June 15, 2011

Text Blogger Setajam Pisau (Edisi Blogger)


Kak Diana. Rajin memberi semangat kepada blogger baru. Fariqscorpio. Baik hati untuk membantu dalam memberi jawapan tentang persoalan di dunia blog. Jejaka Terhangat. Suka memberi teguran membina tentang proses blogging dengan cara lebih efektif. The Crow. Tetap hensem.. koh3..

Anda pula bagaimana?

Apakah sumbangan kita pada orang lain? Adakah kita merasa dunia ini tidak perlukan mereka yang lain? Atau masih persoalkan seperti anak kecil "Tolong orang? Apa yang aku dapat?".

Jika kita berada di atas. Jangan lupakan mereka di bawah. Ini perkara asas yang kita perlu tahu apabila duduk di sesebuah tempat. Kita manusia. Punya pusingan menangnya. Tidak akan kalah sampai bila-bila. Walau apa yang kita lakukan, saling bantu membantu itu adalah perkara kecil yang boleh menghasilkan sesuatu yang sangat besar kelak. Bukan janji. Tapi pasti. Insyaallah..

Crow pernah menegur seseorang. Beliau jawab "Ini cara aku". Jawapan seperti anak kecil. Jadi, aku balas juga seperti anak kecil. "Jika itu 'cara' engkau, aku punya hak untuk menegur. Adakah engkau mahu mempersoalkan hak aku?".

Dunia blogging, di sinilah tempat kita isukan perkara. Di sinilah tempat berkata-kata juga mendengar dan berfikir. Anonymous, penggodam blog atau sesiapa, cubalah lisankan dengan nyata. Dan di akhir publish tidak kira entri atau komen. Sisiplah dengan hormat. Ini adalah perbuatan paling ringkas dalam dunia. Aku ulangi. Perbuatan paling ringkas dalam dunia.. iaitu Menghormati..

Kesimpulannya, walau apa cara dan tujuan kita berblog. Berdampinglah dengan sikap hormat dan saling bantu membantu. Dunia blogging ini ramai. Bukanlah tempat untuk diperlihatkan kesemua perangai.


So? Anjing juga tahu menghormati. Fikirkan.
(^____^) 


Notadahi : Phew~ entri pendek adalah cabaran paling besar. koh3..




19 comments:

Fariq Jalil said...

tak layak rasanya dilistkan kat atas tu dgn baik hati sebab membantu, ramai lagi yg rajin membantu dan besar sumbangannya..

ada post yg aku buat Cuba Untuk Belajar Sendiri tu, rmai yang mempertikaikan dan menyalah ertikannya.. rasa kecewa gak, sebab post tu sbnrnya nak bantu diorang jugak supaya lebih berdikari dengan kaki sendiri,

ade sampai yang buat post org kedekut ilmu la bagai, walaupon tak dinyatakan, hati yg kecil ni pun mula terasa juga. tapi pernah ke org terfikir, dalam sebulan berapa byk soalan yang dikatakan kedekut itu menjawab pertanyaan orang..

malas nak perbesarkan hal ni.. cukup la sekadar menjadi persoalan orang..

Unknown said...

oh!!terharunya..
akak tak banyak membantu pun sebenarnya..

selalu jugak niat kita disalah tafsir..
"nak tunjuk pandai la tu.."
akak tak pandai..
ilmu pun sikit saja..
tapi yang sikit tu bukan semua orang ada..
ramai orang tak ada ilmu "tolong menolong"
jujur la akak akui akak tak de ilmu komputer macam fariq,mcm kamu..tapi bila akak belajar dari kamu semua,tak salah pun ilmu dari kamu semua tu akak kongsi untuk bantu blogger lain..

faiz said...

ntahla...aku pon terpikir camner aku nak buat sesuatu yg membantu org lain dlm blog aku..

Anonymous said...

takde benda utk disumbangkan... T^T

feeza macho said...

anjing ??


ta penah ckp dgn anjing ta tahu lah plak dye tau hormat .

tp tgk anjing kalau org halau pon paham bahasa kan ??

pandai jugak anjing tu ek ? :ragu

witLURVE said...

maksud anjing hormat tu, mean bila anjing tu terlatih dan dgr cakap tuan dia. hormat tuan dia.. mcm tu ek..??

:apa??

The Crow said...

@Fariq

oh pasal entri tu. biarkanlah. Bukti ade di sini. Crow kalau tak faham cari siapa? Fariq kan?

Kadang2, anjing bila di ajar duduk dia faham. Manusia pula faham tapi selalu merumitkan fahaman. Biarkan. Janji crow senang dengan cara fariq. Tq atas apa2 ilmu yg fariq ajar.

(^____^)

The Crow said...

@diana

Tengok je perubahan blog crow. Semua atas teguran kak diana. lagu, gadget2 pelik. semua dah di buang. dan kak diana tepat. Blog sy lebih matang. TQ!!

(^____^)

The Crow said...

@si macho

Feeza dah makan? tehehe..

(^_____^)

The Crow said...

@witLURVE

Agak2 witlurve. mane lagi senang? ajar ajing hormat manusia. atau ajar manusia hormat manusia?

(^_____^)

Mss Ieza said...

:angguk :ragu pe yg tlh d sumbagkn pd blog :ragu

Fariq Jalil said...

@The Crow

amboi rangkap pertama tu cam geli lak baca.. XD

adeh sape lak dtg umah ni..

ok sambung balik..

papepon thnx juga kat sesapa yg masih phm n terima cara yg kwn nak sampaikan tu..

bak kata siapa tah... lupe lak entri sape.. 1 benda yg disalahphmkan, abes semua benda yg lain dilupekan.. lebih kurg camtu la bunyinya..

btw.. aku ok je.. kalo mcm tak terdetik tadi masa baca entri ni tadi tak keluar agaknya semua komen2 ni..

kehkehkeh

Solihin Zubir said...

yaaa... kita umpama 1 family..
kena saling bantu membantu..
bantu ni ada byk cara..
menyebarkan ilmu di blog juga membantu menambahkan ilmu pembaca.. heheh..

Mr.Kerro said...

knapa Anon melekat kat situ tu hehehe

Siti Safiyyah said...

hormat itu perlu.

tapi bagaimana pula kalau kita hormat dia tapi dia tak hormat kita?

kita cakap taknak, dia tetap suruh kita nak jugak.

patut ke 'dia' dihormati?

eh tetiba komen macam serius pulak. hehe :p

The Crow said...

@Siti Safiyyah

Bila kita menghormati. Perlu ke kita mengharapkan hormat dari orang lain?

Rasulullah selalu hormat pada semua. Walau di baling najis sekali pun. Dan akhirnya beliau di hormati oleh ramai manusia. Sekecil hormat yang kita bagi. Insyaallah.. besar balasannya kelak.

kita cakap taknak, dia tetap suruh kita nak jugak : Hormati lah ape yang dia nak. tapi tidak memberi apa yang dia nak. Kalau dia tak faham2 juga. hormatilah. Bukan semua manusia mudah memahami.

(^_____^)

Unknown said...

crow mmg nsem selalu~

tibe2. nampak sangat nk bodek. haha

haah. wath pn sgt ske baca blog2 yg banyak info mcm blog2 yg disebutkn di atas :)

Aleen Aiden said...

aleen aiden?mane sumbangan aleen aiden?
aleen aiden comel bukan?kah3 :P

A retarded kitty said...

den takde contribute apa2 la.
oh,sedihnya!*sounds pathetic

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...