February 28, 2011

Currently Outstation?

Ah~ rindu nak berblog. Takpe2. Lagi 2,3 hari aku akan balas dendam kerana dah 
lebih kurang 2 week tak beblog. Gian dah ni. Koh3..

Bile dah lame tak berblog. Tetiba-tiba? Aku buka akaun hari ni. Dan seseorang
telah memberi komen kepada entri aku yang lepas "Yang pelik tapi benar".
Dia bernama Fynn Jamal.
Sangat teruja okeh. Korang tak kan faham perasaa aku.
Kerana bile blog kerdil di komen oleh
mereka-mereka yang di hormati, perasaan ini akan timbul. 

Bangga! keh3..

Salam kepada kawan-kawan yang masih sudi menjenguk ke dalam sarang gagak 
di kala gagak terbang menjelajah ke suatu tempat.
Insyaallah, selesai penjelajahan ini akan kembali menerjah 
ruang komen di blog-blog anda!


'Salam Sayang' 

Sayang siapa? sayang you all lah! euww... keh3..



 Astaghfirullah.. anak sape ni? koh3..


This is :-



-Tammat-

February 17, 2011

Kenapa Saya Suka Siti Safiyyah Punya Contest

Kenapa? Kerana ceritanya begini.. Di zaman dahulu kala. Terdapat sebuah kerajan yang mahsyur tidak terperi. Takhta kerajaan itu di pangku oleh Yang Amat Mulia Baginda Seri Jejaka Terhangat yang sangat di geruni. Di sebabkan hangatnya baginda, maka baginda telah menakluki banyak jajahan sekali gus membesarkan lagi kuasa hangat baginda. Namun sehangat-hangat kuasa baginda, baginda punya satu masalah yang sangat besar. Masalah itu ialah berkaitan tentang puterinya yang masih belum lagi berkahwin. Puteri baginda itu bernama SitiSafiyyah. Risau benar baginda kerana mengikut ajaran kuno(syirik), kehangatan baginda akan beransur hilang jika puteri raja menjadi anak dara tua.


Api dan kuasa adalah milik Raja Terhangat! huahaha! Grrr!

Jadi Kak Diana selaku memanda menteri  mengumpulkan segala hamba rakyat. Maka raja beristihar, "Wahai rakyat jelata, atas kehangatan beta. Kalau tak mahu di bakar silalah tampil kehadapan. Sesiapa yang berani melalui ujian beta, maka beta kahwinkan dengan puteri tunggal beta. Ada bran?" Titah baginda kepada seluruh rakyat jelata.

Terketar-ketar, terkencing-kencing dan teryak-yak seluruh anak muda ketika itu kerana takut akan cabaran raja. Namun di waktu itu muncul tiga jejaka yang berani untuk berhadapan dengan raja. Jejaka pertama bernama AbdulFarique. Beliau adalah pengusaha kedai-kedai design terkemuka. Jejaka kedua bernama Redzuan-ridz. Beliau adalah penganalisis isu dan politik antarabangsa. Jejaka yang terakhir bernama Mr.Kerro. Beliau adalah penggodam teknologi berkomputer.

Tesimpul malu SitiSafiyyah ketika itu melihat bakal-bakal suaminya yang sangatlah berani dan kacak-kacak untuk tampil menyahut cabaran. "Erm.. kalau tak dapat AbdulFarique dapat Redzuan-ridz atau Mr.Kerro pun okeh lah~ hehehe.. malunye~ auch!" kata hati kecil puteri SitiSafiyyah.


A fire princess really need husband. Ouch~ 


Setelah jejaka-jejaka itu memperkenalkan diri masing-masing maka raja menitahkan ujian kepada ketiga-tiga pacar yang hina tu. keh3... "Heip.. Jangan gelak la The Flutberry. Ini Serius.." kata Raja Jejaka Terhangat. "Eherm..okeh, sorry raja..teruskan lah.." Balas The Flutberry selaku laksmana negeri.

Sebelum memulakan ujian. Ed kausuke selaku temenggong negeri memberitahu bahwa mereka harus menjawab 3 jenis ujian. Pertama Ujian Bahasa Melayu Kertas II, kedua Ujian Lukisan Kejuruteraan, dan ketiga Ujian Sains Asas. Kesemua ujian di syaratkan dengan di lakukan selama 1 jam 15 minit. Jika tak dapat menjawab sila angkat tangan dan keluar dari perkarangan dewan. Begitulah ketatnye syarat-syarat yang dikenakan kepada mereka bertiga.

Setelah selesai melalui ujian-ujian yang getir itu maka keputusan pun di istiharkan. Raja Jejaka Terhangat bangkit lalu bertitah. "Wahai AbdulFarique. Engkau telah lulus dalam Ujian Lukisan Kejuruteraan dan Ujian Bahasa Melayu Kertas II. Namun engkau gagal menjawab Ujian Sains Asas. Itulah. Banyak melukis dan layan seni sangat sampai lupa ilmu lain. koh3.." setelah mendengarkan hal itu maka beredar AbdulFarique teresak-esak.

Raja Memanggil yang kedua "Wahai Redzuan-ridz. Engkau telah lulus dalam Ujian Bahasa Melayu Kertas II dan Ujian Sains Asas. Namun engkau gagal menjawab Ujian Lukisan Kejuruteraan. Itulah. Banyak menganalisis dan layan politik sangat sampai lupa ilmu lain. koh3." setelah mendengarkan hal itu maka beredar Redzuan-ridz teresak-esak.

Raja memanggil yang ketiga "Wahai Mr.Kerro. Engkau telah lulus kesemua Ujian. Bagus. Namun engkau gagal! Kerana ada aduan mengatakan bahwa engkau telah mengodam semua jawapan. Itulah. Tinggi sangat bakat teknologi. Jangan salah guna okeh.. koh3.." setelah mendengarkan hal itu maka beredar Mr.Kerro teresak-esak.

Namun Raja memanggil semula ketiga-tiga jejaka itu dan bertitah "Kamu tidak layak mengahwini ananda beta. Tetapi beta terpaksa juga memilih salah seorang menantu Tip Top dari kamu untuk mengekalkan kuasa beta. Jadi untuk ujian yang terakhir. Kamu di beri masa sehingga 22hb Februari ini untuk menyiapkan sebuah karangan yang penuh pengisian tentang mengapa kamu mahu kahwini ananda beta. okeh? Chill ya!"

Sebelum perkarangan mulai bersurai, puterinya SitiSafiyyah bangkit dan berkata "Kamu bertiga ni rupe je kacak-kacak, jambu-jambu, maneh-maneh tapi ish3.. Jawab ujian pun fail. Tak sangka betul!" Ternyata rupa-rupanya AbdulFarique, Redzuan-ridz dan Mr. Kerro tidaklah seperti yang SitiSafiyyah bayangkan.


[Pengajaran yang boleh diambil iktibar bersama.]
-Jangan terburu-buru meneka dari luaran seseorang 
seperti yang lakukan oleh puteri.
- Jangan melakukan sesuatu yang melanggar syarat semasa menjawab peperiksaan.
- Jangan jadi seperti Raja. Kerana kuasa, sanggup memaksa anak 
berkahwin tanpa cinta yang tulus dan ikhlas.


Nota : Nama yang di link kan tu kire di tag la yeh. keh3.. Sila join. 
Jangan malu-malu. Buruk aih memalu ni~ keh3..


Join sini :

-Tamat-


February 16, 2011

The Gatal Boy Vs The Gedik Girl

Situasi 1
(Membaca Akhbar)
The Gatal : Februari 16, perbicaraan kes liwat bla.. bla.. ish3.. MySpace


The Gedik : Biase lah. Orang laki memang gatal.
Tak kira jantina, semua sapu. MySpace
The Gatal : Huh? MySpace




Situasi 2
(Keywords)
The Gedik : Ah~ aku takde gambar terbaru la nak upload kat FB...MySpace
The Gatal : Ape susah. Cari je kat google image. Taip 'Gedik'. MySpace

The Gedik : Aaarghh!!! Kenapa semua girls??? MySpace

The Gatal : Girls kan Gediks~ MySpace




Situasi 3
(Adab Berpakaian)
The Gatal : Teruknye. Ade ke patut Gedik pakai tudung tapi nampak Panties? MySpace
The Gedik : Aik? Tang tu ko nampak je kan? MySpace


The Gatal & The Gedik :  Hmm... Salah Gatal ke Gedik ni? haih~ MySpace  MySpace




Keh3...
Semoga anda terhibur. Renung-renung kan, dan selamat beramal!


-MySpace-

February 15, 2011

Ragam Ke Hutan?

