January 30, 2011

Aku Yang Kerek? Fine!


Siang tadi lepas berfutsal (aku ade score gol tau!) aku bersame segerombolan kawan yang comel2 lepak macam biase. Tengah dok borak2, ade pulak mamat ni bukak satu topik yang agak mendalam. Die kate die bace pasal kes buang bayi hari ni. Pot Pet Pot Pet kitorang borak. Dah macam mak jah dgn mak long aku berborak kat tangga time petang2 tu. haha..

Kawan aku cakap "Dah macam iblis je perangai orang kite sekarang ni. Kejam." Aku jawab "Iblis tu baik la." Dengar je aku cakap mcm tu terus dorang buat muke separa kanak-kanak O.K.U haha.. "Ko ni memandai je cakap." Kata gelfren kawan aku yg tak comel langsung. Comot! huh! ahaha.. ok back to story. Aku jawab la.. "btol la.. penah ko dengar iblis tu buang anak2 die? bunuh orang, rogol lambung-lambung, kacau isteri orang, makan duit haram bla.. bla..." Jadi awek kawan aku tu jawab "takde. Tapi iblis mendorong ke jahatan." Aku balas "betul. Jadi Iblis tu dah la baik, bijak pulak tu. Tak buat jahat, tapi bijak dalam muslihat supaya matlamat tercapai. Orang buang bayi. Dah tercapai lah matlamat iblis kan? Bijak2."

Hellboy. Hell yeah!

"abih tu ko suke iblis la ek?" Kata salah seorang gadis merangkap member aku yg cun sikit. okeh tak, die cun habis! lalala~ "Tak la. Kenapa nak letak kan iblis jadi point dalam kejahatan? Padahal jahat manusia adalah pilihan sendiri. Ada hati rasa, ada akal guna. Jadi kalau aku bwk lari ko pegi golok mlm ni. Bukan salah aku la. Iblis. Sbb Iblis kan jahat.? faham?" aku jawab dgn serius sket. Sebab gadis ni kalau kene saiko dgn kate2 yg serius mulalah buat muke yg Blur2 cute. keh3.. "tak suke la cakap dgn ko ni. Kerek.." kata gadis. "Fine!" kata aku. (dalam hati cakap "Kapel Jom!" heheh..)

Bagi aku, jangan di lambung sangat jahat makhluk lain kalau jahat sendiri pun lagi dahsyat. Iblis adalah makhluk Allah juga. Ia adalah makhluk yg sangat taat pada mulanya. Namun Allah mencipta rasa bongkak padanya. Dan iblis memilih rasa bongkak itu lebih dari kebaikan dan ketaatan kepada Allh SWT selepas peristiwa Nabi Adam A.S. di ciptakan. Wallahhualam.. (eleh.. iblis ni konon2 merajuk la sbb Adam jauh lebih Hensem. haha.. Aku kan Adam!)

Pengajaran di situ kite dapat lihat bahawa setiap makhluk di beri pilihan dan ini adalah kebebasan yang paling besar telah tuhan kurniakan kepada setiap makhluknye. Pilihla sama ada menjadi yang baik atau buruk. Dan di setiap pilihan telah di janjikan balasan nya. Kan Islam byk memperkenalkan teknik-teknik memilih dan menjadi manusia yang baik. Betul tak? Ikut je la.

Aku berlindung dari syaitan yang di rejam. Juga dari segala makhluk dan keinginan diri yang menyesatkan. Mudahan-mudahan tidak bertambah ibubapa yang membuang anak dan anak tidak membuang ibubapanya. AMIN....

Nota : Tenung-tenungkan, dan selamat berakal.

-tamat-

January 28, 2011

Keinginan Yang Terpendam !


Aku ada satu keinginan sebenarnye untuk post entri mcm ni. heheh.. Tapi risau di anggap tak betul pulak. keh2.. Tapi di sebabkan bukan ramai pun yang jenguk di sini. Kebetulan pulak aku menyarung Cosplay Si Gagak (kebetulan la sangat) bukan ade yang kenal aku pun. heheh.. Maka aku fikir tiada halangan untuk aku buat entri macam ni. Yeay! Lets role out!


Situasi : Lepak-lepak
Ayat Pilihan : "pekena teh tarik bersama kawan-kawan sambil menonton bola"
Target : 3 Perenggan (cukup ler..)


Aku keluar rumah jam 10 malam menuju ke warong abang sham untuk "pekena teh tarik bersama kawan-kawan sambil menonton bola". Sampai sane aku pun order air untuk "pekena teh tarik bersama kawan-kawan sambil menonton bola". Siap je air aku, abang sham cakap "pekena teh tarik bersama kawan-kawan sambil menonton bola" aje ke? aku jawab la "pekena teh tarik bersama kawan-kawan sambil menonton bola" macam biase la bro. Kalau dah "pekena teh tarik bersama kawan-kawan sambil menonton bola" tak rase lapar.. haha.. Abang Sham ni pantang betul tengok aku asyik "pekena teh tarik bersama kawan-kawan sambil menonton bola" tanpe order makan.

