June 17, 2011

Suara Rakyat (Edisi Blogger)


Apabila bercakap. Getaran yang di keluarkan dari mulut terus ke telinga si pendengar. Pernah tak korang rase mendengar ini adalah merbahaya? Ini kerana, telinga selaku corong input adalah tidak mempunyai tapisan. Yang menapis adalah akal. Adakah akal kita cukup baik untuk menapis input yang negatif?

Setiap hari kita bertemu dengan seseorang. Berbual dan mendengar adalah menjadi fitrah seharian. Dalam sehari, berapa kali kita mendengar suara-suara yang tidak baik? Mencarut. Memaki hamun. Fitnah dan Umpat.

Walhal kita hanya mendengar dan tidak mengungkap kata kesat, namun otak kita tetap menyerap perkara negatif yang di sampaikan. Kesannya, apabila marah "babi". Apabila sakit hati "F**k". Apabila kecewa "Hack". eh? koh3..

Perilaku kita seharian adalah di sebabkan oleh terapan input dari luar. Sama ada positif mahupun negatif. Sebahagian dari rohani kita sangat dahagakan input yang positif. Alasannya seperti apabila kita merasa resah, tidak sedap hati atau inginkan tempat yang harmoni adalah ungkapan bahawa kita sedang dahagakan sesuatu input yang positif.

Islam memperkenalkan pelbagai teknik. Bersolat sebagai contoh. Di beri 5 ruang waktu yang wajib di lakukan adalah untuk membilas input negatif yang hadir setiap hari. Zikir dan selawat juga adalah cara mudah untuk kita mengisi suatu yang positif ke dalam rohani. Tak perlulah clubbing, togak arak atau stim2 dengan perempuan. erk? koh3.. Perkara ini hanya kelihatan menyenangkan pada dasar namun menghasilkan input negatif dalaman.

Jadi, dengarkan suara ini. Semoga dapat dijadikan input yang baik untuk hari ini :




Don't talk. I'm not listening. Coz, i'm wearing an iPod. koh3..



Notadahi : Tak kira pemimpin, blogger atau sesiapa.
Berbicaralah serendah nada. Kerana mata yang membaca, 
telinga yang mendengar mahukan input yang baik belaka..
Kita ini dahagakan positif. Hormatilah diri kita.

-Tamat-



12 comments:

Fariq Jalil said...

lagu pe tu?? nak load pon tak boleh.. koh3..

betul la kan... byk input negatif yg kita dpt setiap hari.. cube kena pandai cari cara nak bersihkan input2 tu.. n cara sebaiknya mcm yg dh dinyatakan kat atas..

btw.. quote tu tak bley bla.. perli ke ape.. hahahaha

miss ct said...

Assalamualaikum tc...
setajam2 pisau, lebih tajam adalah kata2 kita.. semoga apa yg dickp, memberi manfaat dan tidak mengguris perasaan org lain =)

faten. said...

kata ibarat pedang yg tajam yg bisa mmbunuh lawan, kata2 berhikmah mnyedarkn kita..heee

faiz said...

btol bicarala dgn sopan..baru orang respect..

Ayane said...

lagi seorang yang terlalu jujur..hahaha!

Unknown said...

cemana pulak kalau langsung tak de input..baik atau buruk..tak de..
hehehh..lagi baik kot rasanya..
hahha

A retarded kitty said...

bersederhanalah dalam bersuara.

MissNadia said...

Tak ramai yang boleh berbicara dengan sopan sekarang ni.N tak amalkan perkataan2 kesat but sometimes when i hear from someone else i attempt to use it. but still bley bertahan dan beringat mana yang baik dan buruk.. cabaran dunia..

sangpemimpi said...

tu lah dia..hari umpat org..dh niat tak nak berckp pun akan terckp jgk..kdng tak dengar umpatan n cacian terpaksa dengar jugak..hopefully otak sy tak serap la apa2 yg (-) tu

Unknown said...

ye..sgt dahagakn perkara +ve. diri sndri da tau -ve, selalu gak cube utk +ve. tapi bile asyik di asak ngan bende -ve, mmg terase kesan gak..leh rasa diri jd -ve.

skrg ni ngah proses berubah lagi..caranye, selalu bersama ngan org2 positif. kata2 diorg pn sllu positif je. leh basuh otk sy yg -ve ni. hehe.

sbb org2 yg +ve ni sllu bwk sy berfikir kearah +ve :)

Raden said...

najib leh bw tau skrg. bek anda berhati2

Azlan Strider said...

yang diam itu lebih berbahaya dari yang bising..hehehe..

Regards,
-Strider-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...