April 29, 2011

Pertahankan Hubungan Cinta

Hari cuti ni penuh dengan jemputan majlis kahwin. Alhamdulillah.. Sunnah menghadiri majlis jika di jemput. Dapat pahala beb. Harus hadiri jika tiada halangan.

Perkahwinan. Sebelum berkahwin dah tentu akan bercinta dulu. Dalam zaman yang serba canggih ni. Soal cinta adalah tanggungjawab sendiri. Bukan urusan mak abah untuk mencari. Ye la, kalau mereka yang pilih kang ade je yang tak kena. Gemok sikit taknak. Hitam sikit cemuh. Betul tak? koh3..

Tapi setahu aku la. Kalau pilih sendiri pun, kompom ade je tak kena. Bila dah dapat, nak pertahankan hanya satu hubungan tu rasanya lebih sukar berbanding pertahankan satu jajahan. kan? koh3.. 

Persoalannya, kenapa sukar benar nak pertahankan hubungan yang tak sah tu? 

Mesti ade yang jawab "sebab tak sah la, so susah nak di pertahankan." Ye ke? Yang dah sah pun bercerai. Jadi aku pikir ada beberapa perkara yang aku rasa boleh di guna pakai untuk menjaga hubungan agar sentiasa kekal.

Pertama :
- Memahami
Kite kena faham. Sikap sinonim lelaki adalah gatal. Sikap sinonim perempuan adalah gediks (asik nak sms 24jam. kah3..) Jadi memahamilah. Gatal tidak apa. Gedik tidak apa. Selagi tidak melampaui batas agama. Kata orang "Kucing belaan tetap memburu." Korang faham tak? Ini sikap semula jadi. Lelaki atau perempuan masing-masing ada sikap tersendiri yang sukar di ubah.

Kedua :
- Beri dan ambil (Give and take)
Beri lah ruang kepada si dia. Ruang untuk si dia berdiri dengan pendapat sendiri, berdiri dengan idea sendiri, berdiri dengan cara sendiri atau ruang untuk dia bersendiri. Aku percaya, ramai antara kita juga mahu ruang untuk diri sendiri dalam perhubungan. Si dia juga mahu begitu.

Ketiga :
-  Belajar
Belajarlah dari si dia. Sentiasa bertanya jika mahu melakukan sesuatu. Jangan ketepikan si dia. Berkomuniskasi dalam bentuk pertanyaan boleh merapatkan hubungan. Tapi jangan bertanyakan soalan yang sama berulang. Ini menjengkelkan.


Banyak lagi cara yang aku rasa boleh kita guna. Cara yang logik dan ada hasil. Isu si dia cari lain. Isu si dia mengabaikan anda. Ini semua isu lapuk. Lapuk? Ya.. lapuk tapi tak lekang dek zaman. Pasti akan di lalui pada adik-adik kita pada hari mendatang. 

Tapi bagi aku. Cara yang terbaik setakat ini adalah berbincang face to face dengan pasangan. Komunikasi cara ini paling berkesan untuk mempertahankan hubungan.


-Sekian-

April 28, 2011

Pelajaran Engkau, Perniagaan Aku!

Zaman sekarang, anak muda lebih peka tentang pelajaran. Ijazah sudah menjadi tahap minimum untuk di capai. Ini semua di lakukan demi mencapai kerjaya berjawatan tinggi seperti yang di kehendaki dalam syarat-syarat jawatan syarikat besar. Ada siapa anak tempatan yang mahu jadi kerani cabuk menaip timbunan kertas yang entah apa? Ada siapa anak tempatan yang mahu jadi penyusun kotak-kotak berat dalam rak setinggi 15kaki?


Jadi aku berani cakap. Belajar adalah cara paling mudah. Habis belajar terus update cv atau resume. Pohon kerja budjet tahap engineer dan executive. Mahu mula terus dari atas? Katanya sudah perhabis banyak duit ketika belajar. Jadi mahu gaji ribu-ribu. Mudah urus hutang piutang.

Di Malaysia, ini yang kerap terjadi. Anak melayu lebih suka duduk di suatu tempat yang di rasakan boleh mengukuhkan poket. Poket? Eh Silap.. mengukuhkan bayaran loan untuk kereta 2.0 kuasa kuda.. koh3.. Jadi, jawatan tinggi syarikat swasta dan kerajaan adalah matlamat.

