Ramai blogger yang meluahkan pendapat tentang isu ini. Macam-macam pendapat yang crow bace dari sependek patah kata hingga seperti sebuah entri di blog crow atau blog lain. koh3.. Terima kasih.
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Betul tak? Jadi crow buat entri ni khas sebagai penutup cerita. koh3..
Gambar ni dah 2 kali masuk dalam blog crow. Suwitkan?
Di akhir cerita ini. Crow masih menegaskan tentang tiada istilah 'Haram berkapel'. Ramai yang mengeluarkan pendapat menggunakan Firman (Allah s.w.t), Hadith (Rasulullah s.a.w), Riwayat (Imam dan ahli kitab) dan pendapat sendiri (blogger.. hehehe..). Tahniah. Kerana asas 'cakap-cakap' kita tidak lari daripada islam.
Apakah itu Berkapel? Tiada definasi khas untuk perkataan berkapel. Ia hanya di adaptasi dari Bahasa Inggeris iaitu 'couple' atau dalam Bahasa Melayu di sebut 'pasangan'. Namun lebih di kenali oleh masyarakat kita sebagai pasangan yang bercinta diantara seorang lelaki dan perempuan tanpa ijab qabul.
Apakah itu Haram? Haram adalah hukum larangan. Ia di tegaskan melalui Rasulullah s.a.w oleh firman Allah s.w.t. Hukum haram ni panjang kalau nak cerita. Tapi crow bg ringkasannya di sini. Hukum haram ini ringkasnya jika dilakukan akan mendapat dosa dan jika di tinggalkan dapat pahala.
Jelas?? Jadi mari kita baca petikan di bawah :
Soalan
Assalamuailakum ustaz...apakah hukum berkapel?..adakah salah seseorang itu berkapel?
Jawapan
Hukum berkapel hukumnya adalah harus dengan syarat menjaga batas-batas pergaulan yang ditetapkan dalam Islam iaitu dengan menutup aurat, tidak berdua-duaan kecuali ditemani mahramnya dan berkomunikasi dengan bahasa yang sopan dan tidak melanggar syariat Islam.
Ya. Hukum berkapel itu harus. Apa itu harus? Definasi hukum harus ni panjang jgk kalau nak dicerita. Di hukumkan 'harus' ketika sesuatu hal itu berada di tengah-tengah. Contohnya di antara pujian dan celaan, di antara yang penting dan di ketepikan. Ringkasnya, buat tak buat tak dapat apa-apa. Dan hukum harus sendiri mendapat perbezaan pendapat.
Contoh :
"Ulama fiqh dan ulama usul Fiqh sepakat menyatakan, harus adalah amalan yang tidak berbentuk suruhan (samada suruhan buat atau suruhan tinggal). Pendapat ini menyalahi Kha’bi dan pengikut-pengikut pendapat mu’tazilah."
Okeh. Kesimpulannya crow menegaskan tiada definasi "haram berkapel". Tolong beritahu crow siapa yang menjatuhkan atau meletakkan hukum haram pada 'berkapel'. Kalau ada, crow sendiri akan menjatuhkan hukum "Haram berpasangan"!! Pernah dengar haram berpasangan? koh3... mestilah takde. Sebab "Haram berkapel", "Haram berpasangan" tidak pernah di firmankan oleh Allah s.w.t Wallahualam... dan ingatlah, hukum datangnya dari firman Allah. Dari firman di sampaikan/di hadiskan oleh Rasulullah s.a.w dan di riwayat oleh para imam dan ahli kitab. Jadi bila menjatuhkan hukum pada sesuatu itu adalah melampaui Allah s.w.t. Korang pun tahu apa hukumnya melampaui Allah s.w.t samada secara sengaja atau tidak kan? Nauzzulbillah... Fikirkanlah. Kapel, atau dah kawen atau masih singgle. Tetap haram hukum bagi mendekati zina dan maksiat. Bukan ape yg cuba di maksudkan dengan kapel itu sahaja.
