January 10, 2011

FA CUP vs AJL25


Aku lepak dengan rakan-rakan. Layan Man U vs Liverpool. Di warong yg menawarkan Skrin besar tetapi sound system ciput. Warong di sebelah pula membuka channel AJL25. Berskrin besar dan audio pun besar gabak. Kami tgk bola seolah-olah bertontonkan perlawanan bola yang berbunyi siaran lansung ajl25. duh..


FA Cup (Man U)

Versus

AJL 25 (artist)




Tapi ok la. Bola dapat layan, AJL pun layan gak. Oh.. comel betul nasha aziz.

Cuma keadaan sorak menang adalah berlainan. Ketika wisel penamat perlawanan bola di bunyikan, kami sekawan bersorak kental. hahaha. Hip2 Huray! lebih kurang mcm tu la kitorang bersorak. Tetapi berlainan bila keputusan juara AJL25 di umumkan. Terdiam. Tertanya. Terpau rokok kawan. Teroder air lagi secawan. Macam2 "ter" lg la bile keputusan AJL tu di umumkan. Oh, ade sorang member aku cakap "ana rafael? sape tu?". ahaha.. duh.. raffali ler.. rafael tu defender Man U.

Bagi aku, lagu tu ok ape. Cuma untuk dapat kemenangan "Anugerah Juara Lagu", macam belum sesuai lg kot. Bile dengar bait2 melodi dan lirik lagu sofea jean, lagu hanyut, lagu cinta sempurna. Jauh lg mantap. lirik xtravaganza pun best.

Mungkin juri nampak ape yg kite tak nampak dalam kelebihan untuk lagu "Tolong Ingatkan Aku". Ni mcm hantu la. Semua org tau hantu. Tp tok2 bomoh je yg paham hantu tu mcm mane. Sbb Tok bomoh lg otai bab2 tu. Kali ni hantu tak mai lg kat AJL kan? ahaha. Pagar suda kuat. (mengarut)

Yang menang terus mantapkan lagi. Yang kalah, ruang masih terbuka. Dats all. haha. campur2 bahasa aku. Macam lagu bahasa melayu berjudul Drama King.

Teringat aku lawak Faizal Ismail. Shut up not shut up (diam tak diam). ahaha. Host AJL mmg terbaik der..

By the way, Man U tetap utuh. Once more! Hip2 Huray!!

2 comments:

hentakbelipat said...

mmbe aku ade cakap, kalau ana rafali dari youtube boleh senang menang..mungkin lepas ni budak indie dari redtube pulak laju menang macam2

The Crow Empire said...

aah. aku setuju! hahaha..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...