October 18, 2011

Makhluk Kejam Bernama Manusia Ibni Dajjal


Korang ingat lagi tak, suatu masa dulu ketika video-video '3GP' sedang 'TOP' dan memenuhi ruang memori kad korang dalam Handphone tu? Koh3.. Waktu tu, memang banyak video yang kejam dan tak berperikemanusian tersimpan dalam handphone. Antaranya seperti video tentang puak Taliban memotong kepala wartawan, aksi tragis kemalangan awek naik moto sehingga putus kaki dan banyak lagi lah.. Perghh.. Semuanya aksi tragisss, kejam dan mengerikan..

Semalam Crow terbaca entri kawan kita ni. Entri dia ada mempertontonkan satu video yang cukup membuktikan kekejaman kita yang bergelar 'manusia'. Kalau korang nak tonton atau nak tahu lebih lanjut, bolehlah ke blog beliau di SINI.




*Snapshoot video tersebut



Dah tonton? Kejam kan? Crow rase pertempuran perang diantara dua negara pun tak setanding kekejaman manusia yang hanya lalu lalang dalam video tu. Anak kecil tergelimpang hampir separuh mati akibat di gelek sebanyak 2 kali dengan kenderaan berkeberatan hampir 1 tan. Orang-orang dewasa hanya lalu dan melihat? Ahh.. Bangsat!!!  Banyak lagi video kat youtube ada memperlihatkan aksi kekejaman manusia yang jijik, bodoh, jahil dan bangsat!

Kejam.. Amat kejam.. Kenapa? Kenapa sebegitu kejam? Apa yang telah dipupuk dalam minda dan hati mereka sehingga hilang fitrah  dan rasa kasih mengasihi dalam jiwa???

Memang benarlah.. memberi minum pada anjing itu lebih mulia dari hanya berdiri dikalangan mereka yang tiada berperikemanusiaan..



Notadahi : Allah s.w.t telah menyingkirkan fitrah kasih dalam jiwa mereka 
seperti mana mereka menjahui jalan kebenaran dan tidak beriman kepadaNya. :(








October 9, 2011

Jom Join Bloglist Reynn Gendut!



Cool kan tajuk entri ni?  




Klik banner untuk tahu!



Crow pun tak faham kenape la Crow boleh terjoin bloglist Reynn ni. Wakaka.. 
Tapi takpe lah. Untuk pengetahuan semua, Reynn ni memang cool orangnye. 
Tengok je la banner die tu. 
Cool kan? hoho.. 
Eh jap! Cool ke 'Sengal' ?? Bhahahaha... 




Kalau korang pun berminat nak join, boleh la klik banner atas tu untuk ke page beliau. 
Jom la join! Jangan malu-malu. Budak kecik cakap, kalau malu pegi dok hulu. 





Sorry Reynn.. Jangan ambil hati dengan entri ni k.
Crow gurau je. Budak kecik cakap, kalau tak boleh bergurau pegi dok surau.
Bhahahaha..






-Segmen Join Bloglist-







September 30, 2011

Perjalanan Hidup Bukan Ukuran Keimanan


Suatu masa dahulu, ada seorang anak lelaki yang di besarkan di Kuala Lumpur. Beliau ini bukanlah tidak pernah mendapat pendidikan agama. Malah beliau adalah diantara pelajar terbaik di sekolah agama sewaktu diperingkat darjah dahulu. Beliau memegang jawatan pengawas sejak dari umur 9 tahun di sekolah kebangsaan mahupun di sekolah agama rendah. Boleh dikatakan bagus budaknya. :)

Suatu hari, sekitar umur 13 tahun. Beliau masih mempertahankan persepsi diri yang baik. Berbekalkan ilmu dan amalan yang di pelajari, beliau telah mengikuti golongan orang-orang yang berdakwah sehingga umur 14 tahun. Andai kata beliau dibela dan dijaga sepenuhnya. Mungkin masa depan budak itu dipenuhi dengan amal soleh yang mampu dimanfaatkan kepada umum.


Perintahlah anakmu.. Mengerjakan solat..


Namun sesuatu telah berlaku. Budak itu meningkat usia remajanya. Sekitar umur 15 tahun, asas dipengaruhi rakan-rakan. Gejala sosial itu pemeluk dada. Sikapnya mula berubah sikit demi sedikit. Merokok adalah perkara biasa. Arak dan dadah sampingan yang mesra. Solat dan ilmu agama sudah menjadi perkara yang melecehkan. Hal pelajaran tidak diendahkan. Jawatan penolong ketua pengawas dilucutkan dengan rasa bangga dihadapan kawan. Hakikat itu diteruskan sehingga menjelang tamatnya sesi persekolahan untuk seumur hidup.

Apabila mencecah umur 18 tahun. Aksinya semakin lantang. Bertindik itu adalah rasmi. Berpakaian adalah di inspirasi dari barat. Mabuk dan Muzik menjadi matlamat hidup seharian. Anak muda yang telah terbenteng imannya. Maka tamat remaja dalam keadaan yang suram dan menyedihkan.

Mesti korang pernah mengalami perkara seperti ini kan? Mesti pernah melalui suatu saat yang sukar dalam hidup. Sukar ini bererti jauh dari persimpangan jalan kebenaran. Hari ini, jika diberi pilihan. Siapa yang tidak mahu berpatah balik dan cuba mengubah segala yang telah terjadi di masa silam.



Ini sahabat aku. Anak dah dua ni. Wakaka. :P


Hakikatnya, kita diberikan hidup ini dalam beberapa peringkat. Kita tidak akan merasakan pengajaran hidup yang sama. Tidak perlulah untuk menunding jari kepada sesiapa. Ibubapa, rakan, atau masyarakat masing-masing punya haluan cerita hidup yang tersendiri juga. 

Jika bukan hari ini engkau sujud dan bersolat. Mungkin esok. Setidak-tidaknya engkau akan disolatkan kelak selepas malaikat maut hadir menjemput. Apa yang penting, usah berbangga akan iman yang kau dabik di dada. Usah tinggikan ilmu agama untuk di pertonton semata-mata. Bimbinglah kami, asas-asas kecil dalam mempercayai hukum Allah s.w.t dan setidak-tidaknya menegur dan berpesan-pesanlah sesuatu ke jalan Allah..




