June 7, 2011

Hujah 'Couple' Dah Basi!


Bercinta sebelum ijab dan qabul di gelar oleh masyarakat sebagai 'kapel' (couple) iaitu berpasang-pasangan diantara seorang lelaki dan perempuan. Hal ini sudah berlanjutan dari zaman datuk nenek kita dahulu. Dalam berkapel, perkara rasmi yang kerap di lakukan adalah keluar bertemu janji atau kebiasaannya di panggil 'dating'.

Dalam sekitar tahun 60-an, filem-filem melayu sendiri telah menjadi pemangkin minda masyarakat untuk keluar bertemu janji. Kalau kita lihat, kebiasaannya temu janji dalam filem melayu adalah berdua-duaan di bawah pokok, di zoo negara dan banyak lagi. Bermula dari zaman itu, kini filem melayu mengetengahkan babak berdua-duaan itu bebas di mana sahaja.

Hari ini, banyak hujah-hujah mengatakan 'Couple itu haram'. Ada yang kata, haram sebab itu adalah jalan mendekati zina dan maksiat. Crow tak nafikan hal macam ni boleh berlaku. Orang kata, anak muda zaman sekarang asyik bercinta-cinta dan akhirnya mereka terhanyut dalam noda. Jadi Crow kata, berapa ramai pula yang bercinta dan akhirnya berjaya dengan perkahwinan?

Kita selalu begini. Tidak pandai membandingkan yang mana buruk dan baik. Kita kata bercinta dan berkapel itu adalah sesuatu yang negatif kerana mendekati zina, maksiat, dan dosa. Tidak pernah pula kita kata, berkapel itulah yang menyebabkan berjuta rakyat islam berkahwin. Cuba kita pandang sekeliling kita. Hari ini, siapa yang sudah berkahwin tanpa bercinta terlebih dahulu?

Oh, kapel itu haram.. Kahwin dulu baru bercinta. Yang sudah berkahwin juga ramai yang 'makan luar', berzina, main nombor ekor, rasuah, minum arak, dan rukun islam di tinggalkan. Jadi bagaimana? Masih lagi berfikir mahu "Berkahwin dulu baru bercinta?" Hidup biar realiti. Jangan di impikan macam drama. Bercinta lepas kahwin adakah indah belaka? Sedangkan ibu kata "orang tak kenal jangan di tegur". Inikan pula mahu berkahwin. hehehe.. Entah-entah lepas kahwin nanti, suami itu sudah berpunya tiga. Tidak pun si dia kaki rasuah. koh3.. Mati-mati kau di tipu. Mahu minta cerai? Nauzzulbillah.. Relevan ke kahwin dulu baru bercinta?


Lihat. Mereka 'kapel' tapi tidak bersentuhan. Keh3...


Hidup biar rasional, carilah yang halal lagi baik. Yang haram itu pula bersebab. Kalau kata kapel itu haram, crow rase agak keterlaluan. Kalau sebab bersentuhan bukan muhrim itu haram maka bersentuh itulah yang haram. Jadi elakkan bersentuh bila berkapel. Kalau keluar berdua-duaan itu haram jadi keluarlah bertiga atau lebih. Cuba kita fikirkan, perkara-perkara untuk menjauhi maksiat kita mampu lakukan. Bila kita menjauhinya, adakah kapel itu masih haram? 

Contoh lain. Kerja di bank dan kira duit. Kerja itu halal. Tapi bila mencuri duit, itu haram. Kite kapel. Kapel itu haram. Tapi bila kita cuba menjauhi unsur maksiat dalam berkapel, kapel tetap haram? Eh??

Anak muda yang hanyut dalam kancah percintaan. Mereka muda. Naif dalam hukum hakam agama. Yang membimbing itu siapa? Yang mencerca itu kita. Fikirkan. Berkapel sebelum berkahwin, pastikan kita lakukan apa yang terbaik untuk diri kita tanpa membelakangkan agama Allah s.w.t. kerana yang menghitung adalah 'Dia' kelak. Ini bukan janji, tapi pasti. koh3..



Nota : Bila anak gadis di rogol oleh teman lelaki sendiri. Kite kata kapel adalah punca. 
Kalau tak kapel, agak-agak korang tak boleh rogol ke? koh3.. 
Yang sebenarnya, kite naif.. naif.. naif.. tentang agama sendiri. 
Kita kalah dengan godaan.
Ya Allah.. Ya Rahim.. kasihani kami..