Bola dah nak bermula, aku pun tegur member aku sebelum "pekena teh tarik bersama kawan-kawan sambil menonton bola" ni. Aku cakap kite ni dah selalu "pekena teh tarik bersama kawan-kawan sambil menonton bola" setiap kali perlawanan kan? Member aku balas, lagi best kalau "pekena teh tarik bersama kawan-kawan sambil menonton bola" dekat warung yang ade skrin besar macam ni. Betul sangat cakap member aku, sangat best bile "pekena teh tarik bersama kawan-kawan sambil menonton bola" yang di hidang dengan skrin besar lagi.. haha..

Dalam tengah borak-borak tu, aku yang tengah "pekena teh tarik bersama kawan-kawan sambil menonton bola" tersedak sebab Man U menjaringkan gol pada minit ke 2 menentang Chelsea. Memang aku syok sangat malam tu "pekena teh tarik bersama kawan-kawan sambil menonton bola" dan Man U dapat beat Chelsea 3-0. Lepas tamat perlawanan, aku suruh Abang Sham kire air yang aku "pekena teh tarik bersama kawan-kawan sambil menonton bola" tadi. Hargenye RM1.50 untuk gelas besar yang aku "pekena teh tarik bersama kawan-kawan sambil menonton bola". Okeh la tu, sekali "pekena teh tarik bersama kawan-kawan sambil menonton bola" siap dengan skrin besar hanya RM1.50 kan? ahaha..



Macam ni la muka aku bile berjaya post entri ni.


(^_____^)



keh3... Puas hati aku. Yeay!

-Tamat-

January 26, 2011

Kepada Seseorang.. (Nota Peribadi)

Kepada Seseorang..


Dalam lisan ini mewakili aku untuk memberitahu tentang sesuatu kepada seseorang. Aku telah tahu akan perkara yang engkau cuba kuotakan. Aku juga semakin faham dalam keadaan perlahan-lahan tentang apa yang di harapkan. Namun engkau pernahkah cuba memahami aku? Di atas alasan apa dan mengapa?

Cuma cara itu hanya mampu aku lakukan. Mungkin ianya keji malah bila di amati elok, amat di benci. Aku juga tidak mahu seperti ini. Cuma masih tiada soalan aku dengari di atas alasan apa dan mengapa? Jadi biar aku putuskan sendiri. Cara aku.

Aku fikir baik-baik. Dalam-dalam aku renungkan. Petikan dalam sebuah cerita itu, telah muncul tiga watak. Pilihan itu atas putus peribadi. Selepas di edit oleh tulang belakang, maka cerita itu di tanyangan umum. Aku? Aku cuma pengunjung panggung. Dan di setiap jalan cerita pasti muncul persoalan. Atas hak. Pengunjung cuma ingin mempersoalkan tentang persoalan. Pada siapa? media? para pelakon kelas atasan? Tidak bukan. Semestinya pada penerbit itu sendiri. Dan ia adalah engkau.. Jadi tampillah di mana salah aku?

Kepada seseorang.. Untuk pengetahuan dan fahaman peribadi. Aku tidak pernah tuntut apa-apa. Tidak pernah mengelar paksa keras tentang sesuatu dari engkau. Andai engkau terdetik dalam segenap hati tentang apa yang aku mahukan. Tunggu sekejap. Engkau tidak pernah terdetik untuk tahu apa yang aku mahu. Itu bukan silap aku. Jadi jangan omong di belakang tentang perbuatan aku. Di ulangi. Cara aku.

Untuk tidak membuang masa engkau. Aku benarkan sedikit kata berbalik apa yang aku cuba lakukan pada hal yang lepas. Lagi pun, dalam usia ini sudah jenuh untuk di hadap. Remeh temeh segala. Aku juga faham. Kerana kita sebaya bukan? Jadi aku cuma mahu kata :

Bukan sayang aku harapkan, bukan cinta aku tuntutkan.
Apa kemahuan aku
Cukup sekadar sebuah perbualan...

Ia lebih dari semua itu.

Aku karutkan petikan ini kepada seseorang...
Walau aku tahu dia tidak akan membaca
Nasib lah..




Nota : Kan lebih baik berkata karut dari berkuotakan carut. (^___^)

January 25, 2011

Love? Easy loh!


Waktu lunch, aku makan bersama salah seorang rakan sekerja yang bernama Ah Chia. Beliau adalah seorang yang sangat simple dari pelbagai segi, contohnya dari segi pemakaian, cara kerja, pemikiran dan juga dalam perbualan. Sambil makan, aku menyakat si Chia ni. Aku ajukan beberapa soalan.

Anda tahu tentang cinta?
Ah Chia : "Easy loh!"

Apa maksud cinta bagi anda?
Ah Chia : "Ape lu orang tu panggil? awek? ha.. grab itu awek."