Notadahi : Entri bosan. Kan? 
Cuma mahu di inspirasi kepada anak muda. :)








September 28, 2011

Do You Love? #WW



This kid?





Animal also love their kids






So.. think twice before you throw..





Notadahi : Animals have feelings to love. Humans have a mind to love :)








Teknik Membaca Entri Di Blog?


Betul ke bace entri pun ada teknik tertentu? Yes! haha.. Apa korang fikir bercinta je yang perlukan teknik? wakaka.. okeh merepek. Sebenarnya ini adalah dari pemerhatian crow sepanjang ber-blogging. Crow pun takde la lama sangat ber 'blog blog' ni. Tetapi Crow dah hampir 3,4 tahun melayari internet sambil berfoya-foya di blog orang lain. Koh3..

Setiap hari, ada sahaja blogger yang mem-'publish' entri hangat ke dalam blog mereka. Kita ambil contoh seperti entri hangat kes 'dialog lawak menghina islam' dalam adegan filem 'Hantu Bonceng'. Ramai pembace dan blogger berpusu-pusu untuk mengetahui kisah tersebut. Bila sudah faham akan kes tersebut, maka masing-masing mengolah cerita ke dalam blog mengikut konsep idea yang tersendiri.

Jika korang perhatikan betul-betul. Sesebuah cerita panas yang di update ke dalam blog, pertamanya apakah kesahihan atau fakta cerita itu benar-benar tepat? Kedua, adakah persoalan yang cuba ditimbulkan dalam sesebuah entri adalah persoalan yang wajar difikir oleh umum atau ianya sekadar persoalan bagi menghangatkan lagi cerita?






Jadi apabila korang membaca suatu "Hot" entri, ada beberapa perkara yang korang perlu pastikan. Ini adalah sebahagian cara bagi mengelakkan komen komen korang berbau seperti atas pagar, tidak sokong entri atas sebab amarah, atau menyokong entri atas sebab korang kurang mahir berfikir.

1- Apabila menghadapi entri 'panas', korang perlulah buang ego atau merendahkan diri.
- Tujuannya adalah untuk mempersiapkan minda bagi membolehkan korang berfikir dan memahami secara rasional.

2- Baca petikan entri itu secara lansung sebanyak 2 kali.
- Tujuannya untuk memastikan anda faham point-point yang cuba disampaikan oleh blogger.

3- Cari bahagian dari petikan yang korang rasa kurang faham, rujuk sumber dari google atau ulangi langkah 2.
- Tujuannya bagi mengelakkan timbulnya persoalan yang karut hasil dari ketidak fahaman korang.

4- Apabila entri ada meninggalkan persoalan untuk difikirkan bersama, elakkan membaca pendapat atau komen dari orang lain terlebih dahulu.
- Tujuannya bagi mengelakkan anda meniru pendapat orang lain atau marah dengan pendapat orang lain seterusnya membuatkan komen anda bercampur baur dan tidak masuk akal.





Tak banyak yang crow dapat kongsikan. Nanti korang bosan pulak nak bace. Koh3.. Well, Crow menulis perkara ini pun hanya untuk dijadikan renungan kepada diri Crow sendiri. Bagi Crow la.. Entri yang mantap, tapi kalau pengomen memberikan komen yang sambil lewa.. Seolah-olah kurang bermakna. Betul tak? Ok la. Thanks sebab sudi membaca. Nanti Crow terbang untuk cari idea entri yang 'best-best' buat santapan korang. keh3..




Notadahi : Yang penting entri kita ORI. Pembaca pasti tahu kalau kita meniru. 
Koh3.. :)







September 26, 2011

Public Fake Identity..


Sudah agak lama Crow membiarkan blog "The Crow Empire" ni bersawang.. Hari ini, Crow terdetik untuk update sesuatu. Tiada topik yang penting. Cuma mahu update satu cerita kecil, bagi melatih semangat untuk kembali blogging.. :)

Sama seperti facebook. Blog adalah suatu tempat yang memberi ruang kepada kita bagi menyampaikan sesuatu. Tak kisahlah, sama ada berunsur umum atau peribadi. Dan dalam jutaan cerita yang di 'entri' kan dalam blog, Crow yakin korang semua mesti mempunyai blog kesukaan yang tersendiri. Kan?

Masih ada beberapa blog yang Crow follow dikala Crow sendiri tidak aktif berblog. Haha.. Well.. Bace cerita dari blog orang lain memang seronok. Selalu membuatkan kita terfikir, bagaimana mereka mampu mempunyai begitu banyak idea untuk di olah kedalam blog mereka?






Dalam memasarkan entri dan nama blog. Ramai diantara kita mencipta pelbagai jenis identiti. Ibarat nama pena si penulis novel. Begitulah yang cuba diterapkan sebagai identiti termaktub kepada blog ciptaan sendiri. Ramai dikalangan blogger bersetuju untuk memilih "fake identity" sebagai penaung blog atas dasar terahsia.

Masih ingat tentang penulis "Fida Aishah" di dalam blog "adifstory". Beliau adalah seorang yang berjaya dalam menggunakan identiti rahsia bagi menghidupkan 'entri' beliau selama 2 tahun ini. Sehinggakan coretan cerita beliau seperti puisi, nurkilan kisah hidup dan alunan petikan gitar klasiknya mampu mewujudkan fantasi unik kepada setiap pembaca. Crow rasa beliau adalah seniman kecil yang agung..

Kini, tiada siapa yang tahu siapa sebenarnya "Fida Aishah". Walau Crow ada membaca beberapa kisah tentang pembocoran identiti beliau yang pelik-pelik. Tapi bagi Crow, penulis itu sangat berbakat.. :)

Sayangnya rasa.. Bila sesebuah blog yang sangat best untuk dibaca, lenyap begitu sahaja..

Jadi timbul persoalan. Adakah wajar bagi penulis blog untuk menggunakan suatu identiti palsu bagi menjayakan blognya.. Atau perlukah kita sebuk untuk membongkar identiti palsu blogger lain atas sebab iri hati dengan kejayaan blog mereka?



Notadahi : Rupanya blogger juga adalah si penjual ikan.. Haha.. :)


In Memory..


September 14, 2011

Handling Stress.. #WW



Take five,
And look around you.









There are too many of Allah unique creations to soothe which the soul

(^_________^)





August 29, 2011

Wish You Merdeka Raya!


