July 26, 2011

Segmen Ilmiah : JOM BERKONGSI HADIS SAMA-SAMA!!

Keliks banner untuk tahu. ^__^


Terima kasih kepada blogger Thesyafiqmokhtar sebab wujudkan idea best dalam segmen beliau. So, Crow nak kongsikan 2 buah terjemahan hadis Rasulullah s.a.w yang di riwayatkan oleh imam Al-bukhari dan Muslim :


1) Hadis pertama
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
Permudahkanlah semua urusan dan jangan menyusahkannya, berilah khabar gembira dan janganlah membuat sesuatu yang menyebabkan orang lain lari.”
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Bahagian akhlak & akidah.

Huraian ringkas :
Islam menuntut agar umatnya berdakwah ke jalan Allah dengan penuh hikmah dan bijaksana supaya ia boleh diterima dengan mudah dan rela. Namun, jangan sesekali di salah gunakan maksud 'mudah' dalam agama islam ini. Meski pun islam menawarkan panduan hidup yang mudah, kita wajib patuh kepada prinsip, tertib, rukun dan syariat.


2) Hadis kedua
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
Kemudian diriwayatkan daripada Anas r.a katanya :” Apabila Nabi SAW memberitahu sebuah pernyataan, baginda mengulanginya sampai tiga kali hingga orang ramai dapat memahami dan mengerti perkataannya dengan baik dan setiap kali nabi meminta izin untuk masuk (ke dalam rumah, ia mengetuk pintu) tiga kali dan mengucapkan salam.
(Riwayat Al-Bukhari)
Bahagian akhlak & akidah.


Huraian ringkas :
 Simbolik tiga kali dalam sesuatu perbuatan bergantung pada situasi dan tempat. Dalam melakukan sesuatu perkara ibadah seperti mengambil wudhu’, kita dikehendaki melakukan pada satu-satu rukun itu sebanyak tiga kali kerana ia adalah lebih baik bahkan termasuk dalam perkara sunat. Tetapi ada juga berlaku sekiranya sesuatu itu dilakukan lebih dari tiga kali akan mengundang mudarat dan keburukan atau jatuh pada peringkat batal contohnya jika bergerak dengan sengaja lebih dari tiga kali sewaktu dalam solat, solat dianggap batal. Kesimpulannya, Islam menekankan tentang kesederhanaan dan menegah perbuatan melampaui batas. Justeru bilangan 3 kali adalah jalan paling selamat. 


Crow berbesar hati untuk Tag Segmen ini kepada :
Nurulee



Notadahi : Kepada Diana J. I tahu u bace entri i. hehe.. So i told u already about rukun dalam islam. Simbolik 3 kali dalam perlakuan adalah rukun (konsep) sebenarnya. Rukun ini mengajar kita supaya tidak melebih-lebih atau sengaja dikurangkan yang kemudian boleh menimbulkan bidaah dalam agama. Dalam islam jangan hanya di fikirkan yang mudah, tetapi islam itu mengajar supaya kita sentiasa besederhana dalam apa jua perkara. Wallahualam..


Yang baik dari Allah swt dan yang buruk datang dari diri sendiri.
-Sekian-


July 25, 2011

Monday Love Story..


Dalam dunia, perkara yang paling besar adalah cinta. Perasaan cinta adalah suatu hal yang rumit namun disenangi oleh seluruh manusia. Cinta itu dalam ertinya. Cinta juga luas penggunaannya. Namun beringatlah, bahawa setiap satu dari hal dunia telah dijanjikan baik dan buruk. Pilihan bukan menjanjikan kebaikan, cara bukan menerbitkan keburukan.

Cinta sememangnya memerlukan pengorbanan. Luasnya erti pengorbanan ini. Sebagai contoh cinta akan agama, maka dikorbankan harta, masa dan nyawa. Jika benar anda mahu lakukan pengorbanan maka kembali kepada rangkap diatas. "Namun beringatlah, bahawa setiap satu dari hal dunia telah dijanjikan baik dan buruk."

