January 26, 2011

Kepada Seseorang.. (Nota Peribadi)

Kepada Seseorang..


Dalam lisan ini mewakili aku untuk memberitahu tentang sesuatu kepada seseorang. Aku telah tahu akan perkara yang engkau cuba kuotakan. Aku juga semakin faham dalam keadaan perlahan-lahan tentang apa yang di harapkan. Namun engkau pernahkah cuba memahami aku? Di atas alasan apa dan mengapa?

Cuma cara itu hanya mampu aku lakukan. Mungkin ianya keji malah bila di amati elok, amat di benci. Aku juga tidak mahu seperti ini. Cuma masih tiada soalan aku dengari di atas alasan apa dan mengapa? Jadi biar aku putuskan sendiri. Cara aku.

Aku fikir baik-baik. Dalam-dalam aku renungkan. Petikan dalam sebuah cerita itu, telah muncul tiga watak. Pilihan itu atas putus peribadi. Selepas di edit oleh tulang belakang, maka cerita itu di tanyangan umum. Aku? Aku cuma pengunjung panggung. Dan di setiap jalan cerita pasti muncul persoalan. Atas hak. Pengunjung cuma ingin mempersoalkan tentang persoalan. Pada siapa? media? para pelakon kelas atasan? Tidak bukan. Semestinya pada penerbit itu sendiri. Dan ia adalah engkau.. Jadi tampillah di mana salah aku?

Kepada seseorang.. Untuk pengetahuan dan fahaman peribadi. Aku tidak pernah tuntut apa-apa. Tidak pernah mengelar paksa keras tentang sesuatu dari engkau. Andai engkau terdetik dalam segenap hati tentang apa yang aku mahukan. Tunggu sekejap. Engkau tidak pernah terdetik untuk tahu apa yang aku mahu. Itu bukan silap aku. Jadi jangan omong di belakang tentang perbuatan aku. Di ulangi. Cara aku.

Untuk tidak membuang masa engkau. Aku benarkan sedikit kata berbalik apa yang aku cuba lakukan pada hal yang lepas. Lagi pun, dalam usia ini sudah jenuh untuk di hadap. Remeh temeh segala. Aku juga faham. Kerana kita sebaya bukan? Jadi aku cuma mahu kata :

Bukan sayang aku harapkan, bukan cinta aku tuntutkan.
Apa kemahuan aku
Cukup sekadar sebuah perbualan...

Ia lebih dari semua itu.

Aku karutkan petikan ini kepada seseorang...
Walau aku tahu dia tidak akan membaca
Nasib lah..




Nota : Kan lebih baik berkata karut dari berkuotakan carut. (^___^)

8 comments:

redzuan said...

entri ni bunyi mcm bro meluahkan kekecewaan yg sgt mendalam je bro ? ape pun2 bro hidup perlu tabah :) tp sy suka statement kat nota akhir itu ada mesej :)

TIPS: 8 CARA MENINGKATKAN TRAFFIK KE BLOG SECARA BERTERUSAN

The Crow Empire said...

Redz - entri ni bermaksud, bile ade org cakap2 blakang, tak mustahil kite tahu. Bile kite dah tahu pulak, kite pun turut cakap2 di belakang. Mungkin kite cakap lebih teruk dgn memaki hamun@mencarut pada org itu. jadi apa beza nya? dua2 pihak cakap2 belakang. tiada kesudahan.. hahaha...

diana said...

akak pernah mengalami situasi orang kata2 akak kat belakang..
akak bagi tau pada orang yang sampaikan pada akak tu gini..
"biarje dia nak cakap apa pun..saya tak nak cakap apa2 tentang dia sebab kalau saya cakap nanti taraf saya pun sama macam dia..taraf mulut longkang"
sedar tak sedar akak sendiri kata dia macam tu..
jadi tak de beza la akak dengan dia..mula2 kata tak nak cakap apa2.tapi keluar jugak ayat menghina kat situ..
aih!!
hahha

The Crow Empire said...

Kak Diana - betul tu kak. kadang2 kite benci, kite tak suka. Tapi kite pun same je. Jadi mari bertolak ansur. Bila ada org mengata kosong di belakang, kite sekadar "senyum-senyum" huhu..

Solihin Zubir said...

org yg suka ckp2 blkg ni mmg looser la.. pengecut..
aku pon x suka org camtu..
depan kita baik nk mampos..
belakang? pergh! kaw2 kita kena maki..

The Crow Empire said...

Solihin The Bro - Memang betol tu. Tapi kadang2 kite jgk tak perasan dah terbabit sama kutuk depa belakang2 lepas kite tau depa kutuk kite dulu. Keadaan makin keruh. Tiada kesudahan.. rite? Jadi sy asyik fikir, macam mana situasi mcm ni boleh kite sama2 bendung. Cewah!

(^__^)Sekadar prihatin..

si macho said...

ta paham -___________-

berkuotakan <--- amenda nie ?? ==\

dRopPuc!noo™ said...

:angguk the crow puitis!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...