Sebab apa kite jatuh cinta?
Ah Chia : "Lu tak mau amoi ka?"

Bila jatuh hati pada seorang gadis maka kite perlulah?
Ah Chia : "Stalker dia punya abang dulu. Takut kene hentam."

Jenis perempuan yang macam mana menjadi pilihan?
Ah Chia : "Bukan macam Untie Lim@Bini bos."

Bila anda sudah bercinta, apa yang anda lakukan?
Ah Chia : "Test drive"

Bila masa sesuai untuk anda dan orang yang di cintai berkahwin?
Ah Chia : "Mesti mau ada wang. Nanti lepas kawin mulut dia takde bising pun."


Definasi cinta sangat simple bagi beliau. Tapi bile di fikirkan. Bukan sebab beliau berlainan bangsa atau agama dengan aku maka beliau memberi jawapan macam tu. Tapi mungkin disebabkan beliau adalah lelaki. ahaha.. Men always thinking easy about love. True? No lah. ahaha..



*Gambar bukti - Lelaki adalah Gagah. Dah la Gagah, Hensem pulak tu. (hehehe..)

Nota : Gambar dan cerita tiada kena mengena. Harap maklum. (^__^)

-tamat-

January 24, 2011

Remove Window Genuine Advantage


Macam biase. Aku takde cerita nak di isi kat blog. haha.. Aku tak pandai nak bercerita tentang sesuatu setiap hari. Jadi aku terpikir untuk menyumbangkan simple tutorial berkaitan Window Genuine Advantage. Ini bukan lah sebenar-benar tutorial. Bende ni takde tips atau trick pun. Cume simple crack tool yang mudah dan tersedia ada. Okeh lah, malas nak cite panjang. Jum Download bende ni! Yeay!


Peringatan : Ini untuk Newbie. Pada otai-otai atau yang dah tahu sila skip je entri ni. :D



Pesanan Dari Pihak Microsoft.


Mesti semua pernah nampak gambar diatas ni kan? Window Genuine Advantage (WGA) ni datang dari Micorsoft Corp. Ia adalah sistem pengesahan anti-cetak rompak. Kebiasaan sistem ini di download secara automatik melalui sistem update automatik di PC anda. Banyak cara sebenarnye untuk mencecah dari melalui sistem automatic WGA ni . Tapi aku tak nak cerita. hahaha. (Malas nak taip panjang2).


Untuk pengguna Windows XP (SP3, Pro,Home Act.)
Kepada yang masih mencintai Windows Xp mcm desktop aku, boleh la download di bwh. Pastikan anda Format Windows bukan dari CD XP Original Equipment Manufacturer (OEM) kecuali ada CD-key.

Download Link


Untuk pengguna Windows 7 (Pro, Ultimate Act.)
Kepada pengguna windows 7 anda di sarankan untuk membeli Windows 7 (OEM). Harganya murah je. Lebih kurang RM 414.00 sekeping. haha.. Windows XP ok lagi nak crack sebab takde jual lagi dah. Tapi kalau ade yg dah 'ter' format window 7 cetak rompak dan dapat gangguan dari Windows 7 Activation Technologies (WAT) update (KB971033) boleh la download crack tool di bawah.

Download Link


Cara nak guna kedua-dua tools. Ekstrak file.rar. Open folder yang di ekstrak tadi. Untuk Win Xp. Double clik 'install.cmd', lepas tu clik 'wgatray.exe' dan akhir sekali clik pada 'wga registration'. Atau double clik pada windows 7 loader untuk Win 7.



*Nota : Kepada yang memerlukan, cepat-cepat download sebelum di block.

January 20, 2011

Sifat Gadis Versus Sifat Jejaka



Pehal pulak la aku tibe-tibe nak tulis pasal hal-hal macam ni? Adoi.. Tapi aku nak tulis jugak dan meluah rase aku pada dunia! Dengar lah rintihan hati serta pandangan aku dari pemerhatian pada golongan Gadis dan Jejaka (bujang).

Sifat-sifat jejaka. Umum lah semua tahu, orang lelaki ni bersifat egois lah, tak romantiklah, panas baran lah, mata keranjang, dan macam-macam lagi yang kerap di protes oleh pihak gadis.

Sifat-sifat gadis pulak umum semua dah faham sangat, bersifat menyalahkan lelaki (ni no. 1), gediks, suka post picture mulut muncung itik (ahaha), berfesyen lah sangat, suka cakap pasal makan, dan banyak lagi yang buat si jejaka merungut kebosanan.

Eh? Tunggu kejap? Gadis pun ego ape. Tak percaya, boleh bace kisah dan pengalaman bro Solihin Zubir tentang ego perempuan. Gadis pun bukanlah romantik sangat. Asyik nak sms 24jam. Romantik ke? Bosan okeh. Dah tu kalau gaduh dengan boyfren ade yang taknak kalah. Siap tinggi suara lagi. Tu bukan panas baran ke? Berapa ramai pulak Gelfren kawan-kawan aku bile gaduh siap baling cawan. heheh.. Gadis oh Gadis..