Hari ini, crow percaya semua orang mahu memiliki cinta. Ini fitrah kita. Jika gila atau di lahir sebagai cacat akal sahaja tidak dianugerahkan dengan perasaan cinta oleh Allah swt. Namun, mereka tetap telah di janjikan dengan sesuatu di akhirat kelak.

Dalam hal cinta terhadap jenis berlainan jantina, crow juga pernah melaluinya. Setiap yang crow lalui, crow bersungguh-sungguh untuk mempelajari dan memahami mengapa dan bagaimana kesilapan boleh terjadi ketika kita mencintai sesorang. Jadi crow ingin kongsikan beberapa perkara yang perlu kita hindarkan apabila kita mencintai seseorang. Supaya kita sedar dan cuba menghindari dari menyakitkan hati serta perasaan orang lain.


Hindari prasangka buruk
- Apabila kita jatuh cinta atau sedang mencintai seseorang. Hindari dari membuat sangkaan buruk. Walaupun setiap yang dirasa oleh deria (Instinct) mensahihkan tentang sesuatu perkara namun berwaspadalah. Jangan sesekali menaruh prasangka kepada si dia. Prasangka buruk terhadap orang yang dicintai boleh menimbulkan rasa benci, meluat dan jelik yang mendalam.


Niat kerana kebaikan
- Cinta tidak semestinya memiliki. Yakinlah dalam hati, semuanya telah tertulis didalam takdir kita oleh Allah swt tentang jodoh dan pertemuan. Apabila kita mencintai si dia, maka berniatlah untuk melihat si dia bahagia. Walau bukan bersama anda.


Berikan waktu untuk cinta
- Bukan semua manusia mahu bercinta secara mengejut. Berikan waktu pada si dia. Bermula sebagai kawan adalah jalan yang terbaik untuk memberi ruang kepada kedua-dua pihak mengenali diantara satu sama lain. Hal ini sangat penting. Berikan masa kepada diri anda juga untuk menilai si dia sama ada sesuai atau tidak walaupun ketika itu hati anda sedang gopoh untuk memiliki cinta.


Jangan percaya pada bukan fakta
- Ada yang mengatakan, bila seseorang yang anda cintai hanya anggap anda sebagai kawan maka anda sudah gagal. Ingat, bukan anda yang menentu jodoh. Ia ketentuan Allah swt. Berusahalah. Insyaallah.. Jika usaha setimpal dengan tawakal. Maka tiada sebab untuk anda gagal. Perasaan manusia ini berubah-ubah. Dari merasakan hanya sebagai kawan juga boleh berubah kepada merasakan cinta. Cuma anda perlu sabar dalam usaha. :)




Notaddahi : Quotes dalam gambar atas ni lansung tak masuk akal. Koh3.. 
Kalau mahu si dia, usahalah! 
Jangan hanya melihat sahaja.
 Kemudian hati asyik menyalahkan takdir ketentuan Allah. 
Ah.. Nonsense.
Mari usaha dan tawakal. Insyaallah..



July 22, 2011

Ada Apa Dengan Dunia?


Selepas aku dilahirkan, aku di besarkan di sebuah rumah setinggan di Kuala Lumpur. Rumah yang ayah sewa itu banyak memberi kenangan. Di sana adalah tempat aku mula bertatih dan berlari. Kini rumah setinggan itu ranap di atas sebab kemajuan. Cuma tinggal beberapa buah rumah termasuklah rumah nenek yang masih setia teguh menahan arus pembanggunan.

Kemudian apabila aku mula menjejakkan kaki ke sekolah. Ayah telah membeli sebuah rumah batu yang terletak selang beberapa daerah dari Kuala Lumpur. Maka di situ aku dibesarkan sehingga alam remaja. Di tempat baru itulah menjadi tempat untuk aku nakal-nakal bersama kawan. Di situ tempat aku di rotan dan kejar oleh ibu. Dan di situ juga tempat aku mula mengenal tuhan.

