih kemas dari segi pertukaran posisi. Manchester United pula lebih memfokuskan hantaran bola hanya kepada Wayne Rooney. Chicharito dan Fabio yang comel tu rasanya masih belum sesuai dan kurang berpengalaman untuk bermain dalam perlawanan akhir Liga Juara Eropah. Lebih-lebih lagi untuk menentang Kelab Barcelona. Chicharito (14) ibarat pemain tali pawau atau sebagai penonton di tengah padang. Eh? Korang tau ke 'tali pawau' tu ape? Kalau sape tak tau, sah korang takde zaman kanak-kanak. koh3..

Ape pun tahniah kepada Juara. Yang kalah boleh cuba lagi pada pusingan akan datang. Kan? (Ayat pujuk hati.. sob2..)

 Lambung-Lambung Josep Guardiola

 Penjaring Gol Pembukaan (Pedro Rodriguez) 27'

 Penjaring Gol Kedua (Leonel Messi) 54'

Penjaring Gol Ketiga (David Villa) 69'

Jaringan Tunggal Oleh Rooney (Man United) 34'


Winner of UEFA Champions League 2011 (FC BARCA)


Runner Up By Manchester United (Second Place)



I'm Proud To Be Man United Fans







This is UEFA Champions League 2011

-End-



May 24, 2011

Luahan Cinta Lelaki Poyo


Poyo? Ape tu? Crow pun tak tau. Ape yang crow faham, poyo adalah sesuatu perilaku yang budjet best dan menjengkelkan. keh3..

Ini cerita tentang lelaki yang baik. Lelaki yang memperlihatkan diri seperti seorang yang bertanggungjawab. Tetapi hakikatnya itu semua adalah jalan ke arah kemungkaran.

Ramai juga yang crow lihat, lelaki yang sedang asyik bercinta seolah-olah sedang melakonkan watak sebagai suami. Rajin menghantar si kekasih ke tempat kerja/belajar. Bila kekasih bosan di rumah pada hujung minggu, si lelaki pantas mengambil kekasih untuk di bawa bersiar-siar. Lihat sahaja pelajar-pelajar di Universiti yang di bonceng oleh teman lelaki apabila habis waktu kuliah. Lihat sahaja berapa ramai perempuan yang berdua-duan dengan teman lelaki di dalam kereta pada hujung minggu.

Lelaki jenis inilah yang di cari-cari oleh wanita. Perwatakan lelaki yang bertanggungjawab kelihatan amat sukar untuk di perolehi dan tak boleh di lepaskan.

Tetapi ketahuilah. Ia adalah suatu lakonan yang poyo dan menjengkelkan. Setiap kali si lelaki menghantar dan mengambil si perempuan adalah jalan menghampiri maksiat. Situasi ini adalah penyakit kepada masyarakat kita sekarang. Sikap acuh tak acuh ibubapa seolah-olah memberi lembu untuk di akikah. Memang perwatakan si  lelaki itu baik dan bertanggungjawab. Ramai sahaja ibubapa yang kata "Baik budak tu sebab rajin ambil dan hantar anak kita". Bercakap tanpa berfikir sedangkan sesuatu yang haram mampu terjadi.

Zaman sekarang, wali itu hanya di perlukan untuk sign di atas kertas nikah. Yang ketua keluarga itu hanya sebagai tukang beri makan. Akidah anak-anak adalah tanggungjawab majlis fatwa. Bila sudah berlaku zina, itu pula menjadi tanggungjawab polis dan Jabatan Agama. Bila mengandung yang haram. Sudah menjadi tanggungjawab pusat-pusat kebajikan. Inilah sikap kita sebagai masyarakat islam. Islam yang di lahirkan. Bukan sebagai islam yang mencari erti sebenar agamanya.


Tanggungjawab Hanya Selepas Sah Akad!


Cukuplah wahai lelaki. Cukuplah. Hentikanlah lakonan poyo itu. Tiada dalam al-quran tertulis itu tanggungjawab engkau sebagai boyfriend. Cukuplah wahai wanita. Cukuplah. Hentikan harapan pada lelaki seperti itu. Tiada dalam al-quran tertulis lelaki seperti itu yang mampu menjamin syurga engkau kelak.

Cukuplah wahai bapa. Cukuplah. Anak perempuan itu engkau jagai, bimbinglah sehingga suatu hari dia betul-betul di nikahi. Cukuplah wahai masyarakat. Cukuplah. Bukalah minda kita. Sikap yang kelihatan baik di mata bukan bererti baik di sisi Allah s.w.t.



Nota : 
Udah ler tu.. Gua sakit mate bila tengok lu angkot awek lu ke sana ke mari.
Gua sakit telinga bila lu cakap "Aku risau jadi ape-ape kat dia nanti" 
 Adeh.. Kalau lu risau, lu doa suruh tuhan yang jaga dia. Setel! 
Lu act lebeh la. Dah macam suami. 
Suruh nikah banyak pulak alasan!

Koh3..


-Sekian-


May 23, 2011

The Glory Of A 19th League Title!!