Si Jejake pun ape kurangnye.... sob2.. cukup gediks bile dapat awek gebu2. Ayat-ayat ala romantik macam budak darjah 3 bercinta. No komen.. Fesyen pulak mengalahkan perempuan. Nasib lah tak bermekup. haha. Ramai yang post picture dengan kereta, moto skuter, isap rokok dan bla..bla.. (klau ade jejaka yg buat muncung itik tu mmg nak kena baling kasut).

Ahaha. Syok pulak aku tulis macam ni. Takpe-takpe, biarkan aku. Jom kite tengok pulak ape persamaan Si Gadis dan Si Jejaka dalam kehidupan seharian.

Persamaan yang mudah di lihat adalah kita semua tak rajin basuh baju. Betul tak? Mesti ade yang cakap "eh tak la, aku hari-hari basuh baju la". Kalau kau basuh bagus lah. Yang aku nak cerita ni makcik dobi tu cakap ramai gadis dan jejaka bujang dok hantar baju kat dobi dorang. Lebih-lebih lagi student. heheh.. gadis muhrim kat rumah aku pun semua jenis malas nak membasuh baju. aku tau la. Lagi pun bini-bini kawan aku pun cakap, kalau masak ok lagi. Kalau membasuh mmg tak minat, basuh pun kalau dah bertimbun.

Lain-lain persamaan? banyak. Jejaka selalu cakap Gadis tak tutup aurat, ni perkara wajib. Kalau pakai tudung tapi baju ketat-ketat buat ape. Huh! Yang jejaka ni, rajin ke solat jumaat? huhu. Gadis pun selalu cakap, aku benci la lelaki pervert! Sape gadis bujang yang tak pernah di cium? angkat tangan. lalala.. ok, bercium tak di kire pervert.. Pada Si jejake pulak, ade ke yang tak pervert bile tgk awek gebu depan mata? Hang habaq mai.. huhu..

Jadi kesimpulannya, aku tak pasti kenapa masih ada yang persoalkan tentang isu kekurangan pada sifat atau sikap lelaki dan perempuan ni. Dah berzaman lelaki dan perempuan wujud. Masih lagi ade yang nak pertikai? Mungkin topik ni mudah menarik minat semua orang. Chill saja. Kite kan satu body. I jadi dari tanah, u jadi dari i. Buruk sikap u pun datang dari i. Buruk sikap i pun datang dari ketidak sempurnaan ciptaan.

Akhir kata yang buruk adalah dari kite, Yang Sempurna itu Dari Yang Maha Esa.

(ah.. aku tak suke cerita macam ni)
-tamat-


(^___^)

January 19, 2011

Mozilla Firefox Optimizer For Newbie



Ramai lagi ke yang pakai Mozilla Firefox?
Aku google statistik, masih ramai jugak la yang pakai.


Aku cuma nak berkongsi cara optimize atau speedup kan Mozilla ni.


Kalau dulu kena gune cara ni :

1- Open Mozilla Firefox. taip about:config kat address bar. lepas tu tekan enter.
2- Ia akan kluar kotak warning caution, Klik je kat kotak "I'll be carefull, I promise!".
3- Lepas tu akan kluar reg page. Abaikan yang lain. Fokus pada ruang Filter:
4- Dalam ruang FIlter: taip network.http.pipelining dan
double klik untuk tukar value False jadi True.
5- Taip network.http.pipelining.maxrequests dan
double klik untuk tukar value 4 jadi 150
6- Taip network.http.proxy.pipelining dan
double klik untuk tukar value False jadi True.


Tambahan :
7- Right Klik kat mana2 kawasan putih browser, pilh new dan pilih Boolean kat bwh skali.
8- Akan keluar kotak, taip content.interrupt.parsing dan klik ok.
9- Pilih True dan enter.
10. Taip network.dns kat ruang Filter dan cari network.dns.disableIPv6 kat ruang bwh, tukar value False ke True.



Macam leceh je kan?


Download je bende ni





Habis Download, Klik Speedyfox dan Run.
Tutup dulu Mozilla web browser anda.
Klik Speed Up My Firefox
Kemudian Klik Exit.
Open kembali Mozilla dan test surfing.

(nak yang update version, next time k.)

Aku sendiri pun gune Chrome je. hehehe...
-Tamat-

January 18, 2011

Cinta Anak-Anak


Cerita cinta. Sinonom kaitan antara lelaki dan perempuan. Umum semua tahu, bila sebut tentang cinta adalah berkisarkan perasaan di antara seorang jejaka dan seorang gadis. Semua manusia pasti melalui saat-saat ini. Bagaimana dengan anak-anak kecil? Bilakah tahap umur paling sesuai untuk mereka mengenali erti suka sama suka, erti kasih mengasihi di antara dua jenis jantina yang berbeza?



