July 8, 2011

Perasaan Serba Salah (Edisi Perangai Pelik)


Dalam entri kali ni, Crow nak kongsi cerita dengan korang tentang satu masalah yang mungkin boleh menimbulkan perasaan serba salah. Crow rasa korang pun penah mengalami perkara macam ni. Kebanyakan sikap manusia memang pelik. Kadang kala jika kita katakan ianya tidak bertimbang rasa, agak keterlaluan. Mungkin kerana sikap sesetengah kita yang merasakan hal-hal sebegini adalah hal yang remeh temeh. haha.. Jum kite tengak perkara-perkara pelik yang spontan orang lakukan dan boleh menimbulkan perasaan serba salah pada kita!



Perkara pertama : "Kentut"

Pernah tak korang duduk bersama dengan seseorang yang jenis selamber badak je kentut bersepah? kah3.. Kebiasaannya, orang lelaki yang duduk berkumpul pasti ada seoarang dua yang jenis kentut pakai lepas. Lebih-lebih lagi lelaki yang berusia 40 tahun keatas. Boleh kata dalam sejam, purata kentut adalah setiap 10 minit. koh3.. Ini mendatangkan perasaan serba salah pada yang lain. Mana tak nya. Nak ditegur, orang tua. Nak ditutup hidung seakan perli pula. Jadi terpaksalah ramai-ramai dok pakat hirup bau kentut tu sampai hilang baunya. keh3..

Pergh.. bau petai! wakaka..


Perkara kedua : "Zip seluar terbuka"

Hal kedua ni paling biasa berlaku. Kalau korang kerap naik LRT, pasti korang berpeluang menikmati zip seluar yang terbuka. Keh3.. Bukan pada lelaki je. Perempuan yang memakai seluar juga ada yang terlupa nak zip. Crow sendiri penah melihatnya. Perkara ni memang membuatkan kita jadi serba salah. Nak tegur segan. Tak nak tengok, tapi mata asik kearah zip tu je. Korang pun same kan? Koh3.. 


Perkara ketiga : "Air liur di mulut"

Pergh.. perkara ke 3 ni paling kotor dan menjijikkan. Biase kite tengok orang yang memberi ucapan atau sedang bercakap pasti ada sisa air liur di bahagian tepi mulut. Memang sangat meloyakan. Perkara ni membuatkan kite rasa serba salah. Nak tegur segan, tak tegur memang rase geli-geli nak tengok. haha.. Ok, sesiapa yang terbayang tentang air liur ni. Sila muntah sekarang! wakaka..

Banyak lagi perkara pelik, jijik dan kotor yang orang lakukan sama ada secara sengaja atau tidak. Dan perkara-perkara macam ni secara tak langsung akan membuatkan kita jadi serba salah. Al-maklumlah, masyarakat kite ni kan penyegan orangnya. Nak tegur susah, jadi buat-buat tak tahu je lah. hehehe..


Notadahi : Bukan semua lagat kita orang suka. koh3..



10 comments:

si macho said...

ta paham -______________-

istana biru said...

hahha..betul tu... kadang2 kita nampak tahi mata kat mata dia.. nak tegur segan.. tapi x tegur rasa macam x bleh plak pandang mata dia.. x pandang terasa plak nanti hehheh...

kalo nampak tahi hidung plak sama gak.. hahahhha..

selalunya saya wat signal je..huhuhu... kentut??? kalo rapt bedai...sound sudah..hahaha..klo x rapt... tunduk n senyum..phm2 la sendiri..huhuhu

Siti Safiyyah said...

ada kawan ss jenis tegur direct ja kalau dia nampak ketidaknormalan berlaku kat sekeliling dia. hoho

vampire's lovex said...

hahahah part zip seluar tu memang segan nk betol,tp asyik nk ter-usha..

wahhha

faiz said...

kalo member berani la aku tegur..

diana said...

semua tu lelaki yang kerap terjadi..
yang bawah sekali tu mcm pernah tengok je terjadi kat pak menteri yang berdebat dgn anwar ibrahim dulu.tak nak sebut la namanya kang kena saman..
heheheh..

Azlan Hasan said...

yang bab LRT tu aku pernah nampak si mamat nie tak zip..terbuka luas plak tu..nak tegur dia tengah tido..hehehe

Regards,
-Strider-

Fariq said...

mane ko dpt gmbr tu ha/... wakakakakaka... tergelak aku tgk sambil baca.. :p

ceit.. ko sorg je tgk amoi punye zip terbukak.. aku biasa naik LRT ngadap luar je sambil bukak tingkap hirup udara segar.. keh3

harap ade la yg caya.. :D

aleen aiden said...

ha3,pkataan kentut bersepah tu klakar....hadess..

wath said...

crow, bos sy camtu. klau bercakap je mesti ade yg no3 tu. tak sanggup nk tengok >,< tapi ngah becakap ngan bos, kene hadap gak. wahhhhhhhh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...