December 30, 2012

Don't Give Up

Biarlah aku hidup. Atas mukabumi yang sementara ini, biarlah aku hidup.

Dulu, sewaktu kecil. Aku lebih suka pergi ke sekolah agama berbanding sekolah kebangsaan. Di sekolah agama banyak pengisian, fizikal juga rohani. Dulu, sewaktu kecil. Aku antara adik beradik yang paling kerap kene tibai dengan ibu. Ibu kata aku anak degil. Ibu kata aku tak suka disiplin. Ibu kata aku suka ikut suka. Dulu.. sewaktu kecil.

Dan disetiap hal ada keseimbangannya. Macam aku, ketika kecil sangat nakal. Oh, jahat itu lebih tepat. Jahat sangat. Sampai ibu banyak kali tangis. Aku suka keluar rumah ikut suka. Aku suka tibai ayam peliharaan orang. Aku pernah curi kat kedai basikal. Dan macam-macam lagi. Dengan menghantar aku ke sekolah agama, sedikit membuatkan jiwa ini ada keseimbangan. Bayangkan jika ibu tidak ambil peduli? Bayangkan jika di Malaysia tiada sekolah mendidik agama? Maka anak kecil yang terbiar kenakalan mampu membiakkan terus kejahatan.


walau siapa kita pada masa lalu
terimalah diri kita seadanya pada hari ini
kerana tanpa masa lalu
kita takkan berdiri untuk hari ini

kenangan…
walau pahit untuk dikenang
untuk dibuang terasa sayang



Hari ini sudah dewasa. Dalam dewasa melihat-lihat akan kelibat manusia yang hidup di merata-rata. Aku rasa, setiap manusia yang aku lihat depan mata, kesemua pasti mengakui pernah ada sejarah hitam dalam hidup. Persoalan yang timbul dari kotak pemikiran. Kenapa Allah menguji manusia dengan kesesatan yang membenam diri kearah kejahilan?

Jelas. Kerana dunia ini adalah sebatang jalan. Apabila kita sebut sahaja jalan. Maka fahamlah kita, bahawa sebatang jalan ada titik permulaan dan titik pengakhiran. Maka dunia ini adalah sementara. Yang apabila kita hidup kita akan mati. Yang apabila kita sudah involve, kita perlu selesaikan. Yang apabila sudah mulai, kita perlu sudahi. Dan sebatang jalan itu di sebut 'Nyawa'.

Ya. Hidup itu nyawa. Nyawa ini yg perlu kita bawa sehingga di ambil semula oleh petugasNya iaitu malaikat kelak.


Dan dalam keadaan bernyawa ini. Allah beri dua pilihan. Samada menjadi hamba yang bertaqwa atau menjadi hamba dalam kemungkaran. Oleh sebab itu, di setiap kita punya zaman gelap yg tersendiri. Fitrah kita. Tidakkan mengenal gula jika tiada garam. Tidakkan mengenal masin dan manis jika tiada tawar. Tidakkan mengenal gula, garam, manis, masin dan tawar jika tiada rasa. Ah.. Allah tidak pernah membiarkan kita. Cukup cantik segala yang tersedia di atas mukabumi ini untuk kita menilai kebesarannya. Juga Allah maha memahami akan setiap hambanya. Kita, yang selalu berbolak-balik hatinya. Yang selalu leka nikmatnya. Maka tersedia segala kebaikan dunia untuk kita sedarkan nyawa ini. Bahawa segala kesalahan itu ada penawarnya. Pintu taubat sentiasa Allah buka. Jadi kenapa Allah menghanyutkan kita dengan zaman silam yang jahil?

Kerana kita di anugerah kudrat. Kudrat yang menghasilkan usaha bagi mencari jalan menuju kepadaNya. Usaha mencari kebaikan dan usaha bagi meninggalkan kejahatan.

Dan kemudian seseorang bertanya. Jika Allah melalaikan aku. Maka aku lalai. Lalu aku mati dalam kelalaian bagaimana? Ia tidak adil bagi aku. Tidak sempat mencari kebaikan atas kemungkaran yang pernah dilakukan. Ya. Allah yang menetapkan segala-gala. Aku lalai juga ketetapan Dia !

Berpesan-pesanlah sesuatu kearah kebaikan. Kelalaian itu racun. Yang perlahan membunuh lalu membawa seribu kesengsaraan. Kita hidup bermasyarakat. Jika dua orang lalai maka seseorang perlu tampil bagi memberi teguran atas kelalaian. Walaupun yang menegur itu ada kelalaiannya yang tersendiri. Bertegurlah. Berpesanlah. Itu mengingatkan lantas menyedarkan hati yang sedang lalai. Dan dalam islam, kita semua saudara. Bertegurlah sesama saudara. Aku juga sedang mencuba. Mencuba untuk berpesan. Dan lebih baik mencuba dari berserah mati dengan sia-sia. Aku juga tidak sempurna imannya..

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 
“Wahai manusia! Dengar dan fahamilah sabdaku. Kamu tahu bahawa setiap orang Islam saudara (bertanggungjawab) kepada orang Islam yang lain. Sesungguhnya orang Islam bersaudara.”





