February 12, 2011

5 Gadis Di Senarai Hitam? (Blacklist)

'Gadis' ni byk jenis sebenarnya. Tapi ade 5 jenis gadis yang di senarai hitam kan. Kenapa? Kerana aku pun tak tahu. keh3.. Gurau2. Aku memang suke bergurau manje senda ni. Sape2 yang tak boleh nak bergurau ni, bak kate budak-budak tu ape? "Tak boleh gurau pi lepak surau la." keh3.. Budak-budak cakap memang pandai. Tapi aku tengok dalam surau pun dah mcm playground dah dorang buat. heheh.. Ok2.. back to story. Jom layan 5 Jenis Gadis Di Senarai Hitam kan untuk di buat bini-bini.. Kenapa bini-bini? Sebab tak boleh bersuami-suami. hehehe..

Gadis Pertama : Gadis Panggung
- "Gadis jenis ni memang kaki wayang. Kalau nak buat bini, memang Fail. Bile time bercinta komitmen padu-paduan" (ayat member saye yeh) keh3... Tapi bile gagal dalam percintaan cepat capai pengganti. Siap guna alasan ketuhanan mcm ni "Dah jodoh, nak buat mcm mane kan?" atau "Mungkin tuhan tu nak tunjuk yang ex aku tu tak sesuai tuk aku." Okeh. Adakah tuhan tu nak tunjuk sesuatu yang sia2 berkaitan hal2 cinta cintun you all? Come on, Rasulullah s.a.w tak ajar kite fikir mcm ni pun? Mana fatwa di guna pakai ni. Insaf lah.. Hidup jangan jadi Heroin Filem. Lain filem lain Hero nye. ish3..

Gadis Kedua : Gadis Wartawan
- Gadis jenis cari berita. Yang ni perlu di bendung. Sok buat bini, kompom masuk paper Metro (uh~ I hate Metro). Gadis jenis ni selalunye dah terbiasa mendengar cerita orang. Sok sek sok sek. Ngumpat memang die suke. Macam Mami Jarum Jr. keh2.. Tak elok umpat cerita orang. Dosa. Mati seksa.

Gadis Ketiga : Gadis Hidung Tinggi
- Gadis jenis sombong. Bukan sombong tak bertegur ke ape. Jenis merasakan status lelaki adalah di tahap bawah. Sombong pada keupayaan lelaki. Selalu cakap, lelaki ni tak boleh pakai, lelaki ni semua sama atau lelaki dan dot dot dot.. Keh3.. Jenis gadis mcm ni memang aku kureng skit. Awak lahir pun dari seorang ayah. Dan ayah itu lelaki. Okeh. Aku faham, sesetengah pernah di khianati oleh lelaki. Tapi fikirkan lah kembali. Di khianati tu atas dasar lelaki atau sikap pakwe/suami kamu-kamu tu sendiri. Bile aku suruh carik abang2 tablik tu buat husband. Korang geleng kepala. Ha? Buat solat hajat. Minta lelaki yang baik2. Setel.

Gadis Ke Empat : Gadis Kampung
- Gadis kampung yang mane? Ade lagi ke gadis kampung? Istilah ape ni? ah~ maksud gadis kampung tu kire mcm gadis yang ayu2, lemah lembut, dan pakai tutup aurat lengkap ala2 suci. ahaha.. pi la ceruk mane pun kat malaysia ni. Kampung ke bandar ke semua jenis perempuan pun ada. Patut istilah gadis kampung ni dah perlu di mansuhkan dari bisik rakyat kebanyakan. Sepatutnya semua gadis perlu terima hakikat. Sebaik-baik gadis adalah gadis yang melengkapkan aurat dengan hukum dan syarak. Gadis perangai buruk, suami boleh adjust nanti. Tapi kalau aurat buruk? PM pun tak mampu nak tegur. Keh3..

Gadis Ke Lima : Gadis Maybelline
- Gadis maybelline memang cun2 beb. Tapi sesuai ke buat isteri? Hoh?.. Kalau nak jugak tengok2 boleh la. Tu kat majalah remaja. Banyak. hehehe..

Next Time aku bagi Tips Menjadi Gadis Pilihan Jejaka ek. Sangat best. Kalau korang bace nanti mesti ade yang cakap "Ek.. ee..leh.. senang je nak jadi gadis yang baik2 ni." keh3... Ek.. ee.. leh.. la korang, Tengok boleh jadi yang baik2 ke tak nanti? keh2.. gurau2..