Selang berbelas tahun kemudian. Kata orang langit tidak sentiasa cerah. Perniagaan bapa di tipu. Rumah hangus tergadai. Maka bermula kembali episod cerita lama. Sekeluarga berpindah dan menyewa di kampung entah siapa. Malang tiada berbau. Ayah pula ditimpa kecelakaan jalan raya. Nasib sahaja Izrail belum memanggil. Namun cukup membuat ayah sengsara kerana sembuhnya menjadikan dia si tempang tua.

Jika boleh diluah. Aku mahu kata. Aku sayang akan rumah kepunyaan ayah dahulu. Sangat sayang. Sehingga kini apabila aku menjejak kaki di sana, sayu hati melanda. Teringgat-ingat kenangan lalu. Ah... Biarkan. Takdir tuhan itu penentu. Aku sedar di sini bukan tempat aku lagi. Di sini juga bukan rumahku lagi. Kata-kata pemujuk hati.


Rumah Ayah & Ibu


Dalam liku hidup ini. Bukan semua perkara boleh kita kekalkan. Maruah, harta, keluarga dan kuasa. Semua ini pinjaman semata-mata. Dunia ini penyataan sahih. Penyataan bahawa yang kekal itu hanyalah Allah s.w.t. Biarpun kita sayang akan rumah kita, sayang akan keluarga kita tetapi sudah terfitrah bahawa dunia adalah sementara.

Kata Abang Bob "Rumah hanya rumah, perasaan sayang dalam hati. Jagalah perasaan itu baik-baik. Jangan dibiar ranap sebelum mati." haha.. Kau poyo la Bob... Tapi kau terbaik!



Notadahi : Aku sayang rumah ayah.. Biar aku berkubur di sini.



July 19, 2011

Luahan Masalah. Siapa Keutamaan Anda??


Crow selalu fikir ingin memfokuskan blog ini dengan cerita-cerita berkaitan kehidupan. Cerita yang boleh memberi renungan ringkas kepada semua. Kali ini, crow nak cerita tentang satu perkara yang sering kita terlepas pandang ketika kita di timpa suatu masalah.

Dalam menghadapi masalah, kita seringkali memerlukan bantuan dari orang lain. Setidaknya kita memerlukan seseorang untuk berkongsi masalah supaya beban yang dihadapi dapat dikurangkan dan diatasi. Persoalan yang timbul dalam fikiran Crow. Siapakah orang pertama yang korang akan cari apabila menghadapi suatu masalah? Adakah korang akan cari sahabat yang korang gelar Best Friend Forever, kekasih, adik beradik atau ibubapa?

Well.. Terpulang kepada anda untuk memilih siapa yang sesuai dan dianggap mampu untuk memberi perhatian kepada anda ketika dilanda masalah. Dalam entri kali ini Crow nak tekankan kesilapan dan keburukan yang logik dan terbukti apabila anda sebenarnya telah salah dalam memilih seseorang untuk berkongsi masalah.

Situasi 1 :

Si A berkongsi masalah dengan sahabat atau BFF nya iaitu Si B. Si A memilih Si B atas dasar percaya. Jika korang memilih cara ini, pastikan korang jangan lupa bahawa Si B juga mempunyai sahabat dan BFF tersendiri. Kebarangkalian untuk Si B menceritakan hal Si A kepada sahabat sendiri adalah tinggi.

Situasi 2 :

Si A berkongsi masalah dengan Abang/kakak atau adiknya. Si A memilih adik beradik atas dasar percaya. Jika korang memilih cara ini, pastikan korang jangan lupa bahawa adik beradik korang juga mempunyai BFF atau kekasih sendiri. Kebarangkalian untuk adik beradik menceritakan hal korang kepada sahabat atau kekasih adalah tinggi.

