March 30, 2011

Blog Review Assignment 4 Oleh Jejaka Terhangat.

Ade sesiape lagi tak tau pasal Review assignment oleh Jejaka Terhangat ni?


Klik la gambar untuk join segmen ini. Jom!


Review Assigment kali ini adalah?



Yes! Inilah peluang aku beri kritikan pada blog beliau. koh3..



Yang best tentang blog ni :

1) Rajin mengeluarkan post isu-isu yang menarik setiap hari bersesuaian
kepada pembaca umum.
2) Olahan cerita atau ayat yang ringkas dan mudah di fahami oleh pembaca.
3) Post beliau jujur dalam menyindir sesetengah perkara. (Best!! keh3..)


Yang perlu diperbaiki:

1) Perbaiki font atau jenis tulisan. Font sekarang ni tak dapat nak
membezakan 'tanda seru' dengan huruf 'L'.
2) Perbaiki design blogheader agar lebih tampak bergaya seiring
dengan konsep blog iaitu senyum-senyum.
(takde seni la akak ni. koh3..)



Aku tag Review Assignment Jejaka Terhangat ini kepada Jejaka Terjambu. keh3.. 




Nota : Sayang lah tak dapat nak review blog akak lelebih. muaahahaha.. 

-Lari-



29th Birthday Giveaway by aNiM

Giveaway? Ya! Di tag oleh Cik Rina Rossoneri (Cik? Yeay!). Sudah di tag, maka beta selaku ketua empayar gagak menyambut tag beliau dengan suka cita dan gagah berani.  koh3...


29th Birthday Giveaway by aNiM

Klik banner kalau nak belon harijadi! huhu..


Siapa Anim? Lepas aku stalker blog dia. Aku tau serba sedikit latar belakangnya. 
Jadi aku akan perkenalkan kepada semua siapa dia yang bergelar Anim.

Beliau adalah Puan Blog kepada

Setelah aku tau beliau sudah bergelar 'Puan' maka aku cepat2 mengubah tektik. 
Dari stalker menjadi, tetamu. Koh3..

Beliau sudah berkahwin dan mempunyai 2 wirawan sejati yang comel2.
Mulai saat ini, aku akan memanggil beliau Kak Anim.

Kini... beliau bakal menghadapi saat getir dalam hidup beliau 
iaitu melalui proses penambahan usia.

Pada 1 April 2011, maka genaplah usia beliau 29 tahun.
(Sebaya dengan kak long aku la. Koh3..)


Salam perkenalan kepada Kak Anim.
Saya ucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran.
Semoga Kak Anim dan seisi keluarga di permurahkan rezeki, 
di rahmati kebahagiaan dan di kurniakan umur yang panjang
oleh Allah s.w.t seiring dengan usia.
Amin.. 


Err.. sy tag Echah Fansuri dan Humaira. Boleh ek? heheh..


Nota : Aku ade fakta nak di kongsikan dengan korang.
Kalau korang nak tau, peningkatan usia adalah lumrah kehidupan. Koh3..


-Lari-


March 28, 2011

Aku Juga Ada Kelemahan. Anda?


Seorang gadis cina memerhatikan aku..
Aku diam.. Aku tak tau nak buat apa. Kenapa dia pandang aku mcm tu?


Selang 20 minit kemudian..
Gadis cina itu terus memerhatikan aku..
Aku diam.. Aku tak tau nak buat apa. Kenapa dia pandang aku mcm tu?


Selang 10 minit kemudian..
Amoi : You tau tak kenapa computer i selalu saje masalah?
Aku : I tengah cek your pc ni. wait ha..


Selang 15 minit kemudian..
Gadis cina itu masih memerhatikan aku..
Aku diam.. Aku tak tau nak buat apa. Kenapa dia pandang aku mcm tu?


Selang 5 minit kemudian...
Amoi : Macam mane? Sudah ok?
Aku : Belum..


Selang 15 minit kemudian..
Amoi : Boy, I rase better you take time. Kalau itu pc rosak. You bawa balik kasi repair.
Aku : .......... (dalam hati : tak yah cakap.. aku tau..)





Janganlah pandang aku ketika aku sedang fokus pada sesuatu.
Janganlah bercakap dengan aku bila aku sedang fokus pada sesuatu.
Janganlah memberi cadangan ketika aku sedang fokus pada sesuatu.

Aku nervous ok!!


-Sekian-

March 27, 2011

Koleksi Blog Headers Dalam Kenangan

Sepanjang aku berblog, kat dashboard cuma tertulis post entri sebanyak 70 posts. 
(70 Posts, last published on Mar 26, 2011).

 Baru 70 post? koh3.. cap ayam betul la blog aku ni. Eh, tak2.. 
Yang cap ayam itu adalah 

Kalau nak di ikutkan tarikh keramat blog ini di buka, rase nye dah hampir 10 bulan. Tapi post entri baru 70 je. koh3.. Dalam banyak2 perkara yang berlaku di blog ini, aku tak pernah menukar template blog. Teringin juga. Cuma takde template lain yang lebih cool dari template oren hitam yang aku pakai sekarang ni.

Tapi aku rajin tukar header tau. Dalam 2 bulan sekali aku tuka. Blog header semua aku buat sendiri. Cincai2 je. Janji hati puas. Bile aku buka folder kat pc. Terjumpe pula header yang lama2. Jadi aku nak kongsi dengan korang. Kalau ade yang nak kritik atau beri pendapat, silakan. Sangat dihargai. Tapi aku tak dulik kalau ade yang cakap header blog aku semua hodoh-hodoh. Sebab aku buat design header memang berkonsepkan hodoh. koh3.. Taknak buang masa. Jom layan koleksi Blog Header

Thecrowempire.blogspot.com!!