Young In Love


Aku memerhati tingkah seorang anak kecil ini yang berusia lebih kurang 8 tahun. Merapatkan diri untuk lebih mengenali. Aku bertanyakan soalan "Adik ni comel lah. Mesti ramai boyfriend ni. Tu asyik sms je." Tersenyum-senyum simpul anak kecil itu bila aku bertanyakan soalan sedemikian rupa. "Tak adalah. Ini sms kawan je pak cik". (huh? Pakcik) Manis bila dia menjawab sambil tersimpul malu.

Kisah cinta monyet adalah saat yang pasti anak-anak kecil ini lalui. Persoalannya, sejauh mana tahap keselamatan pergaulan sosial ini di titik beratkan oleh orang-orang dewasa?

Bila cakap-cakap, isu tidak berbangkit. Akhirnya sosial mereka menjadi lebih bebas. Bila mula 'berkapel', cium-cium pipi itu perkara kecil. Dalam usia muda, meraka tidak tahu apa yang ada dalam batas pergaulan. Melayankan jiwa yang masih muda. Mencari-cari erti cinta dan kebahagiaan. Lebih teruk jika keluarga punya masalah peribadi.

Cinta anak kecil memang perlu. Untuk memperlihatkan suasana dunia yang di penuhi simpang siur. Namun 'guide line' itu harus ada. Dasar Cinta itu sendiri adalah sebahagian dari serakah. Mesti adakan pembendungannya seawal usia kecil sebelum remajanya tewas kelak.

Anak kampung aku sudah ramai yang berkahwin atas sebab khalwat. Ahli tukang tangkap ramai. Ahli tukang bendung? Tak ade... (termasuklah aku). Mereka itu sangat muda. Sangat muda ertinya bukan usia. Tapi fahaman tentang bebas pergaulan. Mampukah seorang yang mentah dalam pergaulan menjadi pemimpin sebuah masjid? Jadi, tepuk lah dada.. sakit, tanya lah selera.. nak yang gebu-gebu.. heheh..


January 17, 2011

Ciuman Pengantin. Ouch!


Baru-baru ni aku ade lepak dengan member. Dia adalah seorang fulltime jurufoto. Kebanyakan gambar yg dia ambil semestinya adalah gambar majlis perkahwinan. Banyak stock foto album yang dia simpan. Semuanya cantik-cantik.

Tapi banyak jugak album-album pengantin yg dah bersawang sebab pengantin masih berhutang dan tak nak ambil album tu. Pelik aku. Dah panggil jurufoto, kemudian tak nak pulak ambil album yg dah siap di proses tu. Kesian jugak member aku tu. Susah la dia nak cari makan mcm tu. Nak cover duit kos tuk album tu lagi. Aiseh..

Dalam pada aku membelek album-album tu. Agak-agak ape yang aku jumpe? Tak lain tak bukan. Aksi ciuman kasih sayang suami isteri dari mulut ke mulut. ahaha.. Cium mulot la. Aku tanye pada member aku. Kenapa kau ambil pose mcm ni? Die cakap, pose macam ni dah ramai lah yang buat. Dia samping tunjuk hasil-hasil jurufoto yg lain kat aku. Memang ramai. Aku tak pernah perasan pulak kewujudan aksi pengantin macam ni.

Bulan december lalu. Banyak Job member aku dapat. Hasil foto album yang terbaru bulan tu, aku dapat la belek-belek. Aku tengok banyak pulak gambar-gambar pose ciuman mcm tu. Trend ek? Aku yang tengok pun dah naik syok.. eh2.. dah naik segan pulak. Tapi kan, agaknya aku ni yang kolot kot. Orang melayu sekarang kalau dah nikah dah boleh cium mulut secara terbuka lah. Ye lah, tok kadi dah sign atas sijil. Mane ade ahli surau boleh serbu dorang. ahaha.

Aku rase biar kolot kot dari tak beradab. Memang lah akad sudah sah. Tapi hukum tetap haram. Agak-agak sape yang nak tegur hal-hal macam ni? Aku? aiseh.. aku solat pun kantoi.. Engkau je lah.. Ape? Kau pun tak bran? Takpe-takpe, ni bukan urusan aku dan engkau. Ini urusan Jabatan Agama Islam kan? hahaha.. Setel.. (Biase ler, lepas tangan..)

Mula-mula aku rase mcm nak upload je gambar cium pengantin-pengantin tu kat blog aku ni. Tapi dah jadi kes aib pulak. Taknak lah aku aibkan orang. Kata si kecil "Nak buat apa-apa kena fikir panjang dulu". Betul! Jadi, dari aku letak gambar tak senonoh. Baik aku letak gambar yang senonoh skit. lalala...


Kiss By Ellen Page


Aku harap Jurufoto kat luar sana yang mengilhamkan pose macam ni dalam hasil kerja mereka, tolong lah sama-sama memikirkan tentang agama. Jangan di belakangi. Nanti akhlak kita makin rosak secara halus. Tenung-tenungkan dan selamat berakal. ahaha..



(^__^)
-



January 14, 2011

IPAD By Mac?