Hari ni cuti, tapi takde pegi mana. Saudara datang. Riuh. Sepupu aku yang cun dan baru berkahwin masa tahun baru cina hari tu pun datang. Dia datang bersama suami dan dua orang anak buah belah suami. Dorang baru je masuk sampai pintu pagar, Uda aku dah tegur "Aik Lin, hang baru kahwin dah bawak anak? Bila hang buat?" Satu rumah ketawa terbahak-bahak dengar ayat Uda aku. Elin ni jawab "Tak lama aih. baru dan2 ja. Sekarang dah advance Uda. Uda takmo try ka?" Semua gelak lagi. Uda aku ni dah lama duda. Takde anak pun. Sebab tu la di panggil 'Uda'. Keh3..

Makan, borak dan makan. Tu je la keje hari ni. 

Ragam manusia ni kadang-kadang mencuit hati je. Ade yang jenis sempoi. Akal tau nak bergurau senda. Ada pulak yang jenis memendam rasa. Cakap sikit nak sentap. Ada yang sengal-sengal bahasa. Kalau bercakap tubuh badan habis semua bergerak. Tangan, badan. Silap2, kaki pun di angkat jugak. keh3..



huruf M? kah3...


Tibe-tibe teringat pada seorang sahabat. Kalau bercakap memang lebat. Kalau bercerita dia je hebat. Tapi hakikat? Berkarat.. Ade pulak seorang sahabat. Kalau orang lain bercerita dia diam. Kalau orang lain diam dia lagi la diam. kah3..

Dalam banyak-banyak ragam. Aku paling suka melihat ragam gadis-gadis. Ade yang senget, comel, dan ade yang pendiam. Dulu ade seorang anak yatim, nama dia Nurul Anisa. Aku suke sangat kat nama dia ni, sebab memang kena dengan rupa paras dan perangai nya. Bila aku tegur, budak perempuan ni asyik nak senyum je. Budak? keh3.. Die muda 3 tahun dari aku. Aku kenal dia masa kursus MARA kat pwtc dulu. Lame dah. Nurul Anisa ni best. Kalau kite tanya sepatah, dia senyum. Kalau kite tanya 2 patah die jawab sepatah. Kalau kite tak tanye ape-ape, die main tekan2 kat handphone. adeh.. Aku yang hensem macam Fahrin Ahmad ni pun die tak pandang. Memang geram aku tengok perangai Nurul Anisa ni. keh3...

Tak kesah la ape jenis ragam dan perangai. Ape yang penting, di setiap jalan cerita hidup aku mahupun hidup korang. Kita mesti fikirkan kembali apakah ragam kita ini di senangi oleh orang lain? Jangan suka rumus kan "Ah! Aku punya ragam, aku punya cara lah. Kau orang peduli apa?" keh2.. Kalau ade yang fikir macam ni elok lah ke hutan. koh3..


Nota : Kepada sesiapa yang tersangkut kat link-link tu harap jangan marah eh. gurau je.. keh3.. 
Eh..? Bergurau pulak.. ahaha..


(^_________^) 


-Tamat-

Utusan Terakhir Utusan Gembira

Ya Rasulullah, Ya Habiballah.. Dengan selawat ini aku menjunjung Agama Islam. Dengan selawat ini aku menjunjung kitab dan sunah mu. Dan dengan selawat ini aku memanjatkan rasa syukur di atas ketabahan dan keikhlasan engkau memimpin kami. Sesungguhnya aku berlafas di atas yakin ini..

Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang di sembah melainkan Allah,
Dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah persuruh Allah.. 

Selawat Syifa'
Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.




Salam Maulidur Rasul 1432H.
Semoga dengan memperingati jasa dan perjuangan Nabi Muhammad S.A.W 
dapat menyembuhkan penyakit hati dan jiwa.

Geng, tahun ni ade Kempen Baik Punye! Kempen ape? Meh klik link di bawah.
Alolo~ Jangan la malu-malu. Buruk aih memalu~
Meh klik meh~ keh3...


Kempen By SitiSafiyyah



Nota : Adik-adik, nabi ada berpesan. Perbanyakkan lah senyuman. Kerana senyuman itu sebahagian dari sedekah.


(^________^)   <---- Ini senyum okeh! keh2..

Sekian~

February 14, 2011

Hari Keputeraan Nabi Yang Terpuji (Edisi Mari Jawab Soalan!)

Sempena hari Keputeraan Nabi Muhammad s.a.w yang akan tiba. Apa kata kita sambut dengan sedikit perkara yang boleh meningkatkan pengetahuan dan pemahaman tentang siapa itu Nabi Muhammad s.a.w.

Jom! 

Kat bawah ni aku bagi 3 jenis soalan dan anda boleh jawab soalan di dalam kotak komen yang sempit, dah la sempit, kecik cinonet je plak tu. Huh! Tak puas nak komen byk2 tau tak? keh3.. gurau2. Korang boleh bagi jawapan kat kotak komen ye.

Korang boleh jawab mengikut fahaman sendiri. Jawab je ape yang korang tahu. Tak perlulah time aku soal mcm ni cepat-cepat pi gegar encik google dan tanya macam-macam. Sian kat en. google. Bagi la die rehat sekejap. keh3..


Baiklah! Tiga soalan adalah seperti berikut :

1- Siapakah yang memberi nama kepada Nabi Muhammad s.a.w semasa beliau lahir?
2- Apakah Nama Ibu yang melahirkan Nabi Muhammad s.a.w?
3- Jika anda di tanya Siapa itu Nabi Muhammad s.a.w, jawapan anda adalah? 


'Kacang goreng' je soalannye kan?

Ini entri sekadar suka-suka. Bukan contest ek. Pada yang sudi jawab, mula2 aku fikir nak letak kan link Blog korang selama 24 jam di blog aku. Tapi aku tak tau ape fungsi dan mcm mane nak buat. keh2.. Al-maklumlah blog aku ni baru lagi. Lagi pun raffic tak tinggi. Maaf yeh. Aku takde bende lain nak bagi. :)





Nota : Entri ni sekadar suka-suka. Bukan contest. Tapi di sebalik suka-suka ada manfaat dari nya. 


Jum nyanyi!
Sayang sayang Allah..
Sayang sayang nabi..
Sayang sayang ayah..
Sayang-sayang ibu..
Allah…


(^________^)

February 13, 2011

Gadis Kampung? Mansuhkan!

Cerita balik tentang topik INI. Ade yang tanya kenapa dengan gadis kampung? Kenapa gadis kampung di senarai hitam?

Istilah gadis kampung ni timbul adalah dari bisik rakyat kebanyakan atau cakap2 pasar.


Ni ke gadis kampung tu? adeh~


Jadi apa perbezaan gadis kampung dengan gadis yang lain?

Ketahuilah siapa yang digelar 'gadis kampung' :
- Dia adalah Seorang Muslimah yang mereka gelar si gadis kampung.
- Dia adalah Seorang berbangsa Melayu yang mereka gelar si gadis kampung.
- Dia adalah Seorang Wanita yang mereka gelar si gadis kampung.
- Dia adalah Seorang Bakal Ibu  yang mereka gelar si gadis kampung.
- Dia adalah Seorang Bakal Menjadi Para Isteri yang mereka gelar si gadis kampung.
- Dia adalah Seorang Rakyat Malaysia yang mereka gelar si gadis kampung.


Ade beza ke gadis kampung dengan gadis metropolitan, gadis pekan, gadis rempit ke? Takde kan? Semua gadis sama. 

Apakah sebab aku blacklist kan gadis kampung? Kerana menolak gelaran berunsur penindasan (facis) terhadap seluruh kaum hawa di Malaysia ni. Segala Gadis Muslim di Malaysia yang di khususkan di sini adalah sama rata. Tidak kira hidup di kampung, di bandar, di tepi laut atau di atas bukit.


Adik perempuan aku lahir dan membesar di Wilayah. Tapi Ibuku lahir dan membesar di Parit. Jadi adakah adik aku itu gadis metropolitan dan ibuku gadis kampung? Fikirkan kembali istilah gadis kampung itu wahai semua.. Jangan meletakkan hukum atau istilah karut pada wanita.

Jika anda faham. Maka mansuhkan istilah 'Gadis Kampung' dari pemikiran.

"No more gadis kampung. Blacklist!". Nak pilih isteri ade pulak nak pilih gadis kampung la, bandar la, laut la.  Orang Kedah la, orang JB la. Takde2. Jangan gatal. Pilih yang baik2 dari segi hukum syarak. Dan yang penting 'tulen' bang~ keh3...


Nota : Jangan di ikut anasir watak dari plot2 drama. 
Kalau depa berlakon watak gadis kampung, mak aih~ Mulia habis. Tapi hakikat? 

Contoh Drama Nur Kasih.


Sekian~

Kisah Nikmat Buah Durian!

(Amaran : Bacaan Untuk 18tahun dan ke atas)

Ceritanya begini. Pada suatu hari, ketika Leman berusia 6 tahun. Beliau di bawa oleh ayahnya pergi ke kebun peninggalan aruah atuk. Di sana mereka meninjau-ninjau kebun yang telah lama di tinggalkan itu. Tiba-tiba "Gedebuk!!". Leman dan ayahnya segera menuju ke satu pohon yang masih lagi rimbun. "Ayah, bunyi macam datang dari pokok tu. Pokok ape tu ayah?" Tanya Leman. "Oh, itu pokok Durian. Tengok Man, ade buah Durian dah gugur." Kata ayahnya.  Maka mereka berdua kupas Durian itu dan makan.