Crow masih dalam mood bola-bola-bola!! 
Yehaaa! 
Glory Glory Manchester United!

Semalam telah berlansung perlawanan akhir bagi pusingan liga inggeris 2010/211 diantara Manchester United bertemu Blackpool dengan berkesudahan 4-2 dan di menangi oleh pasukan kebanggaan Crow iaitu Manchester United. Dengan berakhirnya perlawanan semalam, Manchester United telah dinobatkan sebagai Juara Barclays Premier League bagi pusingan 2010/2011 sekaligus merampas kedudukan Chelsea tahun lepas. Dengan kejuaraan ini, maka Manchester United telah melengkapkan kejuraannya untuk kali ke-19 sepanjang musim Liga Perdana. 













(Sorry, tak clear. Gambar cilok biasalah. koh3..)


Perlawanan seterusnya menemukan dua kelab terkemuka dunia iaitu Manchester United dan Barcelona pada 28/5/2011 (Final) menerusi Liga Juara-Juara. Kehebatan Barcelona tidak boleh di sangkal. Mampukah Manchester United menumpaskan kelab Barcelona? Sama-sama kita nantikan. koh3.. uurrghh seram~ Barcelona tu beb.. full of top players...  sob2..


FC Barca vs Man United (Final)


-Glory Glory Man United-


May 21, 2011

Entri Syok Sendiri Oleh Crow!



Kali ni crow nak buat entri syok sendiri. Wakaka..

(Eh? bukan ke semua entri crow syok sendiri?) 

Ye ler.. Yew leww.. sob2..

Sabtu lepas crow membelanjakan beberapa ringgit untuk upgrade Dekstop PC peribadi crow. Hampir keseluruhan di upgrade walau bercampur dengan hardware lama. Ape yang crow upgrade? Jum kite tengok : 

Selepas Upgrade
Intel Desktop Board Socket LGA1155 
Core i3-2100 3.10ghz - Processor
4 Gb DDR3 of Ram
1 TB of HDD (lama)
NVIDIA Geforce 9600gt 


Kenapa crow upgrade pc? Nak tahu sebabnya? Jum tonton video di bawah ni dulu :






Amacam? wakaka.. Kepada sesiapa yang suke main game. Cubalah game Assassins ni. Comfirm korang akan ketar lutut. Bermula dari Assassins, Assassins II dan Assassins Creed. Sekarang muncul Assassins Creed : Brotherhood.

Asssassins Brotherhood yang terbaru ni best kerana pada edisi lama, asssasins ni berjuang seorang diri sebagai pembunuh hendap. Tapi dalam edisi terbaru ni watak tidak berseorangan sebab boleh rekrut 12 orang awam yang di tindas untuk di jadikan assassins juga sebagai geng. Wakakaka.. 

Banyak kelainan yang ada dalam game Assassins ni. Effect membunuh yang dasyat dan berlainan cara bagi setiap jenis senjata. Map game yang sangat luas. Boleh tunggang kuda secara bebas. Watak assassins kerap melakukan aksi lompat dari tempat tinggi yang mampu membuatkan pemain terkencing dalam seluar. koh3..


Cubalah game ni! Syok habis!

Nota : Game ni untuk 18 tahun keatas sahaje. Sebab ade part half naked. Sikit je. koh3..


-Tamat- 




May 20, 2011

Mari Main Hack-Hack

Isnin pagi, terdetik hati crow nak buka blog sementara menunggu waktu untuk bergerak ke tempat kerja. Selepas 5 minit crow buka blog, tiba-tiba template blog bertukar menjadi background Matrix. Mulanya crow sangka itu panggilan misi terbaru dari Neo dan Trinity. Mesti Agent Smith bual hal lagi la tu. Koh3.. Tapi lepas crow log-in akaun, password tak di terima. Aik? Pelik. Setelah Crow dan Neo mengkaji punca masalah, rupanya Agent Smith dah pasang "Pak Guard" yang di panggil 'Lone Ranger'. Ini mungkin bertujuan supaya Crow tak dapat masuk dan join misi Matrix bagi menghapuskan Agent Smith. Koh3..

Agent Smith sentiasa memusuhi Neo dan Crow

Amacam? Dah tahu apa sebab blog crow di hack? Logik tak cerita Crow ni? Keh3.. Tapi cerita yang sebenar baru je nak bermula..

Isnin pagi, crow terdetik nak belek-belek rumah crow. Ye la, hari isnin kan kene bangun pagi buang sampah. Kalau lambat lori sampah tak ambil nanti. koh3.. Crow pun keluarlah rumah untuk membuang sampah kat tong sampah awam yang berwarna hijau tertulis "Alam Flora" tu. Crow balik je rumah, tiba-tiba ade notis tertampal depan pintu. Die tulis "Kenapa kunci pintu guna colex? Gunalah solex. Baru kuat! Kami hanya test pintu anda.". 

