June 29, 2011

Jatuh Cinta Lagi..


Sememangnya.. aku tidak pandai untuk menolak rasa ini. Sebetulnya aku perlu akui. Setepatnya aku perlu yakini. Bahawa, aku jatuh cinta lagi.. Setelah melihat akan tinggi keperibadian beliau. Akan ilmu yang beliau curahkan kepada aku. Sesungguhnya aku benar-benar telah merendahkan hati. Lalu terbuka ruang cinta ketika mendengarkan bait-bait kata dari ucapan beliau.. Marilah, sama-sama kita mendengar dan beramal.






Satu kata boleh ku ungkap. "Hebat!". Ya! Beliau sangat hebat!

Semoga jasa beliau mencurahkan ilmu bagi membimbing saudara sesama islam di rahmati dan di redhai Allah.. Amin..

Notadahi : Usah lah engkau merenung nasib itu. Bukan engkau yang menentu. 
Apa yang perlu kau tahu. Dia Maha Pengasih lagi Maha Adil untuk setiap sesuatu..


-Cinta-



June 27, 2011

Mari Bebas Suara!


Salam Satu Malaysia. 

Cewah~ Pendahuluan pun dah nampak acah-acah Patriotik. Eh? Patriotik ke Pro kerajaan? muahaha.. Ok, abaikan. koh3.. 

Hari ni kite boleh lihat, masyarakat di Malaysia dan seluruh dunia sudah memahami hak kebebasan dalam menyuarakan sesuatu pendapat. Di Malaysia, kebebasan bersuara adalah suatu perkara yang lantang untuk di pertikaikan atau di isukan dengan terperinci. Namun begitu, masyarakat kini sudah faham akan jenis kebebasan bersuara yang di benarkan dan tidak bercanggah dengan akta kesalahan dalam negara ini.


Aku syairkan suara alam. phew~

Ahli politik, NGO, Aktivis, dan Blogger adalah golongan yang sememangnya berpengaruh dan mempengaruhi melalui skop 'Bebas Suara'. Dengan bermodalkan kebebasan bersuara, maka dapat menjamin status golongan ini.

Ahli politik serta badan NGO lebih menguasai di bahagian akhbar dan media tempatan. Aktivis pula lebih cenderung melontarkan suara ke arah muzik, blog, youtube dan Funzine. Ini adalah strategi bagi membolehkan setiap pendapat yang di suarakan berjaya sampai kepada umum.


Persoalan yang timbul, apakah hasil bagi mereka-mereka ini?

Wang ringgit. Yes. Sudah tentu wang ringgit. Apabila kite menyuarakan pendapat kepada umum. Pendapat yang di suarakan itu boleh mempengaruhi seseorang. Tidak kira siapa pun. Ahli politik, NGO, Blogger, pemuzik jalanan atau aktivis tidak berdaftar. Mereka menyuarakan adalah demi wang ringgit. Dan ini adalah salah satu cabang bisnes 'murah' yang menguntungkan dengan hanya bermodalkan 'air liur'. Bisnes yang di eksplotasi dari hak kebebasan bersuara. 

Bila hak ini di salah guna. Maka fitnah, gosip, memutar belit fakta dan idealogi karut berleluasa. Orang kata "Bila cerita meletup. Untung." Phew~ So, blogger guys & girls. Korang fikir lah sendiri. koh3..


 Notadahi : Mencarut selagi boleh. Itu kebebasan bersuara. hahaha.. 
Pale Hotak Hang! wakaka.. larikk!


-Tammat-






June 23, 2011

Header Baru Memang Cool!

Cube korang jeling-jeling header crow yang terbaru. Amacam? Ganas tak? koh3.. Tak ganas pun. Lebih ke arah cool! kan? wakaka..

Ce teka siapa yang buat? Haha.. Designer header ni seorang perempuan tau. Well, perempuan memang kretif. Untuk kali ni je la crow puji pempuan okeh. Lain kali takdak dah. keh3...

Dengan setinggi penghargaan, Crow kredit kan entri ni khas untuk :


LyzX Azil Shah

Keliks banner untuk tahu


Siapa LyzX ni? Beliau adalah salah seorang geng di BCR. Beliau juga adalah seorang designer. Terbaik beb design LyzX ni. Korang boleh lawati page INI untuk melihat hasil kerja beliau yang cantik, mantap dan terbaik. Banyak header yang telah beliau hasilkan.

Kalau korang berminat dan mahukan header mengikut citarasa sendiri (Citarasa okeh. Bukan songeh. koh3..). Korang boleh la singgah ke blog beliau dengan pantas. Pastu pandai-pandai la korang bodek sikit. Mane tau, kalau die ade kelapangan dan boleh bantu korang untuk mencantikkan lagi blog. Kan? Insyaallah..

Crow pun tak tau nak balas ape pada LyzX ni. Jadi crow balas dengan serangkap pantun je lah. koh3..

Indah bagai coret lukisan,
Lukisan dagangan rakyat pelabuhan,
Ribuan terima kasih Crow ucapkan,
Budi baik LyzX akan jadi kenangan.


Thank you LyzX!



June 17, 2011

Suara Rakyat (Edisi Blogger)


Apabila bercakap. Getaran yang di keluarkan dari mulut terus ke telinga si pendengar. Pernah tak korang rase mendengar ini adalah merbahaya? Ini kerana, telinga selaku corong input adalah tidak mempunyai tapisan. Yang menapis adalah akal. Adakah akal kita cukup baik untuk menapis input yang negatif?