Header Yang Pertama


Header Yang Kedua


Header Masa World Cup 2010 (Aku sokong Brazil!!)


Header Masa World Cup 2010 (Aku tak suke German!!)


Header Penutup World Cup 2010 (Spain! Yeah!)


Header ni aku buat bagi menggantikan header World Cup yang dah tamat.


Header Terakhir sebelum aku buat header bergerak.


Header bergerak (Klik Image Untuk Lihat)


Header Terkini! (Klik Image Untuk Lihat)


Sekian saje koleksi header aku. Cuma sampai sekarang aku tak faham apa fungsi header yang sebenar. koh3.. korang tau? Ce cite kat aku. heheh..



Nota : Menjadi Blogger memerlukan skill yang tinggi, idea yang mantap dan 
pemikiran yang neutral. Sangat positif kan?



-Tamat-



March 26, 2011

Supermom Contest By Jejaka TerHot!

Kali ini, rakan blogger kita meneruskan lagi aktiviti contest yang menarik.
Beliau adalah :


Klik la kalau nak tau lebih tentang contest ni!


Tapi kali ni aku tak join. keh3.. Apsal aku tak join? Sebab.. erm.. sebab.. aku pun tak tau. koh3.. Contest beliau cool beb. Rugi kalau korang tak join.

Cuma aku terasa nak kongsi pengalaman aku memiliki sorang ibu. Eh? rasenye korang pun ade pengalaman memiliki ibu kan? Ape lagi, join la contest. hehehe..

Ibu aku orang yang biase-biase. Tak tinggi, tak kurus, tak putih. Tapi apak aku sayangkan dia. Pelik aku. koh3.. Ibu aku byk penyakit. Darah tinggi adalah penyakit yang paling teruk dia alami. Dalam setahun je dah berapa kali dia pengsan di tempat kerja.

Ya, ibu aku masih bekerja. Dia masih kuat. Lagipun umur ibu belum mencecah 50 tahun, walau anak2 nye ade yang hampir mencecah 30 tahun. Muda kan? Aku sendiri pun tak percaya. 

Ibu aku suka simpan lagu MP3 dlm hp banyak2. Asyik suruh aku download lagu je. Tapi aku happy bila melihat telatah ibu ketika layan MP3 di Hp nya. Die suka duduk diam2 di sudut sofa dan menyumbat earphone ke telinga. Nampak tenang riak wajah setiap kali dia melayan MP3 nya. Mungkin itu cara ibu berehat setelah penat seharian bekerja.

Setiap hari kelahiran kami adik beradik. Ibu akan memberi kad. Kecuali aku. Dalam kad tu mesti akan tertera ayat "Apa yang kita lakukan hari ini semua untuk masa depan. Beringatlah anakku. Jangan jadi seperti ibu". Setiap tahun juga ayat yang sama. Pelik. Dan aku yang tak akan dapat apa2 kad dari ibu. koh3.. aku pun tak tau kenapa. Mungkin ibu segan nak bagi kad pada aku agaknya. Takut aku bahankan ayat dia. hehehe..

Aku dan ibu adalah pasangan yang kerap bercanggah pendapat. Selalu berdebat. Dan akhirnya ibu menang. Ini Wajib. Kerana debat ibu melangkau berjam-jam lamanya. koh3.. pasti aku akan givup.


Kini.. tangan aku jauh lebih besar dari ibu..


Semua manusia punya ibu. Tetapi cara kita berinteraksi dengan ibu adalah berbeza. Dan setiap ibu pasti ada persamaan. Persamaannya, seorang ibu mengharapkan anaknya cukup dewasa, bekerjaya dan berakhir dengan perkahwinan yang baik. 

Aku sayang ibu. Walau kami tidak sekepala. Tapi itu membuat aku lebih sayang ibu. Dan ibu adalah Supermom aku. Sebab, dari aku lahir sampai sekarang, ibu tak pernah jadi surirumah. Beliau sentiasa bekerja dan terus bekerja. Tidak pernah mengalah dengan penyakit. Demi memenuhi keperluan keluarga. Tabik hormat sama ibu!!!!!


Dari Kiri : Robinho, Kaka dan Fernando Torres. keh3..


Nota : Idea Contest Jejaka Terhangat memang sentiasa hangat! 


-Sekian-



March 24, 2011

Kisah Orang Bujang

Kali ni aku nak cerita pasal orang bujang pulak la. Eh, tunggu kejap? Pernah ke aku cerita pasal orang dah kahwin sebelum ni? keh3.. 

Orang bujang bermaksud seseorang yang belum berkahwin. Yang menduda dan menjanda pula di kira separa bujang. Separa bujang? Ye la, dah single tapi ade anak. Kira separa la. koh3.. Yang masih takde anak tu boleh dipanggil bujang penuh tak? hehehe..




Hidup bujang si lelaki zaman sekarang terbahagi kepada beberapa fasa umur. 18-25 tahun. Waktu ni kebanyakan masih mencari identiti diri. Sambung belajar atau terus kerja. Waktu ni juga masih mencari-cari apa yang hendak di perjuangkan dalam kehidupan. Salah langkah gelap masa depan. 25-30 tahun. Waktu ni kerjaya adalah perkara no 1. Kerjaya yang nak di capai adalah mengikut kehendak diri masing-masing. Ada yang tak suka bekerja di bawah orang. Ada pula nak berjawatan tinggi. Gaji jangan cerita lah. Semua nak yang tahap 3,4k sebulan. Mudah nak sara anak dan bini-bini katanya. Ade pulak yang berangan nak jadi jutawan. Masuk MLM dalam usia muda. Bagus! Tapi nak kaya biar setampil dengan usaha.