Kenapa ramai sangat yang bertanya pada aku tentang new technology yang bernama IPAD ni? Untuk hari ni je ade 2 orang amoi chantek tanya aku pasal bende ni.

Ni sikit perbualan aku dengan amoi2 tu. (serius cun)

Situasi : Mase aku tengah godek pc kat opis dorang.
Amoi 1 : "boy, itu baru punya ipad u ada jual ka?"
Aku : "tah la lengloi. ipad tu ape bende nye?"
Amoi 2 : "Haiya.. lengchai.. lu bikin itu pc pun tatau ka itu ipad? apa lu tau? makan tau?".
Aku : "cau ciliboh.. sy bukan buat marketing punya org la. tak tau la."
Amoi 2 : "u mesti kena tau. u org pc ma. itu ipad banyak baik punya. new technology".
Aku : "Itu barang u mau ka?"
Amoi 2 : "mesti la. Mana ada juai murah2?"
Aku : "Itu Ipad ada Free punya. I boleh bg U klau betul2 u nak".
Amoi 2 : "btoi ka? mana dapat?"
Aku : "U kawen sama saya. I angkat 1 free bg u itu Ipad. Mau?"
Amoi 2 : "gila punya orang. Cakap slalu tak betui-betui"
Aku : "haha"





Macam-macam teknologi sekarang ni. Apple, Sony, Acer, Asus, Ibm dan byk lagi, masing-masing berlumba-lumba untuk mencipta gadget terbaik dan terbaru di pasaran. Tak terkejar aku rasenya tuk mengetahui kebaikan dan keburukan sesebuah gadget tu.

Apple pulak jenis yang paling laju mengeluarkan ciptaan-ciptaan melangkau masa dan duit poket kite di Malaysia ni. Dari ipod, iphone, ipad. Tu belom campur macbook Air (Mantap) dorang lagi. Sapa yang menjadi dealler tu mmg seronok la. Bleh buat untung.

Sebenarnya nya aku tak minat nak cerita IPAD ni. Aku cume terpikir, sejauh mana persediaan masyarakat melayu sekarang terhadap aplikasi new technology tanpa henti macam ni. Pada Pakcik dan Makcik tu macam mane pulak? Anak-anak dah semakin berkembang dalam dunia IT yang pesat membangun. (tapi orang2 tua sekarang dah pandai layan Facebook. hehe.)

Persoalan kedua yang aku pikir, adakah kite membeli gadget-gadget seperti ini kerana sudah menjadi sebagai satu keperluan memandangkan kite mampu untuk membeli? Atau kite perlu beli supaya kita tidak ketinggalan untuk mengetahui ilmu di sebalik technologi terbaru ini?

ah... teringat zaman cassette walkman dulu. Sampai merajuk hentak-hentak kaki minta abah belikan. wahaha.


January 12, 2011

Mengenang Kisah Lalu

Apa yang hendak di kenang? Itu semua sudah berlalu. Mungkin ini kelebihan manusia berbanding makhluk yang lain. Punya rasa yang boleh di kenang. Manis.. Sungguh manis bila mempunyai masa-masa lepas yang membuatkan kita semakin dewasa hari ini.

Dulu engkau punya ramai gadis-gadis di pinggir pinggang. Kini engkau sudah beristeri. Dulu engkau lah penyangak yang menggoncang bunyi-bunyian di stage umum kecil. Kini engkau si penjual alat-alat tulis di sekolah rendah. Dan dulu.. Engkau adalah di antara yang mahsyur membentuk basikal-basikal jipang 'berprewel' mati lantaran 'mewili' basikal empat ke lima tiang. Namun sekarang, engkau hanya si pelayan warong kecil.

Indah saat-saat itu. Bila engkau berjaya mengukir nama atas kehebatan di dalam kisah-kisah hidup lalu. Dan kini ada apa dengan semua itu. Kenang-kenangkan, dan ia mampu membuat engkau tersenyum.

Terima kasih 2011. Terima kasih juga kepada Pihak Majlis Perbandaran. Kerana telah mengembalikan Pasar Malam di tempat aku hidup kini. Setelah di lupuskan sejak enam tahun dahulu, atas titah duli yang maha mulia akibat sengketa penduduk setempat. Ia mengembalikan nostalgia aku. Nostalgia ketika zaman rangka ayam goreng, zaman anak ayam bewarna, zaman vhh dan vcd cetak rompak, zaman kereta dash..Macam-macam lagi lah.. dan tentu sekali kacang rebus yang di beli untuk lepak-lepak bersama awek-awek sekolah.. ah.. indah.. saat itu amat indah buat ku.

Terima kasih.. pada cerita yang lalu..


January 10, 2011

FA CUP vs AJL25


Aku lepak dengan rakan-rakan. Layan Man U vs Liverpool. Di warong yg menawarkan Skrin besar tetapi sound system ciput. Warong di sebelah pula membuka channel AJL25. Berskrin besar dan audio pun besar gabak. Kami tgk bola seolah-olah bertontonkan perlawanan bola yang berbunyi siaran lansung ajl25. duh..