Situasi 3 :

Si A berkongsi masalah dengan ibu atau bapanya. Si A memilih ibubapa atas dasar percaya. Jika korang memilih cara ini, pastikan korang mendoakan kesejahteraan mereka berdua. Kebarangkalian untuk ibu atau bapa menceritakan sesama mereka iaitu suami/isteri adalah tinggi dan ini adalah pilihan yang terbaik.






Jika merenung kembali tingkah laku kita apabila menghadapi masalah, sering kita lupakan kedua ibubapa. Terutamanya apabila kita merasakan kekasih adalah keutamaan. Well, korang juga perlu ingat. Kekasih korang juga punya teman baik. Entahkan lelaki atau perempuan. Jangan pula nanti, apabila korang dapat tahu cerita tentang masalah korang sudah tersebar barulah korang mula tergadah sendiri. Koh3..

Crow faham, ada yang tidak berani atau tidak selesa meluahkan hal dan masalah peribadi kepada kedua ibubapa. Jadi bagaimana cara? Perkara yang crow sampaikan diatas adalah peringatan semata-mata. Agar kita faham, kebiasaan menyampai masalah atau cerita peribadi kepada orang lain mampu menimbulkan pelbagai  fitnah dan masalah yang lain meskipun tindakan korang menceritakan adalah diatas dasar "percaya".

Cubalah kita belajar mendidik diri supaya jujur dan ikhlas dalam mendengar masalah orang lain. Genggam kepercayaan mereka pada kita. Latih diri untuk memahami diantara cerita yang boleh dan tidak boleh untuk disampaikan kepada orang lain. Ingat! Latihan menjadikan kita profesional. keh3..


Notadahi : Kalau ade seseorang meluahkan masalah. Habis-habis situ sudah la. 
Cerita orang. Jangan dijaja pada yang lain. Koh3..





July 16, 2011

Sikap Bodoh Semasa!


Bila sebut tentang 'Bodoh'. Jelik didengar tetapi enak disebut. Di mana-mana pun korang boleh dengar. Sesedap rasa je orang-orang menyebut "kau bodoh", "macam bodoh", "apsal bodoh sangat?" dan banyak lagi. Terbaru, didalam klip video Bersih 2.0 yang di pertontonkan kepada dunia juga ada memperlihatkan seorang polis Malaysia berteriak "Melayu ni semua Melayu bodoh". (besar kuasa bapak kau nak bodohkan melayu ek?) haha.. (Link)

Beberapa hari lepas, ade juga rakan-rakan blogger (Link) yang Crow terjah di huni dengan komen-komen yang agak keterlaluan. Berhujah dengan cara kasar untuk meluahkan pendapat sendiri. Bagi Crow, itu adalah sikap yang mempertontonkan kebodohan diri si penghujah. Jadi penggunaan "Bodoh" adalah amat sesuai untuk dilontarkan kepada mereka ini.

Dalam 2 perenggan di atas. Jika korang fahamkan betul-betul. Korang akan dapati bahawa ungkapan 'bodoh' bukanlah satu carutan. Tetapi mengungkap perkataan 'bodoh' adalah perlu bagi korang untuk memastikan tempat yang benar-benar sesuai.

Pepatah ada mengatakan kerana mulut badan binasa. Kadang kala, sesuatu yang kita ungkap boleh mendatangkan keburukan walau cuma satu perkataan. Memang bersuara itu adalah hak. Namun hak itu jika disalah guna, ia boleh membawa kebinasaan pada diri sendiri. Malah menggundang benci. Namun bukan hanya dari kata-kata. Perilaku dan sikap juga boleh mengambarkan tentang kebodohan seseorang.

Bodoh beruk kerana fitrahnya. Bodoh manusia kerana sikapnya. Fikirkan. Jikalau pun anda sudah sejak azali dilahirkan bodoh, namun beringatlah. Bukan semua sikap bodoh itu perlu di nyatakan kepada umum. Jelik tahu.




