January 4, 2011

Basikal Untuk Si Tempang

Jalan kota raya yang sesak. Menaiki basikal adalah perkara yang baik dan memudahkan umum. Tiada definasi berkayuh ke tempat kerja di tanah air, tempat aku mencari sesuap nasi. Namun demikian, aku cuba untuk mengubah cara pemikiran masyarakat. Aku juga sedar, bukan mudah untuk berbasikal ke tempat kerja yang jauhnya berbatu. Berpakaian kemas dan membimbit beg yang di penuhi dokumen. Akhirnya di basahi peluh-peluh hasil dari kayuhan.

Nama aku Rizman. Baru berusia 23 tahun. Di lahirkan di Johor Bahru. Mendapat pelajaran di Universiti Malaya. Kini aku bekerja sebagai pembantu makmal di salah sebuah sekolah menengah tinggi di Kuala Lumpur. Mesra panggilanku "Adik". Aku telah di amanahkan oleh tuhan untuk menjadi adik kepada 2 orang kakak ku yang sudah pun berkeluarga.

Selepas tamat pengajian, aku menjalani hidup dengan bekerja. Aku tinggal menyewa di sebuah apartment murah bersama beberapa orang rakan sepengajian. Hidup aku tenteram bersama mereka. Meskipun adakalanya ombak besar menghempas pantai. Namun surut bila muncul cahaya rembulan. Lumrah kehidupan. Sedangkan lidah lagi tergigit.

Dalam usia muda ini, aku sebenarnya sudah pun mempunyai ikatan tunang bersama seorang gadis kelahiran negeri sembilan. Ikatan pertunangan ini terjadi atas dasar persahabatan diantara aku dan dia. Mungkin bukan mudah untuk di fahami. Tetapi cukuplah sekadar aku mengatakan bahawa pertunangan aku dan dia bukanlah atas dasar cinta yang terbit dari hati.

10 tahun dahulu. Ketika aku mahu mula menjejakkan kaki ke sekolah menengah rendah, ibubapa ku membawa sekeluarga berpindah ke sebuah tempat, beralasan lebih dekat ke tempat kerja mereka. Bermula dari itu, aku jauh dari rakan-rakan sepermainan. Hari-hari ku adalah di rumah. Menghadap permainan komputer seharian selepas waktu sesi persekolahan. Di suatu petang, bapa ku memberi teguran. Katanya anak bujang akan lemah mindanya jika terperap di dalam rumah. Dia menasihatiku supaya pergi bergaul dengan rakan di luar. Jangan terlalu jauh, cuma di padang.

Aku keluar dari rumah di kala petang yang membosankan. Melihat akan basikal kegemaran ku berjenama BMX itu agak kotor. Mula berfikir untuk mencucinya. Sedang asyik aku mencuci, terdengar suara bonda yang entah dari mana. "Jah.. Oh Jah.. Hari dah senja. Kain di ampaian tu tolonglah angkatkan. Mak tengah masak ni Jah". Suara lantang itu sudah pastinya bukan suara mama ku. Aku cuba untuk meratapi suara itu. "Baiklah mak. Jah pergi angkat kain sekarang". Timbul pula kemudiannya suara anak gadis yang lunak bagai serak-serak basah. "Oh tidak.. aku masih belum tahu rupanya ada gadis di sebelah rumah ku" kata hati kecilku. Agak teruja untuk aku mengetahui siapa gadis itu.

Tembok rumah di panjat. Dengan badan kecilku, mudah untuk aku melepasi tembok tinggi yang menjadi pagar pemisah diantara rumah ku dengan jiran menyebelah. "aah!!" Gadis itu menjerit kuat melihat kelibatku cuba memanjat tembok. "Kenapa ni Jah? Terjerit macam nampak hantu?" kata ibunya yang terus bergegas keluar. "Mak, orang tu panjat tembok dari jiran sebelah." Aku yang terkapai-kapai mendakap tembok terdiam melihat seorang gadis dan ibunya sedang menatapi aku. "Oh.. itu anak jiran kita yang baru." kata ibunya ringkas. "Hai makcik. Hai Jah." aku memberikan teguran sambil tersenyum sumbing. "Eh kamu berbuallah dulu. Makcik tengah masak ni. Nanti hangit masakan kat dapur tu" ibunya berkata dan berlalu ke dapur. "Er.. Hai Jah, angkat kain ke?" aku menegur penuh senyuman. "Eh? awak siapa? mana awak tahu nama saya jah?" Si gadis menyoal kehairanan.

"Saya rizman. Awak boleh panggil saya iman tau. Tadi tu saya dengar mak awak yang panggil awak Jah. Sebab itulah saya tahu." Aku berkata sambil tersenyum simpul mengharapkan salam perkenalan dari dia. Si gadis kecil molek itu berdiam diri. "Rajin Jah tolong mak angkat kain ya." Aku menyapa lagi. "Kenapa awak panjat tembok?" Soal si gadis. "Err.. erm.. oh ya. Saya hairan masih ada orang menggunakan nama Jah lagi di kawasan bandar macam ni. Sebab itu saya panjat tembok. Sengaja nak tau siapa tuan yang bernama Jah ni. hahaha" Aku cuba memberikan alasan. Kelihatan riak muka si gadis bertukar masam mencuka. "Aduh.. aku tersalah cakap ke?" kata hati kecilku.

Gelagat perkenalan kami pada kali pertama di usia 13 tahun itu tidak mungkin aku dapat lupakan. Jah, si gadis yang kecil molek adalah rakan pertama aku ketika menetap di Kuala Lumpur. Itulah permulaan tentang sebuah cerita. Permulaan kisah yang telah mengajar aku tentang erti menghidupi rasa dalam kehidupan.

Petang itu semakin suram. Cahaya mentari kian kelam. Aku di pertemukan dengan seorang gadis di kala aku tidak berteman.

Bersambung...

3 comments:

ijatnuar87 said...

wah bro...memang besh la..kalu ader sambungan bagitau deh...

The Crow Empire said...

Sambungan dah ade dlm draft. tp mcm malas nak post. ahaha.. thanks sgt sebab sudi membaca. (^__^)

ijatnuar87 said...

ala bro,post la..citer tgh besh nih...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...