February 4, 2012

Kelahiran Yang Terpuji (Edisi Mawlid An-Nabi)

Di dataran yang luas terbentang, dihuni oleh para cicit Adam dan Hawa. Di setiap mereka berlari kesana kemari. Mencari sesuatu untuk santapan serakah. Di antara sekalian manusia, punya kelas tersendiri. Ada yang berniaga namun bohong timbang-tara, ada yang menjadi isteri kepada kandungnya sendiri, ada yang mencabut nyawa karib kerana mahukan pelacur-palacur untuk disetubuhi dan ada yang masih kecil namun hanya dijadikan pengalas kaki.

Dalam situasi ini. Allah SWT  memberi tugas kepada hambanya yang terpilih. Kesemuanya 24 Rasul yang di warisi dari hari ke hari, tahun ke tahun, dan zaman ke zaman. Maka Rasul ini menjalani getir, memangku tugas di atas suruhan Allah SWT. Amat terperi ujian bagi laksana kebenaran. Namun begitu, manusia gah mengorak serakah. Rasul di cerca, di hina, di muslihat dan di fitnah. Sehingga 3 kitab di turunkan pada yang hak. Mengajar manusia erti mengenal siapa hamba dan siapa Tuhan. Namun manusia bersifat tidak akur. Malah berlumba untuk lebih berkuasa. Bongkak dan takbur mengasah kedudukan sehingga ada yang menginginkan tempat sebagai tuhan.

Kisah di atas adalah kisah-kisah yang lepas. Kisah yang mana kita semua tahu, bertapa wajar 24 Rasul diutus dan dibantu beratus kenabian untuk membendung akhlak, budaya dan sikap manusia. Namun malang, ianya masih tidak mampu untuk mengawal sifat dan onar manusia dari melansungkan kejahatan.

Dan akhirnya pada hari Isnin 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571M, Allah swt telah mengutuskan seorang hambaNya yang sangat hebat. Beliau maksum dan terpuji. Beliau  adalah yang dilantik menjadi Nabi Dan Rasul yang terakhir. Beliau juga adalah penerima wahyu dan penyampai hak 1 kitab terakhir. Beliau telah dijanjikan syurga dan yang pertama diangkat selepas hari kebangkitan kelak.

Begitu besar taraf beliau di sisi Allah. Beliau ini di beri nama Muhammad (Yang terpuji) oleh datuknya yang bernama Abdul Mutallib. Beliau berketurunan dari Bani Hashim (kabilah penjaga kunci kaabah).

Fikirkan sejenak. Siapakah itu Nabi Muhammad SAW? Beliau adalah pesuruh Allah. Beliau juga adalah hamba. Beliau juga mengalami kesulitan atas cerca dan khianat manusia. Namun beliau tidak pernah mengeluh. Beliau telah tetap imannya. Beliau tetap dengan tugasnya. Betapa besar cita dan semangat beliau untuk memimpin akhlak sekalian manusia.

Sehingga di hujung nyawa beliau terus menyebut "Ummati.. Ummati.. Ummati.." Maha suci Allah... Betapa besar rasa dan kasih beliau terhadap sekalian manusia.

Dan ingatlah rakan-rakan. Kita juga Hamba. Kita juga ada perkara yang perlu dicita dan dipimpin. Hidup ini bukan mainan. Bukan perkara yang Allah beri untuk dipersiakan. Dan disetiap dari nyawa dan roh yang berkeliaran dimuka bumi ini sudah tersirat akan takdir yang perlu dipikul dengan rasa tanggungjawab kerana kita adalah hambaNya.

Maha suci Allah telah menurunkan seorang hambaNya yang hebat iaitu Nabi Muhammad SAW bersama kumpulan cahaya (al-quran) bagi menerangi dan menyelamatkan manusia dari sifat mungkar kepada Maha Pencipta (Allah swt). Dan wajarlah sekalian manusia bagi menjulung hari kelahiran Baginda Rasulullah SAW untuk memperingati peristiwa segala jasa yang telah Rasulullah SAW lalui sepanjang menjadi pesuruh Allah dalam membimbing kita. Baginda di ibarat seorang ayah. Ayah yang benar-benar kasih akan sekalian anak-anaknya. Memberi bimbingan supaya kita semua seiringan masuk ke syurga Allah bersama Baginda kelak. 