Persoalanya, adakah menjadi pengusaha itu adalah jawatan yang sengkek? Pengusaha itu adalah tidak cool? Dan menjadi pengusaha itu tidak perlu pelajaran yang tinggi?

Kita lebih meletakkan hal mencapai ilmu untuk duduk di bawah orang. Bukan mencapai ilmu untuk berdikari. Lihat sahaja pekan-pekan terdekat. Papan tanda kedai semua dimonopoli mereka. Kita? Cuma mahukan tanda nama berjawatan. koh3.. 

Ada siapa anak melayu yang berani mengusahakan 10 buah kedai runcit? Atau hanya sebiji pasaraya besar setinggi 3 tingkat?

Jawapannya. Susah... Jadi yang paling senang. Duduk dalam universiti 3,4 tahun. Kemudian cari kerja bergaji 3 ribu keatas. Tamat.

Apa beza dengan di jajah? Mereka mengusaha ladang ternakan. Kita jadi gembala. Atas tanah kita!

 Nota : Nak lagi senang. Masuk rancangan realiti. Jadi artis. Kaw2 boleh buat duit. 
Silap2 dapat Dato'. koh3..


Alam Mimpi Seorang Blogger

Lame tak jengah (jenguk) dunia blog. Tibe-tibe, semalam aku di datangi mimpi berkaitan blog. koh3.. Betul ke? Mesti lah betul. Ape ke hal aku nak bohong. Kan?

Biasalah. Alam mimpi juga serupa dengan alam blog. Kedua-dua alam ini yang memainkan peranan dalam kehidupan manusia. Sebab kedua-dua alam memberi ruang untuk menyampaikan sesuatu kepada manusia. Kalau orang cakap pada aku, "blogging ni membuang masa je". Jawapan aku "mimpi itu lebih sia-sia". Jadi alam mana lebih bermakna?

Ok. Sambung cerita. Dalam mimpi aku semalam. Aku log in blog. Kemudian aku lihat post pertama di blog aku. Ada serangkap ayat. Seingat aku ayat tu seperti ini :

Perempuan.. 
Bertudunglah.. Tudung itu kias akhlak.. 
Bertudunglah.. Tudungi diri seiring akhlak..
Bertudunglah.. Tudung di kepala
Kepala itu pintu kerasukan
Pintu kemasukan
Pintu antara roh dan jasad.

Agak-agak korang, ape maksud rangkap di atas dalam mimpi aku tu? Di bawah post ni pulak di label "Petikan kecil si gagak". Memang aku ingat sangat nama label dlm mimpi aku ni. Jadi aku pun cadang, mungkin aku akan guna label ini kemudian. Macam menarik. kan?



Bagi aku, mimpi datang sendiri. Dan di setiap kali ia datang pasti tak menentu. Itu yang menjadikan mimpi di anggap misteri atau suatu petanda.heheh.. Ye ke? Tapi aku ape kesah. Mimpi tak mimpi, kehidupan tetap wajib di teruskan. Aku sedikit sebuk dalam dunia nyata. Ini lebih perlu di utamakan. Kehidupan.. mimpi.. dan di adaptasi ke dalam blog. Perfect!

Selamat berblogging pada semua!


Nota : Apsal dengan Broken Lens? koh3..

April 11, 2011

Manusia Bangsat Paling Hebat!

Okeh.. Sori2.. aku bukan berniat nak guna ayat keras. Tapi perkataan 'Bangsat' adalah perkataan yang paling sesuai untuk mereka-mereka ini. Perkara ni terjadi di sekeliling aku. Mungkin juga pernah berlaku pada korang. Mereka-mereka ini bukan saja 'Bangsat' malah 'Hebat'. Ya, sangat hebat melakukan kebangsatan.


Si bangsat pertama :

Setiausaha Persatuan Orang Kurang Upaya (O.K.U)
- Ada satu persatuan O.K.U di daerah aku. Ketua dan Ahli jawatan kuasa O.K.U ni dah lama memanipulasi persatuan dengan cara memohon derma dan meminta sumbangan. Hasil dari siasatan bapak aku (orang baru persatuan) selaku auditor akaun persatuan di beri mandat oleh penaung persatuan. Bapak aku menjumpai lebih kurang 65 ribu setahun telah di songlap mengikut penyata yang di beri oleh pihak bank. Bangsat kan? Dah lah kurang upaya. Masih nak makan duit haram. Dah buat laporan polis, namun sebab dia kurang upaya maka di kasihani oleh penaung persatuan. Tiada tindakan di ambil. Cuma di pecat dari persatuan. Si bangsat ni sekampung dgn aku dan dia tak punya kerja. Tapi halaman rumah berpagar elektrik. Boleh buka tutup guna remote control. Memang hebat!