"Erm sedapnya buah ni Ayah. Sangat sedap. Leman nak tanam la banyak-banyak pokok ni" Leman teruja. "Boleh Leman. Ini lah nikmat rezeki Allah yang paling sedap di dunia. Nanti kite tanam ye Leman." Kata ayahnya. Sejak hari itu Leman sangat suka akan buah Durian. Siang malam hanya dengan pokok Durian. Balik sekolah ke pohon Durian. Lepas ngaji ke pohon durian. Masa Nak tido pun tinjau pokok Durian dulu. Begitu lah tahap obses Leman. Sehingga di gelar Leman Durian.


Durian Paling sedap kan ayah? Erm.. Paling sedap anakku..


18 tahun kemudian. Lepas menghabiskan pengajian di UPM. Dia lantas menghabiskan masa mengusahakan kebun Durian arwah atuknya. Di bina rumah pun berdekatan dengan kebun durian. Sehinggalah apabila Leman mencecah umur 32 tahun. Tiba suatu hari, Ibubapanya risau dengan keadaan Leman yang asyik dengan Pokok Duriannya. Di tanya oleh ibu " Leman.. Bila kau nak kawin? Ibu teringin nak menimang cucu ni".  Lalu Leman menjawab "Tiada nikmat tuhan sebaik pohon durian ini ibu. Pohon ini mengeluarkan buah yang sangat sedap. Dan paling sedap dalam dunia. Jadi Leman kena habiskan banyak masa untuknya" Maka mendengarkan Leman berkata begitu. Ibubapanya hanya mengeleng kepala.

Sehingga umur Leman menjangkau 40 tahun. Ketika itu datang seorang tua meninjau kebun Leman. "Wahai Leman. Apakah perkara paling nikmat dalam dunia ini?" Tanya lelaki tua itu. Jawab Leman "Rasa buah Durian yang di jaga penuh ikhlas." Kemudian Si Tua itu tersenyum sambil berkata "Esok, akan hadir seorang wanita ke rumah kamu. Wanita itu bakal menghilangkan segala rasa enak buah Durian kamu." Tercengang Si Leman. "Ini tak boleh jadi. Habis apa yang saya perlu lakukan? Saya tak mahu ada yang menhancurkan rasa Durian yang saya jaga selama berpuluh tahun." Kemudian Si Tua itu berlalu sambil berkata "Nikahi dia, supaya dia tidak menentang apa yang kamu mahukan."

Keesokannya, seorang gadis datang bersama keluarganya melawat keluarga Leman. Terus Leman mencelah "Ibu! Saya mahu menikahi dia" Tersenyum seluruh keluarga gembira melihat perubahan Leman. Selang sebulan mereka di kahwinkan.

Hari pertama perkahwinan. Leman berdua bersama isteri di dalam bilik. Berlansung hari kedua. Juga hari ketiga. Ibubapa Leman menjadi risau. Sejak Leman berkahwin leman tidak muncul-muncul. Maka di ketuk pintu bilik pengantin itu. "Tok..tok..tok.. Leman, anakku. Kamu bagaimana?" Ketukan itu di balas. Leman keluar dari bilik. Kemudian Leman memengang tangan si ibu dan berkata "Ibu.. ampunkan Leman ibu. Selama ini Leman taksub. Leman silap. Rupanya ada perkara lain yang lebih sedap dan nikmat dari buah durian itu." Maka dengan selamba ayahnya berkata "Itulah. Nikmat tuhan ni luas Leman. Bukan sekadar buah Durian." Lalu Leman berkata "Erm.. dulu ayah yang kata durian nikmat tuhan paling sedap?" Tersedak Si Ayah "Erk..??"


Nota : Melentur buluh biar dari rebung. Salah lentur, boleh jadi masak lemak rebung.. Keh3..


Sekian~

February 12, 2011

5 Gadis Di Senarai Hitam? (Blacklist)

'Gadis' ni byk jenis sebenarnya. Tapi ade 5 jenis gadis yang di senarai hitam kan. Kenapa? Kerana aku pun tak tahu. keh3.. Gurau2. Aku memang suke bergurau manje senda ni. Sape2 yang tak boleh nak bergurau ni, bak kate budak-budak tu ape? "Tak boleh gurau pi lepak surau la." keh3.. Budak-budak cakap memang pandai. Tapi aku tengok dalam surau pun dah mcm playground dah dorang buat. heheh.. Ok2.. back to story. Jom layan 5 Jenis Gadis Di Senarai Hitam kan untuk di buat bini-bini.. Kenapa bini-bini? Sebab tak boleh bersuami-suami. hehehe..

Gadis Pertama : Gadis Panggung
- "Gadis jenis ni memang kaki wayang. Kalau nak buat bini, memang Fail. Bile time bercinta komitmen padu-paduan" (ayat member saye yeh) keh3... Tapi bile gagal dalam percintaan cepat capai pengganti. Siap guna alasan ketuhanan mcm ni "Dah jodoh, nak buat mcm mane kan?" atau "Mungkin tuhan tu nak tunjuk yang ex aku tu tak sesuai tuk aku." Okeh. Adakah tuhan tu nak tunjuk sesuatu yang sia2 berkaitan hal2 cinta cintun you all? Come on, Rasulullah s.a.w tak ajar kite fikir mcm ni pun? Mana fatwa di guna pakai ni. Insaf lah.. Hidup jangan jadi Heroin Filem. Lain filem lain Hero nye. ish3..

Gadis Kedua : Gadis Wartawan
- Gadis jenis cari berita. Yang ni perlu di bendung. Sok buat bini, kompom masuk paper Metro (uh~ I hate Metro). Gadis jenis ni selalunye dah terbiasa mendengar cerita orang. Sok sek sok sek. Ngumpat memang die suke. Macam Mami Jarum Jr. keh2.. Tak elok umpat cerita orang. Dosa. Mati seksa.

Gadis Ketiga : Gadis Hidung Tinggi
- Gadis jenis sombong. Bukan sombong tak bertegur ke ape. Jenis merasakan status lelaki adalah di tahap bawah. Sombong pada keupayaan lelaki. Selalu cakap, lelaki ni tak boleh pakai, lelaki ni semua sama atau lelaki dan dot dot dot.. Keh3.. Jenis gadis mcm ni memang aku kureng skit. Awak lahir pun dari seorang ayah. Dan ayah itu lelaki. Okeh. Aku faham, sesetengah pernah di khianati oleh lelaki. Tapi fikirkan lah kembali. Di khianati tu atas dasar lelaki atau sikap pakwe/suami kamu-kamu tu sendiri. Bile aku suruh carik abang2 tablik tu buat husband. Korang geleng kepala. Ha? Buat solat hajat. Minta lelaki yang baik2. Setel.

Gadis Ke Empat : Gadis Kampung
- Gadis kampung yang mane? Ade lagi ke gadis kampung? Istilah ape ni? ah~ maksud gadis kampung tu kire mcm gadis yang ayu2, lemah lembut, dan pakai tutup aurat lengkap ala2 suci. ahaha.. pi la ceruk mane pun kat malaysia ni. Kampung ke bandar ke semua jenis perempuan pun ada. Patut istilah gadis kampung ni dah perlu di mansuhkan dari bisik rakyat kebanyakan. Sepatutnya semua gadis perlu terima hakikat. Sebaik-baik gadis adalah gadis yang melengkapkan aurat dengan hukum dan syarak. Gadis perangai buruk, suami boleh adjust nanti. Tapi kalau aurat buruk? PM pun tak mampu nak tegur. Keh3..

Gadis Ke Lima : Gadis Maybelline
- Gadis maybelline memang cun2 beb. Tapi sesuai ke buat isteri? Hoh?.. Kalau nak jugak tengok2 boleh la. Tu kat majalah remaja. Banyak. hehehe..

Next Time aku bagi Tips Menjadi Gadis Pilihan Jejaka ek. Sangat best. Kalau korang bace nanti mesti ade yang cakap "Ek.. ee..leh.. senang je nak jadi gadis yang baik2 ni." keh3... Ek.. ee.. leh.. la korang, Tengok boleh jadi yang baik2 ke tak nanti? keh2.. gurau2..





Oh Ayu Raudhah.. 
"Woit2! Bini orang tu woit!"
Erk... 
"Okeh2.. acah je tadi tu bang.." 
Potong line betul la Zaquan Adha ni.. Ish.. 



(^__________^)



Sekian~ 

February 11, 2011

Velentine's Day VS Couple Anniversary

Bile tiba bulan februari, akan wujud satu perkara yang di timbulkan oleh masyarakat Malaysia. Khususnya masyarakat berbangsa Melayu. Velentine's Day. Ye, sambutan yang syirik. Umum korang semua tahu apa kisah sebenar di sebalik hari Velentine's Day ini di wujudkan. Jadi aku tak nak cite panjang.