Hidup bujang si perempuan. 18-25 tahun. Waktu ni, berkapel adalah kewajiban. Apa yang di nanti adalah perkahwinan. Sambil-sambil nak tunggu waktu berkahwin, maka dorang mengisi masa 4,5 tahun untuk menimba ilmu di IPT. Boleh dapat kerja baik. Kononnya bila sudah berkahwin boleh bantu suami. Ye ke? keh3.. 25-30 tahun. Waktu ni kahwin adalah matlamat. Mudah tertekan bila jemputan kad kahwin rakan-rakan dihulurkan. Lebih-lebih lagi bila mulut mak jah bertanyakan bila nak kahwin. Hanya sengih sumbing sebagai jawapan. Balik rumah, strees guling-guling. koh3..

Perbezaan lelaki dan perempuan masa bujang sangat ketara. Waktu bujang bagi perempuan, masa ni lah nak hang out dan lepak-lepak dengan rakan. Kalau dah kahwin mesti suami tak bagi. Tapi kalau lelaki, bujang ke dah kahwin ke sama. Janji ade member ajak ngeteh. Jom aje! keh3..

Waktu bujang adalah masa paling penting untuk memastikan arah tuju kehidupan selepas berkahwin. Cuma kadang-kadang ada yang meremehkan segala. Janji ade duit. Kahwin. Agama entah ke mana.

Orang bujang bila dah hampir nak kahwin. Nak majlis sederhana. Tapi tempahan majlis 20-50 riban di hotel terkemuka. Kalau di rumah, majlis wajib ada 10 khemah. Zaman sekarang.. Yang itu di kata masih sederhana. keh3.. Bila majlis 'sederhana' itu di jalankan barulah senang hati nak jemput rakan-rakan. Especially rakan bujang.

Apa pun, aku sebagai sebahagian dari orang bujang di Malaysia ingin menyuarakan pendapat bahawa kenaikan mas kahwin bukanlah mendatangkan apa-apa faedah. Tetapi pergiatkan faedah-faedah dalam perkahwinan dan persiapkan anak muda dengan erti perkahwinan yang sebenar. Jangan nanti dah kahwin, tak sampai 5 tahun jadi bujang kembali. Ade ke? ramai... sob2.. dah macam artis pulak. koh3..


Nota : Ape yang aku tau, kalau nak kahwin kene pergi kursus.
Lepas tu bagi duit hantaran dan duit belanja majlis.
Jumpe perunding perkahwinan untuk buat tempahan majlis. 
Eh? Apsal tak same dengan sunnah Nabi? 


-Sekian-

March 23, 2011

Most Sexy Singing Voices (Top 5)

Betul ke ayat english untuk tajuk entri ni? Al-maklumlah crow ni rabun english sikit. Ok2. Tak. Rabun banyak. koh3.. Kalau dalam bahasa melayu "Antara Penyanyi Bersuara Seksi (5 Teratas)". Keh3.. lebih kurang la.

Tahukah anda, suara juga memainkan peranan dalam memperlihatkan keseksian seseorang? Bukan je suara perempuan, lelaki pun ramai yang bersuara seksi tau.

Kalau korang tertanya macam mane crow pilih? Crow listkan dalam 50 artis. Kemudian crow fokus beberapa artis dari mereka yang crow rase mempunyai vokal yang seksi. Antaranya ialah :


Jaclyn Victor 
Thome York
Doloris O'riordian (The Cranberries)
Lenka
Whitney Houstan
Vince & Nora
Kelly Clarkson
Siti Nurhaliza
Dido
Dan ramai lagi!


Jadi, mari lihat siapa artis seantero dunia yang crow pilih untuk 
"Most Sexy Singing Voices (Top 5)".


No 5
"Most Sexy Singing Voices (Top 5)"

Shiela Majid

Ouch! vocal Sheila Majid sangat seksi ok. Dengan nada suara yang lunak dan slank2 orang putih tu. keh3.. Kalau dengar apa2 lagu tapi kita tak tau siapa penyanyinya pasti boleh jadi tau jika suara itu datangnya dari Sheila Majid.



No 4
"Most Sexy Singing Voices (Top 5)"

Pasha From Ungu Band

Fuh~ Cuba dengar lagu Tercipta Untukku, Kekasih Gelapku, Surgamu dan banyak lagi. Vokal pasha sangat mantap dan kerap membuat hembusan-hembusan nafas bagi menghidupkan emosi dalam setiap lagunya. Seksi!! 



No 3
"Most Sexy Singing Voices (Top 5)"

Yuna

Suara anak gadis paling seksi abad ini.Vokal ala-ala manje dan berpeleseran. koh3.. Tone Yuna yang sentiasa berubah tinggi dan rendah membuatkan vokal nyanyiannya sentiasa seksi. Lebih seksi bila lagu yang beliau nyanyi sangat sesuai dengan vokal tak kiralah lagu pop rancak atau slow.


No 2
"Most Sexy Singing Voices (Top 5)"

Anuar Zain
(Poyo.. lalala~)

Tak payah cecite la kan? Sape la yang tak pernah dengar vokal mamat bujang terlajak ni? koh3.. Suara lelaki paling seksi. Sangat jeles! Vokal yang mampu menampung melodi Pop dan Jazz dengan baik. Beliau mempunyai vokal yang lunak dan bergetar membuatkan nyanyiannya sentiasa tampak seksi.



