March 28, 2012

Contest: Cerita Seram - JIN PENDAMPING


Assalamualaikum,
Kali ni crow join contest dari SYAF. Untuk keterangan lanjut tentang kontest ni, 
korang boleh klik banner dibawah. Ini kontest terbuka pada semua. Jom la join! :)



"Dari Jabir Nafir, dari Abi Tsa'labah Al-Khuntsa ra, bahawasanya Rasulullah saw bersabda, (maksudnya) `Jin terbahagi dalam tiga kelompok. Kelompok pertama adalah jin yang mempunyai sayap dan dapat terbang di udara. Kelompok yang kedua terdiri dari jin yang berbentuk ular dan anjing, sedangkan kelompok ketiga adalah yang boleh berubah bentuk dirinya."






Cerita seram? Benar atau tidak, kenyataannya dalam diri kita empunya satu ruang yang diisi dengan sifat takut. Segagah mana mulut lantang berbicara, andai disapa dengan makhluk berupa hodoh, jijik dan busuk sudah pasti gigil seluruh badan malah mungkin emosi juga terganggu.

Kali ini aku nak cerita tentang seorang lelaki. Beliau aku gelar sebagai abang Shahril. Aku kenal dia lebih kurang 6 tahun yang lalu. Dia adalah seorang pengumpul koleksi keris dan pengantara jualan keris Malaysia-Indonesia-Filiphina. Keris sinonimnya adalah senjata yang diklasifikasi sebagai 'barang lama'. Keris hanya akan dianggap antik jika tempaan bilah keris melebihi 24 lipatan besi dan berusia 50 tahun keatas lamanya.

Dalam pelbagai koleksi keris kepunyaan beliau, terdapat sebilah keris Jawa yang bernama "KERIS SETAN KOBER". Keris ini dibalut dengan sehelai kain merah dan diikat rapi menggunakan tali guni. Keistimewaannya, keris ini berbau harum. Walau diasah asap kemeyan berkali-kali, bau harum itu tidak pernah hilang. Walaupun begitu, keris ini sangat anih kerana mempunyai "Pamor Sujen Nyawa" yang membawa maksud 'keris yang berkemahuan pemiliknya mati awal'.

 ( *Pamor adalah ukiran dibahagian bilah keris). 



Keris semenanjung 'berpamor' seakan sisik ular.


"Jika mahu memiliki, keris harus diuji!" inilah kata-kata bagi seseorang pengumpul koleksi keris. Maka 4 tahun dahulu keris ini telah diuji di depan aku. Ritualnya mudah, diasah dengan asap kemenyan dan limau nipis kemudian ditikamkan mata keris keatas seketul daging basah. Tujuan ini dilakukan adalah untuk memastikan sama ada keris itu pusaka ghaib atau tidak.

Khamis malam jumaat, bertempat di sungai Ulu Yam, Selangor. Itu kali pertama aku ikut mereka. Di sana aku bersama 4 orang termasuk abang Shahril dan abang Malik terlibat dalam uji keris. Selepas ritual mengasah keris dilakukan abang Sharil bersama Abang malik mula menguji. Di ambilnya seketul daging lembu basah dan dua helai daun sirih disapu kapur. Kami yang lain diminta berselawat banyak-banyak didalam hati. Ah.. waktu itu suasana sunyi berdamping dalam kesejukan malam, tapi aku waktu itu aku belum merasakan apa-apa hal yang pelik berlaku. Selang beberapa minit, abang Shahril mula membaca sepotong ayat kursi lantas mula menikam-nikam daging yang dialas dengan daun sirih berkapur. Terkumat-kamit mulut abang Sharil ketika itu sambil menunjah keris keatas daging.

Tikaman demi tikaman terus dilakukan. Suara abang Shahril semakin jelas kedengaran "Aku cucu adam seru golonganmu tunduk pada Sulaiman. Sulaiman rajamu dan dia saudaraku. Allah tuhan Sulaiman dan Allah tuhanku. Engkau hamba lemah usah ganggu perhiasanku". Sedang asyik aku memerhati kelakuan abang Shahril menikam daging, tiba-tiba abang Shahril serta merta berhenti lalu beliau batuk dan muntah. Abang Malik terus memegang badan abang Shahril. Disapukan air meneral ke muka abang Shahril sambil dibaca selawat berulangkali. Dalam keadaan itu, aku dan seorang lagi kawan diam tergamam. Perasaan derau mengusik darah yang mengalir. Nadi mulai deras. 

Tikaman dilakukan hampir 15 minit. Selesai sahaja aksi abang Sharil, jelas kelihatan tangan yang memegang keris itu mengigil kuat. Ketika itu aku seolah dapat merasakan betapa kuat tikaman yang dibuat olehnya tadi. Kelihatan abang Sharil diam dan hanya memerhatikan daging itu lalu dia berkata "Malik, keris ni orang punya". Termangu-mangu seketika kami semua. Kemudian aku dan yang lain tampilkan diri melihat daging tersebut. Debaran hati makin kuat bergetar apabila melihat daging itu tidak hancur lansung seolah tiada kesan tikaman. Yang hancur cuma lapisan daun sirih. Ya, itu perkara paling anih bagi aku yang berfikiran moden ini. Tak masuk dek akal. Getar tangan abang Shahril itu bukti betapa kuat tikamannya, tetapi daging itu seolah tidak terusik lansung. Kemudian abang malik bersuara "Beli keris ni dari siapa Sharil?" Lantas di jawab oleh abang Shahril, "Dapat dari seberang dengan koleksi yang lain. Tak pasti barang siapa. Cuma harganya murah sebab tu aku ambil".