Sehari sebelum takbir raya berkumandang.. Hujan lebat dan cuaca suram. Alam seolah-olah berkeadaan sedih untuk meninggalkan bulan Ramadhan Al-Mubarrak yang penuh keberkatan.. Dan manusia masing-masing bersiap sedia untuk menyambut raya.. Walau apa jua persiapan, bersederhanalah.. :)

Bagi crow, tahun ni seperti cepat masa berlalu. Puasa hadir terlalu awal dan pantas meninggalkan kita. Dan raya pula diselangi dengan sambutan kemerdekaan negara yang ke-54 tahun. Bila difikirkan kombinasi Merdeka Raya sangat menyentuh hati. Fikirkanlah.. Jika negara tidak pernah merdeka. Maka hari ini, raya juga pasti hilang rasa kegembiraannya.. 

Syukur Alhamdulillah.. Kita masih dirahmati oleh Allah s.w.t :)

Jauh disudut hati.. Crow nak minta ampun dan maaf kepada seluruh warga blogger. Terutamanya kepada Geng BCR! Jika ada salah silap, terlebih gurau dan tersalah kata harap dimaafi.. 0-0 k! Semoga gembira di Hari Raya! (^. ^)v




Salam EidulFitri Buat Semua!





August 6, 2011

Ketagihan Terpendam! (Edisi Bulan Ramadhan)

Alhamdulillah.. Sekali lagi Crow diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk melalui bulan yang penuh keberkatan ini. Ok, setiap kali kita melalui bulan Ramadhan pasti kita semua ada melakukan aktiviti yang berlainan dari bulan biasa. Kan? Tapi setiap kali umur meningkat, keadaan dulu dan sekarang dah banyak berubah.

Kalau dulu, masa kanak-kanak. Saat berbuka paling best. Minta mak abah belikan makanan ape yang kita suka. Sekarang ni kalau nak beli makanan, kene kira-kira duit poket sendiri dulu. haha.. Dulu, kalau pergi bazar Ramadhan, mesti cari gerai abang mercun. Sekarang ni, kalau nampak gerai abang mercun alamat takat cuci mata je la. koh3..

Sejak dari hari pertama puasa tahun ni, budak-budak kecil kat kawasan perumahan aku dah mula membakar mercun. Dengarnya, hujung minggu ni adik aku dan rakan-rakan ada buat 'Event Meriam Kabait' kat atas bukit bersebelahan Sungai Kelang. Kah3.. ah.. syok nye. Yes, aku mengaku. Aku memang ketagih main meriam kabait. wakaka... ^__^

Zaman sekarang, permainan ni masih dianggap bahaya. Masyarakat dan ibubapa yang prihatin sangat menegah permainan meriam kabait ini dimainkan oleh anak-anak mereka. Bagi aku, cara yang betul untuk bermain adalah perkara yang paling penting. Bukannya susah pun. Keh3.. Sape2 yang rase permainan ni merbahaya, aku rase korang tak penah cuba pun. koh3..



Wuhuuuuu!!! ^___^


-Salam Ramadhan-



August 3, 2011

Love,Hope,Pain and Sorrow (#WW)


Whatever it is..


Face it with smile (^___^)


Coz Allah knows best.. 
For you tomorrow.. 



-Usaha, Yakin dan Tawakal-



July 26, 2011

Segmen Ilmiah : JOM BERKONGSI HADIS SAMA-SAMA!!

Keliks banner untuk tahu. ^__^


Terima kasih kepada blogger Thesyafiqmokhtar sebab wujudkan idea best dalam segmen beliau. So, Crow nak kongsikan 2 buah terjemahan hadis Rasulullah s.a.w yang di riwayatkan oleh imam Al-bukhari dan Muslim :


1) Hadis pertama
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
Permudahkanlah semua urusan dan jangan menyusahkannya, berilah khabar gembira dan janganlah membuat sesuatu yang menyebabkan orang lain lari.”
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Bahagian akhlak & akidah.

Huraian ringkas :
Islam menuntut agar umatnya berdakwah ke jalan Allah dengan penuh hikmah dan bijaksana supaya ia boleh diterima dengan mudah dan rela. Namun, jangan sesekali di salah gunakan maksud 'mudah' dalam agama islam ini. Meski pun islam menawarkan panduan hidup yang mudah, kita wajib patuh kepada prinsip, tertib, rukun dan syariat.


2) Hadis kedua
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
Kemudian diriwayatkan daripada Anas r.a katanya :” Apabila Nabi SAW memberitahu sebuah pernyataan, baginda mengulanginya sampai tiga kali hingga orang ramai dapat memahami dan mengerti perkataannya dengan baik dan setiap kali nabi meminta izin untuk masuk (ke dalam rumah, ia mengetuk pintu) tiga kali dan mengucapkan salam.
(Riwayat Al-Bukhari)
Bahagian akhlak & akidah.


Huraian ringkas :
 Simbolik tiga kali dalam sesuatu perbuatan bergantung pada situasi dan tempat. Dalam melakukan sesuatu perkara ibadah seperti mengambil wudhu’, kita dikehendaki melakukan pada satu-satu rukun itu sebanyak tiga kali kerana ia adalah lebih baik bahkan termasuk dalam perkara sunat. Tetapi ada juga berlaku sekiranya sesuatu itu dilakukan lebih dari tiga kali akan mengundang mudarat dan keburukan atau jatuh pada peringkat batal contohnya jika bergerak dengan sengaja lebih dari tiga kali sewaktu dalam solat, solat dianggap batal. Kesimpulannya, Islam menekankan tentang kesederhanaan dan menegah perbuatan melampaui batas. Justeru bilangan 3 kali adalah jalan paling selamat. 


Crow berbesar hati untuk Tag Segmen ini kepada :
Nurulee



Notadahi : Kepada Diana J. I tahu u bace entri i. hehe.. So i told u already about rukun dalam islam. Simbolik 3 kali dalam perlakuan adalah rukun (konsep) sebenarnya. Rukun ini mengajar kita supaya tidak melebih-lebih atau sengaja dikurangkan yang kemudian boleh menimbulkan bidaah dalam agama. Dalam islam jangan hanya di fikirkan yang mudah, tetapi islam itu mengajar supaya kita sentiasa besederhana dalam apa jua perkara. Wallahualam..