Err.. Pagi tu crow pun blur2. Dah tu, die solex pintu rumah crow. Macam mane crow nak masuk? Kalau solex je takpe. Pintu crow habis di kopak. Crow blur lagi... Dalam keadaan itu, macam-macam yang crow fikirkan. Di antaranya ialah :

1- Bagi notis je dah la. Kenapa nak kopak template crow? Hacking plus Cracking ke? Pekej ni.
2- Kalau ye pun crow kunci guna colex, itu je yang crow mampu. Crow bukan ade basic I.T. nak gunakan solex.
3- Dalam notis kata, kalau nak semula template asal kena contact Lone Ranger. Sorry lah. Rumah aku kau pagar, aku yang kene pergi tuntut sendiri? Besar hak kau dalam rumah aku? 
4- Kau memang pandai kopak pintu rumah orang lain. Aku berharap sangat, ade orang yang pandai kopak motor kau kelak. Kau bandinglah sendiri.
5- Sampai sekarang aku masih tak faham ape yang cube kau sampaikan wahai lone ranger. Yang aku faham, ilmu hacking yang kau timba adalah untuk "Mari main hack-hack". Silakan. Tapi jangan lupa bayar duit pinjaman pembelajaran kau dulu. Itu lebih penting dari Hacking. 
6- Ape maksud "We just test your security" by Lone Ranger? Adakah sama maksud dengan "We just test your girlfriend" by Crow? Yup. Test. haha.. 


Thousand Thanks To :
Adamxis dan Jejaka Terhangat kerana banyak membantu Crow.


Nota : Ugrrhh.. mari abaikan yang sudah-sudah. Semangat berblog! Come to papa! kemon! koh3..

-Sekian-


May 15, 2011

Nikmati Cinta Dalam Kadar Agung


Tahun 2002 / Bulan Julai / Musim hujan.
Hazwani dan Nazri adalah pasangan kekasih. Mereka adalah diantara kawan rapat aku. Aku ketika itu masih belum kenal erti bercinta. Kami adalah remaja. Melalui saat-saat remaja bersama. Sakan kami keluar melepak setiap hunjung minggu menikmati zaman itu. Muzik punk adalah kegemaran kami. Arak bercampur Coke sudah menjadi minuman rasmi. Aku? Pernah juga mencuba-cuba. Rasanya? Masam +  payau + bau busuk  = Hina. Mungkin arak itu terlalu di war-warkan haramnya. Jadi apa salah mencuba? Jiwa muda..


Tahun 2003 / Bulan December / Musim hujan.
Hazwani dan Nazri masih pasangan kekasih. Kami masih berkawan rapat. Aku tidak bercinta. Kami sudah memasuki alam perkerjaan. Masih minat muzik punk. Arak sudah tidak di sentuh. Namun masih menjadi tetamu konsert kecil. 


Tahun 2004 / Bulan February / Tiada musim
Hazwani dan Nazri masih setia terhadap cinta mereka. Kami masih rapat. Aku single. Bekerja seperti hari-hari. Konsert kecil masih di ikuti.


Tahun 2005 / Bulan Mei / Tiada panas.
Hazwani single. Aku single. Nazri? Beliau mendahuli kami pergi menghadap yang Maha Esa. Hazwani runsing. Tangis jadi mainan seharian. Aku lansung tak berbuat apa-apa. Kalau aku memujuk Hazwani supaya tabah. Apa pula kata Arwah Nazri di sana? Sedangkan aku tahu. Arwah Nazri itu kuat cemburunya.


Tahun 2011 / Bulan Mei / Tak tahu lah musim ape..
Aku telah jauh berubah. Aku teringatkan Hazwani. Teringat tentang cerita dahulu. Cerita ketika tahun 2005.

----------------------------------------------------

Tahun 2005 / Bulan Jun / Masuk musim hujan
Hazwani dan Nazri adalah pasangan kekasih. Hazwani dan Nazri masih pasangan kekasih. Hazwani dan Nazri masih setia terhadap cinta mereka. Selamat tinggal sahabat ku. Cinta itu sentiasa di sisi kamu berdua. Allah s.w.t lebih menyayangi kamu. Aku masih single. Tidak pernah faham apa itu cinta. Mungkin cinta itu adalah hidup mati bersama? Mungkin.. tidak..

 Syirik. koh3...

Ini kisah benar. Hanya nama watak saja di ubah. Sesungguhnya zaman remaja adalah zaman yang sukar dan penuh cabaran. Penuh dugaan. Aku cuma gagak. Dalam seribu. Semua sama. Kita akan mati. Sudahkah kita bersedia? Allahhuakhbar.. 


Nota : Aku berdiri dalam realiti. Aku takkan mati. Aku cuma kembali pada Allah s.w.t. Dan itu yang aku gentarkan. Kerana aku kotor. Malu berdiri dihadapannya..
"Sesungguhnya, Dia Maha Pengampun".

Nikmati Cinta Dalam Kadar Agung 
Membawa seribu kelekaan dunia..
Berubahlah.. Masih ada ruang..

-tamat-


May 14, 2011

Nafsu Wanita vs Akal Lelaki ?