 Notadahi : Orang yang bijak kerja swasta. Orang yang bodoh jadi polis. Mane tak kelam-kabut etika mereka. Koh3.. Well, lagi pun mereka kerja guna tenaga. Bukan akal. Faham-fahamlah.

-Tamat-


July 13, 2011

A Day To Remember! (#WW)



This Is Our History


9 July 2011



Which side you have chosen?


The United of Civilian (Bersih 2.0)

VS

 The Police of Government


  




But..
Remember one thing.
No matter which side you have chosen
Actually, the both side are citizen.
WE ARE MALAYSIAN !
This is our land.



P/S Politician. Think twice before you act.


July 11, 2011

Lucu Mengenang Nasib Politik Melayu


Dalam konteks politik, Crow sendiri muda dan kurang fahaman tentang garis panduan perjuangan politik. Sememangnya, menjadi pengikut sesuatu kumpulan adalah lebih mudah daripada mempelajari dan memahami ilmu politik. Asasnya, politik itu adalah hal penting yang menjamin hala tuju kehidupan kita pada hari ini. Namun, tiada penekanan ilmu politik yang asas kepada rakyat bagi seluruh masyarakat memahami. Yang biasa kita dengar, adalah dari cakap-cakap rakyat kebanyakan. Fakta dan auta jadi kekeliruan.

Kalau kite toleh semula pada hari belakang. Sejarah barangkali. Sekitar tahun 1997 adalah permulaan yang merancakkan aksi politik kita pada hari ini. Lucu bila di kenang. Lagat orang kita. 

Dulu, ada dua. Mereka seperti pasangan utuh yang memerintah laksana panglima Melayu Si Tuah Dan Si Jebat. Yang sudah bersemadi di hati rakyat, tentang kebijaksanaan melaksana tanggungjawab pada tanah air. Mereka ini adalah Tun Dr. Mahathir dan Dato' Sri Anwar. 

Seperti cerita lagenda. Yang kedua tumpas di tangan pertama. koh3.. Mari kita flashback apakah tuduhan yang di lempar terhadap kedua-dua pejuang bangsa ini.

Tun Dr. Mahathir 
- Sepanjang perjalanan beliau memerintah dalam kerajaan, beliau di anggap sebagai pemerintah paling di hormati dan berjaya. Sesetengahnya pula mendakwa korupsi, kronisme, nepotisma adalah sebahagian cara bagi memastikan takhta beliau sentiasa kukuh sehingga waktu pencen.

Dato' Sri Anwar
- Beliau adalah pejuang yang sentiasa di hormati kerana sentiasa mempunyai sikap untuk memperbaharui sistem pemerintahan kepada satu lonjakan baru yang lebih telus dan adil. Beliau juga adalah pejuang mahir dalam selok belok ekonomi semasa. Sesetengah mendakwa beliau adalah pemerintah yang berasaskan agenda sendiri. Kejatuhan beliau bermula selepas di pecat sebagi timbalan perdana menteri dengan berasaskan tuduhan rasuah dan liwat. Selain itu beliau juga di tuduh sebagai bercanggah pendapat dengan Perdana Menteri ketika itu tentang usul dana International Monetary Fund (IMF).


You! Yes, you la. You better watch out ha! keh3..

Well, sejak dari hari tu sampai la hari ni dua pihak bercanggah. Yang paling drastik dapat kite lihat adalah perpecahan sokongan dari orang Melayu. Pergaduhan berasaskan politik kini adalah perkara biasa. Isu penjuangan politik Islam pula Crow masih tak nampak di mana asas dan kemampuannya.

Yang crow jelas tentang agenda politik kini adalah seperti Ali, Muthu dan Ah Seng diikat dengan kata "1". Ali dan Abu pula menjadi "2". Kasihan.

Oh lupa. Sebetulnya adalah Ali, Abu dan Minah. Kita menjadi '3'. Lihat saja, ramai lelaki dan wanita berpisah mahupun bercerai kerana politik Melayu ini sendiri. Demm..