Yang baik dari Allah swt dan yang buruk datang dari diri sendiri.
-Sekian-


July 25, 2011

Monday Love Story..


Dalam dunia, perkara yang paling besar adalah cinta. Perasaan cinta adalah suatu hal yang rumit namun disenangi oleh seluruh manusia. Cinta itu dalam ertinya. Cinta juga luas penggunaannya. Namun beringatlah, bahawa setiap satu dari hal dunia telah dijanjikan baik dan buruk. Pilihan bukan menjanjikan kebaikan, cara bukan menerbitkan keburukan.

Cinta sememangnya memerlukan pengorbanan. Luasnya erti pengorbanan ini. Sebagai contoh cinta akan agama, maka dikorbankan harta, masa dan nyawa. Jika benar anda mahu lakukan pengorbanan maka kembali kepada rangkap diatas. "Namun beringatlah, bahawa setiap satu dari hal dunia telah dijanjikan baik dan buruk."

Hari ini, crow percaya semua orang mahu memiliki cinta. Ini fitrah kita. Jika gila atau di lahir sebagai cacat akal sahaja tidak dianugerahkan dengan perasaan cinta oleh Allah swt. Namun, mereka tetap telah di janjikan dengan sesuatu di akhirat kelak.

Dalam hal cinta terhadap jenis berlainan jantina, crow juga pernah melaluinya. Setiap yang crow lalui, crow bersungguh-sungguh untuk mempelajari dan memahami mengapa dan bagaimana kesilapan boleh terjadi ketika kita mencintai sesorang. Jadi crow ingin kongsikan beberapa perkara yang perlu kita hindarkan apabila kita mencintai seseorang. Supaya kita sedar dan cuba menghindari dari menyakitkan hati serta perasaan orang lain.


Hindari prasangka buruk
- Apabila kita jatuh cinta atau sedang mencintai seseorang. Hindari dari membuat sangkaan buruk. Walaupun setiap yang dirasa oleh deria (Instinct) mensahihkan tentang sesuatu perkara namun berwaspadalah. Jangan sesekali menaruh prasangka kepada si dia. Prasangka buruk terhadap orang yang dicintai boleh menimbulkan rasa benci, meluat dan jelik yang mendalam.


Niat kerana kebaikan
- Cinta tidak semestinya memiliki. Yakinlah dalam hati, semuanya telah tertulis didalam takdir kita oleh Allah swt tentang jodoh dan pertemuan. Apabila kita mencintai si dia, maka berniatlah untuk melihat si dia bahagia. Walau bukan bersama anda.


Berikan waktu untuk cinta
- Bukan semua manusia mahu bercinta secara mengejut. Berikan waktu pada si dia. Bermula sebagai kawan adalah jalan yang terbaik untuk memberi ruang kepada kedua-dua pihak mengenali diantara satu sama lain. Hal ini sangat penting. Berikan masa kepada diri anda juga untuk menilai si dia sama ada sesuai atau tidak walaupun ketika itu hati anda sedang gopoh untuk memiliki cinta.


Jangan percaya pada bukan fakta
- Ada yang mengatakan, bila seseorang yang anda cintai hanya anggap anda sebagai kawan maka anda sudah gagal. Ingat, bukan anda yang menentu jodoh. Ia ketentuan Allah swt. Berusahalah. Insyaallah.. Jika usaha setimpal dengan tawakal. Maka tiada sebab untuk anda gagal. Perasaan manusia ini berubah-ubah. Dari merasakan hanya sebagai kawan juga boleh berubah kepada merasakan cinta. Cuma anda perlu sabar dalam usaha. :)




Notaddahi : Quotes dalam gambar atas ni lansung tak masuk akal. Koh3.. 
Kalau mahu si dia, usahalah! 
Jangan hanya melihat sahaja.
 Kemudian hati asyik menyalahkan takdir ketentuan Allah. 
Ah.. Nonsense.
Mari usaha dan tawakal. Insyaallah..



July 22, 2011

Ada Apa Dengan Dunia?


Selepas aku dilahirkan, aku di besarkan di sebuah rumah setinggan di Kuala Lumpur. Rumah yang ayah sewa itu banyak memberi kenangan. Di sana adalah tempat aku mula bertatih dan berlari. Kini rumah setinggan itu ranap di atas sebab kemajuan. Cuma tinggal beberapa buah rumah termasuklah rumah nenek yang masih setia teguh menahan arus pembanggunan.

Kemudian apabila aku mula menjejakkan kaki ke sekolah. Ayah telah membeli sebuah rumah batu yang terletak selang beberapa daerah dari Kuala Lumpur. Maka di situ aku dibesarkan sehingga alam remaja. Di tempat baru itulah menjadi tempat untuk aku nakal-nakal bersama kawan. Di situ tempat aku di rotan dan kejar oleh ibu. Dan di situ juga tempat aku mula mengenal tuhan.

Selang berbelas tahun kemudian. Kata orang langit tidak sentiasa cerah. Perniagaan bapa di tipu. Rumah hangus tergadai. Maka bermula kembali episod cerita lama. Sekeluarga berpindah dan menyewa di kampung entah siapa. Malang tiada berbau. Ayah pula ditimpa kecelakaan jalan raya. Nasib sahaja Izrail belum memanggil. Namun cukup membuat ayah sengsara kerana sembuhnya menjadikan dia si tempang tua.

Jika boleh diluah. Aku mahu kata. Aku sayang akan rumah kepunyaan ayah dahulu. Sangat sayang. Sehingga kini apabila aku menjejak kaki di sana, sayu hati melanda. Teringgat-ingat kenangan lalu. Ah... Biarkan. Takdir tuhan itu penentu. Aku sedar di sini bukan tempat aku lagi. Di sini juga bukan rumahku lagi. Kata-kata pemujuk hati.


Rumah Ayah & Ibu


Dalam liku hidup ini. Bukan semua perkara boleh kita kekalkan. Maruah, harta, keluarga dan kuasa. Semua ini pinjaman semata-mata. Dunia ini penyataan sahih. Penyataan bahawa yang kekal itu hanyalah Allah s.w.t. Biarpun kita sayang akan rumah kita, sayang akan keluarga kita tetapi sudah terfitrah bahawa dunia adalah sementara.

