July 22, 2012

Imam muda


Assalamualaikum,

Alhamdulillah kita masih bernafas dan dapat melalui hari pertama ibadah puasa. Bagi lelaki, berpuasa bukan sekadar fardhu. Malah disebalik puasa ini perlu dititik beratkan hukum dan kaedah berpuasa dengan betul. Ini kerana jika di izin oleh Allah kelak. Maka berguna ilmu berpuasa ini untuk disampaikan kepada si anak, isteri dan orang lain.

Kali ni crow nak cerita secara santai tentang lelaki yang bakal menjadi pemimpin. Pemimpin untuk diri, isteri, anak-anak, adik beradik dan kawan-kawan. Well, seorang lelaki tidak perlu menjadi 'lelaki' dalam erti kata lain menjadi seorang yang tampak kelakiannya seperti segak, tampan, maskulin dan badan berketul-ketul. kikiki. Tetapi lelaki perlu memperkuatkan daya mencari ilmu agama, mencari nafkah zahir, menyumbang kudrat dan hasil usaha dalam masyarakat, dan menjadi penyumbang ilmu kepada orang lain.




Bunyi macam "poyo" kan? haha.. Ya, poyo ketika masih hidup dan mewah dengan keduniaan. Akhir nanti bila nafas sudah di hujung kerongkong baru kita sedar apa yang kita lakukan selama ini sia-sia. Manusia am nya selalu begitu. Bila sudah hujung-hujung baru timbul kesedaran. Ada pula yang sudah timbul kesedaran awal namun hati mudah berbolak-balik. Jadi point-nya, apakah yang perlu kita kerjakan dalam hidup khususnya sebagai seorang lelaki? Mari fikirkan bersama..

Perempuan mana yang tidak tersentuh hati melihat lelaki yang kelihatan teguh imannya? Benarkah? Benarkah perempuan itu mentafsir ciri lelaki idaman dengan melihat perwatakan seorang lelaki yang berbaur agama? Benarkah jika seorang lelaki hodoh yang berkopiah dan 5 waktunya menghuni rumah-rumah Allah itu adalah ciri yang di cari wanita?

Adapun nafsu itu besar kemahuan dan hasratnya. Tidaklah yang buruk dan tiada cantik dimata dapat menarik perhatian nafsu-nafsu. Jadi fikirkan semula. Adakah kerana rupa dan perwatakannya atau sebenar-benar  ilmu agama yang didambakan oleh perempuan untuk lelaki itu dijadikan pembimbing? Dan benar.. Perempuan juga berhak mencari lelaki yang baik rupa parasnya. Tetapi didalam isu agama, mencari lelaki yang soleh itu dituntut. Namun carilah dengan nilai akal bukan dengan nafsu. Bukan semua lelaki bermula dengan kesolehan. Bukan semua lelaki berakhir dengan kesesatan. Yang membimbing itu tetap lelaki. Jika benar mahukan lelaki untuk dijadikan pembimbing, raikanlah bersama. Meniti ilmu dan kefahaman agama bersama. Menyokong usaha menegakkan agama bersama. Bukan bermurah hati mendabik kealiman lelaki kerana mengidamkan bimbingan yang soleh. Ingatlah, tiada jalan short-cut untuk ke syurga. 

Menjadi lelaki, perlu teguh hatinya. Seperti ramadhan ini yang Allah berikan untuk menguji kesabaran serta tanggungjawab lelaki islam sedunia. Di dalamnya, ada lelaki. Ya rasulullah menjadi penyampai keterangan berpuasa kepada semua. Di teruskan oleh lelaki-lelaki yang memperjuangkan haq sunnah tentang kewajiban berpuasa. Maka jika kita lelaki gagal dalam menyelesaikan tanggungjawab ini, terhanyutlah si ibu dan anak. Ternoda si perempuan dan kembali seperti sebelumnya. Seperti waktu-waktu jahiliyah.. Yang tidak berpuasa, lantas menurut hawa nafsu dan batilnya.  



Notadahi : Lelaki atau perempuan, masing-masing ada tanggungjawab
 yang perlu diuruskan didunia. Bukan mencari lelaki atau perempuan untuk memikul tanggungjawab kita. Lelaki memikul tanggungjawab membimbing. Perempuan membantu lelaki melaksanakan tanggungjawab. Kan suwit? kikiki..


-tamat-







July 18, 2012

Nafas Ramadhan



Assalamualaikum. 

Lama tak update blog. Yup. Mostly. Sikap blogger memang macam ni. Bikin blog cantik-cantik. Selang setahun bersawang. koh3.. Tapi takpalah. Blogging ni sebenarnya hobi. Mengisi entri cuma pada waktu kelapangan dan ada idea baru kan? haha. Ok skip. So kali ni Crow cuma nak share sedikit cerita tentang Ramadhan. Dengarnya, tahun ni tarikh melihat anak bulan jatuh pada 19 Julai 2012. Maknanya, sudah dekat untuk kita yang masih hidup ini melalui sekali lagi bulan yang penuh  barakah iaitu bulan ramadhan untuk tahun ini. InsyaAllah..