Si bangsat kedua :

Kompeni melayu.
- Bila projek dah siap, bayaran lambat. Hari tu aku buat projek tuk satu kompeni. Pendahuluan bayaran 10%. Bila projek dah jalan, aku minta lagi 20% dari jumlah bayaran penuh. Dia kata belum lulus. Bila projek dah siap seperti yang di janjikan dia kata minta 1 bulan untuk jelas bayaran selebihnya. Lepas 1 bulan, dia kata hasil kerja aku tak seperti yang dia mahu. Memang bangsat. Mengikut hitam dah putih, hasil kerja aku 100% telah berjaya. Bila waktu aku minta bayaran, 100% dia bagi alasan. Si bangsat ini berhutang dengan aku hampir 2 bulan. Dalam 2 bulan ini dia bertambah kedai pula? Memang hebat!


 Si bangsat yang ketiga :

Bila berkawan jangan lawan.
- Si A berbual dengan aku. Dia tak puas hati dengan Si B. Itu ini diumpatkan pasal Si B pada aku. Hari lain nya, aku jumpa dengan Si C. Dia ceritakan hal yang sama. Bila aku tanya 'mana kau tahu cerita ni?'. Si C kata "Si A yang cerita pada dia". Sah2.. Si A ni yang bangsat. Kalau pendam rasa tak puas hati pada Si B. Usahlah di lempar pada semua. Nanti di benci pula. Bila aku jumpa Si B, dia cuma cakap 'aku ade buat salah pada Si A'. Pada halnya, aku tak sentuh cerita tentang dia dengan Si A. Nampak Si B sesal dengan perbuatan walau aku tau Si B tidak tahu dia telah diumpat. Lepas Si A dan Si B berbaik, Si A kata 'aku tak salahkan Si B lagi'. Bagus. tapi persoalannya, ape jadi pada umpatan kau dahulu? Hilang mcm tu saja? Senangnye.. Memang  hebat!




Aku rase, korang pun pernah mengalami hal2 bersama mereka-mereka yang bangsat kan? Aku tak pandai nak menghadapi orang-orang macam ni. Ape yang mampu aku buat, cuma memendam rasa.. kalau korang bagaimana?


Nota : Orang kata, pendam rasa binasa.. entah.. lah... 




-Tamat-


April 7, 2011

Allah s.w.t Dan Pengikut Athiesm!!

Suatu hari selepas menyiapkan projek pembanggunan IT untuk sebuah syarikat. Maka aku dan big boss bersama kaki tangan kontraktor makan di kedai Cina. Aku tak makan la. Aku minum air tin je. koh3.. Punyalah syok borak2, tibe2 rakan sejawat mencelah. "The Crow (bukan nama sebenar) ini olang tak blh percaya punya. Cerita panjang pun tak guna. Ni Athies punya olang. Sendiri pun takde pecaya god" kata Ah Meng pada aku.

Beliau adalah Athies? Korang tau tak ape itu "Athies"? Athies tu macam satu fahaman mengikut philosophy kuno. Mereka adalah manusia yang tidak mempercayai kewujudan mana-mana unsur ketuhanan. Lebih kurang la. Aku pun tak tau sangat. Tapi ape yang aku tau, mereka ni tak percayakan kewujudan Allah s.w.t

Aku di tanya oleh si Athies ni. "U tau ka apa itu Athies?" Jadi aku jawab "Tau. Athies ni takde kepercayaan pada kewujudan tuhan." Jadi beliau tanya lagi "Bagus lu aa.. Lu tau tuhan ka? Pernah jumpa ka?" Aku pun jawab la. Ni dah kire cabar keimanan nih. keh3.. Aku jawab "Pernah la. U tak pernah jumpe ke? adoi.. Rugi la." Die pun makin semangat nak tanye "Mana? U jumpe tuhan kat mana? Boleh tunjuk ka?" Aku memang dah agak die akan tanye soalan macam ni. Nak cerita panjang2 pun tak guna. Jadi aku ringkaskan "Lu sayang lu punya bini ka? Bini lu tau lu sayang dia?" 