Umum semua tahu akan keadaan akal dan nafsu golongan lelaki dan perempuan itu berbeza. Lelaki di kiaskan mempunyai 9 akal dan 1 nafsu, manakala perempuan pula mempunyai 9 nafsu dan 1 akal. Tapi tahukah korang apa yang di maksudkan dengan kiasan ini? Adakah nafsu bermaksud sesuatu yang negatif seperti keghairahan terhadap seks?  Adakah akal pula bermaksud sesuatu yang positif seperti bijaksana dalam membuat keputusan?

Crow dah dengar macam-macam pendapat dari rakan. Korang pun mesti dah pernah baca isu ini di laman-laman internet kan? Anggaplah ape yang crow cuba sampaikan dalam entri ni sekadar luahan pendapat untuk di kongsi bersama.

Berbalik pada tajuk. Crow tak nafikan, lelaki lebih ghairah menunjukkan sifat serakah pada umum. Lelaki lebih cenderung menerjah dunia pornography, lebih cenderung merosakkan akhlak wanita, dan lebih cenderung menurut nafsu dari akal. Manakala perempuan lebih ramai mementingkan ilmu, lebih ramai menjauhi jenayah dan lebih cenderung menggunakan akal.




Dari situ kita boleh fikirkan. Apakah kaitan antara nafsu dan akal. Bagi crow, tidak kira berapa jumlah akal atau nafsu ia tetap berdamping antara satu sama lain. Dengan kata lain, tidak ada akal maka kita tidak kenal apakah itu nafsu dan begitulah sebaliknya. Ia di ibarat sebagai satu pasangan dan satu penyatuan. Bahawa wujud nafsu dan akal bertujuan mengimbangi fitrah manusia.

Firman Allah:
Bagi lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan;
dan bagi wanita ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan.
(Maksud: an Nisaa':32)

Lelaki itu mengusahakan sesuatu dengan akal jasmani. Golongan ini lebih cenderung melihat suatu aspek dari sudut pandangan rasional, mantik dan logikal. Perempuan pula mengusahakan sesuatu dengan nafsu rohani. Golongan ini lebih cenderung melihat suatu aspek dari sudut perasaan dan emosi.

Namun ramai di antara kita yang masih kerap membuat tuduhan dan pendapat yang melulu. Dikatakan lelaki itu lebih menggunakan nafsu kerana lelaki adalah kaum pervert dan kaki rogol. koh3.. Perempuan pula di tuduh seorang yang bodoh dan 'jenis yang mudah' kerana mempunyai 1 akal. Kan? Kan? keh3..

Fitrah manusia, kedua-dua golongan mempunyai nafsu dan akal. Tetapi Allah s.w.t memisahkan beberapa perkara supaya apa yang golongan ini usahakan pasti memerlukan antara satu sama lain.

Lelaki berfikiran rasional. Bila serakah menguasai diri, 90% tempiasnya pada wanita. Wanita berfikir secara emosi. Bila dahagakan kasih sayang , 90% tempiasnya pada lelaki.

Lelaki itu merogol. Kerana rasionalnya wanita adalah tempat menempias nafsu. Wanita mementingkan cinta sejati dan lelaki adalah tempat menempias kasih sayangnya. Jadi di wajibkan keatas manusia diantara lelaki dan perempuan itu di hakkan berkahwin. Perkahwinan adalah penyatuan bagi mengimbangi fitrah lelaki dan wanita. Ini juga penyatuan antara rasional dan emosi.

Jika rasional itu di biar bersendiri. Akibatnya lebih ramai wanita di perkosa. Jika emosi itu di biar bersendiri. Akibatnya ramai wanita membunuh diri akibat putus cinta, membuang anak dan pelbagai lagi tanpa belas kasihan.

Bapa rasional yang paling besar adalah Iblis yang menguna akalnya membandingkan ciptaan Allah s.w.t seperti "Api lebih baik dari tanah". Namun Allah berfirman dalam surah At-Tinn, ayat 4 bermaksud "Sesungguhnya kami telah jadikan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian". 

Memang logik dan rasional kata iblis. Zat api lebih unik dan baik ciptaannya berbanding tanah. Namun Allah s.w.t itu maha bijaksana. Sebaik-baik kejadian itu adalah manusia iaitu merangkumi sifat dan fitrah yang saling melengkapi. Dari sini kita boleh lihat. Akal yang tinggi tidak bermaksud lengkap segala-gala. Akal hanya mampu mengandaikan dan mendalihkan sesuatu hak.




Kesimpulannya, Lelaki di kiaskan mempunyai 9 akal bagi melengkapi 1 akal wanita. Manakala wanita mempunyai 9 nafsu bagi melengkapi 1 nafsu lelaki. Maka tanggungjawab lelaki adalah memimpin wanita. Dan tanggungjawab wanita adalah mendampingi lelaki dengan kasih dan sayang. Kesinambungan ini menjadikan fitrah manusia lengkap dan sempurna. Terlalu banyak perkara yang crow ingin kongsikan supaya korang semua lebih jelas dan nampak akan penyataan kebesaran Allah s.w.t  terhadap ciptaan manusia. Insyaallah.. kalau ada masa, crow akan buat satu entri berkaitan kesempurnaan ciptaan lelaki dan perempuan. Special beb! keh3..


