March 6, 2012

BCR Kontest 2# | How I Met BCR





Assalamualaikum. 

Entri kali ni, Crow fokuskan kepada semua blogger terutama kepada warga BCR (Blogger Chat Room). Ini adalah entri penyertaan bagi Kontest 2# | How I Met BCR

Untuk pengetahuan umum, BCR sedang mengadakan pertandingan sehingga 19 March 2012. Pertandingan ini hanya terbuka kepada ahli BCR sahaja. Ini adalah pertandingan kali ke 2 dianjurkan oleh ahli jawatan kuasa. BCR. Pertandingan sulong pernah diadakan sekitar bulan June 2011 dengan bertemakan "Kamilah Geng BCR!!"



How I Met BCR / Bagaimana saya bertemu BCR?
Crow temui BCR sekitar awal tahun 2011 disalah sebuah laman blog.. Crow tak ingat blog sapa tah. kikiki.. Yang Crow masih ingat, waktu tu BCR hanya menggunakan Meboo Chat Room sebagai platform utama bagi menghubungkan para blogger yang berstatus ahli BCR. 

Seawal mendaftarkan diri di BCR, Crow byk merujuk kepada Fariq @ Fariqscorpio dan dari situ jugalah crow rapat dengan fariq ini secara personal. Kalau masuk BCR mesti time ada fariq je. koh3.. Lepas tu Crow mula berkenalan dengan ahli BCR yang lain terutamanya Jejaka Terhangat selaku pengasas BCR.

Seperti awan gebu yang berarak, begitu jua masa kian berlalu. Kini telah setahun Crow menjadi ahli di BCR. Crow dapat lihat dengan jelas bahawa Jejaka Terhangat bersungguh bagi menyatukan seramai mungkin para blogger di BCR bertujuan bagi memeriahkan lagi sektor blogger di Malaysia. Maka BCR dinaik taraf dengan ber 'platform' kan Cbox beserta webpage tersendiri. Namun bukan itu sahaja, Jejaka Terhangat turut berusaha menyatukan ahli BCR di dunia nyata seperti 'gathering' BCR yang telah diadakan beberapa kali sebelum ini.

Pendapat Crow secara peribadi tentang kewujudan BCR adalah perkara yang sangat hebat dan memberi pengalaman manis dalam sejarah hidup Crow dan rakan-rakan di BCR yang lain sekitar tahun 2011. Tahniah kepada pengasas dan seluruh warga BCR.

Namun disetiap yang hidup pasti mati. Yang patah tumbuh dan hilang berganti. Ada juga kisah pahit telah berlaku di BCR. Antaranya tentang pemergian salah seorang warga BCR ke rahmatullah.. Samada ia benar atau tidak "wallahu a'lam".. Ada juga ahli yang aktif seketika dulu tiba-tiba tidak muncul lagi di sana seperti aisha inani, aisya humaira, Lurim, Mr Kerro, Azrael dan ramai lagi. Semoga mereka semua dalam keadaan sihat hendaknya.. Dan sekarang ahli baru bersilih ganti. Kesemua mereka ramah-tamah, baik-hati, cute-mute dan pemalu. kikiki.. :)

Akhir kata, Crow ucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli BCR dan Jejaka Terhangat kerana sama-sama memeriahkan BCR dan menjadi teman sepanjang Crow menjadi ahli di sana. Crow join contest ini sebagai tanda sokongan kepada BCR. Semoga perkenalan kita berpanjangan di bawah lindungan dan keberkatan Allah swt. InsyaAllah..


Dengan rasa comel, maka Crow tag :
Dan juga seluruh warga BCR. JOm La JoIn Woi!! 


(Skema giler ayat gua. koh3..)

-Tammat-




23 comments:

red gitarputeh said...

HAHAHAHA. Ayat tak leh blah XD kesian aisha inani, aisya humaira, Lurim, Mr Kerro, Azrael XD

CeritaSekupang said...

crow ada sebut pasal mask_khalifah.. :)

Al-fatihah buat arwah..

fara2911 said...

:tepuk

The Crow said...

Crow taknak sebut nama mask_kalifah sbb tak tau nama arwah yg sebenar. tapi kita melalui cerita waktu tu kan? jadi kita tau ttg siapa? :)

Al-fatihah..

feeza macho said...

nice entri

dRopPuc!noo™ said...

COOL! nampak ikhlas dari hari. tepuk3!!

Awan Nano said...

crow nak tnya? leh tau x sape org yg meninggal dunia tu? :)

Anonymous said...

Tiba2 teringat kat mask_khalifah.. Terkejut actually bila tau sal benda tu dulu.. He's nice.. Al-fatihah..

Unknown said...

entry ni pilu T_T

The Everyting In My Life said...

super retissss weiiii

The Everyting In My Life said...

al-fatihah

Mss Ieza said...

syahdunya entry :)

Fariq said...

tak sangka aku masih diingati.. ingatkan dah tak kenal dah.. :terharu

ok yg ni bley dpt no.3.. haha

Admin said...

sentap..nama aku x de

Aleen Aiden said...

ehem2! i wasnt there.. :(

Shiqin Sunshine said...

heheh, rasa sayu lak bila baca part2 yg sayulahh...hehehe, rindu gak membe2 bcr yg lame...=)

huhu, sume org pnah masuk meebo...BL je tak =D

fatin aqilah shaari said...

ohh jejaka terhangat rupanya . ingat crow yg buat contest and admin bcr (=

Raden said...

huh..igtkan MCR

farhanamasdo said...

begitulahh sejarahnyaaa bcr ditubuhkann . aat tak boleh nak skema habess . hihi . jom dtg umahh

http://muntotunggek.blogspot.com/2012/03/bcr-kontest-2-how-i-met-bcr.html

Jejaka Terhangat said...

wah..berulang kali nama disebut dlm entri ni. terharu. tp malangnya JT bkn admin lagi. kalo tak, bleh kasi markah bonus kat Crow. ahaks..:D

jum plan utk next gath plak =p

ilyia syafira said...

innalillah. ilyia rasa ilyia dah tertinggal banyak benda dengan bcr. sape yang dah pergi tu crow ? :(
-ilyiasyafira-

Unknown said...

ha?
biar betul mask dah meninggal?
subhanallah, aku baru tahu..
rindu kott dulu chat ngan dia..
al-fatihah...

Alex Irfani said...

kunjungan hangat.. kunjung balik ya. jangan lupa follow ya.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...