Setiap hari kita bertemu dengan seseorang. Berbual dan mendengar adalah menjadi fitrah seharian. Dalam sehari, berapa kali kita mendengar suara-suara yang tidak baik? Mencarut. Memaki hamun. Fitnah dan Umpat.

Walhal kita hanya mendengar dan tidak mengungkap kata kesat, namun otak kita tetap menyerap perkara negatif yang di sampaikan. Kesannya, apabila marah "babi". Apabila sakit hati "F**k". Apabila kecewa "Hack". eh? koh3..

Perilaku kita seharian adalah di sebabkan oleh terapan input dari luar. Sama ada positif mahupun negatif. Sebahagian dari rohani kita sangat dahagakan input yang positif. Alasannya seperti apabila kita merasa resah, tidak sedap hati atau inginkan tempat yang harmoni adalah ungkapan bahawa kita sedang dahagakan sesuatu input yang positif.

Islam memperkenalkan pelbagai teknik. Bersolat sebagai contoh. Di beri 5 ruang waktu yang wajib di lakukan adalah untuk membilas input negatif yang hadir setiap hari. Zikir dan selawat juga adalah cara mudah untuk kita mengisi suatu yang positif ke dalam rohani. Tak perlulah clubbing, togak arak atau stim2 dengan perempuan. erk? koh3.. Perkara ini hanya kelihatan menyenangkan pada dasar namun menghasilkan input negatif dalaman.

Jadi, dengarkan suara ini. Semoga dapat dijadikan input yang baik untuk hari ini :




Don't talk. I'm not listening. Coz, i'm wearing an iPod. koh3..



Notadahi : Tak kira pemimpin, blogger atau sesiapa.
Berbicaralah serendah nada. Kerana mata yang membaca, 
telinga yang mendengar mahukan input yang baik belaka..
Kita ini dahagakan positif. Hormatilah diri kita.

-Tamat-



June 15, 2011

Pesta Hackers!


Seorang manusia mencipta kunci. Seorang manusia menjual kunci. Seorang manusia membeli kunci. Seorang pencuri memecah kunci. Seorang polis di jawat untuk menangkap pencuri yang memecahkan kunci. Hal ini berlaku. Berulang-ulang hingga ke akhir zaman.

Jika pencuri berjaya memecahkan kunci. Maka kunci yang di cipta itu gagal. Penjual tiada kene mengena. Yang jadi mangsa adalah si pembeli kunci.

Jika pencuri berjaya memecahkan kunci. Maka pencipta kunci akan membuat kunci yang baru dan lebih kukuh.

Jika pencuri masih berjaya memecahkan kunci. Maka pencipta kunci akan terus mencipta kunci yang lebih kukuh.

Si mangsa adalah si pembeli kunci. Jawatan polis terus di buka bagi menangkap si pencuri.

Dan perkara ini akan berulang-ulang sehingga tamat dunia. Perilaku yang membuang masa. Ajaran si yahudi besar.



------------------------------------------------------------------------------------------------------

Si Pencuri                      = Hackers/Crakers 
Si Pembuat Kunci          = Pembina Laman Web 
Polis                              = Pasukan Keselamatan Web
Si Pembeli (Mangsa)      = Pengguna Awam Portal web. 





Notadahi : Di belakang kau cool. Aku yakin. 
Di depan, kau cuma sorang nerd dan geek. koh3.. Face me in reality.
Baru buku bertemu ruas.


(^_____^)

Stop la heboh2 pasal hackers. Dalam tak sedar, korang dah menyokong usaha dorang.
Kau tahu ilmu hackers ini siapa punya? Yahudi.

Text Blogger Setajam Pisau (Edisi Blogger)


Kak Diana. Rajin memberi semangat kepada blogger baru. Fariqscorpio. Baik hati untuk membantu dalam memberi jawapan tentang persoalan di dunia blog. Jejaka Terhangat. Suka memberi teguran membina tentang proses blogging dengan cara lebih efektif. The Crow. Tetap hensem.. koh3..

Anda pula bagaimana?

Apakah sumbangan kita pada orang lain? Adakah kita merasa dunia ini tidak perlukan mereka yang lain? Atau masih persoalkan seperti anak kecil "Tolong orang? Apa yang aku dapat?".

Jika kita berada di atas. Jangan lupakan mereka di bawah. Ini perkara asas yang kita perlu tahu apabila duduk di sesebuah tempat. Kita manusia. Punya pusingan menangnya. Tidak akan kalah sampai bila-bila. Walau apa yang kita lakukan, saling bantu membantu itu adalah perkara kecil yang boleh menghasilkan sesuatu yang sangat besar kelak. Bukan janji. Tapi pasti. Insyaallah..

Crow pernah menegur seseorang. Beliau jawab "Ini cara aku". Jawapan seperti anak kecil. Jadi, aku balas juga seperti anak kecil. "Jika itu 'cara' engkau, aku punya hak untuk menegur. Adakah engkau mahu mempersoalkan hak aku?".

