September 30, 2011

Perjalanan Hidup Bukan Ukuran Keimanan


Suatu masa dahulu, ada seorang anak lelaki yang di besarkan di Kuala Lumpur. Beliau ini bukanlah tidak pernah mendapat pendidikan agama. Malah beliau adalah diantara pelajar terbaik di sekolah agama sewaktu diperingkat darjah dahulu. Beliau memegang jawatan pengawas sejak dari umur 9 tahun di sekolah kebangsaan mahupun di sekolah agama rendah. Boleh dikatakan bagus budaknya. :)

Suatu hari, sekitar umur 13 tahun. Beliau masih mempertahankan persepsi diri yang baik. Berbekalkan ilmu dan amalan yang di pelajari, beliau telah mengikuti golongan orang-orang yang berdakwah sehingga umur 14 tahun. Andai kata beliau dibela dan dijaga sepenuhnya. Mungkin masa depan budak itu dipenuhi dengan amal soleh yang mampu dimanfaatkan kepada umum.


Perintahlah anakmu.. Mengerjakan solat..


Namun sesuatu telah berlaku. Budak itu meningkat usia remajanya. Sekitar umur 15 tahun, asas dipengaruhi rakan-rakan. Gejala sosial itu pemeluk dada. Sikapnya mula berubah sikit demi sedikit. Merokok adalah perkara biasa. Arak dan dadah sampingan yang mesra. Solat dan ilmu agama sudah menjadi perkara yang melecehkan. Hal pelajaran tidak diendahkan. Jawatan penolong ketua pengawas dilucutkan dengan rasa bangga dihadapan kawan. Hakikat itu diteruskan sehingga menjelang tamatnya sesi persekolahan untuk seumur hidup.

Apabila mencecah umur 18 tahun. Aksinya semakin lantang. Bertindik itu adalah rasmi. Berpakaian adalah di inspirasi dari barat. Mabuk dan Muzik menjadi matlamat hidup seharian. Anak muda yang telah terbenteng imannya. Maka tamat remaja dalam keadaan yang suram dan menyedihkan.

Mesti korang pernah mengalami perkara seperti ini kan? Mesti pernah melalui suatu saat yang sukar dalam hidup. Sukar ini bererti jauh dari persimpangan jalan kebenaran. Hari ini, jika diberi pilihan. Siapa yang tidak mahu berpatah balik dan cuba mengubah segala yang telah terjadi di masa silam.



Ini sahabat aku. Anak dah dua ni. Wakaka. :P


Hakikatnya, kita diberikan hidup ini dalam beberapa peringkat. Kita tidak akan merasakan pengajaran hidup yang sama. Tidak perlulah untuk menunding jari kepada sesiapa. Ibubapa, rakan, atau masyarakat masing-masing punya haluan cerita hidup yang tersendiri juga. 

Jika bukan hari ini engkau sujud dan bersolat. Mungkin esok. Setidak-tidaknya engkau akan disolatkan kelak selepas malaikat maut hadir menjemput. Apa yang penting, usah berbangga akan iman yang kau dabik di dada. Usah tinggikan ilmu agama untuk di pertonton semata-mata. Bimbinglah kami, asas-asas kecil dalam mempercayai hukum Allah s.w.t dan setidak-tidaknya menegur dan berpesan-pesanlah sesuatu ke jalan Allah..




Notadahi : Entri bosan. Kan? 
Cuma mahu di inspirasi kepada anak muda. :)








10 comments:

Spanar Buruk said...

tak semua org yg baik msa kecik akan sntiasa baik bila dah besar dan tak smua org yg nkal msa kecik akan sntiasa nkal..

individu blh brubah brgantung pda kmhuan diri..brubahla bkn krana prsekitaran..

smua org blh brubah ke arah yg lebih positif..

Phat said...

hidup manusia umpama roda..kadang2 kita berada di atas dan kadang2 kita berada di bawah..sentiasa la berusaha untuk jadi lebih baik...

Red said...

aku tak pernah sentuh arak o.0

and betul cakap phat. hidup umpama roda. and sentiasa jadi lebih baik. :) kadang kadang Allah sembunyikan matahari sebab nak bagi kita pelangi :)

MiSs YuU said...

betoi.. jgn bangga dgn ilmu yg ade di dada.. sntiasa brdoa kpd ALLAH agar hidayah yg di berikan oleh ALLAH berkekalan smpai mati..

kembara mukmin said...

entry yg bermakna...hati itu milik Allah..Dia yg berkuasa mebolak balikkan hati manusia

ecah mashuri said...

iman ada psg surutnya.sbb itulah kna sllu dijaga.nak2 pulak org beriman n berilmu ni syaitan akan goda dia lbh sikit.

semoga ALLAH selalu tetapkan hati kita dan xpernah malapkan jalan hidayah spnjg hayat.

Norashiqin Kamaruzaman said...

alhamdulillah...seteruk2 pon BL tak penah sentuh arak tu semua....^_^

betol lah tu...act, depends dengan org tu sendiri untuk berubah....org len hanya sbg guide je... =)

LintasKoran said...

nice share

Thanks

Za said...

life is what we want to be..klu dh nk jd x elok.it all up by ourself.kn?skrg memang la xbuat keja xelok..who knows...one day.hehehe...
D tapi kena beringat...crow kn kn kn..
suka baca entri yg bererti :D

Awan Nano said...

pergaulan hdup sgt pntg jga..sebab itu lah faktor utama yg mndorong mrka pilih jln sedemikian..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...