Aties : Mesti sayang. Dia pun tau. Anak pun sudah tiga. kah3..
Aku : ahaha.. Tau pun. Sekarang aa.. u kasi tunjuk itu sayang pada saya. 
Aties : Macam mana mau tunjuk. I tak sayang u pun. hahaha..
Aku : I suruh u tunjuk ja. Tak suruh u guna pada i.
Aties : Tak boleh tunjuk. Tunjuk pun tak nampak.
Aku : U punya bini boleh nampak itu sayang? Hebat!
Aties : Tak boleh nampak. Dia rasa je.
Aku : Orait. Skang u dah paham la tuhan tu mcm mana kan?
Aties : ha? i tak faham.
Aku : Tuhan tu macam sayang la. Kita tau, kita rasa, kita yakin. Tapi tak nampak. Macam mana mau tunjuk?
Aties : ..........

Ok lah. Aku rase alasan yang aku bagi tu kukuh jugak. Walau tak guna dalil dan hadis sahih. Kalau aku nak tabur hujah2 agama. Buang mase je. Kang penat korang nak bace entri ni panjang2. koh3... Lagi pun si Athies ni bukan ade basic Islam nak faham ape yang cuba aku terangkan. Betul tak?

Sekurang-kurangnya aku tau dia adalah pengikut Athies. Kita ni yang dah tentu dalam I/C tulis Islam. Bila di tanya siapa itu Allah? Kelam kabut search google. Pada hal google bukan Islam pun. koh3...


Best cite ni!

Next time aku nak cerita pasal kisah penyampaian salam dan kisah penggunaan huruf besar "A" pada kalimah "Allah swt".

Akhir kata, A'kum.. Eh Assalam.. Eh? mana satu salam yang betul? Assalamualaikum.. panjang nye.. keh3.. Next time la kite cite pasal salam ek. heheh..


Nota : Biar apa pun agama di anuti manusia, tetapi yang benar tetap satu. 
Carilah yang benar. Kuasa mencari adalah hak kita.

Tq. eh2.. Thanks.. eh2.. Thank you. koh3..

-Sekian-

April 5, 2011

Teka-Teki Dari Sepupu Tiri

Aku punya opah sudah mari dari Kuala Lumpur. Jadi setelah selesai waktu kerja, aku habiskan masa terluang lepak-lepak dengan kawan. Kalau dok rumah, dah kompom opah akan buat satu segmen interview khas tuk aku. Malas la aku nak layan interview2 khas mcm ni. Aku bukan kaki kejar publisiti murahan. koh3..

Bila opah aku mari. Maka maksu aku dah kompom mari jugak. Nak jenguk opah. Maksu aku ade anak kecik tau. Kalau ikut hukum alam. Budak kecik ni kire sepupu tiri aku. Sebab maksu dgn ibu aku adalah adik beradik tiri. Keluarga sebelah ibu dan apak aku memang besar. Atuk sebelah ibu kahwin tiga. Atuk sebelah apak kahwin empat. Jadi ibubapa aku punyai ramai adik beradik tiri. Erm..Nampaknye, dah menjadi tanggung jawab aku la lepas ni nak kahwin 4. Ini bertujuan bagi meneruskan adat tradisi datuk2 aku. koh3..

Eh.. syok pulak cite pasal kahwin empat. keh3.. Tapi aku sebenarnya nak cerita pasal budak kecik merangkap sepupu aku ni. Nama budak kecik ni hampir sama dengan nama aku. Jadi aku taknak sebut nama die. Tapi budak kecik ni perempuan k. heheh. Kitorang panggil die baby je.

Aku berbual dengan budak kecik ni :

Aku : Tahun ni dah sekolah tadika kan? best tak?
Baby : Best. Cikgu baik!
Aku : Kat sekolah cikgu ajar ape?
Baby : Kat sekolah baby, cikgu ade ajar teka-teki tau!
Aku : uit? teka-teki? meh bg teka-teki kat abang meh. (cewah abang!)