Dunia blogging, di sinilah tempat kita isukan perkara. Di sinilah tempat berkata-kata juga mendengar dan berfikir. Anonymous, penggodam blog atau sesiapa, cubalah lisankan dengan nyata. Dan di akhir publish tidak kira entri atau komen. Sisiplah dengan hormat. Ini adalah perbuatan paling ringkas dalam dunia. Aku ulangi. Perbuatan paling ringkas dalam dunia.. iaitu Menghormati..

Kesimpulannya, walau apa cara dan tujuan kita berblog. Berdampinglah dengan sikap hormat dan saling bantu membantu. Dunia blogging ini ramai. Bukanlah tempat untuk diperlihatkan kesemua perangai.


So? Anjing juga tahu menghormati. Fikirkan.
(^____^) 


Notadahi : Phew~ entri pendek adalah cabaran paling besar. koh3..




June 13, 2011

Buai Laju Laju


Hai,

Korang semua pernah main buaian kan? Bila kita hayun buaian, pasti timbul satu perasaan yang asyik dan seronok dalam diri. Lebih asyik kalau ade yang sudi membuaikan.

Membuai perasaan sangat sinonim dengan kita. Setiap hari kita di buai dengan sesuatu. Ade yang buka webpage "Tumblr"? Melihatkan gambar-gambar unik disana, boleh membuai perasaan dan emosi. Semalam ade layan Akedemi Fantasia? Mendengarkan nyanyian dari persembahan Hazama, membuai perasaan teruja. Pernah tengok wajah hensem Crow? Melihatkan kehenseman crow, membuai rasa ingin cinta-cinta dalam hati korang. Kan? koh3..




Sentiasa dan selalu kita di buai. Inilah dunia. Menjanjikan nikmat yang membuai perasaan. 

Saya mesti mendapatkan sebuah kamera dslr kerana saya minat mengambil gambar yang cantik-cantik. Saya mahukan Guitar LTD Kirk Hammet Vintage kerana saya mahu jadi macam BunkFace. Saya mahu masuk uji bakat nyanyian kerana saya memang minat menyanyi.

Tatkala kita membuai rasa ini dengan laju. Semoga tiada bala yang menimpa. Nauzzubillah...



Notadahi : Sedang belajar buat entri pendek. koh3..


Buai Laju Laju...
-Tammat-


June 12, 2011

Freebise Bulanan Dari Abdul Farique? ( Versi Dot Com )


Cool Freebise Bulanan Dari Abdul Farique


Seorang blogger (top blogger ni) iaitu Abdul Farique telah memberi peluang kepada semua untuk memiliki pemberian ikhlas 'Freebise Bulanan' darinya. Selepas Crow bace dalam entri INI, Crow mendapati beliau telah memilih seorang blogger yang bertuah untuk memiliki domain DOT COM selama setahun.

Persoalannya, pasai pa Crow buat entri 'FREEBISE BULANAN' oleh Abdul Farique ni? Pasai Crow adalah blogger bertuah yang telah di pilih oleh Abdul Farique la. hehehe.. Kata pepatah 'Tuah ayam nampak di kaki, Tuah gagak nampak di hati" cewah! koh3...

Pemilihan beliau adalah berdasarkan dari Contest Geng BCR yang julung kali di adakan. Walaupun hadiah DOT COM ini bukan tajaan rasmi kepada pemenang, namum pemberian kali ni Abdul Farique berbesar hati untuk memberikan hadiah kepada peserta dari kontest tersebut.

Secara peribadi crow berpegang pada kata "Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa". Pemberian domain DOT COM dari Abdul Farique sangat-sangat Crow hargai. Mungkin tuah ini adalah ruang dan peluang di antara dua blogger iaitu The Crow dan Abdul Farique saling kenal mengenali dengan lebih rapat. Insyaallah.. Mane lah tahu kot2 ade peluang kite pi jamming same2 nanti. keh3..

Jika domain ini di realisasikan oleh Abdul Farique. Crow memilih "thecrowempire.com".


Nota : Orang tua-tua ada kata "Mangkuk tingkat jiran, jangan di pulang kosong". koh3.. 
Insyaallah.. Kalau ada kesempatan, pasti akan di balas nanti. 
Terima Kasih Abdul Farique.

(^_____________________^)

June 9, 2011

Hujah 'Couple' Dah Basi! (Penutup)


Ramai blogger yang meluahkan pendapat tentang isu ini. Macam-macam pendapat yang crow bace dari sependek patah kata hingga seperti sebuah entri di blog crow atau blog lain. koh3.. Terima kasih. 

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Betul tak? Jadi crow buat entri ni khas sebagai penutup cerita. koh3.. 


Gambar ni dah 2 kali masuk dalam blog crow. Suwitkan?


Di akhir cerita ini. Crow masih menegaskan tentang tiada istilah 'Haram berkapel'. Ramai yang mengeluarkan pendapat menggunakan Firman (Allah s.w.t), Hadith (Rasulullah s.a.w), Riwayat (Imam dan ahli kitab) dan pendapat sendiri (blogger.. hehehe..). Tahniah. Kerana asas 'cakap-cakap' kita tidak lari daripada islam. 

Apakah itu Berkapel? Tiada definasi khas untuk perkataan berkapel. Ia hanya di adaptasi dari Bahasa Inggeris iaitu 'couple' atau dalam Bahasa Melayu di sebut 'pasangan'. Namun lebih di kenali oleh masyarakat kita sebagai pasangan yang bercinta diantara seorang lelaki dan perempuan tanpa ijab qabul.

