March 12, 2011

Masih Relevankah?

Dulu masa aku kecik2. Tak kecik pun, sbb aku antara paling besar berbanding kawan2 lain. Kaki buli aku nih. Keh3.. Kira-kira masa waktu sekolah rendah la. Masa tu seingat aku, memang ade belajar tentang deklamasi sajak, pantun dan syair.



Ini bukan aku. Harap maklum. Aku hensem.


Aku minat sebenarnya dengan bende2 mcm ni. Tapi tu dulu.. Long2 time ago lah (english singapore). Sebelum kenal erti muzik. Sebelum pandai main gitar tong. Memang aku minat sajak, pantun dan sebagainya. Tulis surat cinta pun aku hulurkan dengan pantun dan sajak. Sampai awek2 yang dapat surat aku tu takut nak jumpe aku lagi. Kah3..


Cuma.. aku terfikir... 
Masih relevankah pantun, sajak atau syair pada alaf ini?

Kite cerita pasal pantun. Kalau kita lihat sekarang ni pantun hanya di deklamasi dalam keadaan yang tertentu. Seperti pembuka bicara majlis pertunangan atau celoteh dj di majlis perkahwinan. Ada juga mereka-mereka yang berbalas pantun hanya untuk di jadikan bahan gurau senda. Amat jarang di terapkan erti penggunaan pantun yang sebenar. Jadi aku ulangi, masih relevankah penggunaan pantun untuk masyarakat melayu. Dalam erti kata lain, kalau takde pun takpe.

Pantun di deklamasi dengan pelbagai tujuan sebenarnya. Antaranya, penciptaan pantun bertujuan untuk mendidik anak bangsa supaya lebih beradab sopan dalam tutur kata.

Pantun dicipta dalam konteks budaya tradisional yang amat mementingkan
kesopanan bahasa dan ketertiban komunikasi (Lih Noriah Taslim 2003).
Penggunaan pantun (seperti penggunaan bentuk bahasa thamsilan yang lain)
dalam komunikasi dapat mengelak kelancangan bicara atau keceluparan
menyampaikan hajat atau maksud yang boleh merentak perasaan,
memasam muka,lantas menimbulkan antagonisme dalam masyarakat.

Oleh :
Profesor Madya Dr. Noriah Taslim
"Pantun Dan Pembudayaan Bahasa Melayu"



Aku pernah menjuarai pertandingan pantun sekolah-sekolah daerah teettt.. (daerah dirahsiakan) keh3.. Aku masih ingat lagi apa yang guru aku ajar untuk membuat pantun cara cepat, mudah dah berkesan. 

Cikgu kata, kalau nak membuat pantun kita mesti mulakan dengan 2 baris paling bawah. Sebagai contoh untuk pantun empat kerat. Kita ambil isi pantun berkenaan menegur seseorang.

Jangan menurut resmi kiambang,
Pucuk menghijau akar tak jejak.

Kemudian barulah kita reka 2 baris pendahuluan sebagai pengias kata. Apa yang penting, pengakhiran ayat pengias mestilah mengikut abjad hujung dari 2 baris penutup seperti 'G' dan 'K' 

Kalau tuan pergi menebang,
Jangan lupa  membawa tajak,


Maka hasilnya :

Kalau tuan pergi menebang,
Jangan lupa  membawa tajak,
Jangan menurut resmi kiambang,
Pucuk menghijau akar tak jejak.






Mudah je kan nak berpantun? Memang mudah! Tapi semudah pantun, masih relevankah nak di guna pakai dalam zaman moden ni. Pandu kereta EVo 10 tapi kalau cakap bermadah puisi berpantun bagai, kan nampak aneh.. Kah3..

Tetapi, jika bukan engkau dan aku yang perlu menjaga kesinambungan budaya dan adat. Siapa lagi?



