Bila sebut tentang 'Bodoh'. Jelik didengar tetapi enak disebut. Di mana-mana pun korang boleh dengar. Sesedap rasa je orang-orang menyebut "kau bodoh", "macam bodoh", "apsal bodoh sangat?" dan banyak lagi. Terbaru, didalam klip video Bersih 2.0 yang di pertontonkan kepada dunia juga ada memperlihatkan seorang polis Malaysia berteriak "Melayu ni semua Melayu bodoh". (besar kuasa bapak kau nak bodohkan melayu ek?) haha.. (Link)
Beberapa hari lepas, ade juga rakan-rakan blogger (Link) yang Crow terjah di huni dengan komen-komen yang agak keterlaluan. Berhujah dengan cara kasar untuk meluahkan pendapat sendiri. Bagi Crow, itu adalah sikap yang mempertontonkan kebodohan diri si penghujah. Jadi penggunaan "Bodoh" adalah amat sesuai untuk dilontarkan kepada mereka ini.
Dalam 2 perenggan di atas. Jika korang fahamkan betul-betul. Korang akan dapati bahawa ungkapan 'bodoh' bukanlah satu carutan. Tetapi mengungkap perkataan 'bodoh' adalah perlu bagi korang untuk memastikan tempat yang benar-benar sesuai.
Pepatah ada mengatakan kerana mulut badan binasa. Kadang kala, sesuatu yang kita ungkap boleh mendatangkan keburukan walau cuma satu perkataan. Memang bersuara itu adalah hak. Namun hak itu jika disalah guna, ia boleh membawa kebinasaan pada diri sendiri. Malah menggundang benci. Namun bukan hanya dari kata-kata. Perilaku dan sikap juga boleh mengambarkan tentang kebodohan seseorang.
Bodoh beruk kerana fitrahnya. Bodoh manusia kerana sikapnya. Fikirkan. Jikalau pun anda sudah sejak azali dilahirkan bodoh, namun beringatlah. Bukan semua sikap bodoh itu perlu di nyatakan kepada umum. Jelik tahu.
Notadahi : Orang yang bijak kerja swasta. Orang yang bodoh jadi polis. Mane tak kelam-kabut etika mereka. Koh3.. Well, lagi pun mereka kerja guna tenaga. Bukan akal. Faham-fahamlah.
-Tamat-
7 comments:
bodoh ? ape tu ? gula2 ek ?
^_________________________^
nak gulagula :lari
tu la kan.. kalo dah terbiasa nak sebut benda tu,, dah jadi takde pape lak. tapi kalau kena kat diri sendiri / orang lain dalam masa yg tak sesuai tu yg kerana mulut badan binasa tu.. :D
notadahi tu tak bley bla.. XD
selepas keluar sekolah menengah, aku tak lagi biasakan diri menyebut bodoh..
tapi, kadang kala, aku suka sebutnya kepada diri sendiri bila aku gagal melakukan sesuatu..
org yg ckp 'bodoh' kepada org lain ni die ingat die pandai la.. tp xsedar sbenarnya die sedang memperbodohkan diri dia kan..
BODOH.
Perkataan sensitip tuh. Jangan lerr sebut, tacing terus. :hoho xD
Allahuakbar...:)
sekali kite kate kat org bodoh, 10 kali malaikat duk doa kita jai bodoh...kan2??:)
teringat pulak alin,sejak dulu lagi musykilnye.masa kecik2 dulu kwn2 sume da pandai maki2 carut2 dgn mcm2 perkataan.mujur juga family alin tegas.jadi dari kecik memang xreti guna pkataan2 kasar.skarang je reti cket.boleh?hahah
Post a Comment