-Tamat-




16 comments:

Dzu Aamal said...

betul betull! =P

Unknown said...

orang dulu2 kawen dulu baru bercinta sampai anak cucu...orang sekarang cinta puluh tahun bagai nak rak kawen sebulan dah bercerai...pendapat masing2..

na said...

cik ladies : sokong

bro : 1 dlm 1000

sy sokong mengenali dlu bru kahwin...cerai berai tu blkg cter,mgkin Allah dh tulis & ade sbb yg tersurat knp jdi cm2

faiz said...

tapi ramai org sekarang kapel yg menyebabkan dpt dosa..pegang2 tangan..berdua-duan..kalo yg paham hal2 dosa..haram...xpela gak..

Azlan Strider said...

hehe..betul2..aku xpenah guna ayat kapel nie..cam kelakar je bunyi..hahaha

Regards,
-Strider-

ellieandcarl'sstories said...

msing2 ade hujah tersendiri.. ade yg sokong

kiwi said...

hurm, zina tu banyak jenis. salah satunya dating. dating biasanya berdua. tapi kadang2 kita lupa, sebenarnya yang berdua tu ada pihak ketiga iaitu syaitan yang suka menghasut manusia melakukan perkara mungkar..

red gitarputeh said...

fuyyooo.. tc buat entri bab cinta ahh... o.O

ecah mashuri said...

crow!setuju benar.pertama kali bc artikel psl kapel yg seronok dibaca.heheh..sbnrnya kapel tuh bolehh..jangan melebihi batas3 n nas3 yang ditetapkan.bereh jah.heeee..tp lau dah xthn sgt godaan.jatuh pade wajib khawin dah.xpyh le nak raba-raba.khawinn la terusss.kan?;p

kiwi said...

yeah! couple tu haram. no doubt

Solihin Zubir said...

wow! pendapat hg mngenai couple sgt kontra dgn apa yg aku tampilkan dlm entry terbaru aku, islmic couple vs babi islam.. heheh..

couple maksudnya berpasangan yakni berdua. Ye tak? bila dh berdua-duaan antara lelaki dan permpuan bkn muhrim wlupun di tempat awam, yakinkah yg kita akan terpelihara drp zina kecil? kononnya ada org ketiga..?

bercinta lpas kahwin ni, bknnya main hentam kromo saja.. bknnya bermaksud lpas kahwin, bru nk check latar blkg dia? selidik dlu latar blkg, kluarga, agama, dan pendidikan mlalui kwn2 atau org tgh. Bukan dgn berkapel. Kena kaji dgn lbih lanjut konsep bercinta lpas kahwin ni.

Ini berkapel bertahun2, tp last skali putus jugak. Sia2 saja. Soal siapa jodoh sbnar kita tu, hnya Allah yg Maha Mengetahui. Kita cuma perlu yakin sbb setiap manusia dijadikan berpsgn. Lelaki yg baik, utk permpuan yg baik.. begitu juga sebaliknya.. Allah itu Maha Adil.

Wallahu'alam.. sekadar pendapat dri pihak aku.. cewah.. hehe..

nur aisya humaira said...

TC jom kapel..koh2..hehe

:geleng

Unknown said...

bagi akak berkapel tu haram..
jatuh cinta tak haram..
ikut komen solihin la..

baca entry ni terasa nak buat cerita pasal kawen la..
malam nanti..:)

Raden said...

oleh itu kenal2 la dgn bakal suami dahulu...hehe..sonok tahu?! haha

mawarberduri said...

rs cinta itu tidak haram, krn ianya fitrah. Allah y hadirkan fitrah itu, lalu siapa kita utk mhukum dan mentakwilkannya sbg HARAM?

spt SZ, sy bpendapat, ianya haram. sdirkit tambahan, skiranya dgn jelas sms meluahkan rs dhati [ini bg y kata :kami x keluar bdua, kami x pgg2 tgn, kami x berpelukan]

mmpukah kamu menahan rs dhati kamu skiraY kamu couple? malah siap mengambil gmbr berdua [walaupun keluar beramai2]

dmana keberkatan dr Allah y kte nak cari? andai lgkh permulaan mdapatkan berkah itu sudah dcemari?

tarbiah (didikan) anak bkn bermula seawal mereka lahir ke dunia, bukan bermula seawal isteri kte mgandung, tapi bermula seawal SAAT KAMU memilih cara utk mdapatkn bakal isteri kamu ; sama ad dgn cara y mulia atau cara y hina :)

again, spt y SZ katakan, jdoh itu telah ad, hanya lg, akhlaknya bakal dtentukan oleh akhlak kte :)

moga kamu drahmati Allah setiap saat, dlm stiap pkara y dlakukan, Allahumma amin :)

@cik_ezati said...

koh3...interesting, kalau ada button like & share, dah lame like & share kt fb koh3 :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...