Tapi sedarkah semua mengapa perkara ni masih perlu di hebah? Di Kempen? Di canang sana dan sini? OH PLEASE STOP CELEBRATE VELENTINE'S DAY! WE'RE MUSLIM! Who's muslim? You? Since When? 

Sejak mula berkapel? sejak mula berpegang tangan? Sejak mula petama kali menyambut COUPLE ANNIVERSARY yang pertama? Hoh? Jadi di mana 'Islam' kamu ketika itu? Masih lagi mahu mencanang We're Muslim? Mereka-mereka yang syirik dan kufur pada Allah juga tidak faham mengapa anda tidak mahu menyambut Hari Kekasih sedangkan anda selalu menyambutnya pada hari kekasih anda sendiri. 

Adakah kamu-kamu cuba merumuskan bahawa dalam setahun punya satu hari yang di panggil 'Hari Kekasih'. Maka 'Jangan Sambut Hari Itu'. Tetapi bila tiba hari memperingati pasangan/ kekasih anda sendiri maka hari itu boleh di sambut kerana itu bukan hari valentine tetapi adalah hari kamu berpacaran. Cewah! Boleh pulak macam tu kan? Kah3... 

Eh? Tunggu sekejap! Valentine's Day ni di sambut 1 hari dalam setahun. Tapi ada di antara anak-anak di Malaysia menyambut Monthly Anniversary pula. Setiap bulan mereka memperingati saat2 bersama pasangan. Wah.. Lagi dahsyat. Mereka yang syirik kepada Allah pun melakukan sambutan 1 tahun sekali. Inikan pula anda yang berugama Islam menyambut dan mengenang pada setiap bulan? Keh2... Sangat menyedihkan.




Nota : Tenung-tenungkan dan Selamat Berakal.

(^_________^)

Sekian~


Korang Semua Buat Aku Terkenang!!

Bile aku menjelajah ke blog rakan-rakan die luar sane. Aku dapati kebanyakan adalah student. Bila terpikir begini, mula lah aku terkenang-kenang zaman kolej dulu. Seronok. Kawan ramai. Awek2.. Peh.. jangan cakap la. Maklum je lah. Institusi pengajian kan adalah tempat yang di penuhi oleh ramai gadis2 dari seluruh pelusuk Malaysia ni. Memang best bile di kenang. Saat-saat ponteng kelas. Copy assingment. Hehehe... Jangan cakap la korang yang masih blaja ni takde plagiat assignment kawan lain. keh2.. kantoi. Cakap pasal assignment. Aku tetibe teringat satu video. Ni assignment dari lecturer masa aku sijil dulu. Multimedia beb. Style. Konon nak jadi penerbit karaktor anime seperti  Mashashi Kishimoto (naruto) atau Fujiko F. Fujio (doraemon) keh2.. Harem..

Ok la. Aku takde idea nak mengarut panjang2. Lepas aku godek2 pc. Jumpe assignment slideshow mase tahun 2006 kot. aku pun tak ingat dah. keh3..  Tapi rase nye tajuk assigment ni pasal isu semasa kot. Buat pakai Movie Maker jek. Sedut gambar dari google then tempek kat Movie Maker. Setel. keh2. Sebab time tu baru Sem pertama. Tak pandai pakai pro software lagi. heheh..

Kalau korang nak layan video bawah ni. Kasi bukak volume lappy tu kuat2 dulu. Pastu tutup lampu. keh2.. Feel... Semoga video ni boleh di jadikan iktibar kepada semua. Allahuakhbar...

Nota : Sila pause kan background music di blog ni dulu. Kotak player ade di bahagian bawah blog ni. Thanx. Selamat berhibur.








http://www.youtube.com/watch?v=G3gkOsLyXHY



Semoga kamu semua di rahmati Allah S.W.T hendaknya. 

(^________^)

Sekian~

February 10, 2011

BLOG DAN LANGUAGE? OKEH, TAK FAHAM!

Shutup not shutup (diam tak diam). heheh.. Sikit sebanyak aku mampu jugak menghidupkan blog ni. Walau pada zahirnya bukan ada ape pun berblog ni. Realiti tetap realiti. Berblog tanpa nuff ibarat usaha kosong tanpa hasil. Tapi bagi aku, setiap ape yang ade dalam kehidupan, walau cume secebis kotak juga mampu memberi hasil yang boleh di manfaatkan.

Tapi apakah manfaat sebenar dalam berblog? Nuff... okeh2... Ape lagi manfaat lain? Nuff.. ish.. Lain2.. Nuff.. ah~ tak nak pikir lah. sob2..

Bukan nye susah nak berblog. Ade 3 perkara je. Post entri, Follow dan Comment. It's Easy.

For publish a new entry is do concentration to what kind of story you had in mind. Don't ever dare to plagiarism any post because the other blogger will know as soon as posible while searching your strory by using google or any. (Sorry, aku betul2 tak pandai English. sob2..) Ah~ cam harem je aku speaking English. hehehe... Never mind. I'll improve my english soon as posible (ayat masa interbiu dulu2. Keh3..).

Berikutan cara para ahli blog mencari idea bagi mengekalkan corak mengikut kehendak dan identiti masing-masing. Adakah di setiap idea itu mampu memenuhi citarasa para pengunjung pejalan blog keseluruhannya? Aku yakin di sini. Setiap keperibadian dan cara permikiran kekitaan ini berbeza dan mempunyai pelbagai kemahuan mengolah bagi mengikut selera pembaca. (Aku memang hebat Bahasa Melayu. Keh3..)

ahaha.. okeh gurau. Kebanyakan blog mengetengahkan identiti diri empunya blog. Dari segi bahasa bagi aku tak de masalah. Aku kalau membace entri korang dah acah2 paham, aku komen je. heheh... Yang jadi masalahnye ialah jenis font. Nak bagi orang bace biar cukup sekadar Jelas, Terang dan Berdengung. Eh? macam mengaji pulak. keh3...

Aku sebagai pengunjung blog yang senget biase-biase cume meluahkan ape yang aku rase di sini. Kenapa di sini? Sebab tak luah di sinun la. keh3.. 

Sebenarnye entri kali ni aku tak fikir ape pun nak taip. aku pakai taip je ni. Last2 jadi gak panjang berjela. Ah~ aku memang hebat. Dah la Hebat, Hensem pulak tu. Kah3... Rugi korang tak pernah tengok aku. ahaha... ha.. ha... ehem.. (kutuk la, aku tak dengar pun. Wek! Hehehe..)

Kesimpulannya, kalau tiap entri korang ade gambar. Memang best! Jadi gambar dalam entri aku kali ini adalah..??? Jeng.. Jeng.. Jeng..!



Tah gambar sape la ni. Aku tibai kat google je. heheh..
Gambar ni di pilih sebab walau sosok tubuh tak ade, muke pulak ditutup
tapi tetap cun. Cube lihat mate nye. Pergh.. Mengancam. Total 5 min aku tak kelip mata tengok pic ni.
Keindahan ciptaan Allah. Kagum!


Nota : Ok, entri ni aku post scedule. (padahal semua entri scedule) hehehe.. semalam punye karutan. Otak kosong, maka Omong kosong. Kurang2 pun aku tak ciplak mane2. ORI ni beb. keh3..


Sekian~ 

February 9, 2011

Makanan Paling Pelik Dalam Dunia!!!

Dalam blog awek2 mesti ade cerita pasal makan kan? keh3... Jadi aku pun nak la cube juga buat cerita makan2. Saje nak feel ape sangat la gadis2 ni syok cerita pasal makan.. Jum tgk makanan ape yang aku nak cerita. RARE tau makanan aku. Tak macam cerita gadis2 tu. keh2...

Makanan ape yang paling pelik dalam dunia? heheh.. ni teka teki kan? ahaha. Tapi aku bukan nak soal teka teki kat korang. Aku cume betul2 pelik dengan makanan ni. keh2.. Takat makan cicak, makan budak atau makan kudis tu aku tak pelik. Erk? kudis? Eeyeek... haha.. Tu keja khurafat tau. heheh.. Tapi makanan ni memang sangat pelik. Sape2 yang makan ni memang jenis buang masa. Ye ke? Tau makan je keje. keh3...

Tapi memang gadis2 jenis suke makan. Kalau sehari tak mengidam ape yang nak di makan memang tak sah la. Dah tu, kalau lepas makan mesti mengidam nak dessert. Kalau boleh asal makan yang berat2 mesti nak dessert macam ais krim atau coklat keras (masuk peti beku). heheh.. Berbalik pada cerita. Makanan yang aku cakap ni senang di jumpai di mana2. Cuma aku pelik tengok nafsu manusia ni. Bende ni pun nak jadi makanan. ish2... Dah la. Malas aku cerita panjang. Korang selawat banyak2 dulu sebelum tgk gambar makanan ni. Yang ade lemah ginjal or lemah nafsu di sarankan jangan tgk gambar ni okeh. Ape jadi korang tanggung sendiri.

