April 28, 2011

Pelajaran Engkau, Perniagaan Aku!

Zaman sekarang, anak muda lebih peka tentang pelajaran. Ijazah sudah menjadi tahap minimum untuk di capai. Ini semua di lakukan demi mencapai kerjaya berjawatan tinggi seperti yang di kehendaki dalam syarat-syarat jawatan syarikat besar. Ada siapa anak tempatan yang mahu jadi kerani cabuk menaip timbunan kertas yang entah apa? Ada siapa anak tempatan yang mahu jadi penyusun kotak-kotak berat dalam rak setinggi 15kaki?


Jadi aku berani cakap. Belajar adalah cara paling mudah. Habis belajar terus update cv atau resume. Pohon kerja budjet tahap engineer dan executive. Mahu mula terus dari atas? Katanya sudah perhabis banyak duit ketika belajar. Jadi mahu gaji ribu-ribu. Mudah urus hutang piutang.

Di Malaysia, ini yang kerap terjadi. Anak melayu lebih suka duduk di suatu tempat yang di rasakan boleh mengukuhkan poket. Poket? Eh Silap.. mengukuhkan bayaran loan untuk kereta 2.0 kuasa kuda.. koh3.. Jadi, jawatan tinggi syarikat swasta dan kerajaan adalah matlamat.

Persoalanya, adakah menjadi pengusaha itu adalah jawatan yang sengkek? Pengusaha itu adalah tidak cool? Dan menjadi pengusaha itu tidak perlu pelajaran yang tinggi?

Kita lebih meletakkan hal mencapai ilmu untuk duduk di bawah orang. Bukan mencapai ilmu untuk berdikari. Lihat sahaja pekan-pekan terdekat. Papan tanda kedai semua dimonopoli mereka. Kita? Cuma mahukan tanda nama berjawatan. koh3.. 

Ada siapa anak melayu yang berani mengusahakan 10 buah kedai runcit? Atau hanya sebiji pasaraya besar setinggi 3 tingkat?

Jawapannya. Susah... Jadi yang paling senang. Duduk dalam universiti 3,4 tahun. Kemudian cari kerja bergaji 3 ribu keatas. Tamat.

Apa beza dengan di jajah? Mereka mengusaha ladang ternakan. Kita jadi gembala. Atas tanah kita!

 Nota : Nak lagi senang. Masuk rancangan realiti. Jadi artis. Kaw2 boleh buat duit. 
Silap2 dapat Dato'. koh3..


10 comments:

AISHA INANI said...

agree!
semua pon nak jadi kuli sebab takot risiko.

tp....... yer la keja kuli senang. bos bankrap kita angkat kaki jaa.
tp kalo jd bos?? haa, susah tuh kalo bankrap

cikintan said...

cik intan nak jadi penternak penyu nanti..ada market katanya nanti..



haha, hi the croww ! lama tak apdettt.
rindu ja.kohkohkoh~

The Crow Empire said...

Aisha Inani - Yup Aisha. Bankrap mmg susah. Tapi Bankrap bukan risiko. Bankrap itu cabaran.

Berniaga memang menjanjikan cabaran. Apa guna ilmu yang tinggi, kalau risiko takut di tempuhi. koh3..


Cik Intan - Hi cik intan. Sori lama tak jenguk blog kamu. Rinduan juga. koh3.. Ternak panda lebih comel. hehe..



(^___^)

diana said...

sekarang ramai mak pak lebih suka anak2 kerja duduk di kerusi dan pegang pen dari duduk di bawah pokok pegang cangkul..:p

eh!!kalau prempuan boleh la dapat dato..lelaki??dapat habuk je la..
heheheh

Fariq said...

entri ni perli aku ke pe?? dush3x..

serius la mmg aku nak keje nanti jawatan tinggi2 walopon dibwh orang.. tapi3x.. aku keje nak cari pengalaman.. dah de pengalaman baru bley handle bisnes sendiri.. kan..

Latest -
- Entri Untuk Manfaat Diri Sendiri

Azlan Hasan said...

yes..btul tu crow..sebenarnya dorang takut mengambil risiko berniaga..kena plak dengar ade member2 yang bungkus pasal bisnes..so jalan yang mudah kerja makan gaji jer..isk..isk..

Regards,
-Strider-

Ati Masrif said...

takleh di nafikan
kak ati sendiri pun nak anak
bujang kita nanti jadi doktor..

hehe..camne tu pengaruh mak pak juga :)

aleen aiden said...

eh2,ini blog hencek crow kah?yeke blog hencek crow neh?knape feel die len mcm nih!hu3

Solihin Zubir said...

ex aku pernah lahirkan rsa kurg yakin dgn kerja aku skang..
dia suh aku keja kerajaan..
huh..

The Crow Empire said...

Solihin da bro - Apa yang kita kais, itu rezeki kita. Kan lebih baik kita kais dalam periuk sendiri. Dari mengais dalam periuk orang.

Teruskan kerjaya solihin ye!

(^___^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...