Kata Abang Bob "Rumah hanya rumah, perasaan sayang dalam hati. Jagalah perasaan itu baik-baik. Jangan dibiar ranap sebelum mati." haha.. Kau poyo la Bob... Tapi kau terbaik!



Notadahi : Aku sayang rumah ayah.. Biar aku berkubur di sini.



July 19, 2011

Luahan Masalah. Siapa Keutamaan Anda??


Crow selalu fikir ingin memfokuskan blog ini dengan cerita-cerita berkaitan kehidupan. Cerita yang boleh memberi renungan ringkas kepada semua. Kali ini, crow nak cerita tentang satu perkara yang sering kita terlepas pandang ketika kita di timpa suatu masalah.

Dalam menghadapi masalah, kita seringkali memerlukan bantuan dari orang lain. Setidaknya kita memerlukan seseorang untuk berkongsi masalah supaya beban yang dihadapi dapat dikurangkan dan diatasi. Persoalan yang timbul dalam fikiran Crow. Siapakah orang pertama yang korang akan cari apabila menghadapi suatu masalah? Adakah korang akan cari sahabat yang korang gelar Best Friend Forever, kekasih, adik beradik atau ibubapa?

Well.. Terpulang kepada anda untuk memilih siapa yang sesuai dan dianggap mampu untuk memberi perhatian kepada anda ketika dilanda masalah. Dalam entri kali ini Crow nak tekankan kesilapan dan keburukan yang logik dan terbukti apabila anda sebenarnya telah salah dalam memilih seseorang untuk berkongsi masalah.

Situasi 1 :

Si A berkongsi masalah dengan sahabat atau BFF nya iaitu Si B. Si A memilih Si B atas dasar percaya. Jika korang memilih cara ini, pastikan korang jangan lupa bahawa Si B juga mempunyai sahabat dan BFF tersendiri. Kebarangkalian untuk Si B menceritakan hal Si A kepada sahabat sendiri adalah tinggi.

Situasi 2 :

Si A berkongsi masalah dengan Abang/kakak atau adiknya. Si A memilih adik beradik atas dasar percaya. Jika korang memilih cara ini, pastikan korang jangan lupa bahawa adik beradik korang juga mempunyai BFF atau kekasih sendiri. Kebarangkalian untuk adik beradik menceritakan hal korang kepada sahabat atau kekasih adalah tinggi.

Situasi 3 :

Si A berkongsi masalah dengan ibu atau bapanya. Si A memilih ibubapa atas dasar percaya. Jika korang memilih cara ini, pastikan korang mendoakan kesejahteraan mereka berdua. Kebarangkalian untuk ibu atau bapa menceritakan sesama mereka iaitu suami/isteri adalah tinggi dan ini adalah pilihan yang terbaik.






Jika merenung kembali tingkah laku kita apabila menghadapi masalah, sering kita lupakan kedua ibubapa. Terutamanya apabila kita merasakan kekasih adalah keutamaan. Well, korang juga perlu ingat. Kekasih korang juga punya teman baik. Entahkan lelaki atau perempuan. Jangan pula nanti, apabila korang dapat tahu cerita tentang masalah korang sudah tersebar barulah korang mula tergadah sendiri. Koh3..

Crow faham, ada yang tidak berani atau tidak selesa meluahkan hal dan masalah peribadi kepada kedua ibubapa. Jadi bagaimana cara? Perkara yang crow sampaikan diatas adalah peringatan semata-mata. Agar kita faham, kebiasaan menyampai masalah atau cerita peribadi kepada orang lain mampu menimbulkan pelbagai  fitnah dan masalah yang lain meskipun tindakan korang menceritakan adalah diatas dasar "percaya".

Cubalah kita belajar mendidik diri supaya jujur dan ikhlas dalam mendengar masalah orang lain. Genggam kepercayaan mereka pada kita. Latih diri untuk memahami diantara cerita yang boleh dan tidak boleh untuk disampaikan kepada orang lain. Ingat! Latihan menjadikan kita profesional. keh3..


Notadahi : Kalau ade seseorang meluahkan masalah. Habis-habis situ sudah la. 
Cerita orang. Jangan dijaja pada yang lain. Koh3..





July 16, 2011

Sikap Bodoh Semasa!


Bila sebut tentang 'Bodoh'. Jelik didengar tetapi enak disebut. Di mana-mana pun korang boleh dengar. Sesedap rasa je orang-orang menyebut "kau bodoh", "macam bodoh", "apsal bodoh sangat?" dan banyak lagi. Terbaru, didalam klip video Bersih 2.0 yang di pertontonkan kepada dunia juga ada memperlihatkan seorang polis Malaysia berteriak "Melayu ni semua Melayu bodoh". (besar kuasa bapak kau nak bodohkan melayu ek?) haha.. (Link)

Beberapa hari lepas, ade juga rakan-rakan blogger (Link) yang Crow terjah di huni dengan komen-komen yang agak keterlaluan. Berhujah dengan cara kasar untuk meluahkan pendapat sendiri. Bagi Crow, itu adalah sikap yang mempertontonkan kebodohan diri si penghujah. Jadi penggunaan "Bodoh" adalah amat sesuai untuk dilontarkan kepada mereka ini.

Dalam 2 perenggan di atas. Jika korang fahamkan betul-betul. Korang akan dapati bahawa ungkapan 'bodoh' bukanlah satu carutan. Tetapi mengungkap perkataan 'bodoh' adalah perlu bagi korang untuk memastikan tempat yang benar-benar sesuai.

Pepatah ada mengatakan kerana mulut badan binasa. Kadang kala, sesuatu yang kita ungkap boleh mendatangkan keburukan walau cuma satu perkataan. Memang bersuara itu adalah hak. Namun hak itu jika disalah guna, ia boleh membawa kebinasaan pada diri sendiri. Malah menggundang benci. Namun bukan hanya dari kata-kata. Perilaku dan sikap juga boleh mengambarkan tentang kebodohan seseorang.

Bodoh beruk kerana fitrahnya. Bodoh manusia kerana sikapnya. Fikirkan. Jikalau pun anda sudah sejak azali dilahirkan bodoh, namun beringatlah. Bukan semua sikap bodoh itu perlu di nyatakan kepada umum. Jelik tahu.