FA Cup (Man U)

Versus

AJL 25 (artist)




Tapi ok la. Bola dapat layan, AJL pun layan gak. Oh.. comel betul nasha aziz.

Cuma keadaan sorak menang adalah berlainan. Ketika wisel penamat perlawanan bola di bunyikan, kami sekawan bersorak kental. hahaha. Hip2 Huray! lebih kurang mcm tu la kitorang bersorak. Tetapi berlainan bila keputusan juara AJL25 di umumkan. Terdiam. Tertanya. Terpau rokok kawan. Teroder air lagi secawan. Macam2 "ter" lg la bile keputusan AJL tu di umumkan. Oh, ade sorang member aku cakap "ana rafael? sape tu?". ahaha.. duh.. raffali ler.. rafael tu defender Man U.

Bagi aku, lagu tu ok ape. Cuma untuk dapat kemenangan "Anugerah Juara Lagu", macam belum sesuai lg kot. Bile dengar bait2 melodi dan lirik lagu sofea jean, lagu hanyut, lagu cinta sempurna. Jauh lg mantap. lirik xtravaganza pun best.

Mungkin juri nampak ape yg kite tak nampak dalam kelebihan untuk lagu "Tolong Ingatkan Aku". Ni mcm hantu la. Semua org tau hantu. Tp tok2 bomoh je yg paham hantu tu mcm mane. Sbb Tok bomoh lg otai bab2 tu. Kali ni hantu tak mai lg kat AJL kan? ahaha. Pagar suda kuat. (mengarut)

Yang menang terus mantapkan lagi. Yang kalah, ruang masih terbuka. Dats all. haha. campur2 bahasa aku. Macam lagu bahasa melayu berjudul Drama King.

Teringat aku lawak Faizal Ismail. Shut up not shut up (diam tak diam). ahaha. Host AJL mmg terbaik der..

By the way, Man U tetap utuh. Once more! Hip2 Huray!!

January 5, 2011

"Tidaklah muncul agama, jika tiada jahil dan hina manusia. Maka hormatilah lelaki, kerana ia adalah kaum yang jahil sebelumnya kemudian imam pembimbing di penghujungnya."

"Tidak ada yang menghormati lelaki, kecuali orang yang terhormat dan mulia hatinya, dan tidak ada yang menghina dan menganggap remeh-temeh ke atas lelaki, kecuali wanita diakhir zaman yang ingin dipenuhi kehendaknya."


(^___________^)

January 4, 2011

Basikal Untuk Si Tempang

Jalan kota raya yang sesak. Menaiki basikal adalah perkara yang baik dan memudahkan umum. Tiada definasi berkayuh ke tempat kerja di tanah air, tempat aku mencari sesuap nasi. Namun demikian, aku cuba untuk mengubah cara pemikiran masyarakat. Aku juga sedar, bukan mudah untuk berbasikal ke tempat kerja yang jauhnya berbatu. Berpakaian kemas dan membimbit beg yang di penuhi dokumen. Akhirnya di basahi peluh-peluh hasil dari kayuhan.

Nama aku Rizman. Baru berusia 23 tahun. Di lahirkan di Johor Bahru. Mendapat pelajaran di Universiti Malaya. Kini aku bekerja sebagai pembantu makmal di salah sebuah sekolah menengah tinggi di Kuala Lumpur. Mesra panggilanku "Adik". Aku telah di amanahkan oleh tuhan untuk menjadi adik kepada 2 orang kakak ku yang sudah pun berkeluarga.

Selepas tamat pengajian, aku menjalani hidup dengan bekerja. Aku tinggal menyewa di sebuah apartment murah bersama beberapa orang rakan sepengajian. Hidup aku tenteram bersama mereka. Meskipun adakalanya ombak besar menghempas pantai. Namun surut bila muncul cahaya rembulan. Lumrah kehidupan. Sedangkan lidah lagi tergigit.

Dalam usia muda ini, aku sebenarnya sudah pun mempunyai ikatan tunang bersama seorang gadis kelahiran negeri sembilan. Ikatan pertunangan ini terjadi atas dasar persahabatan diantara aku dan dia. Mungkin bukan mudah untuk di fahami. Tetapi cukuplah sekadar aku mengatakan bahawa pertunangan aku dan dia bukanlah atas dasar cinta yang terbit dari hati.

10 tahun dahulu. Ketika aku mahu mula menjejakkan kaki ke sekolah menengah rendah, ibubapa ku membawa sekeluarga berpindah ke sebuah tempat, beralasan lebih dekat ke tempat kerja mereka. Bermula dari itu, aku jauh dari rakan-rakan sepermainan. Hari-hari ku adalah di rumah. Menghadap permainan komputer seharian selepas waktu sesi persekolahan. Di suatu petang, bapa ku memberi teguran. Katanya anak bujang akan lemah mindanya jika terperap di dalam rumah. Dia menasihatiku supaya pergi bergaul dengan rakan di luar. Jangan terlalu jauh, cuma di padang.