Jadi, jika aku lalai. Bantulah aku. Jangan dibiar hingga terbiar. Jangan diabai hingga terus terlalai.. Aku juga seperti kamu. Ya kamu. Seperti kamu yang takut mati dalam kelalaian.


Notadahi : Wahai hati, kenapa begini. Siang kau marah, malam kau membenci. 
Wahai hati, kasihanilah aku. Jasad ini kaku, kerana menurut kata-kata mu.. Wahai hati..






December 28, 2012

World Full Of Wow


Ketika aku mengetuk papan kekunci. Itu menandakan ada sesuatu yang aku mahu sampaikan. Jauh di sudut hati, punya sesuatu yang mahu diluahkan. Tetapi, ada suatu rasa yang menghalang. Perasaan untuk menaip sebarangan itu perlu di tahan. Entahkan esok kita mati, tidak mahu segala yang terpapar menjadi bahan dosa di akhirat kelak. Kerisauan yang membalut kesah hati. Maka akan ku cuba untuk menaip sebaik mungkin. Supaya ada kebaikan yang di sampaikan.

Dunia blogging sudah tidak asyik lagi seperti dulu. Blogwalking. Salah satu perkara wajib bagi blogger. Melompat dari satu blog ke satu blog. Sesetengahnya ada di baca. Sesetengahnya pula hanya menyampaikan salam singgah. Tipikal kita. Tidak kesemua entri larat dibaca.

Dulu, apabila duduk di meja komputer. Memasuki satu dunia maya yang seolah "World Full Of Wow". Macam-macam yang kita boleh cari. Macam-macam info kita boleh dapat. Ini juga atas sokongan info dari para blogger. Samada info semasa, mahupun nurkilan rasa yang memberi cas positif kepada akal kita.

Dunia. Lumrah berputar seperti sediakala. Melalui saat jatuh bangun. Melalui saat gemilang dan sukar. Kalau dulu si cantik menaip. Seribu jejaka mengangkat cerita. Kalau dulu si tampan menaip, seribu gadis senyap-senyap 'stalk' di belakang. Eh?? kikiki. 

Menaip. Adalah sesuatu yang sangat istimewa. Ia adalah kesenian yang di anugerahkan oleh Allah. Yang jika baik digunakan, maka kebaikanlah yang terhasil. Itu atas pilihan sendiri. Sama ada menggunakan penulisan atas dasar cari makan, atas dasar mahu mencairkan perasaan hati manusia, atau menggunakan penulisan atas dasar politik dan dakwah Agama. Juga, dalam menaip dan disetiap tulisan boleh dimanipulasi. Atas kebenaran, namun terpesong dengan apa yang ditulis kerana ceteknya ilmu dan egonya luahan tanpa membantah ketidak fahaman apa yang ditulis.



"Seperti itulah aku jatuh cinta, lewat buku dan alam maya. 
Dan di setiap tulisan-tulisan yang kau damparkan itu mencuri hatiku.."


Benar. Perbezaan lelaki dan perempuan tidak ketara sebenarnya. Kedua jantina ini mampu digoyahkan hatinya hanya dengan kata dari sebuah penulisan. Kerana hati kita lembut. Selembut kata yang beralun. Selunak irama yang mampu terhasil dari penulisan. Maka berhati-hatilah. Mudah untuk kita kata, kita tidak berniat untuk mencuri hati sesiapa dengan penulisan. Akan tetapi impak yang diberi menyeksakan perasaan seseorang itu, cuba pula kita lari dari bertanggungjawab. Lalu penulisan dijadikan alat permainan. Yang hilang kesenian. 


Kalau dulu kita guna kertas dan dakwat. Mencoret segala rasa dan di luahkan atas sebuah buku yang sinonim di panggil 'diari'. Benarkan? Cuma apa yang dicoret adalah berlainan mengikut usia. Kalau zaman remaja, buka sahaja diari penuh dengan tulisan cinta dan luahan perasaan yang terpendam. Terkadang ada coretan umpat mengkeji seseorang yang tidak di sukai di dalam diari. Haha.. Berbeza dengan orang dewasa. Apa yang ada dalam diari? Hanyalah tulisan-tulisan bernombor seperti RM200 duit bil eletrik dan sebagainya. kikiki. Jarang orang dewasa menulis tentang jiran yang di benci dalam diari. Benarkan? hehe..


Dan di setiap penulisan itu juga adalah perkara yang ditimbang tara setelah mati. Jika semalam kita tidak menjaga. Bermulalah hari ini. Tidak perlu gopoh juga tergesa-gesa. Perlahan-lahan mendidik diri. Aku juga sama. Perlu lebih berhati-hati dalam menyampaikan apa yang ditulis. Tidak kira di blog, ruang chat, twitter, fb, sms dan sebagainya.. Aku mula belajar. Kerana ia sangat perlu. Supaya kelak tidak ada dosa diantara apa yang disampaikan. Aku faham, terkadang kita gagal mengawal emosi ketika menulis. Tetapi pupuklah didalam hati kini, aku menyampaikan sesuatu yang baik. Agar kelamaan nanti, segala penulisan yang ditaip akan baik dalam sendiri.