 Notadahi : Orang yang bijak kerja swasta. Orang yang bodoh jadi polis. Mane tak kelam-kabut etika mereka. Koh3.. Well, lagi pun mereka kerja guna tenaga. Bukan akal. Faham-fahamlah.

-Tamat-


July 13, 2011

A Day To Remember! (#WW)



This Is Our History


9 July 2011



Which side you have chosen?


The United of Civilian (Bersih 2.0)

VS

 The Police of Government


  




But..
Remember one thing.
No matter which side you have chosen
Actually, the both side are citizen.
WE ARE MALAYSIAN !
This is our land.



P/S Politician. Think twice before you act.


July 11, 2011

Lucu Mengenang Nasib Politik Melayu


Dalam konteks politik, Crow sendiri muda dan kurang fahaman tentang garis panduan perjuangan politik. Sememangnya, menjadi pengikut sesuatu kumpulan adalah lebih mudah daripada mempelajari dan memahami ilmu politik. Asasnya, politik itu adalah hal penting yang menjamin hala tuju kehidupan kita pada hari ini. Namun, tiada penekanan ilmu politik yang asas kepada rakyat bagi seluruh masyarakat memahami. Yang biasa kita dengar, adalah dari cakap-cakap rakyat kebanyakan. Fakta dan auta jadi kekeliruan.

Kalau kite toleh semula pada hari belakang. Sejarah barangkali. Sekitar tahun 1997 adalah permulaan yang merancakkan aksi politik kita pada hari ini. Lucu bila di kenang. Lagat orang kita. 

Dulu, ada dua. Mereka seperti pasangan utuh yang memerintah laksana panglima Melayu Si Tuah Dan Si Jebat. Yang sudah bersemadi di hati rakyat, tentang kebijaksanaan melaksana tanggungjawab pada tanah air. Mereka ini adalah Tun Dr. Mahathir dan Dato' Sri Anwar. 

Seperti cerita lagenda. Yang kedua tumpas di tangan pertama. koh3.. Mari kita flashback apakah tuduhan yang di lempar terhadap kedua-dua pejuang bangsa ini.

Tun Dr. Mahathir 
- Sepanjang perjalanan beliau memerintah dalam kerajaan, beliau di anggap sebagai pemerintah paling di hormati dan berjaya. Sesetengahnya pula mendakwa korupsi, kronisme, nepotisma adalah sebahagian cara bagi memastikan takhta beliau sentiasa kukuh sehingga waktu pencen.

Dato' Sri Anwar
- Beliau adalah pejuang yang sentiasa di hormati kerana sentiasa mempunyai sikap untuk memperbaharui sistem pemerintahan kepada satu lonjakan baru yang lebih telus dan adil. Beliau juga adalah pejuang mahir dalam selok belok ekonomi semasa. Sesetengah mendakwa beliau adalah pemerintah yang berasaskan agenda sendiri. Kejatuhan beliau bermula selepas di pecat sebagi timbalan perdana menteri dengan berasaskan tuduhan rasuah dan liwat. Selain itu beliau juga di tuduh sebagai bercanggah pendapat dengan Perdana Menteri ketika itu tentang usul dana International Monetary Fund (IMF).


You! Yes, you la. You better watch out ha! keh3..

Well, sejak dari hari tu sampai la hari ni dua pihak bercanggah. Yang paling drastik dapat kite lihat adalah perpecahan sokongan dari orang Melayu. Pergaduhan berasaskan politik kini adalah perkara biasa. Isu penjuangan politik Islam pula Crow masih tak nampak di mana asas dan kemampuannya.

Yang crow jelas tentang agenda politik kini adalah seperti Ali, Muthu dan Ah Seng diikat dengan kata "1". Ali dan Abu pula menjadi "2". Kasihan.

Oh lupa. Sebetulnya adalah Ali, Abu dan Minah. Kita menjadi '3'. Lihat saja, ramai lelaki dan wanita berpisah mahupun bercerai kerana politik Melayu ini sendiri. Demm..

Cuma apa yang Crow harapkan dalam perjuangan politik kini dapat mengembalikan zaman kegemilangan saudagar melayu kuno Melaka. Kembalikan ilmu ekonomi kepada Melayu seperti di waktu pengusaha, pemborong dan peruncit adalah kita. Bukan seperti sekarang yang kebanyakan menjadi tukang kebun hingga lah jawatan executive kepada kompeni entah siapa empunya. Adakah kita mahu anak cucu cicit kita terus menjadi buruh sedangkan mereka adalah pengusaha? Fikirkan semula agenda politik kini.


Notadahi : Jangan yang di kejar tak dapat, kelak yang di kendong berciciran. Revolusi itu perlu. 

-Salam-



July 8, 2011

Perasaan Serba Salah (Edisi Perangai Pelik)


Dalam entri kali ni, Crow nak kongsi cerita dengan korang tentang satu masalah yang mungkin boleh menimbulkan perasaan serba salah. Crow rasa korang pun penah mengalami perkara macam ni. Kebanyakan sikap manusia memang pelik. Kadang kala jika kita katakan ianya tidak bertimbang rasa, agak keterlaluan. Mungkin kerana sikap sesetengah kita yang merasakan hal-hal sebegini adalah hal yang remeh temeh. haha.. Jum kite tengak perkara-perkara pelik yang spontan orang lakukan dan boleh menimbulkan perasaan serba salah pada kita!



Perkara pertama : "Kentut"

Pernah tak korang duduk bersama dengan seseorang yang jenis selamber badak je kentut bersepah? kah3.. Kebiasaannya, orang lelaki yang duduk berkumpul pasti ada seoarang dua yang jenis kentut pakai lepas. Lebih-lebih lagi lelaki yang berusia 40 tahun keatas. Boleh kata dalam sejam, purata kentut adalah setiap 10 minit. koh3.. Ini mendatangkan perasaan serba salah pada yang lain. Mana tak nya. Nak ditegur, orang tua. Nak ditutup hidung seakan perli pula. Jadi terpaksalah ramai-ramai dok pakat hirup bau kentut tu sampai hilang baunya. keh3..

Pergh.. bau petai! wakaka..


Perkara kedua : "Zip seluar terbuka"

Hal kedua ni paling biasa berlaku. Kalau korang kerap naik LRT, pasti korang berpeluang menikmati zip seluar yang terbuka. Keh3.. Bukan pada lelaki je. Perempuan yang memakai seluar juga ada yang terlupa nak zip. Crow sendiri penah melihatnya. Perkara ni memang membuatkan kita jadi serba salah. Nak tegur segan. Tak nak tengok, tapi mata asik kearah zip tu je. Korang pun same kan? Koh3.. 