Cuma apa yang Crow harapkan dalam perjuangan politik kini dapat mengembalikan zaman kegemilangan saudagar melayu kuno Melaka. Kembalikan ilmu ekonomi kepada Melayu seperti di waktu pengusaha, pemborong dan peruncit adalah kita. Bukan seperti sekarang yang kebanyakan menjadi tukang kebun hingga lah jawatan executive kepada kompeni entah siapa empunya. Adakah kita mahu anak cucu cicit kita terus menjadi buruh sedangkan mereka adalah pengusaha? Fikirkan semula agenda politik kini.


Notadahi : Jangan yang di kejar tak dapat, kelak yang di kendong berciciran. Revolusi itu perlu. 

-Salam-



July 8, 2011

Perasaan Serba Salah (Edisi Perangai Pelik)


Dalam entri kali ni, Crow nak kongsi cerita dengan korang tentang satu masalah yang mungkin boleh menimbulkan perasaan serba salah. Crow rasa korang pun penah mengalami perkara macam ni. Kebanyakan sikap manusia memang pelik. Kadang kala jika kita katakan ianya tidak bertimbang rasa, agak keterlaluan. Mungkin kerana sikap sesetengah kita yang merasakan hal-hal sebegini adalah hal yang remeh temeh. haha.. Jum kite tengak perkara-perkara pelik yang spontan orang lakukan dan boleh menimbulkan perasaan serba salah pada kita!



Perkara pertama : "Kentut"

Pernah tak korang duduk bersama dengan seseorang yang jenis selamber badak je kentut bersepah? kah3.. Kebiasaannya, orang lelaki yang duduk berkumpul pasti ada seoarang dua yang jenis kentut pakai lepas. Lebih-lebih lagi lelaki yang berusia 40 tahun keatas. Boleh kata dalam sejam, purata kentut adalah setiap 10 minit. koh3.. Ini mendatangkan perasaan serba salah pada yang lain. Mana tak nya. Nak ditegur, orang tua. Nak ditutup hidung seakan perli pula. Jadi terpaksalah ramai-ramai dok pakat hirup bau kentut tu sampai hilang baunya. keh3..

Pergh.. bau petai! wakaka..


Perkara kedua : "Zip seluar terbuka"

Hal kedua ni paling biasa berlaku. Kalau korang kerap naik LRT, pasti korang berpeluang menikmati zip seluar yang terbuka. Keh3.. Bukan pada lelaki je. Perempuan yang memakai seluar juga ada yang terlupa nak zip. Crow sendiri penah melihatnya. Perkara ni memang membuatkan kita jadi serba salah. Nak tegur segan. Tak nak tengok, tapi mata asik kearah zip tu je. Korang pun same kan? Koh3.. 


Perkara ketiga : "Air liur di mulut"

Pergh.. perkara ke 3 ni paling kotor dan menjijikkan. Biase kite tengok orang yang memberi ucapan atau sedang bercakap pasti ada sisa air liur di bahagian tepi mulut. Memang sangat meloyakan. Perkara ni membuatkan kite rasa serba salah. Nak tegur segan, tak tegur memang rase geli-geli nak tengok. haha.. Ok, sesiapa yang terbayang tentang air liur ni. Sila muntah sekarang! wakaka..

Banyak lagi perkara pelik, jijik dan kotor yang orang lakukan sama ada secara sengaja atau tidak. Dan perkara-perkara macam ni secara tak langsung akan membuatkan kita jadi serba salah. Al-maklumlah, masyarakat kite ni kan penyegan orangnya. Nak tegur susah, jadi buat-buat tak tahu je lah. hehehe..


Notadahi : Bukan semua lagat kita orang suka. koh3..



July 6, 2011

Wordless Wednesday (Love Lesson)



In love. Try not to change your style.
Love in freestyle.








-End-


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...