Asasnya, apa yang kita tahu pada bulan ramadhan adalah bulan wajib bagi umat islam berpuasa seperti yang disyariatkan. Well, puasa memang sinonim bagi manusia. Tak kira ape jenis kepercayaan, masing-masing ada cara dan pemahaman berpuasa mengikut kepercayaan agama sendiri. Cuma islam mengetengahkan cara berpuasa yang menuntut kelebihan dalam mengawal sifat dan sikap negatif bagi rohani dan jasmani. Crow tak mahu cerita pasal hukum dan cara berpuasa dengan betul. Korang yang masih belum faham sepenuhnya tentang puasa bolehlah rujuk pada kawan-kawan, google, ustaz/ustazah terdekat. 

Bulan ramadhan yang bakal tiba kali ni mendatangkan harapan kepada sesetengah dari kita. Mengumpul pahala sebanyak mungkin. Melakukan amal ibadah sebaik mungkin. Dengan harapan, ramadhan kali ini lebih bermakna. Kalau nak difikirkan, apa erti ramadhan jika tidak ada pahala disebaliknya? 

Masa dulu, sejak kecil aku cuma tahu berpuasa. Jangan makan lepas subuh. Boleh makan lepas maghrib. Ajak kawan pergi terawih. Lepas terawih, main mercun. Noktah. Maka diulang-ulang hal ini sehingga dewasa. Fadhilat puasa itu sendiri lansung aku tak mengerti. Dan untuk kefahaman semua, apabila kita melakukan sesuatu hal atas 'suruhan' tanpa kita teliti apa erti disebalik 'suruhan' itu. Maka pasti akan timbul perasaan muak, malas dan jenuh untuk diteruskan 'suruhan' itu. Benarkan?




Yang dewasa itu pandai-pandailah mencari pengertian sebenar berpuasa. Cuma bagi remaja dan kanak-kanak. Ibubapa sangat penting bagi memainkan peranan mereka mengetengahkan fadhilat puasa secara jelas supaya anak-anak tidak jahil berpuasa secara melulu dan kosong. Cuba korang pergi ke padang atau tempat yang ada anak muda sekitar 15 - 17 tahun. Tanyakan, mengapa mereka berpuasa dan apa yang mereka dapat dengan berpuasa. Crow yakin, terlalu ramai diantara mereka yang masih ternganga dengan pengertian berpuasa. Kenapa mereka begitu? Kerana ibubapa. Ibubapa yang kurang bijak dan kurang peka dalam isu kepentingan asas-asas agama. Jelas. Noktah.

Jadi, aku juga ada sedikit kebimbangan dalam hati. Aku masih muda, masih belum bernikah. Masih belum dianugerah oleh Allah, anak-anak yang perlu dididik. Andai suatu hari aku telah berkeluarga dan duduk didalam sebuah perahu. Jika aku tidak pandai mendayung. Maka terhanyut entah kemana. Akan karamlah aku sekeluarga. Mati. Sekelip mata. Jadi, menuntut ilmu agama itu perlu didahulukan oleh diri sendiri, kerana kita bakal menjadi pendidik dan melahirkan generasi seterusnya. 

Tahniah kepada anak muda yang pandai dan bersungguh mendalami hal agama. Dan kepada kawan-kawan yang seperti aku diluar sana. Allah masih beri umur untuk kita pelajari dan memdalami agama ini. Semoga kita menjadi guru dan pembimbing kepada insan lain suatu hari nanti. InsyaAllah.. Ilmu agama bukan untuk didebat. Tentang ilmu siapa lebih hebat? Tapi ilmu agama adalah untuk di kongsikan dan membimbing para saudara juga sahabat supaya tidak tersesat. Aku suka, bila ada seorang budak datang ke meja makan di warung-warung. Bukan meminta derma. Tetapi memberi 10 minit ucapan berunsur ilmu agama secara percuma. Semoga Allah memberkati mereka dan memanjangkan pahala ilmu yang mereka sampaikan. Amin ya rabb..



Al-fatihah buat arwah ayah kepada tunang adik perempuan crow yang baru pulang ke rahmatullah minggu lepas. Semoga beliau dicucuri rahmat oleh Allah swt dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.



Notadahi : 
Selagi masih ada nafas ini. Crow nak ucapkan, selamat menjalani ibadah puasa
di bulan ramadhan al-mubarak yang mulia nanti. InsyaAllah.. 
Kalau korang solat tu doa-doakan crow berjaya puasa penuh lagi tahun ni ye. hehe..



Download Jadual Waktu Imsak dan Berbuka
Klik Link Ini )



-Tamat-










LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...