Ni lah gambar makanan tu. Korang berani makan tak? ---}

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Makan Angin 

Keh.. Keh.. Keh... (^_______^)


Nota : Ade yang angin bace ni? Makan lah angin tu. 
Jangan membazir. Tak baik. Tuhan mara. heheh.. Jangan buang angin dah ler.. keh3...

-Tamat-

Aku Soal, Engkau Jawab? WTH?

Pernah rakan-rakan dunia realiti mengajukan soalan kepada aku. Namun mereka katakan jawapan aku tidak seperti yang mereka mahukan. Mengapa? Mereka mengujar tanya, jadi aku menjawab selamba. Ada yang kata, aku tidak faham soalan. Jadi aku jawab, engkau pernah faham jawapan? 

Apakah maksud Sayang? Aku jawab Tolong.
Apakah itu Ilmu? Aku jawab Air.
Apakah itu Cinta? Aku jawab Taat.
Apakah erti Lumrah? Aku jawab Takdir.
Apakah maksud Dunia? Aku jawab Cermin.
Apakah erti Sahabat? Aku jawab Cinta.
Apakah maksud Suami/Isteri? Aku jawab Hamba.
Apakah erti Bodoh? Aku jawab Nafsu.
Apakah erti Ikhlas? Aku jawab Akal.


Dan dia si pengikut dacing bertanyakan "Apakah erti Adil wahai The Crow (bukan nama sebenar)". Aku cuma menjawab.. "Kekal". "Mengapa? Bukan kah adil itu bermaksud sama rata atau tidak berat sebelah." Tegas pengikut dacing. Aku jawab "Itu bukan maksud. Itu tekaan. Adil bererti Kekal. Bukankah kekal itu tidak boleh di ubah, di cela dan di khuatiri? Itu lah sebenarnya adil". "Jadi apakah maksud Kekal pula? Adakah ia lumrah?" Aku menjawab. "Tidak. Kekal itu Allah S.W.T. adakah Allah itu lumrah? Engkau fikirkan lah semula apa erti Adil wahai pengikut dacing." 

Nota : Jadi, kepada rakan-rakan aku di luar sana. 
Jangan ajukan soalan jika tidak mahu faham jawapan.

(Maaf Sedikit Unsur Politik)



Apakah erti Cantik? Aku jawab Perempuan.


Sekian~

February 8, 2011

Cerita Tentang Cinta


(Di nasihatkan supaya jangan bace. Tak penting. Ini sekadar luahan)


Di suatu hari,
Di kala alam sudah bermula,
Sebujur jasad kaku di tempa,
Maka jadi lah ia.
Dengan izin dan lafas
Lalu bangkit yang pertama,
Dan sekalian,
Tunduk bersujud ikhlas,
Dia
Adalah Hamba.
Hasil dari Maha Karya Cinta..

Dia yang pertama,
Di kurniakan sebesar pangkat tidak terperi,
Hidupnya bak Raja di sanjungi,
Di limpahi syurga alah fantasi,
Cukup segala dari Maha Pemberi.

Namun yang pertama,
Berlari-lari ke sana kemari,
Mencari-cari sesuatu tidak pasti,
Walau cukup segala,
Entah apa yang di nanti,
Sekalian cahaya turut simpati.

Kemudian itu,
Maha kuasa Maha Memahami,
Maka di rebahkan yang pertama
Menjadi tanya pada sekalian ada,
Adakah yang pertama tidak sempurna?
Atau hilang syukur pada pencipta?

Dia,
Yang pertama,
Terbujur kaku semula,
 Di carik belulang tampak kejam,
Tiada yang mengetahui peri caranya,
Cuma hasrat sayu bercerita.

Keajaiban hadir daripada Nya,
Atas lafas dan kata-kata,
Yang pertama itu bangkit semula.
Kebangkitan kali kedua,
Keadaan belulang tidak sempurna,

Maka di tanya kepada Maha Segala,
Mengapa yang pertama dilaku sedemikian,
Mengapa yang pertama anih di layan,

 Dengan senyuman,
"Aku hadirkan sesuatu" 

Dia Yang Pertama,
Di beri Adam namanya,
Di sebalik rahmat cukup segala,
Dia mula menjadi manusia,
Tidak seperti kamu wahai cahaya,
Yang pertama punya rasa dan cinta.

Sekalian masih terpinga,
Mengapa yang pertama di seksa?

Dengan senyuman,
"Aku hadirkan sesuatu"

Dia yang pertama,
Ku rebahkan jiwa dan raga,
Dan belulang itu,
Ini hasilnya..

Dengan Senyuman Yang Esa,
Tersenyum yang pertama,
Di sambut senyum sekalian yang ada,
Melihatkan keadaan belulang itu
Bertukar angun seri jelita.

Dia Yang Kedua,
Di beri Hawa namanya,
Di sebalik jiwa rintih yang pertama,
Aku hadirkan padanya,
Tidak seperti kamu wahai cahaya,
Yang kedua terhasil dari rasa.
Rasa cinta jiwa pertama..

Maka bersatulah kamu,
Wahai Adam dan Hawa,
Agar menjadi asal sempurna,
Dan dalam kesempurnaan ini,
Akan terbit butiran Cinta
Yang bakal memimpin alam dunia.

Namun,
Akan tiba di suatu hari nanti,
Seluruh cinta ini,
Kembali seperti yang pertama,

Berlari-lari ke sana kemari,
Mencari-cari sesuatu tidak pasti,
Walau cukup segala,
Entah apa yang di nanti,
Sekalian cahaya turut simpati.

Atas janji ini,
Ia pasti akan tiba,
Maka tatkala itu berlaku,
Kembalilah..

Kepada Ku semula...



Gambaran Adam dan Hawa (ni patung okeh)

Aku tersedar akan sesuatu. Atas rasa cinta Tuhan, maka Adam tercipta. Atas rasa cinta Adam, maka Hawa tercipta. Dan atas rasa cinta Adam dan Hawa, serata khalifah tercipta. Cinta itu bukan sekadar cinta. Kerana cinta itu bererti ketaatan. Khalifah (anak-anak) taat kepada Adam dan Hawa ( ibubapa), Hawa (isteri) taat kepada Adam (suami) dan Adam (hamba) taat kepada penciptanya (Allah S.W.T). Sedarlah.. Tuhan (Allah S.W.T) terlalu cinta (taat) pada Adam (hamba). Sedangkan tuhan itu memberi rahmat, memberi rezeki, memberi kasih sayang dan segalanya kepada Adam (hamba). Maha suci Allah.  Bertapa Unik putaran cerita di Alam Dunia. Renungkan kembali. Dan di suatu hari kelak, kita pasti melupai erti Cinta sebenar (taat). Maka ketika itu, kembali lah semua ke sisinya.. Allahuakhbar...

-TAMAT-


February 7, 2011

Pujian Blogger Cantik (Edisi Balas Entri)

Hehehe.. Apsal aku buat entri ni? Of coz la aku ni dah takde keje lain. Keh3... Jadi, entri ni di buat adalah untuk mencatas entri dari blogger INI. Ahaha.. Saje je aku buat entri balas membalas. Kan lebih merapatkan siratulrahim. Tak gitu? heheh.. Jangan salah faham dah la yeh. keh2..

Ok, untuk memulakan perbahasan. Aku senang untuk menekankan di sini, pujian itu adalah perlu. Perkara yang di fokuskan adalah berunsur Pujian Cantik kepada Para Blogger. Pendapat aku ini tidak termaktub kepada hukum-hukum dalam islam semata. Aku juga melontarkan pendapat mengikut qiyas dan mantik. Logik akal.

Aku pun bukan pandai sangat bab2 agama. Tapi ape salah kalau kite share same2 kan? Ilmu nih. heheh.. Aku share Ilmu dgn korang. Korang  share la skit nuffnang. ha~ kan best. Ingat, tangan yang memberi adalah lebih baik dari tangan yang menerima tau. keh2...

Ah~ back to story, pelbagai pujian kepada fizikal manusia dari segi rupa paras adalah perkara biasa. Tapi ada di antara mereka juga tidak suka memuji secara rambang kerana menekan kan ayat ini "Don't jugde a book by its cover". Soal memuji atau tidak, ia tertakluk kepada terma dan syarat niat dan cara pujian itu di lontarkan.  Dan bagi aku, sesiapa itu harus memuji dan di puji. Tetapi perlu di tekankan dalam tahap ala-kat (ala kadar). Pujian berunsur humor atau menggalakkan senyuman bukankah lebih baik? 