Nota : 
Gadis melayu simpuh di anjung,
Segak jejaka singgah bertandang,
Budaya adat tepak dikendong,
Bilakan rapuh siapa pendukung?

Jawab la kalau berani? koh3..

Sekian~

12 comments:

echah mashuri said...

pehh..xboleh jawappp..hehhe...tp kalau bersajak!neh!ecah neh.jum ah lawan.huhuh.juara sajak sekolah zaman 90an tau.huhuh

tp mmg suka dgr org berpantun:)
nampak ayu sopan je kalau pompuan.kalau laki nampak berbudi bahasa.keh2

azi nur said...

alamakkk..kene pkir 2 hari 2 malam ni nak membalas pantun...heheee

.. cik FLUTTERBY .. said...

mencari kepah di tepi lagun,
hikayat rentetan si anak dara,
warisan adat turun temurun,
generasi ilmiah pemangkin negara.

... suke hati husna je hntam tgh pg neyh.. kne thn mate sb nk tgk MANu n ARS.. hee~

diana said...

akak pun minat pantun..
tapi dah lama tinggal..
sejak belaki ni..

nak balas ke???boleh la..
pantun darjah 5 je akak buat ni..

teruna kacak tidur dianjung
sambil ditangan tersemat keris
apa perlu mencari pendukung
diri sendiri sudah terwaris

sekian terima kasih..

The Crow Empire said...

Echah Fansuri - Echah! Jum lawan sajak! keh3..

Nur - 2 hari 2 malam? wuu mcm pekej penginapan je? koh3..


Cik Flutberry - Woo~ Dahsyat!

warisan adat turun temurun,
generasi ilmiah pemangkin negara,
Melayu lama kias berpantun,
Warisan muda mati adatnya.

Koh3...


Kaka Diana - Wuu~ Hebat! hehe..

Apa perlu mencari pendukung,
Diri sendiri sudah terwaris,
Budaya yang lama kial di tanggung,
Adat dicalar akhlak terguris.

keh3..

(^___^)

MamaEma said...

akak tak pandailah nak berpantun-pantun...study dulu pun bukan kelas sastera...

tapi memang betul...anak-anak skrg tak tahu apa itu pantun...sajak....puisi....

Woofer Storm said...

nya segan den nak jwab ni...tpi rsanya tak tkpe kalau still nk guna pantun mantun ni,still nampak cool..smart header bro..heeee

follow sni^^

Rina Rossoneri said...

fail pantun..
tapi kagum orang pandai pantun,
especially dia boleh balas dgn bbrp saat je...
ternganga tengok

The Crow Empire said...

MamaEma la! - Same lah kite kak. Sy budak teknik. Tapi sy sangat suka puisi yang puitis dan berkias. heheh..

Woofer! - Cool ek kalau kita masih berpantun-pantun? Ade yg kate "Dah macam orang tua" keh3..

Rosmerry - Kagum jgk. Sbb akal dorang pantas membina baris2 pantun dengan pantas. Org camni kreatif. huhu.

(^___^)

wath said...

uish. puitis betul pantun incik gagak. kagum =,=

zaman sekarang camne nk berpantun, MenGejE PoWn MewRangKark-RangKark

hahaa

Solihin Zubir said...

kalau pantun merapu aku bleh la..
tp nk pantun2 cam zaman hang tuah tu, mmg failed la.. heheh..

redzuan said...

minat kita samalah the crow :) aku pun mnat mcm pantun, sajak, gurindam, dengan syair.

entri ang pasal pantun ni memang terbaik, padat dengan penjelasan dan huraian. suka baca entri mcm ni. thumbs up bro, teruskan lg entri2 berilmiah mcm ni

sblum lupa entri dedikasi khas untuk ang the crow. ang ada tnya kat aku pasal entri pasal sejarah.

ni aku ada wat baca eh aku linkkn blog ang sekali untuk entri ni ==>

Merungkai Misteri Peradaban Kota Troy

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...