Oh Ayu Raudhah.. 
"Woit2! Bini orang tu woit!"
Erk... 
"Okeh2.. acah je tadi tu bang.." 
Potong line betul la Zaquan Adha ni.. Ish.. 



(^__________^)



Sekian~ 

19 comments:

Fariq Jalil said...

tetibe aku mcm tak phm lak.. heheh..
mungkin ayat terlampau dalam sangat kot.. nanti aku baca balik kasi paham bebetul.. :p

The Crow said...

Fariq - Tang mana yang tak faham tu Fariq? Jangan cakap fariq je tak faham. Sy pun tak faham jgk. Keh2.. Ah~ abaikan je. heheh..

(^____^)

Unknown said...

gadis maybelline pun ada jugak..
gadis melayu yang kat tv9 tu boleh dak???

The Crow said...

Kaka Diana - Gadis Melayu ok. Tak black list. Bleh buat calun isteri tu. hehehe..

Unknown said...

keh2.tak suka ka gadis mekup tebal2.?;p

Solihin Zubir said...

gadis pelakon! macam ayu raudhah.. pakai tudung lam filem ja.. kat laur? hampeh! ehehe..
tp harap2 nnt dia dpt hidayah.. insyaAllah..

Fariq Jalil said...

ntah la,, tak tau mane yg tak paham,, mungkin bahagia explaination gadis2 tu kot. cuba bagi jgn pusing2 ayat, boleh ikut sama pusing wo baca,, :p

btw.. suka gadis yang suka kat aku je.... kehkehkeh

Kenapa Perempuan Selalu Dijadikan Contoh.

The Crow said...

Ecah Fansuri - Bukan tak suke. Suke sangat. keh2.. tapi biar di mata suami.

Solihin Da Bro - Heroin drama. Biase ler. Lain drama lain imej. Nak tergur susah. PM pun tak cakap apa. keh3..

Fariq - Tu kelemahan sy. Sebab tu sy sangat kagum dengan gaya penulisan korang. Sangat teratur. Contoh mcm To Other Khairul blog. Olahan die memang sangat terbaik. Kagum. heheh..

(^____^)

Unknown said...

yeaaa???????????????mane dapat maklumat ni??ngape cam nak terase je ni. hahahahhaha

The Crow said...

what? - hehe.. jangan terasa. adeh.. ni hanye pendapat. kalau rase pendapat ni ok, just manfaatkan. hehehe.. (^__^)

Ati Masrif said...

as salam crow,

ct nurhaliza tu asal gadis kampung juga ...huhu


Jom baca: Khas Untuk Semua KAUM WANITA.. mesti baca!!

Rina Rossoneri said...

kenapa gadis kampung di blacklist? maksud kamu gadis kampung xsemuanya baik2 naif,kat bandar pun ada je gadis yg naif baik2 macam gadis kampung ke??atau maksud kamu gadis kampung ni bermaksud pemikiran tertutup ke?

p/s:ayu raudah tu sebenarnya potong line,habis dah dua2 kembar lol

The Crow said...

Kak Ati - Aah. Ramai yang kate Siti dari kampung. (^___^)

Rosmerry - hehe.. lebih kurang kot macam tu. nnti lah sy buat satu entri mengapa gadis kampung di black list. heheh..

jangan ckp pasal ayu raudhah. Sentap~ uh~ keh3...

Unknown said...

siti memang dari kampung..
tapi gaya hidupnye macam orang pekan..
heheh..
orang kampung tak de yang pakai cincin besor ibu jari kaki suami..
wakakakka..

The Crow said...

Kaka Diana - Erk? jadi siapa yg pakai cincin beso ibu jari kaki? keh3..

(^_______^)

Cik Adza said...

tertarik ngan ayat nih..

"Gadis perangai buruk, suami boleh adjust nanti. Tapi kalau aurat buruk?"



:p

The Crow said...

Cik Adza - Betul kan? hehehe..

Cik Adza said...

crow >> yup.. dengan niat diri si gadis mahu berubah. pada pendapat adza, aurat pun sama.. suami bule adjust gak insyallah..

Unknown said...

nseb i tade :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...