Aku keluar dari rumah di kala petang yang membosankan. Melihat akan basikal kegemaran ku berjenama BMX itu agak kotor. Mula berfikir untuk mencucinya. Sedang asyik aku mencuci, terdengar suara bonda yang entah dari mana. "Jah.. Oh Jah.. Hari dah senja. Kain di ampaian tu tolonglah angkatkan. Mak tengah masak ni Jah". Suara lantang itu sudah pastinya bukan suara mama ku. Aku cuba untuk meratapi suara itu. "Baiklah mak. Jah pergi angkat kain sekarang". Timbul pula kemudiannya suara anak gadis yang lunak bagai serak-serak basah. "Oh tidak.. aku masih belum tahu rupanya ada gadis di sebelah rumah ku" kata hati kecilku. Agak teruja untuk aku mengetahui siapa gadis itu.

Tembok rumah di panjat. Dengan badan kecilku, mudah untuk aku melepasi tembok tinggi yang menjadi pagar pemisah diantara rumah ku dengan jiran menyebelah. "aah!!" Gadis itu menjerit kuat melihat kelibatku cuba memanjat tembok. "Kenapa ni Jah? Terjerit macam nampak hantu?" kata ibunya yang terus bergegas keluar. "Mak, orang tu panjat tembok dari jiran sebelah." Aku yang terkapai-kapai mendakap tembok terdiam melihat seorang gadis dan ibunya sedang menatapi aku. "Oh.. itu anak jiran kita yang baru." kata ibunya ringkas. "Hai makcik. Hai Jah." aku memberikan teguran sambil tersenyum sumbing. "Eh kamu berbuallah dulu. Makcik tengah masak ni. Nanti hangit masakan kat dapur tu" ibunya berkata dan berlalu ke dapur. "Er.. Hai Jah, angkat kain ke?" aku menegur penuh senyuman. "Eh? awak siapa? mana awak tahu nama saya jah?" Si gadis menyoal kehairanan.

"Saya rizman. Awak boleh panggil saya iman tau. Tadi tu saya dengar mak awak yang panggil awak Jah. Sebab itulah saya tahu." Aku berkata sambil tersenyum simpul mengharapkan salam perkenalan dari dia. Si gadis kecil molek itu berdiam diri. "Rajin Jah tolong mak angkat kain ya." Aku menyapa lagi. "Kenapa awak panjat tembok?" Soal si gadis. "Err.. erm.. oh ya. Saya hairan masih ada orang menggunakan nama Jah lagi di kawasan bandar macam ni. Sebab itu saya panjat tembok. Sengaja nak tau siapa tuan yang bernama Jah ni. hahaha" Aku cuba memberikan alasan. Kelihatan riak muka si gadis bertukar masam mencuka. "Aduh.. aku tersalah cakap ke?" kata hati kecilku.

Gelagat perkenalan kami pada kali pertama di usia 13 tahun itu tidak mungkin aku dapat lupakan. Jah, si gadis yang kecil molek adalah rakan pertama aku ketika menetap di Kuala Lumpur. Itulah permulaan tentang sebuah cerita. Permulaan kisah yang telah mengajar aku tentang erti menghidupi rasa dalam kehidupan.

Petang itu semakin suram. Cahaya mentari kian kelam. Aku di pertemukan dengan seorang gadis di kala aku tidak berteman.

Bersambung...

January 2, 2011

Berlari Kehadapan

Tak. Tak. Aku paling tak suka berlari. Walaupun aku pernah berlari, itu cuma jika di kejar anjing. Ah.. aku paling t***t anjing.

"Berlari kehadapan" itu cuma kata-kata semangat. Sebagai manusia biasa, meletakkan kata-kata semangat adalah kiasan bagi suatu gambaran yang berunsur positif untuk dijadikan panduan kepada diri bertujuan supaya melakukan sesuatu dengan lebih baik. haha. Pandai2 aku bikin ayat sendiri. :P

Tahun 2011 dah bermula. Hari pertama aku adalah permulaan yang terbaik bila dapat membantu rakan seperjuangan mendirikan rumah tangga. Majlis beliau amat sukses. Tahniah2. Kata-kata beliau "Hajat dah lepas, lepas ni terus menuju kehadapan je". Lihat, beliau pun menggunakan kata kiasan "Menuju Kehadapan". Jangan main tuju2 je bro. Bermadu plak isteri ko nnti. haha.

Kata kiasan sudah menjadi perkara sinonim pada kita. Itu yang aku rasa la. Apa pun 2011 dah mula dah. Baik-baik jaga diri. Kalau tak, perkara 2010 terbawa-bawa. haha. Oh.. mungkin tahun ni masih ada satu persamaan. Aku tetap ikuti kisah dia.. ahh... semoga dia terus "Mencapai Kebahagiaan".



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...