Dunia ini terdampar indah. Ada maya dan juga nyata. Is like a World Full Of Wow.. Indahnya membuatkan manusia mahu hidup. Malah indahnya membuatkan kita leka akan syurga. Tempat asal usul kita. Semoga Allah membangkitkan rasa kesedaran sentiasa pada aku. Aku yang menulis.. 


Sesungguhnya, aku ingin membersihkan cermin dihadapan ku. 
Supaya kebaikan yang tertulis dihadapan ku, mampu ku lihat jelas..



Notadahi : Menulis itu sudah tertulis. Atas takdir Allah, maka entri ini ditulis. Maka jagalah penulisan yang ditakdirkan oleh Allah.


-Tammat-





December 26, 2012

Lagat Sang Hamba

Suasana hingar-bingar di Pasar Malam.. Riuh dengan irama jual beli. Namun pandangan ini teralih kerana berminat memfokuskan mata pada gelagat si gadis kecil yang sedang menangis teresak-esak di hadapan sebuah gerai permainan. Tidak siapa yang menghiraukan si kecil itu kecuali seorang lelaki yang bergelar 'Ayah'. Rajuk si kecil "Ayah jahat ! Ayah Jahat ! Adik nak tu lah!!" Sambil menunjuk ke arah anak patung yang dipamerkan di gerai itu.


Di setiap waktu, ada sahaja gelagat yang berlaku.



Di sudut kamar seorang gadis, pelajar universiti. 12 kali kedengaran nada dering berlegar memecah kesunyian. Namun tidak diendah. "Tittt.. Tiiittt.." Tiba-tiba 1 deringan mesej mengiringi. Di capai lalu di baca. Tertera "Maafkan aku. Jika penerbit luka mu itu adalah aku. Sesal."


Dan di setiap waktu, ada sahaja yang tampil membaik pulih penyesalan.



Tasik indah udara nyaman. Cahaya mekar suasana selesa. Memang sangat di idamkan oleh Sang Jurufoto. "Ok, senyum nampak gigi ya ! Standby !" *Klik (Shutter Release) Tersenyum lebar pasangan pengantin. Sang Jurufoto membelek hasil nurkilan dari kaca mata lensa. Sukses gambar yang di ambil. Memanglah cantik hasil dari beliau.  Sudah 12 tahun berkecimpung dalam arena foto perkahwinan. Umur beliau sekarang 35 tahun. Status, tidak pernah berkahwin.


Juga di setiap waktu, ada sahaja yang mengusahakan sesuatu tidak terkait dengan peribadi.



Anak perempuan, Pelajar Universiti & Jurufoto Perkahwinan. Sejak kecil sehingga dewasa. Mewujudkan pelbagai suasana ragam di dunia. Namun, walau apa yang berlaku dalam kehidupan mereka & sendiri. Suatu ketika nanti pasti semua akan melalui suatu hal yang sama. 

Iaitu merasakan Cinta & merasakan Kehilangan




Suatu saat nanti.. Kamu juga..



Apabila kamu berdiri diluar sana. Kamu akan lihat pelbagai jenis imej, ragam, dan akhlak manusia. Percayalah, mereka tunduk dengan kehadiran Cinta & meratapi Kehilangan. Apa jawatan. Apa bangsa. Apa agama. Apa status mu? Kita sama. Lelah pada perkara yang sama. Kita, isi dunia.

Maha Suci Allah.. Lindungilah kami.. Hamba-hamba mu yang goyah akan nikmat dunia. Perkuatkanlah para ulama' kami yang mewariskan bimbingan persuruh mu. Lebarkanlah akhir hayat kami dengan hati & jiwa yang bertaubat.  



PENTAS WAKTU
Aku mengelamun jauh.. 
Terasa di suatu saat mahu berbicara,
Tentang hal yang remeh temeh,
Mengeluh di hati tanpa suara..
Seperti biasa tiap kita punya rutin,
Dan di setiap rutin yang kita lalui,
Telah berdoa didalam hati,
Supaya masa pantas berlalu.. 
Lalu apabila dewasa kini,
Apa yang dikejarkan dalam hidup sementara?
Ilmu dunia, wang ringgit, kenderaan mewah, 
Orang besar atas kerjaya orang lain,
Dan cinta-cinta.. 
Menjengah kehidupan orang lain seketika,
Paling dekat ibu dan bapa..
Telah separuh abad mereka lalui,
Beralaskan roh dan jasad,
Mengemudi dunia dengan kudrat..
Apa akhirnya perjalanan mereka nanti? 
Para guru dan juga ulama’,
Bimbinglah kami,
Anak-anak khalifah dibumi,
Agar kuat dan terus fahami,
Apa erti kehidupan ini.. 
Pantas waktu berlalu,
Di mana kedudukan kita kini?
Adakah lebih dekat dengan Al-Jannah,
Atau sudah berada di dalam An-Nar..
- by Empayar Gagak -



Notadahi : Sekian, entri bosan..

-Tammat-



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...