Perkara ketiga : "Air liur di mulut"

Pergh.. perkara ke 3 ni paling kotor dan menjijikkan. Biase kite tengok orang yang memberi ucapan atau sedang bercakap pasti ada sisa air liur di bahagian tepi mulut. Memang sangat meloyakan. Perkara ni membuatkan kite rasa serba salah. Nak tegur segan, tak tegur memang rase geli-geli nak tengok. haha.. Ok, sesiapa yang terbayang tentang air liur ni. Sila muntah sekarang! wakaka..

Banyak lagi perkara pelik, jijik dan kotor yang orang lakukan sama ada secara sengaja atau tidak. Dan perkara-perkara macam ni secara tak langsung akan membuatkan kita jadi serba salah. Al-maklumlah, masyarakat kite ni kan penyegan orangnya. Nak tegur susah, jadi buat-buat tak tahu je lah. hehehe..


Notadahi : Bukan semua lagat kita orang suka. koh3..



July 6, 2011

Wordless Wednesday (Love Lesson)



In love. Try not to change your style.
Love in freestyle.








-End-


June 29, 2011

Jatuh Cinta Lagi..


Sememangnya.. aku tidak pandai untuk menolak rasa ini. Sebetulnya aku perlu akui. Setepatnya aku perlu yakini. Bahawa, aku jatuh cinta lagi.. Setelah melihat akan tinggi keperibadian beliau. Akan ilmu yang beliau curahkan kepada aku. Sesungguhnya aku benar-benar telah merendahkan hati. Lalu terbuka ruang cinta ketika mendengarkan bait-bait kata dari ucapan beliau.. Marilah, sama-sama kita mendengar dan beramal.






Satu kata boleh ku ungkap. "Hebat!". Ya! Beliau sangat hebat!

Semoga jasa beliau mencurahkan ilmu bagi membimbing saudara sesama islam di rahmati dan di redhai Allah.. Amin..

Notadahi : Usah lah engkau merenung nasib itu. Bukan engkau yang menentu. 
Apa yang perlu kau tahu. Dia Maha Pengasih lagi Maha Adil untuk setiap sesuatu..


-Cinta-



June 27, 2011

Mari Bebas Suara!


Salam Satu Malaysia. 

Cewah~ Pendahuluan pun dah nampak acah-acah Patriotik. Eh? Patriotik ke Pro kerajaan? muahaha.. Ok, abaikan. koh3.. 

Hari ni kite boleh lihat, masyarakat di Malaysia dan seluruh dunia sudah memahami hak kebebasan dalam menyuarakan sesuatu pendapat. Di Malaysia, kebebasan bersuara adalah suatu perkara yang lantang untuk di pertikaikan atau di isukan dengan terperinci. Namun begitu, masyarakat kini sudah faham akan jenis kebebasan bersuara yang di benarkan dan tidak bercanggah dengan akta kesalahan dalam negara ini.


Aku syairkan suara alam. phew~

Ahli politik, NGO, Aktivis, dan Blogger adalah golongan yang sememangnya berpengaruh dan mempengaruhi melalui skop 'Bebas Suara'. Dengan bermodalkan kebebasan bersuara, maka dapat menjamin status golongan ini.

Ahli politik serta badan NGO lebih menguasai di bahagian akhbar dan media tempatan. Aktivis pula lebih cenderung melontarkan suara ke arah muzik, blog, youtube dan Funzine. Ini adalah strategi bagi membolehkan setiap pendapat yang di suarakan berjaya sampai kepada umum.


Persoalan yang timbul, apakah hasil bagi mereka-mereka ini?

Wang ringgit. Yes. Sudah tentu wang ringgit. Apabila kite menyuarakan pendapat kepada umum. Pendapat yang di suarakan itu boleh mempengaruhi seseorang. Tidak kira siapa pun. Ahli politik, NGO, Blogger, pemuzik jalanan atau aktivis tidak berdaftar. Mereka menyuarakan adalah demi wang ringgit. Dan ini adalah salah satu cabang bisnes 'murah' yang menguntungkan dengan hanya bermodalkan 'air liur'. Bisnes yang di eksplotasi dari hak kebebasan bersuara. 

Bila hak ini di salah guna. Maka fitnah, gosip, memutar belit fakta dan idealogi karut berleluasa. Orang kata "Bila cerita meletup. Untung." Phew~ So, blogger guys & girls. Korang fikir lah sendiri. koh3..


 Notadahi : Mencarut selagi boleh. Itu kebebasan bersuara. hahaha.. 
Pale Hotak Hang! wakaka.. larikk!


-Tammat-






June 23, 2011

Header Baru Memang Cool!

Cube korang jeling-jeling header crow yang terbaru. Amacam? Ganas tak? koh3.. Tak ganas pun. Lebih ke arah cool! kan? wakaka..

Ce teka siapa yang buat? Haha.. Designer header ni seorang perempuan tau. Well, perempuan memang kretif. Untuk kali ni je la crow puji pempuan okeh. Lain kali takdak dah. keh3...

Dengan setinggi penghargaan, Crow kredit kan entri ni khas untuk :


LyzX Azil Shah

Keliks banner untuk tahu


Siapa LyzX ni? Beliau adalah salah seorang geng di BCR. Beliau juga adalah seorang designer. Terbaik beb design LyzX ni. Korang boleh lawati page INI untuk melihat hasil kerja beliau yang cantik, mantap dan terbaik. Banyak header yang telah beliau hasilkan.

Kalau korang berminat dan mahukan header mengikut citarasa sendiri (Citarasa okeh. Bukan songeh. koh3..). Korang boleh la singgah ke blog beliau dengan pantas. Pastu pandai-pandai la korang bodek sikit. Mane tau, kalau die ade kelapangan dan boleh bantu korang untuk mencantikkan lagi blog. Kan? Insyaallah..

Crow pun tak tau nak balas ape pada LyzX ni. Jadi crow balas dengan serangkap pantun je lah. koh3..

Indah bagai coret lukisan,
Lukisan dagangan rakyat pelabuhan,
Ribuan terima kasih Crow ucapkan,
Budi baik LyzX akan jadi kenangan.