Nota : Ciptaan tuhan tidak melebihkan sesiapa. 
Tetapi ciptaan Allah s.w.t adalah untuk melengkapi 
antara satu sama lain supaya kita akur dan faham 
akan kebesaran Maha Pencipta. 



May 8, 2011

Face + Blog = Faceblog??

Ape itu Faceblog?? Korang tak tau? Ape la korang ni... Tak up to date lansung. Skang ni ade satu komuniti di panggil Faceblog. Kalau nak tau lebih lanjut tentang Faceblog sila klik SINI.







SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Crow nak cerita kelebihan Faceblog tapi crow pun masih tak tahu. Sebabnya, crow join baru bace dan fahamkan. keh3.. Selalu orang bace dan fahamkan dulu baru join kan? Ke korang pun same macam crow? Kalau korang same macam crow, korang memang comel. Sebab crow comel. Koh3.. uhuk2..

Jom join Faceblog komuniti!


May 7, 2011

Agama Islam Modal Lawak Jenaka

Aku terbaca satu entri lawak berunsur Islam. Klik SINI. Aku ketawa terbahak-bahak bila tengok video lawak berunsur Islam. Klik SINI     

Dah bace? Dah tengk video tu? koh3.. Lawak kan? Ya, perkara dalam islam kalau di sentuh melalui cara 'Double Meaning' memang boleh dijadikan lawak tahap Maharaja. kah3..

Persoalan yang timbul dalam kotak pikiran sempit aku : 

Sesuai ke hal yang berkaitan Agama Islam guna cara
"Double Meaning"?




Ustaz kau yang cakap atau kau yang tak faham? Atau kau sendiri tak pernah bertanya dan fahamkan? kah3.. Ya.. aku tahu korang faham dengan lawak yang cuba mereka sampaikan. Lawak 'Double Meaning' kan? Orang bodo je yang tak faham. ahaha.. 

Tapi memang aku tak faham. Dan aku rase orang yang benar-benar faham dalam ilmu agama islam juga tak akan faham dengan lawak yang mereka cuba sampaikan.

Diriwayatkan hadith dari Abdullah b Najjiyi hadith dari bapanya hadith dari Ali (r.a) berkata hadith dari Nabi (s.a.w) yg bersabda: 'Tidak masuk malaikat (rahmat) ke dalam rumah yg di dalamnya ada ukiran (i.e. sculpture) (yakni, ukiran manusia atau haiwan yg hidup, termasuk gambar-gambar yg timbul), dan (tidak masuk juga, jika) ada anjing, dan (tidak masuk juga jika) ada penghuni rumah yg berjunub (i.e. belum mandi junub).' [Hadith an-Nasa'i, Kitab Toharah (Bersuci)]

Aku rase rasulullah s.a.w menyebut 'Malaikat Rahmat'. Apa kena mengena dengan Malaikatul Maut? Apa 'Double Meaning' yang di maksudkan dalam lawak mereka? Korang percaya yang sikap malaikat itu semua sama kerana mereka adalah "Malaikat"?? koh3.. Oh.. Jadi maksudnye sikap kesemua Iblis itu sama, kesemua Jin itu sama dan kesemua Manusia itu sama? Kalau korang fikir mcm ni, ini baru betul-betul lawak. kah3..

Jika tidak tahu apa yang cuba di sampaikan mengikut satu maksud, tak perlulah pandai-pandai nak menjelaskan dengan dua maksud. Nanti kau yang salah, kami semua lingkup. Pendek kata, tak payah lah nak cerita unsur lawak, nasihat, pedoman berkaitan islam dalam blog kalau diri sendiri tak mampu fikir kewajarannya kepada umum.



Nota : Takde nota kot. koh3.. lawak tak? wakaka..

-Tamat-


May 6, 2011

Demokrasi vs Disiplin Dalam Bercinta

Bercinta sangat sinonim dengan kita. Zaman sekarang, masih ada  yang kata "aku tak percaya cinta"? Kalau ada, itu modal untuk aku gelakkan. Kah3..

Pendapat aku tentang dunia cinta sekarang :
- Perempuan yang sudah terbiasa bercinta lemah hatinya dan tidak boleh berseorangan tanpa teman lelaki. 
- Manakala lelaki pula mudah bosan dan suka beralih kepada mana-mana perempuan. 

Jadi konklusinya, perempuan yang di tinggalkan akan mencari kekasih baru dan lelaki akan teruskan perangai mengubah cinta kerana bosan dengan cinta lama. Keliru kan? Memang, sebab kita sendiri keliru pada cinta palsu ini.

Bercinta memang baik. Cuma tiada asas dan batas. Crow faham bercinta itu demokrasi. Setiap manusia punya hak untuk bercinta. Tetapi siapa yang tahu tentang disiplin dalam bercinta??

Eh? Cinta pun pakai disiplin ke? kah3.. 
Macam sekolah la pulak. kah3.. 

