Kawan aku cakap "Dah macam iblis je perangai orang kite sekarang ni. Kejam." Aku jawab "Iblis tu baik la." Dengar je aku cakap mcm tu terus dorang buat muke separa kanak-kanak O.K.U haha.. "Ko ni memandai je cakap." Kata gelfren kawan aku yg tak comel langsung. Comot! huh! ahaha.. ok back to story. Aku jawab la.. "btol la.. penah ko dengar iblis tu buang anak2 die? bunuh orang, rogol lambung-lambung, kacau isteri orang, makan duit haram bla.. bla..." Jadi awek kawan aku tu jawab "takde. Tapi iblis mendorong ke jahatan." Aku balas "betul. Jadi Iblis tu dah la baik, bijak pulak tu. Tak buat jahat, tapi bijak dalam muslihat supaya matlamat tercapai. Orang buang bayi. Dah tercapai lah matlamat iblis kan? Bijak2."

Hellboy. Hell yeah!
"abih tu ko suke iblis la ek?" Kata salah seorang gadis merangkap member aku yg cun sikit. okeh tak, die cun habis! lalala~ "Tak la. Kenapa nak letak kan iblis jadi point dalam kejahatan? Padahal jahat manusia adalah pilihan sendiri. Ada hati rasa, ada akal guna. Jadi kalau aku bwk lari ko pegi golok mlm ni. Bukan salah aku la. Iblis. Sbb Iblis kan jahat.? faham?" aku jawab dgn serius sket. Sebab gadis ni kalau kene saiko dgn kate2 yg serius mulalah buat muke yg Blur2 cute. keh3.. "tak suke la cakap dgn ko ni. Kerek.." kata gadis. "Fine!" kata aku. (dalam hati cakap "Kapel Jom!" heheh..)
Bagi aku, jangan di lambung sangat jahat makhluk lain kalau jahat sendiri pun lagi dahsyat. Iblis adalah makhluk Allah juga. Ia adalah makhluk yg sangat taat pada mulanya. Namun Allah mencipta rasa bongkak padanya. Dan iblis memilih rasa bongkak itu lebih dari kebaikan dan ketaatan kepada Allh SWT selepas peristiwa Nabi Adam A.S. di ciptakan. Wallahhualam.. (eleh.. iblis ni konon2 merajuk la sbb Adam jauh lebih Hensem. haha.. Aku kan Adam!)
Pengajaran di situ kite dapat lihat bahawa setiap makhluk di beri pilihan dan ini adalah kebebasan yang paling besar telah tuhan kurniakan kepada setiap makhluknye. Pilihla sama ada menjadi yang baik atau buruk. Dan di setiap pilihan telah di janjikan balasan nya. Kan Islam byk memperkenalkan teknik-teknik memilih dan menjadi manusia yang baik. Betul tak? Ikut je la.
Aku berlindung dari syaitan yang di rejam. Juga dari segala makhluk dan keinginan diri yang menyesatkan. Mudahan-mudahan tidak bertambah ibubapa yang membuang anak dan anak tidak membuang ibubapanya. AMIN....
Nota : Tenung-tenungkan, dan selamat berakal.
-tamat-
11 comments:
rogol lambung2??? apekah?
Kaka Diana - Betul. Tgk la mcm hantu raya atau toyol. Dorang pandai mencuri tu pun belajar dari manusia. ish2..
Amira Naddia - hai. hehe.. lambung2 tu macam kegiatan yg meriah la. Kalau rogol lambung tu macam perkosaan yg meriah2. erk..? dem..
betol!
human are free to choose whatever they want.
dah ko pilih jahat, jahat la jadinya kan???
heee~
Aisha Inani- cuma kadang2 yg tak baik tu tinggal pilihan. Contoh yg mudah, sy bwk aisyah kawen lari sbb family tak terima sy. atau gugurkan kandungan tu klau tak sy ceraikan awak. bercerai tak baik, gugurkan pun tak baik.. sob2.. ha. mcm mane la kan?
heheh.. pandai ko kan..
aku setuju!
ini bermakna, manusia yg dimaksudkan tu lebih teruk drp syaitan dan binatang.. haish!
Solihin da Bro - btol bro. tp lain makhluk lain cara kejahatan nye kan? huhu. Cuma klau di bandingkan. Manusia lebih special sbb mampu lakukan pelbagai jenis kejahatan kat dunia ni. Kretif. haha..
hahaha..iblis tu tugas die bagi idea je..manusia kan kreatif..mmg la macam2 lagi bnde jahat dia buat
HB - aah. sangat kreatif. ade yg sampai cipta lagu pasal kejahatan silam yg mereka lakukan. Tapi genre lagu nak emo metal ala2 FATA. ganas leleh.. keh3..
manusia sekarang semakin pelik...
eh?..
Aujinz - pelik tapi benar. keh2.. Biase ler.. tak kemana pun manusia ni. Alih2 ke syurga atau neraka.
(^__^)
terima kasih..anyway korang ni ape laa gurau gurau pasal iblis..kang menjelmaa kang hahaha =p
Jeng3x…
# Malas Nak Sembahyang Sebab Sakit#
# Bottle Of Hopes @ Wishing Bottle (Botol Rahsia…) #
Post a Comment