Hukum bercinta sebenarnya adalah "Harus"! bukan "Harus lah berkapel"! Itu dah lari maksud dan pengertian ini . koh3.. Hukum 'harus' di sini memberitahu bahawa merasakan cinta kepada berlainan jantina adalah fitrah manusia, namun bercinta adalah senjata syaitan bagi menyesatkan manusia. Dari Nabi Adam as telah di kisahkan kepada kita semua. Adam melihat hawa. Adam jatuh cinta pada hawa (Adakah haram?). Adam dan hawa kemudian di nikahkan. Hawa yg sudah bernikah melakukan yang haram setelah di goda iblis. (yang dah nikah pun kalau melakukan yang haram tetap haram)
Jadi 'Hukum Harus' paling tepat. Bercinta atau tak, tetap tak dapat apa-apa. Berkahwin pula halal kerana dapat pahala. Dan melakukan maksiat haram kerana mendapat dosa.
Ringkasan :
Berkapel/bercinta/berpasangan = tidak dapat apa-apa (Harus)
Berkahwin/bercinta lepas kahwin/di ijab qabul walau tidak mencintai = Dapat pahala (Halal)
Melakukan maksiat sama ada 'kapel' atau tidak, cinta atau tidak = Dapat dosa (Haram)
Mari kita amati dengan lebih dekat isu-isu berkapel?
Seorang lelaki dan perempuan yang mencintai satu sama lain. Satu pasangan bercinta cara islam. Satu lagi pasangan bercinta cara omputih. koh3.. kire kapel 'rengan-rengan' la ni. hehe..
Kedua-dua pasangan ini bertanyakan adakah salah untuk kami bercinta? Apa jawapan korang? Adakah korang akan cakap "Haram berkapel"? phew~
Jadi cara terbaik adalah mengatakan hal yang sebenarnya. Kan lebih mudah. Bercinta itu harus (boleh), kerana cinta itu fitrah manusia tetapi jangan melakukan yang haram dari batas pergaulan diantara bukan mahram.
Manusia ni banyak pertanyaannya. Ada yang bertanya saya mencintai seseorang namun saya takut akan menghadapi godaan nafsu dan syaitan? Berpuasalah.
Ade yang tanya kalau kami kapel tapi tak melanggar syariat bagaimana? Baguslah. Teruskan dan sentiasa ingat Allah itu maha melihat.
Ada pula yang tanya bagaimana cara untuk saya kawal nafsu apabila dengan perempuan yang saya cintai? Mudah saja. Jangan sesekali melanggar hukum haram yg di syariatkan. Jika dalam keadaan bejauhan tapi masih tidak tahan nafsu ucaplah "Astaghfirullah". Jika masih tidak dapat menahan segeralah berpalingkan diri dari tempat asal, berwuduk dan bersolat. Jika masih teringatkan si dia juga walau selepas solat. Berzikirlah. Semoga zikir itu memalingkan nafsu dan medekatkan hati pada Allah.
Banyak cara sebenarnya yang kite faham dan boleh lakukan untuk mengekang nafsu ketika sedang di lamun cinta. Tapi masih ramai yang tidak faham lalu membahaskan hadis yang entah diri sendiri pun tidak pernah faham hujung pangkalnya. Ada pula yang melakukan maksiat kecil atau 'rengan-rengan' atas alasan iman tak kuat. koh3.. Kalau dah terbuat. Segeralah bertaubat.
Jika masih kurang jelas tentang isu kapel. Crow nasihatkan jangan hanya membaca, tapi bertanyakan pada orang bijak pandai dalam agama. Tak kesah la nak tanya imam, bilal, ustaz (guru) dan lain-lain. Silakan~
Apa yang crow bicarakan, bukan untuk membanding-banding siapa lebih pandai atau hadis siapa lebih hebat atau siapa lebih baik hujahnya. Itu semua adalah sikap penting diri. Apa yang crow buat hanya untuk diri dan di kongsi bersama dengan menegaskan bahawa hukum itu tetap. Tidak boleh di pergunakan, di bolak balik atau di contohkan pada sesuatu yang bukan pada tempatnya. Tak kiralah oleh blogger atau sesiapapun. Dan di ingatkan, apa yang crow tulis dalam entri dan komen adalah pendapat. Ternyata pendapat boleh di sangkal. Silakan~
Nota : Taip punya taip.. Apsal panjang lagi entri crow ni.. phew~
Jumpa lagi di entri lain ya! koh3...
-Penutup-