February 1, 2011

Mangsa Keadaan Pergolakan Di Mesir

Aku taknak cerita panjang. Cuma aku ade terbaca entri2 di blog sana dan sini. Juga tonton berita di tv. Dua2 pihak menceritakan hal yg berbeza pasal isu rusuhan di Mesir. Yang mana benar? aku keliru. Dem.. Malas nak Foward Post pasal kejadian mesir kat sini. Nanti aku pulak dah jadi pihak ketiga yg bercerita dan mengelirukan orang lain.

Cuma aku tak puas hati dgn komen di berita. "kami jgk mengalami kesulitan kerana talian telefon dan internet di block di sana." WTF? Ini zaman kereta lembu ke? Zaman minyak tanah? Simple connection pun tak boleh buat ke kalau betul2 ikhlas nak selamat kan rakyat kita di sana? Bodoh punye pemimpin. Simple radio SOS dan Satelite Tracking la weh. Teknologi timba ribuan ringgit bai. Tapi nak hubung dgn orang jauh kalau takde phone terus blur2 ke?

Lepas tu bile semua dok kecoh2 pasal isu Mesir. Isu Lin Dan tibai Malaysia lg. Isu Banjir besar di Jasin dan sana sini. Kau hendapkan sasaran pada harga minyak kan? Licik2. Bagi isu minyak tak di kecoh rakyat. Terbaik la Kera jaan.

"Ya Allah. Jika ujian di Mesir engkau turunkan untuk hamba-hamba mu. Sesungguhnya engkau Maha Besar. Aku berdoa agar mereka di permudahkan untuk menghadapi ujian mu." Amin...

Nota : Doa lah sikit kawan2. Jangan malu-malu. Free je.

(^__^)

8 comments:

AISHA INANI said...

kesian kan dorng??
e2 laa rakyat kan didahulu kan.bongokss!

The Crow Empire said...

Aisha Inani - Cakap kosong mereka la tu. Rakyat mmg la di dahulukan untuk kaut untung autonomi. Barula pencapaian di utamakan iaitu besarkan kuasa kerajaan tercapai.

Kenape aisha pose mulut mcm tu? Cute okeh! hehe.. (^__^)

diana said...

betul la..
dalam keadaan macam ni tergamak dia ambik kesempatan ye..
tu pun ramai lagi yang tak sedar..

agak2 penduduk tenang rasa tertipu tak sekarang??
hahaha..
ketawakan diri sendiri..

The Crow Empire said...

kaka diana - Tenang tu kene fikir panjang. jangan ape yg di sogok sekarang mereka syukur akhirnya esok lusa anak cucu tak dapat ape2.. sob2..

ijatnuar87 said...

smoga mereka semua selamat disana...menakutkan btol la masalh ginih..

Solihin Zubir said...

bila la rakyat malaysia nak bersatu gulingkan KERAjaan malaysia yg zalim tu plak eh? heheh..

Aujinz said...

Aku pun dah pening gak..kalau bab berita selalu tak tepat..

tang naik minyak tue.. tepat dan terperinci..

The Crow Empire said...

Cikgu Ijat - Insyaallah selamat.. hari ni kene pada mereka, entah esok lusa mungkin kite pulak. Sama2 doakan. (^__^)

Solihin Da Bro - Susah~ dorg tangan lembut. Pandai tarik rambut dalam tepung. Tapi biase lah. Kan kite di fasa akhir zaman. Macam ni lah kera jaan yg kite dapat. Syukur je lah.. sob2..

Aujinz - Same la. Sy pun tak faham. berita tunjuk keadaan sana macam terkawal. tapi sampai talian awam pun di putuskan, terkawal la sgt kan? adeh..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...