Aku tertarik dengan petikan saudari Aishah Inani. Beliau mengutarakan petikan dari riwayat Abi Bakrah r.a :

“Daripada Abi Bakrah radiallahu anhu: Bahawa seorang lelaki telah memuji kebaikkan seorang lelaki yang lain di hadapan baginda nabi sallallahu alaihi wassalam,maka baginda pun berkata:
“Wahai lelaki,Kamu telah memancung tengkuk saudaramu sendiri”


Cube kite lihat yang ini. Dari riwayat Al-Bukhari dan Muslim pula :

Nabi S.A.W. tidak memuji di hadapan orang yang bersangkutan secara langsung, tapi di depan orang-orang lain dengan tujuan memotivasi mereka. Suatu hari, seorang Badui yang baru masuk Islam bertanya tentang Islam. Nabi menjawab bahwa Islam adalah shalat lima waktu, puasa, dan zakat. Maka Orang Badui itupun berjanji untuk menjalankan ketiganya dengan konsisten, tanpa menambahi atau menguranginya. Setelah Si Badui pergi, Nabi S.A.W. memujinya di hadapan para Sahabat, “Sungguh beruntung kalau ia benar-benar melakukan janjinya tadi.” Setelah itu beliau menambahi, “Barangsiapa yang ingin melihat penghuni surga, maka lihatlah Orang (Badui) tadi.” (HR.Al-Bukhari dan Muslim, dari Thalhah ra.) 

Jadi ape konklusi nya? Tanya lah sama band Hujan. Keh2.. haa~ gurau2.. Ape yang kite boleh faham di sini, dari petikan pertama seorang lelaki memuji seseorang di depan Rasullullah S.A.W dan pada petikan yang satu lagi, Rasullulllah S.A.W juga memuji seseorang di depan orang lain? Eh? What is going on?

Heheh.. aku pun tak tahu ape cerita sebenarnye. keh2... Tapi bagi pendapat aku, kedua-dua riwayat ini tidak memfokuskan teknik pujian yang sebenar dalam islam. Mungkin ada cerita di sebalik sabda Nabi S.A.W ini di riwayatkan. Bukan untuk di jadikan dalil bagi cara memuji.


Sape kah ini? Comelnye. keh2.. Datin ni Oi~

Pujian atas dasar cantik semata-mata adalah naluri biasa yang ada dalam diri setiap manusia. "Wah hensemnye mamat tu. Dah la hensem, Jambu macam Solihin pulak. Peh..." keh2.. Dari sini anda dapat lihat. Keunikan dalam memuji adalah berunsurkan dari pelbagai gaya. Ada yang niat hanya bergurau senda, ada yang betul-betul mengkagumi seninya ciptaan Allah SWT. Ada juga yang memuji dalam nada perli, puji berniat mengambil kesempatan ke atas nuffnang korang dan ada yang memuji sebab takut. so terpakse puji. keh3...

Watever it is. Puji lah dalam niat yang baik. Atas alasan apa dan mengapa anda memuji? Tepuk dada, tanya selera. Sekian sahaja isu perbahasan politik ini. Kesimpulannya, minyak tetap naik harga. Arghh.. Tension. Memang teramat mulia dan cantiknya keadaan harga minyak yang di atur kerajaan sekarang ini kan? (pujian nih) keh3...


Nota : 
Jangan pandang-pandang. 
Dari mata turun kehati,
Jangan di kenang-kenang,
Yang cantik juga berduri.

Korang tak perasan ke aku dah pandai gune 'Striketrough'? Macam ni "Striketrough" keh3...
Hebat tak!??

(^_____^)



February 6, 2011

Yang Pelik Tapi Benar (Blogger)

Tergerak hati aku nak lisankan hal ni. hehe. Hal ape? Hal blogger. haha~ Sebelum aku kenal blog, sebelum aku mula pandai menekan butang 'Publish Post'. Aku dah lame jadi kaki stalker (Stalker yg baik. Ingat tuhan okeh!). Bace entri sana sini. Jutaan manusia punyai blog. Persoalannye, kenapa buat blog?

Kalau 2,3 tahun dulu tak ramai yg berblog. Penat buat blog ni. Lebih baik layan 'mini blog' di Myspace dan Freindster. Banyak geng. (awek pun ramai) keh3... Tapi sekarang, bende2 tu dah tak tip top. Jadi aku belek2 ape sangat lah yang ramai dok buat blog. Jadi aku jumpe 6 sebab mengapa ramai berblog :

1- Serve Nuffnang
2- Serve Nuffnang
3- Serve Nuffnang
4- Pecahkan ruang kebosan harian
5- Tempat luahan rase.
6- Populariti diri di blog sekarang hampir sama dgn dunia sebenar.

Ok. Jadi ade sorang awek yang aku stalker ni, naik menyampah dengan aku. Keh2.. Cerita lama ni. Beliau memberi saranan supaya aku cuba sendiri membuka blog. Free ke? Yup! Okeh, Done! Kata beliau, cube lah bercerita sesuatu, pasti lapang rase di hati. Betul! Blog membuatkan kite sangat berlapang hati dan sesuai untuk di jadikan terapi minda dan jiwa. hehe..

Tapi ada beberapa perkara pelik yang berlaku di dunia blog secara lansung membuatkan aku tak faham. Al-maklumlah, aku kan blogger baru. Baru? Newbie lah tu. keh3.. takpe2.

Perkara pertama ialah Tag. Kenape ade sistem tag2? heheh... serius tak faham. ade yang aku bace, tag ni dah macam minta biodata je. ahaha..Kedua, i Follow u, U follow I but silents till the end? hoh. Yang ni aku faham sikit. Mungkin berkaitan Nuffnang kot? Tarik pengunjung. Marketing strategy la kan? Yang ketiga, aku tak faham kenapa orang perempuan suke sangat cerita hal makanan dan boyfie dalam blog? kah3.. (gelak guling) Serius, yang ni paling tak faham. haaa~

Tapi ade beberapa orang rakan blog yang sangat pelik tapi benar. Blog2 mereka ni kompom mengikuti citarasa aku. Sebab aku follow blog bukan pakai hentam semberono. Aku follow sebab mereka UNIK! Serius beb! Aku fokuskan UNIK disini adalah mengikut pendapat aku k. Kalau korang tak rase Unik, korang (giler) best! keh2.. Mari lihat ape yg UNIK pada mereka :

Antara Blog Unik Pertama Aku Follow

Blog ni aku follow dari sebelum aku ade blog. Dari sebelum Fynn ni kawen dgn Tri. Korang tanye la bile dorang kawen. heheh. Aku tabik dgn mereka. Mereka Unik dan Seni.

Kalau korang nak tau sengatan blog ni. Korang tunggu la time die cuti semester nanti. Keh2..

Awek Ausie yang berbakat dalam bidang seni. Entri2 beliau boleh buat aku tenung atap syiling lama2 sambil nyanyi lagu cinta tiga segi. oh~


Antara Blog Yang Baru (Aku addict) Aku Follow

Beliau adalah kaka yang unik dan rajin menulis entri. Ape yang unik? Seorang wanita suri rumah mengeluarkan entri2 yang ade unsur tips, nasihat, pandangan, dan macam2 lagi setiap hari? Yeh, beliau pemikir yang terbaik. Aku pun tak mampu macam tu. Sob2..
Kalau lah ramai wanita mcm ni, kompom aku kawin 4. Uhuk2... :p 

Mula2 aku masuk blog ni nampak hijau semacam jek. Pecinta alam agaknye. Kemudian aku terpaut pada kata-kata
'Ada masa kita berlawak... Ada masa kita serius'.
Beliau adalah di antara blogger utara yang (jambu) bersopan santun dan berbudi pekerti. Elok di buat menantu ni. keh3.. Kalau korang nak santapan yang berlainan setiap hari? Blog ni paling sesuai. Takkan membosankan korang. haha..

Lain2 Blog Yang Unik

Blog ni dah tahap otai2. Care beliau mengolah cerita memang teramat Unik. Kagum.

Blog ni Cerita makan2, cerita pasal jual tudung. cerita pasal diri sendiri. heheh.. Nak tau ape yang unik nye? Beliau adalah bloger paling cun pernah aku lihat. Keh3..
(gelak guling lagi)
Unik kan?

Ok lah. Aku saje je nak cerita pasal blog mcm ni. Bukan niat nak promo ke hape. Takde keje aku nak buat macam tu. keh2.. Just nak isi masa terluang. Bosan la cuti lame2. Aktiviti time cuti, balik2 kenduri kahwen. sob2.. Bagi aku, blog adalah tempat yang mereleks kan minda. Jadi aku tak berminat untuk ikut rules berblog. Follow di atas adalah sebab aku betul2 Follow untuk mengisi ruang minda. Membaca adalah kegemaran aku. Sesiapa ada membuat entri panjang dan membuat aku pun berfikir panjang, itu adalah entri yang aku gemar. Cube korang buat entri 2,3 page. Kompom aku sorang je yang akan bace. keh2.. Oh ya, terlupa pulak.. kepada blog mereka2 yang kerap aku komen sana sini. Jangan boring dengan aku ek. Chill saja. heheh..