Maka bermulalah sesi menjawab teka-teki 

Baby : Cikgu tanye dalam banyak2 ayam. Ayam ape keris di kaki?
Aku : Erk... susah nye.. erm.. pk2.. ha! jawapannye ayam! kan?
Baby : Ala.. mcm mane blh tau??
Aku : heheh.. lagi2? ade teka-teki lagi yg cikgu ajar tak?
Baby : Ade. Banyak... Dalam banyak2 gajah. Gajah ape ekor di depan?
Aku : err.. susah jgk ni. Soalan baby susah2 la. tapi abang jawab gajah!
Baby : Ala.. betul jugak.. aish... taknak la bg teka-teki lagi camni.

Biasalah.. soalan teka-teki dari budak kecik. Dia bagi soalan, die sebut jawapan sekali. kah3... Tapi, elok jugak. Senang sikit aku nak buli. keh3.. 


Comelnye.. Cik adik ni ade teka-teki tak? koh3...
(Picture di cilok dari Blog Humaira)


-Sekian-

April 3, 2011

Perempuan Gemok Lebih Seksi?

Persepsi gemuk di mata sesetengah masyarakat sangat jelas. Perempuan tak suka jadi gemuk. Lelaki tak suka bentuk badan perempuan yang gemuk. Bila lelaki atau perempuan menyampah dengan orang gemuk, akan keluarlah ayat "woi gemok!". Adik yang gemuk akan di panggil "mok oh mok!". Kawan yang cantik namanya cuma di panggil "si mok!" dan Pakwe/makwe yang geram2 dengan kekasihnye yang montel akan memanggil "mok demok!". koh3.. Ni semua persepsi yang berkaitan bentuk badan yang gemuk.


Perempuan gemuk zaman sekarang berada dimana-mana. Betul tak? 

Memang la..  adeh.. kah3..


Dato' Siti 
Gemuk atau kurus.. tetap comel! koh3..


Perempuan gemuk lebih seksi? Ape yang seksi? Meh aku cerita sikit. Baru2 ni ade seorang perempuan call aku (customer). Mase  ni aku tengah lepak2.

Customer : Hello~ are u bla2..
Aku : Yes i am. Bla2.. 
(Ni tipu. Aku rabun english k. Aku cakap melayu je. keh3..)


Lepas perbualan tamat, aku terus cakap kat kawan2. "Suara pompuan ni seksi beb! Berpeleseran~ Leleh air telinga aku dengar." (euww..) Korang nak tau ape yang kawan2 aku jawab dengan serentak?

"Kompom gemuk!"

Ya! Lepas aku berjumpa dengan customer tu. Memang beliau adalah perempuan Gemok! hehehe.. Kebanyakan suara perempuan gemuk lebih seksi berbanding suara perempuan yang kurus. Benar ke? Atau sekadar kebetulan?

Tak kesah lah benar atau tidak kerana suara wanita adalah sebahagian dari ciri yang mampu memberi daya tarikan kepada lelaki. Jangan kata suara. Wanita yang hanya memakai gelang kaki berloceng juga dapat menarik perhatian lelaki. 

Cuma, perempuan yang bersuara lunak, serak-serak basah dan seksi jangan terlalu lantang suara. Juga jangan terlalu manja bernada atau mendesah. Walaupun suara wanita bukan aurat. Tetapi boleh jatuh dosa jika sengaja mengeluarkan nada yang membangkitkan syahwat kepada bukan muhrim.


Buruk giler kau gemuk! koh3..


Wanita yang gemuk dah kompom2 la tak seksi dari segi fizikal. Banyak selulit. koh3.. Tapi itu semua tak penting. Kerana akhirnya lelaki akan mementingkan 'isi' dari 'kulit'. Lihat je, berapa byk gadis gemuk yang dah kahwin. Gadis kurus jadi andartu. Dan dah berapa ramai perempuan kurus jadi gemuk lepas kahwin? koh3.. Ni realiti. Kurus atau gemuk bukan ukuran. 

Kepada perempuan yang gemuk dan montel jangan merendah diri. Kepada perempuan yang kurus jangan nak rase diri tu dah seksi sangat. Tubuh badan ni hanya pinjaman semata-mata. Kekubur juga akhirnya. Koh3..


Nota : Perempuan yang seksi adalah perempuan yang tinggi adab pekertinya. auch!


-Sekian-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...