Wallahu 'alam..


Sedikit perkongsian lagi : 
Pada suatu hari, ketika Aishah menjahit baju pada waktu sahur, tiba-tiba jarumnya terjatuh. Secara kebetulan, lampu yang dipasang sejak tadi dipasang telah malap.

Nabi Muhammad SAW masuk dalam kegelapan tetapi wajahnya yang bercahaya itu menyebabkan Aisyah berjaya mengutip kembali jarum yang terjatuh.

“Wahai Muhammad, alangkah bercahayanya wajahmu,” kata Aisyah.

Kemudian, dia menyambung, 

“Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?”

Nabi Muhammad SAW menjawab, “Orang yang bakhil.”

Aisyah bertanya lagi, “Siapakah orang yang bakhil?”

“Orang yang bakhil itu ialah orang yang tidak mengucap selawat ke atasku apabila mendengar namaku disebut,” jawab Nabi Muhammad SAW


Notadahi : Andai sesiapa ada mendengar sesiapa yang mengucapkan selawat "Allahumma salli 'ala saiyyidina Muhammad' Maka kita perlulah membalas dengan ucapan "Sallallahu alaihi wasallam".. :)



"SELAMAT MENYAMBUT HARI KELAHIRAN BAGINDA YANG TERPUJI  (RASULULLAH SAW)"








11 comments:

The Everyting In My Life said...

selamat menyambut maal hijrah tc...semoga kita sama2 berusaha contohi rasulullah kekasih allah...
:)

Siti Safiyyah said...

“Orang yang bakhil itu ialah orang yang tidak mengucap selawat ke atasku apabila mendengar namaku disebut,” jawab Nabi Muhammad SAW.


taknak jadi bakhil T___T

p/s: sejuk hati buka blog crow ^___^)b

The Crow said...

@Zaza - ZA.. Maal hijrah kite dah sambut hari tu. Esok kte sambut Mawlid An-Nabi plak. :P Mari berselawat za!


@Siti Safiyyah - Hai, piah!

Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya. "

wah.. bestnye! tapikan piah.. tertakluk pada terma dan syarat jgk. Kalau slalu buat jahat dan berselawat sebab nak hapuskan dosa tu. tak dapek la.. wakaka. :P

Anonymous said...

:)

Anonymous said...

sedihnya... adakah kita dapat jumpa baginda nanti?? :(

A.I said...

thanks for the entry yang sungguh mengiingatkan...

salam maulidur rasul =)

Encik JI said...

kdang2 kita ckp kita sayang nabi, tapi perbuatan kita sdikitpun xmcm syg nabi. kn :)

The Crow said...

@Encik Ji - Jgn cakap mcm tu. Kita semua sayang Nabi SAW kita. Baginda penghulu kita, dia pembimbing kita. Baginda meninggalkan Sunnah sebagai contoh dan rujukan kpd kita. Walau kita ikut sunnah tetapi bukan Lillahi Ta'ala itu adalah sia2. Jadi kita sayang Baginda SAW juga mesti kerana Allah. Sebaik-baiknya, igt pesan baginda SAW bg menjauhi kemungkaran dan perbanyakkan amalan. Allah itu Maha Menghitung dan Maha Mengetahui di setiap satu2 perkara. :)

Azura Zie said...

Sollu 'alaih...

semoga kelak kita berkumpul di bawah benderanya.. Rasulullah SAW... Amiiin...

Jokeonsalo said...

Assalamualaikum, empunya Blogger.
Jokeonsalo dengan sukacitanya menjemput kamu untuk menyertai "Kempen anti Valentine's Day" bersama jokeojeonsalo.blogspot.com

Diharap agar kamu berkesudian untuk menyertai kempen ini. Berminat?

Mari lihat cara-cara untuk menyertai kempen di http://jokeojeonsalo.blogspot.com/2012/02/kempen-anti-valentines-day.html

TERIMA KASIH :)

kyo_9 said...

Lau kana bainana..

salam ziarah :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...