January 18, 2011

Cinta Anak-Anak


Cerita cinta. Sinonom kaitan antara lelaki dan perempuan. Umum semua tahu, bila sebut tentang cinta adalah berkisarkan perasaan di antara seorang jejaka dan seorang gadis. Semua manusia pasti melalui saat-saat ini. Bagaimana dengan anak-anak kecil? Bilakah tahap umur paling sesuai untuk mereka mengenali erti suka sama suka, erti kasih mengasihi di antara dua jenis jantina yang berbeza?



Young In Love


Aku memerhati tingkah seorang anak kecil ini yang berusia lebih kurang 8 tahun. Merapatkan diri untuk lebih mengenali. Aku bertanyakan soalan "Adik ni comel lah. Mesti ramai boyfriend ni. Tu asyik sms je." Tersenyum-senyum simpul anak kecil itu bila aku bertanyakan soalan sedemikian rupa. "Tak adalah. Ini sms kawan je pak cik". (huh? Pakcik) Manis bila dia menjawab sambil tersimpul malu.

Kisah cinta monyet adalah saat yang pasti anak-anak kecil ini lalui. Persoalannya, sejauh mana tahap keselamatan pergaulan sosial ini di titik beratkan oleh orang-orang dewasa?

Bila cakap-cakap, isu tidak berbangkit. Akhirnya sosial mereka menjadi lebih bebas. Bila mula 'berkapel', cium-cium pipi itu perkara kecil. Dalam usia muda, meraka tidak tahu apa yang ada dalam batas pergaulan. Melayankan jiwa yang masih muda. Mencari-cari erti cinta dan kebahagiaan. Lebih teruk jika keluarga punya masalah peribadi.

Cinta anak kecil memang perlu. Untuk memperlihatkan suasana dunia yang di penuhi simpang siur. Namun 'guide line' itu harus ada. Dasar Cinta itu sendiri adalah sebahagian dari serakah. Mesti adakan pembendungannya seawal usia kecil sebelum remajanya tewas kelak.

Anak kampung aku sudah ramai yang berkahwin atas sebab khalwat. Ahli tukang tangkap ramai. Ahli tukang bendung? Tak ade... (termasuklah aku). Mereka itu sangat muda. Sangat muda ertinya bukan usia. Tapi fahaman tentang bebas pergaulan. Mampukah seorang yang mentah dalam pergaulan menjadi pemimpin sebuah masjid? Jadi, tepuk lah dada.. sakit, tanya lah selera.. nak yang gebu-gebu.. heheh..


4 comments:

aleen aiden said...

aku pon da naek menyampah tengok budak kecik umur 7 8 taun nak becinta2 nih.rase nak luku je sekor2.
aku dulu lps spm baru bercinta tau!hu3

The Crow Empire said...

heheh lepas spm baru bercinta? wah, remaja contoh ni. heheh..

Solihin Zubir said...

cinta monyet budak2 zaman skrg sgt menakutkan..
pergaulan mereka kurg terbatas..
aku pon pernah cinta monyet..
tapi sekadar berbalas surat..
tak pernah lebih2..

The Crow Empire said...

wah, solihin hantar surat ke dulu? sama la. Feel hantar surat dgn hantar sms mengurat awek ni lain kan? berdebar nak tggu reply surat. haha..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...