Apakah itu Haram? Haram adalah hukum larangan. Ia di tegaskan melalui Rasulullah s.a.w oleh firman Allah s.w.t. Hukum haram ni panjang kalau nak cerita. Tapi crow bg ringkasannya di sini. Hukum haram ini ringkasnya jika dilakukan akan mendapat dosa dan jika di tinggalkan dapat pahala.

Jelas?? Jadi mari kita baca petikan di bawah :


Soalan
Assalamuailakum ustaz...apakah hukum berkapel?..adakah salah seseorang itu berkapel?

Jawapan

Hukum berkapel hukumnya adalah harus dengan syarat menjaga batas-batas pergaulan yang ditetapkan dalam Islam iaitu dengan menutup aurat, tidak berdua-duaan kecuali ditemani mahramnya dan berkomunikasi dengan bahasa yang sopan dan tidak melanggar syariat Islam.


Ya. Hukum berkapel itu harus. Apa itu harus? Definasi hukum harus ni panjang jgk kalau nak dicerita. Di hukumkan 'harus' ketika sesuatu hal itu berada di tengah-tengah. Contohnya di antara pujian dan celaan, di antara yang penting dan di ketepikan. Ringkasnya, buat tak buat tak dapat apa-apa. Dan hukum harus sendiri mendapat perbezaan pendapat.

Contoh :
"Ulama fiqh dan ulama usul Fiqh sepakat menyatakan, harus adalah amalan yang tidak berbentuk suruhan (samada suruhan buat atau suruhan tinggal). Pendapat ini menyalahi Kha’bi dan pengikut-pengikut pendapat mu’tazilah." 

Okeh. Kesimpulannya crow menegaskan tiada definasi "haram berkapel". Tolong beritahu crow siapa yang menjatuhkan atau meletakkan hukum haram pada 'berkapel'. Kalau ada, crow sendiri akan menjatuhkan hukum "Haram berpasangan"!! Pernah dengar haram berpasangan? koh3... mestilah takde. Sebab "Haram berkapel", "Haram berpasangan" tidak pernah di firmankan oleh Allah s.w.t Wallahualam... dan ingatlah, hukum datangnya dari firman Allah. Dari firman di sampaikan/di hadiskan oleh Rasulullah s.a.w dan di riwayat oleh para imam dan ahli kitab. Jadi bila menjatuhkan hukum pada sesuatu itu adalah melampaui Allah s.w.t. Korang pun tahu apa hukumnya melampaui Allah s.w.t samada secara sengaja atau tidak kan? Nauzzulbillah... Fikirkanlah. Kapel, atau dah kawen atau masih singgle. Tetap haram hukum bagi mendekati zina dan maksiat. Bukan ape yg cuba di maksudkan dengan kapel itu sahaja.

Hukum bercinta sebenarnya adalah "Harus"! bukan "Harus lah berkapel"! Itu dah lari maksud dan pengertian ini . koh3.. Hukum 'harus' di sini memberitahu bahawa merasakan cinta kepada berlainan jantina adalah fitrah manusia, namun bercinta adalah senjata syaitan bagi menyesatkan manusia. Dari Nabi Adam as telah di kisahkan kepada kita semua. Adam melihat hawa. Adam jatuh cinta pada hawa (Adakah haram?). Adam dan hawa kemudian di nikahkan. Hawa yg sudah bernikah melakukan yang haram setelah di goda iblis. (yang dah nikah pun kalau melakukan yang haram tetap haram)

 Jadi 'Hukum Harus' paling tepat. Bercinta atau tak, tetap tak dapat apa-apa. Berkahwin pula halal kerana dapat pahala. Dan melakukan maksiat haram kerana mendapat dosa.

Ringkasan :
Berkapel/bercinta/berpasangan = tidak dapat apa-apa (Harus)
Berkahwin/bercinta lepas kahwin/di ijab qabul walau tidak mencintai =  Dapat pahala (Halal)
Melakukan maksiat sama ada 'kapel' atau tidak, cinta atau tidak = Dapat dosa (Haram)


Mari kita amati dengan lebih dekat isu-isu berkapel?

Seorang lelaki dan perempuan yang mencintai satu sama lain. Satu pasangan bercinta cara islam. Satu lagi pasangan bercinta cara omputih. koh3.. kire kapel 'rengan-rengan' la ni. hehe..

Kedua-dua pasangan ini bertanyakan adakah salah untuk kami bercinta? Apa jawapan korang? Adakah korang akan cakap "Haram berkapel"? phew~

Jadi cara terbaik adalah mengatakan hal yang sebenarnya. Kan lebih mudah. Bercinta itu harus (boleh), kerana cinta itu fitrah manusia tetapi jangan melakukan yang haram dari batas pergaulan diantara bukan mahram.

Manusia ni banyak pertanyaannya. Ada yang bertanya saya mencintai seseorang namun saya takut akan menghadapi godaan nafsu dan syaitan? Berpuasalah. 

Ade yang tanya kalau kami kapel tapi tak melanggar syariat bagaimana? Baguslah. Teruskan dan sentiasa ingat Allah itu maha melihat. 