No 1
"Most Sexy Singing Voices (Top 5)"


Mariah Carey 
(Ni je gambar beliau yg paling sopan)

Yeahah!! Beliau adalah penyanyi yang mempunyai suara ala serak-serak basah gitu. koh3.. Vokal beliau sangat seksi sehinggakan telinga ni terawang-awangan je mendengar bait-bait dari nada dan lagu beliau. 
Oh sweet~


Kalau ade yang rase pilihan crow tak menepati citarasa korang, ape kate korang buat satu entri dan listkan artis vokal seksi korang sendiri. Kemudian jangan bagi tau crow. Sebab crow takmo tau. Koh3.. gurau!

Tambahan :
Ade yang tanye definasi seksi tu macam mane?

Tone suara + Gema (encho) suara + lenggok suara

Lenggok suara tu yang di bezakan pada artis yang crow pilih. koh3.. Ramai artis ada tone lunak, tinggi dan nyaring tapi imbuhan nada dan lenggok tak seksi. Kebanyakan mereka guna alat yang di panggil elektronik vocal processor untuk menghasilkan imbuhan nada dan tone yang baik. huhu.

Contoh :
Original by FATA :


Cover by The Crow :



Dah dengar jangan gelak k. Nampak beza tak tone+gema kedua-dua nyanyian walau lagu sama? Dan lenggok nyanyian kedua-dua tak seksi okeh! koh3..


-Sekian-

March 22, 2011

Bulan Penuh Pengertian (March)

Dalam kancah kehidupan normal. Kita memiliki kuasa memilih, kuasa berfikir dan kuasa mengatur tentang sesuatu. Kesemua kuasa ini di beri mutlak kepada seluruh umat manusia untuk memerintah bumi Allah swt. 

Walaupun begitu, bukan kesemua dari kita mampu untuk memikul tanggungjawab ini. Hanya mereka yang di pilih menerusi qada dan qadar dalam ketentuannya sahaja bakal menjadi pemimpin di atara suku kaum masing-masing.

Di bulan Mac ini kita diperlihatkan 3 Perkara penting dalam sejarah tamadun manusia alaf ini. Perkara ini adalah :





Tsunami Di Jepun (11/3/2011)
Bencana Alam yang menyebabkan anggaran kerugian mencecah AS$235 bilion (RM705 bilion) 






Supermoon (19/3/2011)
Waktu Bulan paling hampir dengan Bumi pada setiap 18 tahun (221,565 miles atau 356,575 km)




Muammar Gaddafi

Tomahawk Messiles



Perang Awam Di Libya @ North Africa (February-March 2011)
Terkini, Britain dan US melancarkan bedilan 'Tomahawk' kali ke dua ke atas Libya
Aksi tiru Mesir la ni. Kali ni Muammar Gaddafi jadi bahan. Koh3..


Dahulu, pemerintah dari eropah kerap di label sebagai pemerintah kuku besi, kejam dan menindas hak asasi rakyat. Namun kini, pemerintah negara-negara Islam pula di label sedemikian. Antaranya ialah Saddam Hussein, Hosni Mubarak dan Muammar Gadaffi yang mengheret rakyat awam berdemonstrasi dan berpuak-puak menentang pemerintahan mereka.

Pemerintah bukan islam pula menunjukkan gaya pemerintahan yang optimis. Seperti Jepun yang di landa bencana dan radiasi memperlihatkan semangat dari pemimpin menggalakkan rakyat bersatu untuk memulihkan keadaan negara tanpa menunding jari kepada mana-mana pihak.

Persoalannya, adakah kejadian bulan March ini adalah bertujuan untuk memperlihatkan keadaan manusia gagal dalam memelihara keharmonian Bumi Allah swt? Sejak 10 tahun kebelakangan, bencana alam kerap berlaku dan pemerintahan Islam juga semakin di tindas oleh kuasa-kuasa bersekutu barat. Sedangkan Israil semakin kerap mengukuhkan sistem ketenteraan tanpa di ganggu mana-mana pihak.

Tak kesah lah. Sebab akhirnya golongan manusia di pimpin dan terbahagi kepada dua pihak. Satu golongan di pimpin oleh Al-Masih Al-Dajjal dan satu golongan lagi di pimpin oleh keturunan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Imam Mahdi (Muhammad Bin Abdullah).

Agaknya kita di pihak mana? Bulan penuh? Bulan Sabit? Dacing? Roket? koh3...



Nota : Aku buat entri serius pulak? Kenape? Kerana aku takde idea. keh3...

-Sekian- 


March 19, 2011

30 Saat Mencari Cinta

Korang diberi masa 30 Saat untuk menjawab soalan ni :

"Siapakah manusia paling penting di dalam hidup anda?"

30 Saat dari sekarang!! 


Ha? Siape? Siape? 
Ibu ayah, suami isteri, anak, makwe, pakwe, kak long, adik, nenek, mak su timah? keh3..

Pasti jawapan yang jarang korang fikir adalah diri sendiri. Betul tak? Diri saya adalah yang paling penting dalam hidup saya. Kerana? Kerana jika diri saya tidak penting, macam mana saya nak berbakti pada ibu bapa? Kerana jika diri saya tidak penting macam mana dengan anak-anak saya yang sedang membesar?

Dan jika diri saya tidak penting bagaimana saya mahu menjadi sebahagian penting dalam diri orang yang paling saya kasihi?



Tips Meningkatkan Jati Diri 

Setiap hari sebutlah satu ayat sekali.  Hanya satu ayat, Tak lama. Cuma 30 saat je. Kat bawah ni contoh2 ayat yang boleh di sebutkan setiap hari :

Hari Isnin : Saya anak yang baik. 
Hari Selasa : Saya boifren yang setia. 
Hari Rabu : Saya manusia yang berguna.
Hari Khamis : Saya suami yang bertanggungjawab
Hari Jumaat : Saya kena solat jumaat.
Hari Sabtu : Saya nak beriadah.
Hari Ahad : Saya nak rehat ( Rehat baik untuk diri) 

Tak kesahlah ape yang korang nak sebut. Yang penting perkara yang baik. Kalau di sebut dalam sehari, insyaallah.. Minda dan fikiran akan lebih positif. Ini penting untuk diri anda. Siapa lagi yang hendak motivasikan diri korang jika bukan korang sendiri? 