Ahaha.. ketawalah.. ketawa. Esok lusa kau di tinggalkan dalam keadaan tanpa maruah, baru kau sedar. Esok lusa kau di tinggalkan tanpa nafkah untuk anak dalam perut, baru kau sedar? Dan kau si lelaki. Mahukah engkau pada perempuan yang sudah di ciumi orang untuk di jadikan isteri dan bakal ibu kepada anak engkau kelak? Erm.. Mari kite fikir semula tentang percintaan kita.

Crow, kalau pernah terjadi macam mane? Eh, senang lah. Yang lepas itu kau lebelkan "ex" . Kemudian engkau bercintalah lagi. Boleh juga aku jadikan modal ketawa melihat telatah cinta engkau nanti. kah3.. Bukan ke cinta itu demokrasi? Kah3..


Iklan : Patung atas Quran. Sudah tiada manusia?


Memang merasakan cinta itu adalah fitrah manusia. Jatuh cinta jadi lumrah kita. Tetapi fahamilah. Setiap yang diharamkan itu bersebab dan melakukan kemungkaran itu berhukum.

Berdisiplinlah dalam bercinta. Jaga tertib dan keperibadian. Jaga maruah. Jaga nafsu serakah. Jaga kebersihan  akhlak. Beringatlah. Kepala ini berzakat. Jangan mudah di beri makan kepada musang berjanggut.

Jadi crow rase, disiplin dalam bercinta perlu di asaskan dan di taklimatkan kepada pelajar seawal usia. Bukan pelajaran seks yang menggalakkan penggunaan kondom. Kah3.. itu taklimat untuk anak yahudi.



Nota : Mari bantu crow. Kita sama-sama terapkan disiplin dalam bercinta.

-tamat-



May 4, 2011

Segmen Jom Kipas Blogger By Fariqscorpio


Kalau Comel Klik La Banner


Ni segmen kipas blogger. Ahaha.. Crow tak pandai nak kipas2 ni. Tapi kalau nak kene kipas jugak. Crow ade cara. Crow gune kipas lipas. koh3.. Pelawok~ pelawok~

Ok. Serius. Crow mula berblog pada usia ehem..ehem.. Sejak crow mula berblog. Crow makin mengenali ramai blogger, lebih-lebih lagi blogger yang sudah mempunyai ramai follower.

Tapi dalam banyak-banyak blogger yang top, ade satu blogger ni yang paling cool. Blogger ni adalah subjek Crow untuk di kipas dalam segmen ini. Siapa kah blogger itu?? Jeng..Jeng Jeng..





Mula-mula dulu, Crow mcm segan nak tegur blog ni. Ye lah, nama blog pun "Solihin Zubir". Memang blog pemes ni. Tapi Crow buat muka selamber je la tegur. Lagi pun bukan die tau muka Crow mcm mane kan? kah3.. Nak tau ape jadi lepas crow bg komen kat solihin?

Pergh.. Solihin adalah seorang yang peramah beb! Bukan sahaje beliau terus membalas komen Crow malah beliau turut komen di blog crow yang anih ini. Terharu.. Terus crow bloglist blog die sebagai blog paling crow minati. heheh..

Blog die sangat cool dan best. Entri mantap! Kebanyakan entri lebih mengutamakan unsur keislaman.Terbaik! Entri berunsur politik pun ade. koh3.. Lepas tu pula, crow dapat tau beliau juga adalah penyokong kelab Manchester United! Lagi la terbaik!!

Satu entri beliau yang paling crow suka adalah :


Wakaka! Itu lah entri beliau yang paling terbaik crow baca.

Last kasi kipas. Solihin adalah blogger yang hensem dan jambu. 
err.. dan masih single. hehe..


Ini Segmen Jom Kipas Blogger By Fariqscorpio
-Tamat-

Filem Arahan The Crow Picture -Cabaran Minggu 2-


Industri perfileman adalah satu cabang industri yang menjanjikan keuntungan jutaan ringgit. Ini kerana permintaan dan kehendak masyarakat terhadap industri perfileman amat tinggi.

Jika Crow sendiri di beri peluang untuk mengarah sebuah filem, sudah pasti peluang itu tidak akan di lepaskan. Crow juga mempunyai sebuah cerita impian yang ingin di adaptasi menjadi sebuah filem dan di mainkan di panggung-panggung seluruh tanah air. Nak tahu apakah filem yang crow ingin arahkan? Mari sama-sama kita saksikan sinopsis filem ala Crow! koh3..

Mei 2011
"Pemburu Cinta Gagak"
Sebuah Filem 3D Terbitan The Crow Empire 
Arahan The Crow


Sinopsis Filem

Sebuah filem mengisahkan tentang kehidupan seorang jejaka bernama Edward Crow. Edward Crow adalah seorang jejaka kacak, berketerampilan dan maskulin. Di sebabkan beliau sangat tampan, beliau telah di buru oleh empat orang gadis yang bernama Lis, Jue, Zeera dan Roz.