Ada pula yang tanya bagaimana cara untuk saya kawal nafsu apabila dengan perempuan yang saya cintai? Mudah saja. Jangan sesekali melanggar hukum haram yg di syariatkan. Jika dalam keadaan bejauhan tapi masih tidak tahan nafsu ucaplah "Astaghfirullah". Jika masih tidak dapat menahan segeralah berpalingkan diri dari tempat asal, berwuduk dan bersolat. Jika masih teringatkan si dia juga walau selepas solat. Berzikirlah. Semoga zikir itu memalingkan nafsu dan medekatkan hati pada Allah. 

Banyak cara sebenarnya yang kite faham dan boleh lakukan untuk mengekang nafsu ketika sedang di lamun cinta. Tapi masih ramai yang tidak faham lalu membahaskan hadis yang entah diri sendiri pun tidak pernah faham hujung pangkalnya. Ada pula yang melakukan maksiat kecil atau 'rengan-rengan' atas alasan iman tak kuat. koh3.. Kalau dah terbuat. Segeralah bertaubat. 

Jika masih kurang jelas tentang isu kapel. Crow nasihatkan jangan hanya membaca, tapi bertanyakan pada orang bijak pandai dalam agama. Tak kesah la nak tanya imam, bilal, ustaz (guru) dan lain-lain. Silakan~ 

Apa yang crow bicarakan, bukan untuk membanding-banding siapa lebih pandai atau hadis siapa lebih hebat atau siapa lebih baik hujahnya. Itu semua adalah sikap penting diri.  Apa yang crow buat hanya untuk diri dan di kongsi bersama dengan menegaskan bahawa hukum itu tetap. Tidak boleh di pergunakan, di bolak balik atau di contohkan pada sesuatu yang bukan pada tempatnya. Tak kiralah oleh blogger atau sesiapapun. Dan di ingatkan, apa yang crow tulis dalam entri dan komen adalah pendapat. Ternyata pendapat boleh di sangkal. Silakan~



Nota : Taip punya taip.. Apsal panjang lagi entri crow ni.. phew~ 
Jumpa lagi di entri lain ya! koh3...

-Penutup-



June 8, 2011

Hujah 'Couple' Dah Basi! (Part II)


Berdasarkan pembacaan crow tentang isu 'kapel' (Couple) itu haram, isu 'kahwin dulu baru bercinta' dan satu lagi isu 'Kapel dan Babi'. Anda boleh baca di SINI, SINI dan SINI.

Crow dah kupaskan sedikit dalam entri lepas di SINI. Ini isu tentang pasangan lelaki dan perempuan yang bercinta tanpa ikatan yang sah. Di gelar masyarakat sebagai 'kapel' (couple).

Abang Salih kate "Ape barang kapel? Kawen terus!" keh3..

Dalam entri ini Crow menegaskan bahawa tiada istilah kapel/berpasangan/bercinta adalah haram dalam islam. Dan hukum haram bagi babi tidak boleh sama sekali di kaitkan dengan haram yang lain. Berulang kali crow tegaskan, haram itu bersebab. Dan setiap yang haram itu tidak sama haram dengan yang lain. Maknanya, satu-satu perkara yang telah Allah s.w.t haramkan mempunyai sebab-sebab tersendiri dan tidak terkait antara satu sama lain kecuali dalam golongan yang sama. Hanya persamaannya adalah ianya telah di larang.

Babi itu haram yang tergolong dalam haram makanan manakala kapel/berpasangan/bercinta jika di katakan haram, ia adalah tergolong dalam sifat manusia. Telah di haramkan fitrah babi, samada dari menyentuh, memakan, berperilaku seperti babi dan sebagainya. Tiada apa yang boleh menegah/mempersoalkan akan fitrah babi yang haram walaupun harus memakan babi jika darurat tetapi babi tetap haram.

Manusia mempunyai fitrah ingin berkasih, bercinta dan memiliki pasangan. Fitrah ini pemangkin perasaan lelaki dan perempuan untuk berdua/berkapel//berpasangan. Jelas? Jadi persoalannya, adakah bercinta/berpasangan sebelum di ijab qabul itu haram?

Soalan
Assalamuailakum ustaz...apakah hukum berkapel?..adakah salah seseorang itu berkapel?

Jawapan

Hukum berkapel hukumnya adalah harus dengan syarat menjaga batas-batas pergaulan yang ditetapkan dalam Islam iaitu dengan menutup aurat, tidak berdua-duaan kecuali ditemani mahramnya dan berkomunikasi dengan bahasa yang sopan dan tidak melanggar syariat Islam.

Petikan soalan dari islamgrid.gov.my


Jadi crow fikir, maksud kapel pada masyarakat kite sekarang adalah di kaburi dengan gejala-gejala berdua-duan, 'rengan-rengan', mengandung anak haram dan pelbagai lagi. Jika begitu, zina dan maksiat memang punca utama mengapa sesetengah mengatakan "haram jika berkapel".

Ketahuilah, sikap yang ada dalam berkapel seperti diatas adalah dari pengaruh barat, media, filem-filem yang menonjolkan aksi tidak baik pada kita bermula dari kecil. Kita tidak pernah di tonjolkan cara untuk mencintai insan berlainanan jantina dengan cara yang betul dan tepat mengikut ajaran islam. Tiada lansung bimbingan dari awal kepada kita bagi menyalurkan rasa cinta ini kepada berlainan jantina.