Bangsa kite ramai yang punya orang penting dalam hidup tetapi kebanyakan nya tak mementingkan diri dahulu. Tu yang banyak jadi kes, ayah baik tapi anak kat pusat serenti. Bini dua, tapi anak mengandung secara haram. Keluarga bahagia, tapi makan hasil rasuah. Gelfren cun tapi jadi bahan maksiat. eh? eh? ade yang terasa? keh3.. Ni semua terjadi sebab tak mementingkan diri sendiri dari segi agama, akhlak dan lain-lain.






Setiap apa yang kita lakukan memberi impak pada yang tersayang. Jadi perliharalah diri. Pentingkan diri. Cintailah diri. Semoga apa yang diri kita lakukan, tempiasnya baik-baik belaka kepada semua yang kita sayang.

Cuba lah. Hanya 30 saat memperingatkan diri dengan perkara positif dan istiqamah.


Cintailah diri anda!
Dan Crow ye!
koh3..


Sekian~

March 16, 2011

"Blog Assignment Jejaka Terhangat: Cerita Seram Lagi Menyeramkan"

(Klik la banner)


Ni contest anjuran Jejaka Terhot. Tapi aku bukan cerita sebab contest semata-mata. Aku cuma nak ambil kesempatan ni tuk cerita hal benar yang pernah terjadi. Cerita ini berlaku bukan hanya pada aku, malah pada seluruh keluarga aku. Kepada sesiapa yang ada barah, penyakit kronik atau lemah tenaga dalaman di sarankan skip je entri ni k. 

Sekitar tahun 2003, ayah aku eksiden. Hasil eksiden tu, ayah aku jadi tempang seumur hidup. Dia tak boleh berjalan jauh atau berdiri terlalu lama. Tapi ayah masih juga nak berjalan dan berjumpa kawan2. Bosan sebab kerap duduk di rumah agaknya.

Pada tahun 2005, atuk aku sakit tenat dan nazak di kedah. Ayah aku tak dapat balik kampung sebab ayah tak boleh duduk dalam kereta lama2. Tapi, abang-abangnya memaksa juga ayah aku balik kerana ada sebab tertentu. Sebab tertentu? Jadi aku tanya kepada ibu. Kenapa ayah perlu juga balik sedangkan ayah tak sehat.

Ibu aku menceritakan. Arwah atuk sudah 2 hari nazak. Pak long dan yang lain panggil ayah balik sebab sebelum arwah atuk nazak, atuk ada kata "Kalau aku dah tak lama, aku nak jumpe dengan usu. Aku dah lama nak bagi dia. Kalau usu datang sini, suruh jangan bawa keluarga."

Bagi ape? Pelik. Apa yang ibu aku cerita memberi tanda tanya pada aku. Lebih pelik, ahli keluarga tak di benarkan ikut ayah aku pergi melawat atuk yang sedang nazak. Jadi hari tu, ayah pulang ke kampung bersama dengan sepupu ayah.

Malamnya, ayah menelefon ibu bagitau dia dah sampai. Sambil bercakap dalam telefon dengan ayah, ibu masuk ke bilik. Kami adik beradik tak dapat dengar perbualan ibu. Lebih kurang 20 min ibu kembali ke hall. Aku bertanyakan keadaan atuk. Ibu kata, ayah tak sempat sampai. Atuk sudah pergi menghadapnya.

Keesokan hari, dalam jam 10 malam seingat aku. Ayah aku pulang. Mase tu aku dalam bilik. Bila aku dengar suara ayah, aku pergi ke hall. Ayah aku nampak letih dan berpeluh. Kami sekeluarga berbual. 

Ayah menceritakan tentang atuk. Ayah kata, sampai sana atuk dah meninggal. Cuma Pak Long ada beri satu batu cincin. Ayah kata, batu cincin tu atuk nak hadiah kat ayah lama dulu tapi tak berkesempatan.

Lepas ayah minum. Ayah lihat jam. Masa tu ayah aku cakap "11.45 malam. Dah sampai masa. Ayah tak boleh lama. Ade hal kejap." Kemudian ayah keluar menyarung selipar. Ibu aku tanya ayah nak pergi mana. Ayah tak jawab ape-ape. Ibu cakap kat aku "Entah nak kemana orang tua tu. Dah malam masih nak melepak lagi." Aku hanya melihat ayah aku berjalan kaki terhencut-hencut keluar dari pagar halaman. 

Tepat jam 1.00 pagi. Kedengaran hon kereta di depan rumah. Ibu, aku dan adik yang sedang menonton tv ketika tu terkejut. Jadi ibu aku bangun dan meyelak langsir. Tiba-tiba ibu aku memanggil aku. Aku lihat, ayah aku keluar dari kereta bersama sepupunya. Jadi aku pun buka pintu dan keluar ke pagar halaman. "Aik? tadi Pak Andak takde. Pak Andak pegi mane tadi?" kata aku. Pak Andak pun sapa "Baru sampai. Memang la tadi takde. Ape la kamu ni." Kemudian ibu mencelah "Tadi ayah dah balik, lepas tu keluar kemana? Tau-tau balik dengan andak pulak?"

"Bila pulak ayah balik. Ni baru je sampai. Dah la. Tolong angkat beg. Ayah penat sangat ni." Jawab ayah ku.