Perkenalan Edward Crow bersama empat orang gadis itu berlaku di dalam sebuah laman Blog kepunyaan Edward Crow. Keempat-empat gadis berkenaan telah menjadi follower dan rajin memberi komen kepada setiap entri di blog Edward Crow. Namun begitu, timbul kegusaran di hati Edward Crow kerana setiap komen yang di berikan oleh ke semua gadis itu pasti akan di akhiri dengan ayat "Not just following you here". Edward Crow yang berhati suci bertukar menjadi resah dan gusar, lebih-lebih lagi setelah rakan blogger lain membicarakan satu entri bertajuk "Stalker!!"

Kehidupan Edward berubah selepas beliau percaya bahawa beliau adalah mangsa buruan keempat-empat gadis berkenaan.

Suatu hari, perjumpaan di antara blogger diadakan di Ampang Park. Edward Crow turut menghadiri atas jemputan oleh seorang rakan blogger bernama Fariqscorpio. Tidak di sangka, majlis perjumpaan di antara blogger itu telah mempertemukan Edward Crow bersama empat gadis berkenaan. Maka bermulalah empat jenis epilog cinta berlainan rasa dan cara. Siapakah sebenarnya kesemua gadis itu? Adakah mereka  memburu cinta Edward Crow? Bagaimana Edward Crow menangani situasi bersama empat gadis? Nantikan kemunculan "Pemburu Cinta Gagak" Mei ini.


Para Pelakon

Crow - Edward Crow
Lis - Lisa Surihani
Jue - Juliana Evan
Zeera - Ummi Nazeera
Roz - Rozita Che Wan

Pelakon Undangan

Fariq - Fariqscorpio



Nota : Jangan saman saya. Saya orang susah.. kah3..

Sekian sahaja cabaran dari 100penulis minggu 2
-Tamat-

Dapat RM100?? Ini Cara Crow! -Cabaran Minggu 1-



Berbelanja adalah sebahagian dari pemangkin ekonomi. Duit yang kita dapat, tak kira dari hasil titik peluh atau di beri secara percuma adalah untuk digunakan.. Jika di simpan, bukan bermaksud tidak di belanja. Cuma lambat di guna.

Pada hari ini, semua merasakan RM100 adalah nilai yang kecil. Ya, tahun demi tahun crow juga berasa hal yang sama. Kalau dapat RM100?? Ape lah sangat.. Harga minyak naik, harga makan dan minum naik. Yang paling merunsingkan, harga rokok pun naik. 

Macam mane hendak berhenti merokok??? 
Runsing...  Harga naik..
Bila runsing, mulalah mencari rokok.. koh3..

Jangan risau.. Crow ade cara macam mane nak besarkan nilai RM100. Eh? Boleh kita besarkan nilai RM100? Of koz la boleh! Macam mane? Mari ikut cara Crow :

1- Sila berikan duit RM100 kepada budak berumur 12 tahun ke bawah. Kompom nilai RM100 anda jadi besar. Besar pada budak2 tu. koh3..

2- Pergi ke kedai dan beli 6 biji gula-gula kopiko menggunakan duit RM100. Mesti tuan kedai kata "Besarnya duit". Ya, nilai RM100 anda jadi besar bila membeli gula-gula.

3- Kita selalu isi minyak dalam tangki kan? Cuba anda isi minyak dalam botol minirel 1.5L. Berapa biji botol berisi minyak yang anda dapat menggunakan duit RM100? Mesti orang tegur "Besar RM100 kalau nak di isi dalam botol.. RM2 suda.."

4- Masuk tandas awam, tunjuk duit RM100 korang. Kompom tak boleh masuk. Kenapa? Sebab nilai RM100 anda akan jadi besar di tandas awam. keh3..

5- Hulurkan RM100 korang pada crow. Kalau 10 orang yang hulur RM100. Total jadi RM1000. Lihat! RM100 korang dah jadi RM1000. Cara ni paling berkesan untuk besarkan nilai RM100 korang. wakaka..


Besau duit, Besau belanja. koh3..


Ok. Tu je la cara untuk membesarkan nilai RM100. Jadi jangan fikir RM100 itu kecil. Cara penggunaan kita yang salah menyebabkan nilai itu menjadi kecil. Kah3..


Nota : Crow tag Fariqscorpio dan Kak Diana. tehehe...

Sekian sahaja cabaran dari 100penulis minggu 1
-Tamat-

May 2, 2011

Asas Menyelenggara Komputer

Rasa nak menaip lagi. koh3.. Maklumlah. Cuti-cuti ni kalau tak melepak, crow layan blog je la. Kali ni terfikir nak kongsi dengan semua tentang asas meyelenggara komputer tak kira desktop atau laptop. Next time kalau ade peluang, crow cerita tentang asas menyelenggara server.

Masalah utama yang paling merunsingkan adalah berkaitan perkakas rosak. Bagi laptop dan desktop, masalah yang sering terjadi adalah berkaitan dengan kepanasan atau overheated. Ini terjadi kerana pengaliran udara terganggu. Akibatnya, chipset dan processor cepat kong. Nak repair, boleh mencecah RM200 ++.

Ini Chipset. Keluaran Intel corp.

Cara mencegah. Jangan gunakan lappy di atas tilam / bantal. Sila gunakan laptop cooler / cooler pad yang baik. 6 bulan sekali hantar kepusat servis komputer untuk membersihkan habuk2 dan menukar heatsink gel.