Nanti abang blanje cekelat yeh Mia. tehehe...


Nota : Bagi aku Entri Panjang adalah yang terbaik. Bagi anda? aku taknak tau. keh3...


Akhir kata, semoga umat islam seluruhnya terutama di Mesir kini di lindungi dan berkati Allah dari kancah kuasa yang zalim. Amin~

-Tamat-

February 5, 2011

EPISOD 17:AKU SEORANG BLOGGER



Sedutan episod lepas :

"plan?plan apa?"Haqim bertambah pelik
"kau tunggu sekejap......"Fariq bangun,dia menuju ke keretanya.Dan kemudian mengeluarkan laptop.

Haqim bertambah pelik...

"ok,plan kita ni bermula daripada blog ini........"cadang Fariq



Episod 17

"Eh, nanti dulu.." bentak Haqim. "Apsal pulak ni?" Balas Fariq kehairanan. "Ini? Kalau tak silap aku, ini laptop Ilya kan?" Haqim bertanya tegas. "Kau memang dasar mamat 'Stalker' la Haqim. Sampai laptop Ilya pun kau tahu?." Balas Fariq bernada perli. "Tehehe.. Biasa lah Abang Fariq. Aku syok dekat Ilya kerana cinta sejati. Tak percaya? X-ray la hati.. heheh.." Jelas Fariq sambil tersenyum simpul. "Nasik goreng belacan betul lah kau ni. Takde abang2 lagi sebelum kau betul2 di terima Ilya. Faham?" Kata Fariq melayan kerenah Haqim. "err.. sorry2. Kalau macam tu ape plan nye?" Haqim mengalih cerita.

Sok sek sok sek. Perbincangan mereka di mulakan. Seperti yang di beritahu oleh Fariq. Rancangan mereka adalah berkaitan dengan blog. Selesai mereka berbincang. Mereka berdua bergegas menuju ke 'Restoran Mai Lah Makan'. Destinasi itu di pilih kerana ada wifi free. Kalau bawa laptop tetapi tiada wifi bagaimana mahu berblog kan? Dua perkara ini sangat penting kepada para blogger. Fariq juga berfikir demikian.

Selang beberapa jam kemudian.

"Segalanya aku dah siapkan. Kau tengok ni Haqim. Ini lah blog kita." Jelas Fariq. "Err.. Blog kite? Aduh.. Dengan templet begini dan 2 orang lelaki sebagai tuan blog? Fariq, kau tak rase macam.. err.." Haqim memberi pertikaian sambil menggaru kepala. "Kau rase ape? Ini lah permulaan plan kite tahu?" Soal Fariq. "Duh.. dah la templet purple, dah tu ade gambar kite berdua. Looks so gay lah bro.. ahahaha... ha.. err.. eherm.." Ketawa si Haqim melihat telatah rancangan Fariq.

"Senget betul lah kau ni Haqim. Dah la senget, akal separuh tiang. haih.. Untuk pengetahuan kau, aku buat blog kite macam ni agar Ilya dapat menjiwainya nanti. Kau diam2 je. Kau serius ke nak Ilya ni?" Seloroh Fariq. "Baiklah. Saya diam." Haqim mengiakan Fariq. "Bagus, pandai mengikut perintah. Biar aku terangkan keseluruhan pada kau. Plan aku, kita buat blog ni khas untuk Ilya. Di sini kite luahkan bertapa engkau dan aku terlalu sayang dan memerlukan Illya seperti dalam jiwa masing2. Kemudian kite minta bantuan rakan-rakan blogger yang lain untuk memberi sokongan. Biar Ilya lihat kita sudah berbaik dan kita lakukan ini semua demi membahagiakan Ilya." Fariq menerangkan rancangannya penuh teliti.



"Ha... baru aku faham. Tak sangka bakal abang ipar aku, punya akal lebih setengah tiang dari aku. Bagus2. I do agree." Haqim kelihatan gembira dengan plan yang di buat oleh Fariq.

Beberapa jam selepas mereka mengeluarkan entri pertama, sudah lebih 50 orang dari rakan blogger memberi komen. Masing2 memberikan komen yang positif menyokong usaha Fariq dan Haqim berbaik demi seorang insan bernama Ilya Suhana. Dalam pada mereka asyik berblog menggunakan wifi free. Tiba-tiba ada sesuatu terlintas di fikiran Haqim.

"Jika plan abang ipar aku yang bijak ni berjalan lancar. Bagaimana pula dengan Afiq? Sepanjang kisah aku dan ilya, aku lansung tidak melakukan apa2 yang membahagiakan semua. Baik lah! Aku akan tamatkan segala ini dengan sesuatu yang baik. Agar tidak ada jiwa yang bakal kecewa di akhir cerita cinta sejati ini. Eh? berfalsafah pulak aku ni. keh3.." Kata hati kecil Haqim.

"Tapi bagaimana harus aku mengakhiri segala?" Timbul persoalan terakhir yang membaluti kesah jiwa si Haqim.


Jom layan epilog terakhir!

Jeng..Jeng..Jeng..


Thanks to

Penaung Idea :
(Segmen Mari Menyambung cerita)

Warga Tenaga Kerja :

February 4, 2011

Nak Kahwin Tak? Ala.. Jum la!

Cuti Raya Cina ni, ramai yang tak lepaskan peluang untuk mengadakan (mengada-ngada ni) majlis perkahwinan. Lusa, kawan seangkatan usia dah kemaruk nak kawen.. heheh.. Esok pulak sepupu sebaya aku nak kawen. Aku jugak yang jadi bujang lapok... ape ade hal? Lone Ranger. ahaha.. haha..ha..hampe.. sob2....

Tetibe pulak aku terpikir. Dalam perkahwinan pasti di lakukan atas 2 cara. Pertama, cara pakai redah. Simple! Pen merah pen biru, U marah, I loowve U. Love sampai tua tau! Okeh, Lepas tu kawen. Cara kedua adalah yang di sarankan oleh Agama Islam. Islam menekankan ciri2 memilih bakal suami dan isteri. Bukan jadi 'memilih' ye abang2 sekalian. heheh.. Jadi, di sebabkan aku pun belum pernah pergi ke kursus kawen yang bukan free (berbayar okeh). So tergerak hati nak bace pasal kahwin2 ni. Aku google2 la pasal kahwin (sebab free). Aku bace mane yang best. Dan timbul sesuatu yang hendak di kongsikan. Lihat di bawah :


(Untuk wanita)
“Disukai bagi yang ingin menikahkan anak gadisnya agar memilih pemuda yang bagus parasnya. Kerana kaum wanita juga menyukai apa yang disukai oleh kaum lelaki.”
(Ahkaamun Nisaa’, hal. 203)


(Untuk Lelaki Tulen)
“Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik…” (an-Nuur 24: 3)


(Untuk Umum)
Berdasarkan dari Anas Bin Malik r.a. ia berkata:
“Seorang wanita datang menawarkan dirinya kepada Rasulullah S.A.W. Ia berkata: “Wahai Rasulullah, apakah engkau mempunyai keinginan untuk menikahiku?””

Puteri Anas berkata:
“Betapa sedikit rasa malunya, alangkah buruk wanita ini, alangkah jelek wanita ini!”

Anas berkata:
“Dia lebih baik daripada dirimu. Ia mencintai Rasulullah s.a.w. dan menawarkan dirinya kepada beliau.” (Diriwayatkan oleh Bukhari, 3/246, an-Nasa’i, dan Ibnu Majah


Banyak lagi ciri-ciri yang di sunnahkan oleh Rasullullah S.A.W. tapi yang di atas ni lebih membuka minda aku. Syok bace. Baru tahu, islam juga tidak menghalang wanita untuk mencari pasangan hidup yang hensem2. keh2.. Jadi rupa paras lelaki jugak di titik beratkan. Bukan nye lelaki je yang asyik2 nak carik awek2 cun untuk dibuat bini. heheh..

Yang kedua tu best. Sedarlah, Orang yang berzina adalah hanya untuk penzina. Saranan Dari 'Belia Benci Zina'


Yang ketiga, soal perigi cari timba. Come on babe. It's okay. Aku tahulah adat melayu ni berpantangkan wanita mencari lelaki. Malu anak perempuan terhegeh-hegeh (sapa yg kata?). Tapi Fahamilah kiasan orang tua2 dulu baru nak cakap. Perigi cari timba tu bukan lah bermaksud perempuan tak boleh carik lelaki. Tetapi maksud mereka, Perigi tu berair. Timba tu kosong. Kalau perempuan yang dara atau masih berseri pergi mencari lelaki yang jahanam contoh pada agamanya. Maka bagaimana keadaan bila berkeluarga nanti?

Perigi cari Timba? Wat de hel?