Aku dengan ibu tergamam. Diam tak bergerak. "Astaghfirullah.. Ayah... Tadi ayah dah balik. Tak percaya tanya anak2 ni." Dalam keadaan tu, semua jadi tergamam la.

Adik aku tetibe mencelah "Ibu, tadi tu bukan ayah. Takkan ibu tak perasan, kaki tempang orang tu tadi besar. Kaki tempang ayah kurus dari kaki sebelah lagi." 

Ya Allah.. Aku memang tak perasan. Aku dengan ibu siap berbual lagi dengan orang tu. Aku tak nampak cela apa pun. Memang sebijik ayah aku. 

Masa kami masuk ke rumah. Batu cincin sebesar 1 sentimeter masih berada di atas meja. Beg ayah yang ibu angkat masuk ke bilik dah takde. Aku tak perasan ibu bawa masuk beg sebab aku ade dalam bilik masa tu. Adik kata ibu tak pernah angkat apa2 beg pun. Tapi ibu aku nafikan. Ibu aku cakap dia ada bawa beg ayah masuk bilik.

Malam tu, kami sekeluarga dan andak duduk di hall. Ayah menceritakan keadaan atuk meninggal dunia. Sekali lagi kami terkejut. Semalam ayah telefon dan kata tak sempat sampai atuk dah meninggal? Ayah aku ni pulak cerita lain. Ayah cerita masa sampai, aruah atuk aku masih nazak dan meninggal lebih kurang 10 malam. Masa tu call ibu tapi engage. Call 3,4 kali tapi tak boleh. Ayah tak call lagi lepas tu sebab ayah aku ingat line digi tak clear.

Jadi siapa yang call dan berbual dengan ibu?

Ni kisah benar. Terjadi pada keluarga aku. Kawan-kawan terdekat aku tau cerita ni. Dan paling misteri. Batu cincin serai berwarna kuning yang berukuran 1 sentimeter masih ada di sini. Tetapi ayah ku tekapkan dalam bekas kayu yang tak boleh di buka. Kata ayah, batu tu memang arwah atuk punya. Nak di buang tak kesampaian. Nak di simpan berat hati. Jadi di tekap dalam bekas kayu buatan ayah sendiri.


Sampai sekarang aku masih teringat ayat ini
"11.45 malam. Dah sampai masa. Ayah tak boleh lama. Ade hal kejap." 
Dan ayat ini
"Ibu, tadi tu adik tau bukan ayah. 
Takkan ibu tak perasan, kaki tempang orang tu tadi besar. 
Kaki tempang ayah kurus dari kaki sebelah lagi." 




Astaghfirullahalazim... Tegak bulu roma aku nak ceritakan hal ni kat korang. Bila aku fikir, macam tak percaya. Tapi keadaan memang nampak normal sebelum ayah aku yang betul ni balik ke rumah waktu tu. 

Dialog2 dalam cerita ni aku taip ikut ape yang aku ingat je la. Hajat hati nak lupakan, tapi cerita ni memang tak boleh lenyap dari minda aku ni.... Ada yang kata, orang yang menyerupai ayah aku tu adalah pedamping aruah atuk yang turun ke ayah aku.. Nauzubillah.. minta di jauhkan..

Nota : Saya tag Kak Diana dan Echah Fansuri
Jum kite tengok ape agaknye cerita seram Akak dan Adik ni k. keh3..



Sekian~


March 15, 2011

Harapan Aku Pada Jepun

Semua tahu, Jepun telah di landa Bencana Alam baru-baru ini. Bukan sahaja bencana malah menghadapi masalah radiasi dari loji nuklear yang membelenggu sesetengah kawasan. Kebanyakan negara sudah pun menghantar pasukan bantuan termasuklah negara Malaysia sebagai tanda kerjasama bagi mengurangkan masalah dan beban dari impak bencana yang mereka hadapi.

Aku tiada siapa2 disana. Cuma mungkin saudara seagama. Semoga mereka di lindungi Allah s.w.t hendaknya.

Teringat aku kepada orang jepun yang pernah menjadi kenalan aku seketika dulu. Mereka adalah ahli kumpulan band My Proof, Crystal Lake,  Comunity Trust dan byk lagi.. Rindu kenangan bersama mereka. Harap mereka baik-baik saja di sana ketika ini.

Juga Mr. Oyama-san. Beliau adalah Ketua Unit Perangkaan S.O.P. (TLS)  Semalam lepak2. Sahabat yang juga rakan tempat kerja lama bagitau aku, Oyama dah setahun pulang ke Jepun. Dulu aku panggil Oyama ni 'Saru' (monyet). keh3.. Walau die leader aku, tp dia sangat gila2, baik dan peramah. Beliau suka mengorat janda di tempat kerja. koh3.. ah~ Semoga beliau juga baik-baik di sana.

Dan akhir sekali.. aku berharap pihak produksi Masashi Kishimoto dapat meneruskan episod Naruto seperti biasa.. Please... sob3..


 Watak yang menggambarkan semangat masyarakat Jepun

Sekian~

March 12, 2011

Masih Relevankah?

Dulu masa aku kecik2. Tak kecik pun, sbb aku antara paling besar berbanding kawan2 lain. Kaki buli aku nih. Keh3.. Kira-kira masa waktu sekolah rendah la. Masa tu seingat aku, memang ade belajar tentang deklamasi sajak, pantun dan syair.



Ini bukan aku. Harap maklum. Aku hensem.


Aku minat sebenarnya dengan bende2 mcm ni. Tapi tu dulu.. Long2 time ago lah (english singapore). Sebelum kenal erti muzik. Sebelum pandai main gitar tong. Memang aku minat sajak, pantun dan sebagainya. Tulis surat cinta pun aku hulurkan dengan pantun dan sajak. Sampai awek2 yang dapat surat aku tu takut nak jumpe aku lagi. Kah3..