Ini heatsink gel/Thermal paste/Thermal grease. koh3..

Perkara kedua yang paling merunsingkan pengguna adalah berkaitan hard disk. Hard disk rosak tanpa backup boleh mengakibatkan segala data simpanan anda hilang. Selalunya, tanda-tanda hard disk yang hampir rosak akan menghasilkan satu bunyi aneh. "Krek.. Kreek.." lebih kurang mcm tu la bunyinye. koh3.. 

Cara mencegah. Jika anda kerap install/uninstall perisian dalam komputer atau kerap delete apa2 file. Rajin lah buat defragment kepada Hard Disk. Pengguna microsoft window telah di sediakan utiliti disk defragmenter. Atau korang boleh download software defrag yang lain secara percuma di internet seperti di filehippo.com.

Jika hard disk anda mengalami bunyi yang pelik. Segeralah buat backup ke hard disk lain. Manakala hard disk yang hampir rosak itu di format menggunakan software 'low level format'. Insyaallah dapat memanjangkan jangka hayat hard disk.

Jadi, 2 perkara ini yang paling merunsingkan pengguna. Pertama masalah overheat (kepanasan) dan kedua adalah masalah hard disk yang rosak tanpa backup. Jangka hayat perkakas elektronik bergantung pada tahap kepanasan. Lagi panas, maksudnya lagi pendek jangka hayat perkakas.

Ni lah asas yang crow nak cite. koh3.. kompom sume dah tau. Kalau ade ape2 yang nak tanye atau nak di kongsi. Boleh post di kotak komen. hehe..

Nota : Software ibarat nyawa, perkakas ibarat jasad.

May 1, 2011

Perlukah Hari Pekerja?

Umum semua tahu, Hari Pekerja atau Hari Buruh di sambut pada 1 Mei setiap tahun. Kalau masih tak tau apa itu Hari Buruh dan sejarahnya boleh rujuk SINI

Persoalannya, perlukah menyambut hari pekerja?

Selepas tamat alam persekolahan. Aku mengenal erti alam pekerjaan. Tapi tak jugak. Aku mula kerja part time pun masa umur 15 tahun. Macam2 part time aku buat time tu. Part time jual ayam goreng kat pasar malam. Hantar gas ke rumah orang . Banyak lagi. Waktu tu hanya fikir nak dapat duit je. Sebulan RM300 dalam tangan. RM300 time tu dah cukup besau dah bagi aku. koh3..

Bila tamat sekolah aku mula mengenali pekerjaan Full Time. Tapi bekerja seiring umur muda yang semakin meningkat memang sukar. Lebih-lebih lagi tak berpelajaran tinggi. Jadi dalam kepala otak ni asik berfikir macam mana nak keluar dari kepompong hidup. Tak pernah aku fikir pasal hari pekerja, hak pekerja, dan sistem pekerja. Yang aku fikir cuma nak gaji dan cuti. keh3..

Rupanya, di Malaysia ini luas rezekinya. Mudah untuk mendapatkan pekerjaan jika faham apa jenis pekerjaan yang kita mahukan. Di Malaysia juga ada bekalkan praktikal kepada student. Tapi masalahnya cuma sekejap. 3-6 bulan kita buat praktikal untuk sesebuah syarikat. Lepas tu ke hulu ke hilir lah student mula mencari kerja bila tamat pembelajaran. Kawan aku ramai yang degree cume koje kerani je. Takpe, pelan2. Pelan2 bayar PTPTN yeh! koh3.. Ramai juga kawan aku yang ada degree tapi masih menganggur. Tak tau lah dorang ni mengejar kerja jenis yang macam mane? ish3..

Bagi aku, kerja apa pun jangan memilih. Bukan jawatan yang menentukan pintu rezeki kita. Bukan kerja yang glamour penentu masa depan kita. Tetapi usaha dengan kudrat sendiri. Banyak hadis menyebut :

“Tidaklah seseorang makan makanan sedikitpun lebih baik dari makan yang dihasilkan dari pekerjaannya sendiri, Bahawa Nabi Allah Daud AS makan dari hasil pekerjaannya sendiri,” (Bukhari)

“Barangsiapa yang pada petang harinya kepenatan kerana bekerja dengan tangannya sendiri maka di malam harinya ia mendapat keampunan”. (Thabrani)


Rasulullah saw pernah memegang tangan seorang yang membuat kerja kasar, lalu bersabda:
“Ini adalah tangan yang dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya.”



Sebagai menghargai dan menghormati jasa mereka yang telah berjuang untuk menegakkan  hak dan sistem pekerja buruh. Jadi kita memang perlu menyambut 1 Mei pada setiap tahun. Kalau bukan kerana perjuangan mereka, mungkin sistem kerja 12 jam sehari masih berleluasa. Korang sanggup kerja 12 jam / 6 hari seminggu? Aku tak sanggup!



Selamat Hari Pekerja Kepada Semua Kaki Tangan Awam Dan Juga Swasta!



Nota : Semoga semangat dan perjuangan hak pekerja tidak lapuk! 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...