April 11, 2011

Manusia Bangsat Paling Hebat!

Okeh.. Sori2.. aku bukan berniat nak guna ayat keras. Tapi perkataan 'Bangsat' adalah perkataan yang paling sesuai untuk mereka-mereka ini. Perkara ni terjadi di sekeliling aku. Mungkin juga pernah berlaku pada korang. Mereka-mereka ini bukan saja 'Bangsat' malah 'Hebat'. Ya, sangat hebat melakukan kebangsatan.


Si bangsat pertama :

Setiausaha Persatuan Orang Kurang Upaya (O.K.U)
- Ada satu persatuan O.K.U di daerah aku. Ketua dan Ahli jawatan kuasa O.K.U ni dah lama memanipulasi persatuan dengan cara memohon derma dan meminta sumbangan. Hasil dari siasatan bapak aku (orang baru persatuan) selaku auditor akaun persatuan di beri mandat oleh penaung persatuan. Bapak aku menjumpai lebih kurang 65 ribu setahun telah di songlap mengikut penyata yang di beri oleh pihak bank. Bangsat kan? Dah lah kurang upaya. Masih nak makan duit haram. Dah buat laporan polis, namun sebab dia kurang upaya maka di kasihani oleh penaung persatuan. Tiada tindakan di ambil. Cuma di pecat dari persatuan. Si bangsat ni sekampung dgn aku dan dia tak punya kerja. Tapi halaman rumah berpagar elektrik. Boleh buka tutup guna remote control. Memang hebat!


Si bangsat kedua :

Kompeni melayu.
- Bila projek dah siap, bayaran lambat. Hari tu aku buat projek tuk satu kompeni. Pendahuluan bayaran 10%. Bila projek dah jalan, aku minta lagi 20% dari jumlah bayaran penuh. Dia kata belum lulus. Bila projek dah siap seperti yang di janjikan dia kata minta 1 bulan untuk jelas bayaran selebihnya. Lepas 1 bulan, dia kata hasil kerja aku tak seperti yang dia mahu. Memang bangsat. Mengikut hitam dah putih, hasil kerja aku 100% telah berjaya. Bila waktu aku minta bayaran, 100% dia bagi alasan. Si bangsat ini berhutang dengan aku hampir 2 bulan. Dalam 2 bulan ini dia bertambah kedai pula? Memang hebat!


 Si bangsat yang ketiga :

Bila berkawan jangan lawan.
- Si A berbual dengan aku. Dia tak puas hati dengan Si B. Itu ini diumpatkan pasal Si B pada aku. Hari lain nya, aku jumpa dengan Si C. Dia ceritakan hal yang sama. Bila aku tanya 'mana kau tahu cerita ni?'. Si C kata "Si A yang cerita pada dia". Sah2.. Si A ni yang bangsat. Kalau pendam rasa tak puas hati pada Si B. Usahlah di lempar pada semua. Nanti di benci pula. Bila aku jumpa Si B, dia cuma cakap 'aku ade buat salah pada Si A'. Pada halnya, aku tak sentuh cerita tentang dia dengan Si A. Nampak Si B sesal dengan perbuatan walau aku tau Si B tidak tahu dia telah diumpat. Lepas Si A dan Si B berbaik, Si A kata 'aku tak salahkan Si B lagi'. Bagus. tapi persoalannya, ape jadi pada umpatan kau dahulu? Hilang mcm tu saja? Senangnye.. Memang  hebat!




Aku rase, korang pun pernah mengalami hal2 bersama mereka-mereka yang bangsat kan? Aku tak pandai nak menghadapi orang-orang macam ni. Ape yang mampu aku buat, cuma memendam rasa.. kalau korang bagaimana?


Nota : Orang kata, pendam rasa binasa.. entah.. lah... 




-Tamat-


13 comments:

nur aisya humaira said...

emm,layak laa tu gl dieorg macam tu...
tpi knape TC tk tegur pea si A tu??:)

cik aufa faqihah said...

pendam.
tu je yg mampu buat la.
:fuh kadang air mata yg jadik teman :(

takpelah lepas hujan pasti ada pelangi..

Fariq said...

kalo aku pun crow aku pendam je kot.. sebab aku ni bukan jenis suka pnjg cite.. sebab skali aku bukak mulut.. mmg susah org nak trime.. serius aku kata.. aku ni kadang2 cakap suka menyindir.. aku pun tak tau nape.. sebab tu aku rasa aku suka pendam je.. taknak sakut kan ati sesapa..

The Crow Empire said...

Humaira - Erm.. cane la nak tegur. kang takleh terima, mau crow pulak di umpatnye. Buat tambah dosa si A je kang. huk2..


Cik Aufa - Kadang-kadang.. memendam byk hikmahnya.. kan?

Fariq IDH - betul tu. Kite ni kadang2 pun tau tak pandai nak menegur. Kalau buka mulut menyindir, nanti ramai yg jauh hati. Susah bila nak hadapi orang2 yang kita nampak kebangsatan nya.



(^___^) Thanks komen!

wath said...

yep..mende2 camni pn sllunye senyap je..ape lg yg leh kite wat..maklum le mereka 'hebat'..kan

Azlan Hasan said...

fuh!!!!yang no satu tu dasyat..duit orang OKU tu..isk..isk..name pun orang kurang upaya..lagi nak songlap..xde perikemanusiaan btol..

Regards,
-Strider-

diana said...

akak pun akan pendam je//
pendam sampai jadi dendam..
itu akak la..
orang lain akak tak tau.

aleen aiden said...

ok,cerita petama je da kagum.ayah kamoo auditor hencek crow?awesome giler!alin sem nih amek subjek audit tp feel die mcm petaka!hu3

tp3..org pesen mcm kat atas 2 lagi la petaka berganda2.haishhhh!

Naddia said...

bangsat ke dua memang bangsat!! benci!!

Solihin Zubir said...

alahaiii.. yg x menahannya, OKU pon x sedar diri...

Rina Rossoneri said...

aku tak pendam, aku lupakan terus, sebab tu untungnya jadi pelupa tahap kritikal..dulu aku ada menyampah dan benci beberapa org budak nih, tp sekarang, aku dah lupa kenapa aku benci dorang..kadang2 aku rasa aku benci mamat ni,tapi aku lupa kenapa aku benci dia..
last2 aku malas nak pikir..buat dek..

a.samad jaafar said...

hmmm.. tiga aje ?? mcm ada lagi golongan yg bangsat dikeliling kita..

hana said...

yg paling bangsat tu si OKU..
mmg xde kesedaran diri langsung..
aish..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...