Selesai upacara, kami pulang dan singgah di warung. Abang Shahril mula bercerita tentang apa yang berlaku sebenarnya. "Ini keris Setan Kober. Keris Jawa. Kualiti sederhana punya 32 lapisan besi tempa. Keris ini pusaka. Maksudnya pernah bertuan". Kemudian aku mencelah dan mengemukakan soalan, "Macam mana daging tu ditikam-tikam tapi boleh elok je bang?" Lantas abang Shahril menjawab, "Keris ini ada pendamping. Ada Qarin iaitu golongan jin ketiga yang dampingi kita semasa hidup. Kita lahir bersama jin qarin namun jika kita mati, jin ini tetap hidup sehingga hari kiamat. Setiap manusia ada qarin tersendiri dan kesemua qarin adalah kafir kecuali 'satu' qarin iaitu qarin Nabi Muhammad saw dan ia satu-satunya qarin islam didunia. Keris ini mungkin bahan pujaan tuan empunya keris dan keris ini mungkin adalah bahan si qarin (jin) bagi menyesatkan tuannya semasa hidup. Sebab itu jin qarin masih duduk dikeris ini."


Qarin pendamping malam..


Melalui cerita dan pengalaman aku ini, dapatlah korang semua faham akan sesuatu. Ianya tentang jin yang mendampingi diri kita. Andai korang selalu duduk bersendirian, ingatlah masih ada yang menemani. Hidup kita ditemani jin. Ketahuilah didalam jasad korang punyai liang juga ruang tempat qarin merasuk hati dan bersembunyi. Dikala korang tidur qarin turut menemani. Sejijik mana wajah qarin itu terpulang pada kebersihan hati dan iman seseorang. Satu cara yang biasa orang guna bagi mengesan pergerakan jin adalah melalu roma ditengkuk. Seandainya korang dalam keadaan bersendirian tiba-tiba merasakan tengkuk seolah meremang, maka ada jin sedang berkeliaran disekeliling anda.... Awas!!


Crow tag :
Fara2911


Ini Contest: Cerita Seram anjuran SYAF.

-Tammat-




March 6, 2012

BCR Kontest 2# | How I Met BCR





Assalamualaikum. 

Entri kali ni, Crow fokuskan kepada semua blogger terutama kepada warga BCR (Blogger Chat Room). Ini adalah entri penyertaan bagi Kontest 2# | How I Met BCR

Untuk pengetahuan umum, BCR sedang mengadakan pertandingan sehingga 19 March 2012. Pertandingan ini hanya terbuka kepada ahli BCR sahaja. Ini adalah pertandingan kali ke 2 dianjurkan oleh ahli jawatan kuasa. BCR. Pertandingan sulong pernah diadakan sekitar bulan June 2011 dengan bertemakan "Kamilah Geng BCR!!"



How I Met BCR / Bagaimana saya bertemu BCR?
Crow temui BCR sekitar awal tahun 2011 disalah sebuah laman blog.. Crow tak ingat blog sapa tah. kikiki.. Yang Crow masih ingat, waktu tu BCR hanya menggunakan Meboo Chat Room sebagai platform utama bagi menghubungkan para blogger yang berstatus ahli BCR. 

Seawal mendaftarkan diri di BCR, Crow byk merujuk kepada Fariq @ Fariqscorpio dan dari situ jugalah crow rapat dengan fariq ini secara personal. Kalau masuk BCR mesti time ada fariq je. koh3.. Lepas tu Crow mula berkenalan dengan ahli BCR yang lain terutamanya Jejaka Terhangat selaku pengasas BCR.

Seperti awan gebu yang berarak, begitu jua masa kian berlalu. Kini telah setahun Crow menjadi ahli di BCR. Crow dapat lihat dengan jelas bahawa Jejaka Terhangat bersungguh bagi menyatukan seramai mungkin para blogger di BCR bertujuan bagi memeriahkan lagi sektor blogger di Malaysia. Maka BCR dinaik taraf dengan ber 'platform' kan Cbox beserta webpage tersendiri. Namun bukan itu sahaja, Jejaka Terhangat turut berusaha menyatukan ahli BCR di dunia nyata seperti 'gathering' BCR yang telah diadakan beberapa kali sebelum ini.

Pendapat Crow secara peribadi tentang kewujudan BCR adalah perkara yang sangat hebat dan memberi pengalaman manis dalam sejarah hidup Crow dan rakan-rakan di BCR yang lain sekitar tahun 2011. Tahniah kepada pengasas dan seluruh warga BCR.

Namun disetiap yang hidup pasti mati. Yang patah tumbuh dan hilang berganti. Ada juga kisah pahit telah berlaku di BCR. Antaranya tentang pemergian salah seorang warga BCR ke rahmatullah.. Samada ia benar atau tidak "wallahu a'lam".. Ada juga ahli yang aktif seketika dulu tiba-tiba tidak muncul lagi di sana seperti aisha inani, aisya humaira, Lurim, Mr Kerro, Azrael dan ramai lagi. Semoga mereka semua dalam keadaan sihat hendaknya.. Dan sekarang ahli baru bersilih ganti. Kesemua mereka ramah-tamah, baik-hati, cute-mute dan pemalu. kikiki.. :)

Akhir kata, Crow ucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli BCR dan Jejaka Terhangat kerana sama-sama memeriahkan BCR dan menjadi teman sepanjang Crow menjadi ahli di sana. Crow join contest ini sebagai tanda sokongan kepada BCR. Semoga perkenalan kita berpanjangan di bawah lindungan dan keberkatan Allah swt. InsyaAllah..


Dengan rasa comel, maka Crow tag :
Dan juga seluruh warga BCR. JOm La JoIn Woi!! 


(Skema giler ayat gua. koh3..)

-Tammat-




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...