Cuma.. aku terfikir... 
Masih relevankah pantun, sajak atau syair pada alaf ini?

Kite cerita pasal pantun. Kalau kita lihat sekarang ni pantun hanya di deklamasi dalam keadaan yang tertentu. Seperti pembuka bicara majlis pertunangan atau celoteh dj di majlis perkahwinan. Ada juga mereka-mereka yang berbalas pantun hanya untuk di jadikan bahan gurau senda. Amat jarang di terapkan erti penggunaan pantun yang sebenar. Jadi aku ulangi, masih relevankah penggunaan pantun untuk masyarakat melayu. Dalam erti kata lain, kalau takde pun takpe.

Pantun di deklamasi dengan pelbagai tujuan sebenarnya. Antaranya, penciptaan pantun bertujuan untuk mendidik anak bangsa supaya lebih beradab sopan dalam tutur kata.

Pantun dicipta dalam konteks budaya tradisional yang amat mementingkan
kesopanan bahasa dan ketertiban komunikasi (Lih Noriah Taslim 2003).
Penggunaan pantun (seperti penggunaan bentuk bahasa thamsilan yang lain)
dalam komunikasi dapat mengelak kelancangan bicara atau keceluparan
menyampaikan hajat atau maksud yang boleh merentak perasaan,
memasam muka,lantas menimbulkan antagonisme dalam masyarakat.

Oleh :
Profesor Madya Dr. Noriah Taslim
"Pantun Dan Pembudayaan Bahasa Melayu"



Aku pernah menjuarai pertandingan pantun sekolah-sekolah daerah teettt.. (daerah dirahsiakan) keh3.. Aku masih ingat lagi apa yang guru aku ajar untuk membuat pantun cara cepat, mudah dah berkesan. 

Cikgu kata, kalau nak membuat pantun kita mesti mulakan dengan 2 baris paling bawah. Sebagai contoh untuk pantun empat kerat. Kita ambil isi pantun berkenaan menegur seseorang.

Jangan menurut resmi kiambang,
Pucuk menghijau akar tak jejak.

Kemudian barulah kita reka 2 baris pendahuluan sebagai pengias kata. Apa yang penting, pengakhiran ayat pengias mestilah mengikut abjad hujung dari 2 baris penutup seperti 'G' dan 'K' 

Kalau tuan pergi menebang,
Jangan lupa  membawa tajak,


Maka hasilnya :

Kalau tuan pergi menebang,
Jangan lupa  membawa tajak,
Jangan menurut resmi kiambang,
Pucuk menghijau akar tak jejak.






Mudah je kan nak berpantun? Memang mudah! Tapi semudah pantun, masih relevankah nak di guna pakai dalam zaman moden ni. Pandu kereta EVo 10 tapi kalau cakap bermadah puisi berpantun bagai, kan nampak aneh.. Kah3..

Tetapi, jika bukan engkau dan aku yang perlu menjaga kesinambungan budaya dan adat. Siapa lagi?



Nota : 
Gadis melayu simpuh di anjung,
Segak jejaka singgah bertandang,
Budaya adat tepak dikendong,
Bilakan rapuh siapa pendukung?

Jawab la kalau berani? koh3..

Sekian~

March 11, 2011

Amaran Tsunami Melangkau Pelusuk Dunia.

11 Mac 2011. Bukan sahaja amaran di televisyen tempatan di setiap negara, malah pihak Google, Para Blogger dan pelayar internet juga sedang berpusu-pusu memuat naik berita tentang Amaran Tsunami yang bakal melanda lebih dari sebuah negara ketika ini.


Tsunami Alert
for New Zealand, the Philippines, Indonesia, Papua New Guinea, Hawaii, and others.
Waves expected over the next few hours, caused by 8.9 earthquake in Japan.

By Google.com.my


Jepun sedang di landa. Kebanyakan negara juga di jangka akan di landa. Peringatan, kebanyakan sumber menyebut nama negara yang di pastikan bakal di landa. Namun mereka juga tidak menafikan ada di antara negara lain akan turut sama di landa bencana. Kebanyakan negara jiran di Malaysia di sebut dalam situasi Amaran. Adakah negara kita juga akan terasa tempias dari bencana? Wallahualam.

Jika yang demikian, itu adalah ketentuan qada' dan qadar dari illahi.

Sumber di petik dari :-
bestengineeringsite.com








March 10, 2011

Pertemuan Sekali Ini?

Bahagian 1

Pada suatu hari, di setiap antara kita pasti akan bertemu dengan seseorang. Dia adalah permulaan tentang sebuah kehidupan baru yang akan di tempuhi. Ia bakal merubah persepsi kehidupan di antara kini dan kelak.

Pertemuan itu adalah sesuatu yang tidak di duga. Ia bergelar cinta. Rumit untuk di rancang, unik untuk di bentuk dan indah untuk di lalui.

Namun bilakah waktu kita di pertemukan dengan cinta? Adakah tatkala kita sudah mempunyai ramai bekas kekasih? Juga di kala kita sudah lama hidup berseorangan menghadap hati dan perasaan yang memberontak-berontak kesunyian?

Adakah jawapan ada pada anda?

"Tidak" 

Anda adalah seorang gadis atau jejaka yang biasa-biasa. Setelah lama berkenalan dengan sesorang. Hati mula terpaut. Maka cinta itu diadaptasi dari hati hingga ke hujung lafas kata. Bicarakan soal cinta kepada si dia yang di inginkan. Di setiap kali berjauhan akan rasa kesal. Di setiap kali berdampingan akan timbul bahagia.