"Secara kasarnya ada sesetengah ulama menganggap mengurat dan bercinta itu halal tetapi kebanyakkan ulama yang lain pula menganggap haram. Bagaimanapun dikalangan ulama Fekah terdapat beberapa orang ulama yang merupakan pencinta yang hebat seperti Daud az-Zahiri yang merupakan imam Mazhab az-zahir"

" Tidak dilihat (penyelesaian) bagi dua orang yang cinta-mencintai kecuali NIKAH " ( Riwayat Ibn Majah, al-Hakim, sohih menurut al-Hakim, As-Suyuti , Al-Jami' As-Soghir, no 7361, 4/397 cet Jahabersa). - Tidak menyatakan haram berkapel.

Syeikh Al-Munawi menegaskan ubat yang terbaik bagi pasangan yang sedang asyik bercinta dan kasih adalah Nikah ( Faidhul Qadir, 5/294) - Tidak menyatakan Haram berkapel.

Jangan menghebahkan kepada awam sekali mana belum di ijab kabulkan, kerana ikatan ‘janji untuk berkahwin' boleh membawa fitnah dengan mudah. Ia juga boleh terungkai dengan beberapa cabaran semasa pertunangan. ( Nizom al-Usrah Fil Islam, 1/214) - bertunang juga masih di kira berkapel kerana belum di ijab kabul.

Yang sebenar-benar haram ketika berpasangan sebelum di ijab qabul adalah :
  1. Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.
  2. Haram ber"dating" dan berkapel tanpa disertai mahram yang thiqah.
  3. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat sama ada sms, phone, chat, mesengger.
  4. Awas fitnah masyarakat sekeliling.
  5. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.
  6. Haram melihat kepada aurat masing-masing.
  7. Awas daripada bertukar gambar.
  8. Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul.
8 perkara diatas bukan lah haram dalam berkapel. Tetapi lebih tepat adalah haram bagi lelaki dan perempuan melakukan perkara diatas kepada berlainan jantina. Jelas??

Jadi isu haram adalah sangat besar. Jangan kita samakan satu hukum haram dengan hukum yang lain. Jika begitu, manusia akan bermuka-muka. Contohnya, alang-alang pegang tangan awek, lebih baik rase secebis daging babi. Haram juga. Alang-alang mencuri kuih sebiji, lebih baik merogol anak dara. Haram juga kan? koh3..

Yang haram itu bersebab. Dan di setiap yang haram itu tidak boleh di kaitkan dengan haram yang lain. Mengapa kapel yang haram, memakan babi yang konon di islamkan pula di jadikan contoh? Logik ke reka cerita ade orang mengislamkan babi? Koh3..  Kan lebih logik kalau membandingkan haram kapel dengan haram merogol. Rogol la macam mane pun. tetap haram. heheh.. Tapi janganlah pulak ade yang buat. koh3.. Crow pulak yang menanggung nanti. keh3.. Oh.. nanti senang2 crow cerita tentang "kahwin dulu baru bercinta". Syok, perempuan mesti suke. Sebab ade banyak kebaikan pada perempuan. koh3.. Banyak kebaikan pada perempuan? Yup, tapi sila jangan gedik sangat okeh. tehehe...



Nota : Ade ke yang sudi membaca entri crow ni? koh3.. Entri panjang berjela, pening orang nak memahamkan... Jejaka Terhangat tolong ajar crow.. sob2..


-Tamat-



June 7, 2011

Hujah 'Couple' Dah Basi!


Bercinta sebelum ijab dan qabul di gelar oleh masyarakat sebagai 'kapel' (couple) iaitu berpasang-pasangan diantara seorang lelaki dan perempuan. Hal ini sudah berlanjutan dari zaman datuk nenek kita dahulu. Dalam berkapel, perkara rasmi yang kerap di lakukan adalah keluar bertemu janji atau kebiasaannya di panggil 'dating'.

Dalam sekitar tahun 60-an, filem-filem melayu sendiri telah menjadi pemangkin minda masyarakat untuk keluar bertemu janji. Kalau kita lihat, kebiasaannya temu janji dalam filem melayu adalah berdua-duaan di bawah pokok, di zoo negara dan banyak lagi. Bermula dari zaman itu, kini filem melayu mengetengahkan babak berdua-duaan itu bebas di mana sahaja.

Hari ini, banyak hujah-hujah mengatakan 'Couple itu haram'. Ada yang kata, haram sebab itu adalah jalan mendekati zina dan maksiat. Crow tak nafikan hal macam ni boleh berlaku. Orang kata, anak muda zaman sekarang asyik bercinta-cinta dan akhirnya mereka terhanyut dalam noda. Jadi Crow kata, berapa ramai pula yang bercinta dan akhirnya berjaya dengan perkahwinan?

Kita selalu begini. Tidak pandai membandingkan yang mana buruk dan baik. Kita kata bercinta dan berkapel itu adalah sesuatu yang negatif kerana mendekati zina, maksiat, dan dosa. Tidak pernah pula kita kata, berkapel itulah yang menyebabkan berjuta rakyat islam berkahwin. Cuba kita pandang sekeliling kita. Hari ini, siapa yang sudah berkahwin tanpa bercinta terlebih dahulu?