Sebab tu jgk la orang dulu2 ade cakap, pantang anak dara kahwin dengan orang lelaki berkulit halus. Bagi mereka orang lelaki berkulit halus adalah lelaki pemalas. Taknak bekerja. Kesimpulannya perigi (perempuan) ni bakal jadi perigi buta (air kering) kalau pergi cari timba kosong (lelaki hampeh). Alamatnye, perempuan yg akan sara keluarga kalau cari lelaki malas. Biasenye perempuan mcm ni akan hilang seri kewanitaannye (perigi buta) kerana sibuk sara keluarga. Sebab itu lah orang2 tua menasihatkan supaya perigi jangan cari timba. Faham ke? aku tak pandai nak memberi penjelasan. keh2..

Tapi biaselah.. Mind set orang kite ni dah tebal dengan peribahasa tetapi maksud kiasan atau erti tersirat tu tak cuba di fahami betul2. Ingat, Islam tidak pernah menghalang wanita mencari lelaki atas tujuan yang baik. Dan adakah Orang tua2 kite meletakkan peribahasa ini dengan membelakangkan agama? Tidak. Orang tua2 zaman dulu lebih bijak. Maka kiasan-kiasan seperti peribahasa ini mereka ujarkan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas untuk setiap anak cucu bangsanya supaya cerdik dan menjadi pemikir kepada setiap tindak tanduk melalui peribahasa yang mereka tinggalkan beratus tahun lamanya.

Maaflah.. aku ni tak pandai nak jelaskan tentang sesuatu hal. Kalau ade sesiape yang bace entri ni, harap faham2 sendiri lah ye. Jangan jadi salah faham suda. heheh.. Tapi 'Perigi cari timba' ni aku pun tak pasti mane datangnye. Jenuh jugak mencari makna. Takde dalam Kamus Dewan. Mungkin peribahasa bisik orang kebanyakan yang terpatri hingga hari ini. 'Enau memanjat Sigai' pun lebih kurang maknanye dengan 'Perigi mencari Timba'. Taktau lah aku yg mane satu paling tepat untuk menggambarkan peribahasa ni. heheh..

Akhir kata, Islam memperkenalkan teknik-teknik memilih pasangan yang baik. Bukan untuk jadi jenis yang 'memilih' pasangan okey. keh2..

Nota : Selamat Pengantin Baru Buat Rakan dan Sepupu Ku.
Buat anak cepat2 okeh. Boleh aku kitai anak korang sok. keh3...

(^___^)

February 2, 2011

Aku Berteduh Di Pohonan Rapuh


Part V

Bagai petir menyambar pohon, begitulah hati ku yang tersentap merintih dengar. Ku dakap Anis di pelukan erat. Rasa getar tangisan menusuk jiwa ku. Entah lah. Dalam situasi yang suram begitu aku ketap membisu. Namun itu tidak akan mendatangkan apa-apa. "Wahai Anis.. mengapa ke gaung engkau benamkan rasa? Sedangkan si keparat itu telah kuburkan cintanya lama dulu. Mengapa Anis... mengapa?" kata ku sayup-sayup di telinga Anis.


"Banyak perkara yang engkau tidak tahu. Maafkan aku.." Kedengaran suara sayu Anis yang masih sedih atas dakapan. "Anis.. kalau engkau anggap aku adalah sahabat terbaik. Ceritakan lah.. aku juga sakit melihat engkau berkeadaan begini." Tanya ku yang cuba merungkai apa yang tersirat. Anis kemudiannya keluar dari dakapan tangis di bahu ku. Dia mengesat air matanya sambil berkata "Rizal yang kau tahu sebenarnya cinta akan aku. Tulus dan ikhlas. Tidak seperti yang engkau bayangkan. Cuma.." Aku kalut penuh persoalan. "Cuma apa Anis? Kenapa begitu dalam rahsia yang engkau genggam sehingga hati menjadi luka sendiri? Dan itu yang kau cakap dia masih cintakan engkau? Tolonglah Anis, sedarlah dari mimpi ini."

Anis mula memandang arah wajah ku. Wajah tangisannya masih kelihatan. "Biar aku beritahu engkau segala. Bermula dari kisah yang terjadi dua tahun lepas.." Kata anis perlahan-lahan menahan sebak. "Rizal meminta putus hubungan. Tindakan itu sangat mengejutkan aku kau tahu. Sedangkan ketika itu kami masih bersama tanpa apa-apa masalah yang hadir. Cuma, pada ketika itu, cinta diputuskan atas satu sebab. Erlina.. Sahabat aku.. dia sebenarnya menderita fasa akhir penyakit barah otak.." Jelas Anis kepada ku. "Jadi apa kaitannya? Tentang rizal yang sanggup memutuskan hubungan berdua?" Soal aku meminta kepastian.

"Rizal.. Dia itu.. Telah di hajatkan oleh perasaan Erlina. Sebelum aku tahu tentang penyakitnya. Rizal adalah impian terakhir hidup Erlina... Jadi.. jadi.. Rizal menceritakan segala pada aku. Dan adalah cara terbaik untuk berlaku bohong pada Erlina. Rizal berpura mencintainya. Dan semua itu adalah rancangan aku.. Ini yang engkau tidak tahu.." Kata Anis membangkit rasa. "Aku tak sanggup melihat impian sahabat aku terhalang kerana aku. Fahami lah.. Cuba.. apa yang engkau akan rasa bile engkau berada di tempat aku?" Jelas Anis tepat kepada ku.

"Jadi rahsianya, engkau yang memutuskan hubungan itu Anis?" Soal ku keras. "Tidak.. Bukan seperti yang engkau katakan.. sebelum Rizal mula mendekati jiwa Erlina.. dulu.. Sebelum cerita pembohongan di jalankan.. ketika itu Erlina terpaut dengan Rizal. Namun Rizal mencintai aku. Atas sebab penyakit yang di alami Erlina. Kami redha untuk berbohong. Supaya Erlina tabah untuk hidup. Namun selepas bohong itu berjaya. Erlina semakin menampakkan harap untuk hidup lebih lama di samping Rizal. Kemudian aku di datangi Rizal. Dia mengatakan tidak sanggup lagi untuk berbohong kepada Erlina." Anis memfokuskan kisah sebenar kejadian yang telah berlaku itu.

Dalam suasana itu aku hanya mampu berdiam. Tertumpu atas penjelasan Anis. "Aku juga seperti Rizal. Sudah rasa sangat berdosa untuk membohongi Erlina sahabat aku sendiri. Apabila aku berjumpa Rizal bersama engkau waktu itu. Rizal melafazkan kata... Aku berbelah bagi.. Atas pembohongan ini, aku mula memahami Erlina.. Maafkan aku Anis.. aku tidak mampu untuk jauh dari hidup Erlina.. Aku tidak sekuat yang engkau sangka.. Maafkan aku Anis.. maafkan aku.. dan itulah kata-kata terakhir dalam hubungan cinta kami.. sekarang engkau sudah tahu kisah yang sebenarnya kan?" Anis menundukkan kepalanya kebawah sambil menahan sebak di hati.

Sesuatu yang pasti. Nurul Anissa punya rasa yang berbelah bagi ketika itu. Aku cuma memikirkan mengapa bohong itu yang dia pilih sehingga termakan diri. Putusnya mereka bukanlah salah Anis sendiri mahupun Rizal yang aku kotorkan anggapan padanya. Cuma ini adalah soal menjaga hati orang lain dan mereka terpaksa korbankan cinta itu. Memang benar. Selama ini aku juga begitu. Aku hipokrit yang paling besar di sini. Aku mengurung bebas rasa ini. Kerana yang sebenarnya..


"Aku mencintai.. Anis..."





Bersambung...

February 1, 2011

Abaikan Sang Jiwa-Jiwa


Jangkau jauh di sudut semesta
Alam seluruhnya paling indah
Bukti kekuasaan paling seni
Terbentuk atas sebuah senyuman

Sejak mula aku di tempa
Sehingga hadirkan sementara
Aku alpa
Tentang hasrat dan tujuan mulia

Dalam Jiwa ini
Punya sudut-sudut penuh hasrat
Namun binari itu tidak pernah ada penghujungnya
Yang berkehendak Seri Fansuri

Biar kias jadi omongan
Kerana hati belum puas
Biar pepatah jawab seloroh
Kerana jiwa penuh persoalan

Dan di setiap aku punya rasa yang sama
Sejak Mula Adam Tercipta
Sehingga Isa tamat segala
Ini jalan cerita
Tentang sebuah kehidupan
Di Alam Dunia

Syukur tuhan
Bila berkehendak maka jadi lah ia
Terima kasih Sang Hawa
Bila kesunyian maka hadir nya ia


Aih.. Macam ni lah aku.. Kalau aku berkecil hati dgn sesorang terus bertukar mood Jiwa-Jiwa. Tapi dalam kehidupan pasti ada pelbagai warna.. erm... nak pinjam bahu awek2 comel boleh? nak nangis.. sob2.. (ahaha blah la. pe barang nangis2. keh2..)



Comelnye la hai.. (^__^)

-Tammat-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...