Dari hari ke hari, melangkau bulan ke bulan. Malah bertahun-tahun di hadapi. Akan tetapi, datang khabar berita tentang sesuatu yang bakal mengoncang dunia batin hingga ke seluruh pelusuk jiwa. Ketika itu engkau redha. Melepaskan segala. Dan akhirnya engkau mengakui "Kali ini, juga bukan yang terakhir.."


When love becomes hate


Hasil dari cinta yang di pupuk lama melangkau tahun. Engkau berkeputusan untuk menjadikan dia sebagai bekas dalam memori.


Aku : Sebenarnya apa yang engkau mahu?
Engkau : Hanya sekadar cinta biasa..
Aku : Cinta? Bukankah engkau sudah miliki nya sebelum ini?
Engkau : Tidak! Itu pengkhianatan. Bukan erti cinta yang aku mahukan!
Aku : Jadi engkau mahu Cinta mengikut kemahuan diri?
Engkau : Maafkan aku. Bukan itu yang aku maksudkan..

Aku: Jadi apa maksud mu?
Engkau : Aku.. aku cuma mahukan Cinta yang di baluti ikhlas dan setia hingga ke akhirnya..
Aku : Tetapi adakah engkau ikhlas dan setia dalam bercinta?
Engkau : Aku tidak pernah mengkhinati cinta.
Aku : Toleh di belakang mu. Berapa banyak cinta yang telah engkau tinggalkan? Itukah setia?
Engkau : Tidak! Mereka yang khinati cinta aku!
Aku : Jadi apa bezanya? Mereka mengkhinati engkau dan engkau meninggalkan mereka? 



Persoalannya, seseorang yang sedang mengharungi cinta pasti akan lalui onar dan duri di hari mendatang? Apakah persediaan anda?
Adakah mengakhiri cerita adalah jalan terbaik?
Status janda dan duda di Malaysia semakin tinggi angkanya.
Status teruna dan dara makin merosot bilangannya.
Juga di setiap kita sudah semakin ramai bekas kekasihnya.



Dan cerita ini akan bersambung... Sekian ~


March 9, 2011

Penilaian atau Menghukum?

Salam kepada semua. Fuh~ Agak lama aku tak menguntai alam blog. Ni semua bos aku punya pasal. Senang2 hati hantar aku kesana kemari. Cis. Tapi ape pun kerja mesti di dahulukan. Lagi pun dapat pi Singapore beb. Syok! keh3..  Lepas ni aku lepak berblog seperti biase. Boleh la aku bertenggek semula di kotak komen korang.

Bila lama tak berblog, mula lah akal janggal memikirkan idea untuk mengisi entri baru. Tapi aku putuskan untuk berkongsi hal ini dengan semua. Ini tentang sikap manusia yang pantas memberi penilaian terhadap sesuatu perkara. 

Sepanjang perjalanan hidup aku baru-baru ni. Aku ada di datangi oleh seorang perempuan. Beliau kecewa dengan sikap kekasih hati nya. Yes. Beliau merungut tentang lelaki. Biase lah. Orang perempuan ni memamg suka merungut tentang sikap lelaki. keh3.. Hal itu dan hal ini. Alih-alih lelaki yang di point kan. Si gadis memberitahu aku bahawa kekasihnya semakin kerap tidak menghubungi beliau. Kadang-kadang semakin lesu perbualan. Dalam bicara itu dia berkata "Orang lelaki ni memang susah nak faham hati perempuan".

(Dah tu sikap lelaki. Kalau tak suka, kau couple je dengan perempuan. Koh3..)

Ceh.. Beliau suka hati je membuat penilaian yang sekali gus menghukum 'Lelaki'. 

Dalam cerita lain. Aku bersama rakan-rakan tua. Ye, mereka dah tua. Umur dah nak masuk 40 tahun, anak bini penuh kat rumah. Tetapi masih aktif melepak-lepak di warong janda kelantan. keh3.. Dalam perbualan, Si A bercerita tentang anak perempuan Si B yang mana sedang membuat pengajian di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam. Jelas Si A, dia terserempak dengan anak Si B di pusat membeli belah sedang beramas mesra dengan boyfie nye. Ape lagi, mulalah Si A mengkritik adegan anak Si B pada kami. Beliau mengatakan "Ramai dah anak perempuan sekarang ni tak malu-malu berkepit sana-sini. Dah tak boleh nak di bendung. Mak bapak die pun buat tak tau."

(Dah bapaknye pun melapak je. Mane si anak tak heaven. Koh3..)

Beliau Si A, juga menilai tentang sikap remaja dan sekaligus menghukum sikap ibu bapa.

Ape yang aku nampak, kita sentiasa mendengar, melihat atau membaca tentang sesuatu. Dari situ kita akan membuat penilaian awal. Kemudian, bila jiwa dan akal kita mensahihkan apa yang di nilai. Maka mencari-cari sesuatu alasan bagi hukum itu di jatuhkan.

Persoalannya adakah ini normal? Atau sekadar sikap kita yang memang suka menilai-nilai terhadap sesuatu?

Blog dan blogger juga sering mendapat penilaian dari persepsi pembaca. Mungkin blog aku juga begitu. Mereka-mereka yang singgah di sini mungkin juga ada yang pernah memberi penilaian tentang apa yang aku repekkan. Jadi apakah kesimpulan tentang sikap kita yang suka menilai? 


"Don't jugde a book by it's cover" - Ye ke?


Tapi dari cover pun dah tau isi kandungan macam mane. Beli senaskah novel bertajuk "Kasih Sedingin Salju". Korang rase isi dalam tu cerita perang ke? keh3..



Nota : Berblog pun perlukan semangat rupanya.. sob2... Wahai semangat, come to papa. koh3..



Sekian~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...