Oh, kapel itu haram.. Kahwin dulu baru bercinta. Yang sudah berkahwin juga ramai yang 'makan luar', berzina, main nombor ekor, rasuah, minum arak, dan rukun islam di tinggalkan. Jadi bagaimana? Masih lagi berfikir mahu "Berkahwin dulu baru bercinta?" Hidup biar realiti. Jangan di impikan macam drama. Bercinta lepas kahwin adakah indah belaka? Sedangkan ibu kata "orang tak kenal jangan di tegur". Inikan pula mahu berkahwin. hehehe.. Entah-entah lepas kahwin nanti, suami itu sudah berpunya tiga. Tidak pun si dia kaki rasuah. koh3.. Mati-mati kau di tipu. Mahu minta cerai? Nauzzulbillah.. Relevan ke kahwin dulu baru bercinta?


Lihat. Mereka 'kapel' tapi tidak bersentuhan. Keh3...


Hidup biar rasional, carilah yang halal lagi baik. Yang haram itu pula bersebab. Kalau kata kapel itu haram, crow rase agak keterlaluan. Kalau sebab bersentuhan bukan muhrim itu haram maka bersentuh itulah yang haram. Jadi elakkan bersentuh bila berkapel. Kalau keluar berdua-duaan itu haram jadi keluarlah bertiga atau lebih. Cuba kita fikirkan, perkara-perkara untuk menjauhi maksiat kita mampu lakukan. Bila kita menjauhinya, adakah kapel itu masih haram? 

Contoh lain. Kerja di bank dan kira duit. Kerja itu halal. Tapi bila mencuri duit, itu haram. Kite kapel. Kapel itu haram. Tapi bila kita cuba menjauhi unsur maksiat dalam berkapel, kapel tetap haram? Eh??

Anak muda yang hanyut dalam kancah percintaan. Mereka muda. Naif dalam hukum hakam agama. Yang membimbing itu siapa? Yang mencerca itu kita. Fikirkan. Berkapel sebelum berkahwin, pastikan kita lakukan apa yang terbaik untuk diri kita tanpa membelakangkan agama Allah s.w.t. kerana yang menghitung adalah 'Dia' kelak. Ini bukan janji, tapi pasti. koh3..



Nota : Bila anak gadis di rogol oleh teman lelaki sendiri. Kite kata kapel adalah punca. 
Kalau tak kapel, agak-agak korang tak boleh rogol ke? koh3.. 
Yang sebenarnya, kite naif.. naif.. naif.. tentang agama sendiri. 
Kita kalah dengan godaan.
Ya Allah.. Ya Rahim.. kasihani kami..

-Tamat-




June 5, 2011

What U Give? U Get Back!


Umum semua percaya, hidup ini umpama roda. Adakala kita di atas, adakala kita di bawah. Apa yang kita lakukan hari ini pasti akan memberi impak pada hari mendatang. Samada baik atau buruk, pasti kita sendiri akan merasa hasilnya.

Pernah juga, apa yang baik kita berikan. Buruk adalah balasan. Kadangkala, berlaku buruk itu pula diberi balasan yang baik belaka. Sebagai contoh dalam konteks blogger. Post berunsur agama, nasihat dan manfaat kepada pembaca di buat khas bagi memberi kebaikan kepada semua. Namun hasilnya, tiada impak pada sesiapa. Fokus hanya di berikan kepada entri berunsur lawak jenaka, lucah, kritik, gosip dan sebagainya. Umpama emas zhulian di beri percuma. Ramai sahaja yang menadah tangan malah berkongsi tunjuk-tunjuk pada semua.

Dunia blog semua jenis judul pun ada. Di olah oleh seseorang untuk menarik minat pembaca. Jalan cerita? Itu perlu ikut sikap semua. Mahu lakar cerita yang baik, mesti selit unsur-unsur lawak jenaka. Tak kurang yang berlucah sahaja. Kerana ini yang di terima pembaca. Kalau asyik serius bercerita. Pembaca pun mudah bosan. Betul tak? Siapa yang mahu singgah untuk jenguk entri berisi dan baik namun asyik serius semata?

Dari penulisan hingga ke pembacaan. Pembaca juga main peranan. Di sini ceritanya berbeza. Yang baik-baik sahaja. Dia komen "betul. Tak baik bla.. bla.. bla..". Di sana ceritanya berbeza. Yang geli-geli sahaja. Dia juga komen "hahaha.. betul. Bla.. bla.. bla.." Eh? Atas pagar rupanya. Ingatkan yang baik kau kendong yang buruk kau cicirkan. Rupanya dua-dua kau sapu. Ringkasnya, Iluvislam itu kau singgah baca, BeautifulNara kau 'bookmark' kan. koh3...

Jadi aku merumuskan, bukan yang baik dan buruk kita pertikaikan. Tetapi, kedua-dua itu adalah inti pada sikap kita. Menerima kedua-dua secara terbuka samada yang baik atau buruk.

Jika aku kata begini "Jaga 'kemaluan' diri. Koh3.. Kerana malu itu sebahagian dari iman." Nada seolah berbaur lucah. Atau "Jagalah sifat malu dalam diri. Kerana sifat malu itu pedinding iman seseorang." Nada lebih serius dan tepat. Namun yang mana mudah di terima oleh pembaca? Oh yes. Sudah pasti nada yang pertama.

Hakikat tetap hakikat. Yang menyatakan kebaikan dengan cara keburukan itu tidak pernah ada dalam ajaran atau dakwah islam. Nyata sekali dalam dakwah Rasulullah s.a.w. tiada intonasi berbaur kritik, lucah dan sebagainya ketika menerangkan kepada umum atau menyampaikan sesuatu.