Thank you LyzX!



June 17, 2011

Suara Rakyat (Edisi Blogger)


Apabila bercakap. Getaran yang di keluarkan dari mulut terus ke telinga si pendengar. Pernah tak korang rase mendengar ini adalah merbahaya? Ini kerana, telinga selaku corong input adalah tidak mempunyai tapisan. Yang menapis adalah akal. Adakah akal kita cukup baik untuk menapis input yang negatif?

Setiap hari kita bertemu dengan seseorang. Berbual dan mendengar adalah menjadi fitrah seharian. Dalam sehari, berapa kali kita mendengar suara-suara yang tidak baik? Mencarut. Memaki hamun. Fitnah dan Umpat.

Walhal kita hanya mendengar dan tidak mengungkap kata kesat, namun otak kita tetap menyerap perkara negatif yang di sampaikan. Kesannya, apabila marah "babi". Apabila sakit hati "F**k". Apabila kecewa "Hack". eh? koh3..

Perilaku kita seharian adalah di sebabkan oleh terapan input dari luar. Sama ada positif mahupun negatif. Sebahagian dari rohani kita sangat dahagakan input yang positif. Alasannya seperti apabila kita merasa resah, tidak sedap hati atau inginkan tempat yang harmoni adalah ungkapan bahawa kita sedang dahagakan sesuatu input yang positif.

Islam memperkenalkan pelbagai teknik. Bersolat sebagai contoh. Di beri 5 ruang waktu yang wajib di lakukan adalah untuk membilas input negatif yang hadir setiap hari. Zikir dan selawat juga adalah cara mudah untuk kita mengisi suatu yang positif ke dalam rohani. Tak perlulah clubbing, togak arak atau stim2 dengan perempuan. erk? koh3.. Perkara ini hanya kelihatan menyenangkan pada dasar namun menghasilkan input negatif dalaman.

Jadi, dengarkan suara ini. Semoga dapat dijadikan input yang baik untuk hari ini :




Don't talk. I'm not listening. Coz, i'm wearing an iPod. koh3..



Notadahi : Tak kira pemimpin, blogger atau sesiapa.
Berbicaralah serendah nada. Kerana mata yang membaca, 
telinga yang mendengar mahukan input yang baik belaka..
Kita ini dahagakan positif. Hormatilah diri kita.

-Tamat-



June 15, 2011

Pesta Hackers!


Seorang manusia mencipta kunci. Seorang manusia menjual kunci. Seorang manusia membeli kunci. Seorang pencuri memecah kunci. Seorang polis di jawat untuk menangkap pencuri yang memecahkan kunci. Hal ini berlaku. Berulang-ulang hingga ke akhir zaman.

Jika pencuri berjaya memecahkan kunci. Maka kunci yang di cipta itu gagal. Penjual tiada kene mengena. Yang jadi mangsa adalah si pembeli kunci.

Jika pencuri berjaya memecahkan kunci. Maka pencipta kunci akan membuat kunci yang baru dan lebih kukuh.

Jika pencuri masih berjaya memecahkan kunci. Maka pencipta kunci akan terus mencipta kunci yang lebih kukuh.

Si mangsa adalah si pembeli kunci. Jawatan polis terus di buka bagi menangkap si pencuri.

Dan perkara ini akan berulang-ulang sehingga tamat dunia. Perilaku yang membuang masa. Ajaran si yahudi besar.



------------------------------------------------------------------------------------------------------

Si Pencuri                      = Hackers/Crakers 
Si Pembuat Kunci          = Pembina Laman Web 
Polis                              = Pasukan Keselamatan Web
Si Pembeli (Mangsa)      = Pengguna Awam Portal web. 





Notadahi : Di belakang kau cool. Aku yakin. 
Di depan, kau cuma sorang nerd dan geek. koh3.. Face me in reality.
Baru buku bertemu ruas.


(^_____^)

Stop la heboh2 pasal hackers. Dalam tak sedar, korang dah menyokong usaha dorang.
Kau tahu ilmu hackers ini siapa punya? Yahudi.

Text Blogger Setajam Pisau (Edisi Blogger)


Kak Diana. Rajin memberi semangat kepada blogger baru. Fariqscorpio. Baik hati untuk membantu dalam memberi jawapan tentang persoalan di dunia blog. Jejaka Terhangat. Suka memberi teguran membina tentang proses blogging dengan cara lebih efektif. The Crow. Tetap hensem.. koh3..

Anda pula bagaimana?

Apakah sumbangan kita pada orang lain? Adakah kita merasa dunia ini tidak perlukan mereka yang lain? Atau masih persoalkan seperti anak kecil "Tolong orang? Apa yang aku dapat?".

Jika kita berada di atas. Jangan lupakan mereka di bawah. Ini perkara asas yang kita perlu tahu apabila duduk di sesebuah tempat. Kita manusia. Punya pusingan menangnya. Tidak akan kalah sampai bila-bila. Walau apa yang kita lakukan, saling bantu membantu itu adalah perkara kecil yang boleh menghasilkan sesuatu yang sangat besar kelak. Bukan janji. Tapi pasti. Insyaallah..

Crow pernah menegur seseorang. Beliau jawab "Ini cara aku". Jawapan seperti anak kecil. Jadi, aku balas juga seperti anak kecil. "Jika itu 'cara' engkau, aku punya hak untuk menegur. Adakah engkau mahu mempersoalkan hak aku?".

Dunia blogging, di sinilah tempat kita isukan perkara. Di sinilah tempat berkata-kata juga mendengar dan berfikir. Anonymous, penggodam blog atau sesiapa, cubalah lisankan dengan nyata. Dan di akhir publish tidak kira entri atau komen. Sisiplah dengan hormat. Ini adalah perbuatan paling ringkas dalam dunia. Aku ulangi. Perbuatan paling ringkas dalam dunia.. iaitu Menghormati..

Kesimpulannya, walau apa cara dan tujuan kita berblog. Berdampinglah dengan sikap hormat dan saling bantu membantu. Dunia blogging ini ramai. Bukanlah tempat untuk diperlihatkan kesemua perangai.


So? Anjing juga tahu menghormati. Fikirkan.
(^____^) 


Notadahi : Phew~ entri pendek adalah cabaran paling besar. koh3..




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...