Hari ini, bila menulis tentang suatu isu, kita bolak balik cerita dengan kretiviti lucah dan kritik supaya pembacaan menjadi lebih seronok dan meriah. Ada kita kesah? Tentulah tidak. Kerana jalan cerita begini sudah tecerna dalam minda dan hati. Lagi meriah cerita, lagi 'stim' la nak bace. koh3..

Nak lagi stim kalau cerita pasal awek2. Awal cerita tentang gadis gedik. Akhir cerita tentang nasihat kepada gadis supaya jangan gedik. Tak elok. Ahahaha.. Agak brengset di situ.

Cara penyampaian akan memberi impak pada semua.


Apa yang kita beri, kita akan dapat kembali. Yes. Penulis menyampaikan tentang sesuatu kepada semua. Pasti si penulis dapat ganjaran setimpal dari apa yang telah di sampaikan. Tidak kiralah menulis di blog, di medan akhbar, media, di dalam majalah atau buku. Kesemua yang kita sampaikan tetap di hitung di hari perhitungan nanti. Wallahualam... Bermula dari akal turun ke hati, dari hati kita suarakan melalui mulut dan tangan. Di setiap penyampaian pasti dua. Cara baik atau buruk. Dan penyampaian itu telah di janjikan perhitungan 'Nya' kelak.

Adakah menulis itu satu kebebasan? Adakah persiapan kita sudah cukup untuk menyampaikan sesuatu kepada umum? Masihkah wajar untuk anda lisankan "Ini blog aku, aku punya suka"?

Fikirkan pepatah ini :

Naik tanpa persiapan,
Turun tanpa penghormatan.
Jika bukan di sini. 
Pasti di akhirat nanti.


Nota : I'm not a blogger. I'm just an ordinary writer. koh3... 

-Sekian-



June 3, 2011

BCR Kontest: Kamilah Geng BCR!!


Nota : Contest ini dianjurkan oleh Ketua Geng BCR iaitu Jejaka Terhangat and The Admins. Contest ini hanya di buka kepada seluruh warga blogger yang telah menjadi ahli persatuan BCR secara rasmi. Kepada sesiapa yang ingin join contest tapi masih belum menjadi Ahli 'BCR'. Anda perlu menghambakan mendaftarkan diri dengan rela hati di SINI



Keliks gambar untuk tahu!


Apa itu Blogger Chat Room (BCR)? Korang tak tahu? Bagus. Meh abang crow nak cite sket. koh3.. BCR ni ringkasnya adalah satu laman chat yang di cipta khas bagi memberi ruang kepada para blogger untuk berkumpul, berkenalan dan berinteraksi. 

Ape tujuan diwujudkan BCR ni? Semua pun tahu, komunikasi adalah penting. Tampilnya cetusan idea 'BCR' oleh anak muda iaitu Jejaka Terhangat selaku pengasas laman chat ini, banyak memberi manfaat dan memudahkan para blogger untuk berinteraksi. BCR kini sudah menjadi satu lonjakan baru kepada aktiviti blogger.

Maaf kalau ayat diatas seperti teks ucapan ketua kampung. Koh3.. Ok, ramai blogger yang dah tau BCR ni amende sebenarnya. Dalam banyak-banyak geng BCR. Crow nak kenalkan 3 geng yang paling sengal senget. Koh3.. err.. tak2.. sebenarnye Geng BCR semuanya senget. wakakaka.. uhuk2.. Antara geng yang crow nak sebut ni adalah mereka-mereka yang sudah mengenali diri 'crow' di sebalik topeng gagak ni. Crow sayang dorang~ eeuuuwww.. keh3.. Jom kenal dengan dorang!


BCR The Gengs :

The Fariqscorpio (BCR Admins)
- Fariqscorpio? Beliau adalah blogger yang aktif dan sentiasa menambah baik kualiti Blognya. Beliau kreatif dalam mengajurkan pelbagai contest dan aktiviti kepada para blogger. Beliau juga adalah Admin di BCR. Jika di blog beliau terkenal dengan ayat "Bukan Cerita Pasal Kala Jengking", di BCR pula beliau kerap menggunakan ayat "Away~ nak layan movie" keh3.. 

The Feeza Macho (BCR Sponsors)
- Beliau adalah seorang gadis blogger yang cute namun sentiasa beranggapan bahawa diri beliau adalah macho. Sangat suka melukis menggunakan aplikasi paint dan di adaptasi dalam setiap entri beliau. Feeza adalah ahli BCR paling tegar dan paling menceriakan. Koh3.. 

The Elyna (BCR Admins)
- Beliau adalah admin di BCR dan seorang novelis blogger. Beliau tidak pernah mengenal erti jemu bagi menghasilkan karya novelis di dalam Blog beliau. Sebagai novelis, beliau hanya menggunakan identiti nama sahaja di dalam blog. Jadi identiti dan rupa sebenar bagi watak Elyna ini crow tak dapat nak kongsikan kat korang. koh3.. Beliau juga aktif di BCR. Tapi beliau hanya chat 2,3 minit lalu 'away'. wakaka..


Contest kali ni crow dengan bangga dan berbesar hati untuk meng-tag :


Ini BCR Kontest: Kamilah Geng BCR

-Done! Yeah!!-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...