April 29, 2011

Pertahankan Hubungan Cinta

Hari cuti ni penuh dengan jemputan majlis kahwin. Alhamdulillah.. Sunnah menghadiri majlis jika di jemput. Dapat pahala beb. Harus hadiri jika tiada halangan.

Perkahwinan. Sebelum berkahwin dah tentu akan bercinta dulu. Dalam zaman yang serba canggih ni. Soal cinta adalah tanggungjawab sendiri. Bukan urusan mak abah untuk mencari. Ye la, kalau mereka yang pilih kang ade je yang tak kena. Gemok sikit taknak. Hitam sikit cemuh. Betul tak? koh3..

Tapi setahu aku la. Kalau pilih sendiri pun, kompom ade je tak kena. Bila dah dapat, nak pertahankan hanya satu hubungan tu rasanya lebih sukar berbanding pertahankan satu jajahan. kan? koh3.. 

Persoalannya, kenapa sukar benar nak pertahankan hubungan yang tak sah tu? 

Mesti ade yang jawab "sebab tak sah la, so susah nak di pertahankan." Ye ke? Yang dah sah pun bercerai. Jadi aku pikir ada beberapa perkara yang aku rasa boleh di guna pakai untuk menjaga hubungan agar sentiasa kekal.

Pertama :
- Memahami
Kite kena faham. Sikap sinonim lelaki adalah gatal. Sikap sinonim perempuan adalah gediks (asik nak sms 24jam. kah3..) Jadi memahamilah. Gatal tidak apa. Gedik tidak apa. Selagi tidak melampaui batas agama. Kata orang "Kucing belaan tetap memburu." Korang faham tak? Ini sikap semula jadi. Lelaki atau perempuan masing-masing ada sikap tersendiri yang sukar di ubah.

Kedua :
- Beri dan ambil (Give and take)
Beri lah ruang kepada si dia. Ruang untuk si dia berdiri dengan pendapat sendiri, berdiri dengan idea sendiri, berdiri dengan cara sendiri atau ruang untuk dia bersendiri. Aku percaya, ramai antara kita juga mahu ruang untuk diri sendiri dalam perhubungan. Si dia juga mahu begitu.

Ketiga :
-  Belajar
Belajarlah dari si dia. Sentiasa bertanya jika mahu melakukan sesuatu. Jangan ketepikan si dia. Berkomuniskasi dalam bentuk pertanyaan boleh merapatkan hubungan. Tapi jangan bertanyakan soalan yang sama berulang. Ini menjengkelkan.


Banyak lagi cara yang aku rasa boleh kita guna. Cara yang logik dan ada hasil. Isu si dia cari lain. Isu si dia mengabaikan anda. Ini semua isu lapuk. Lapuk? Ya.. lapuk tapi tak lekang dek zaman. Pasti akan di lalui pada adik-adik kita pada hari mendatang. 

Tapi bagi aku. Cara yang terbaik setakat ini adalah berbincang face to face dengan pasangan. Komunikasi cara ini paling berkesan untuk mempertahankan hubungan.


-Sekian-

12 comments:

echah mashuri said...

heheheh...satu je niat.kalau niat betul2 syg,betul2 nak buat psgn sehidup smati xde nya xkekal :)

diana said...

terbaekkkkk!!

pandai nye dia...
boleh kawen dah ni..!!

wath said...

sape kate pompuan itu gedik n mau sms 24 jam. stp kali sy suh benti sms dia tak mau pn. ahhahahah. laki juge gedik, pompuan juge gatal :D

tapi mmg terbaik. klau da ade isu pasang lain, kite hi hi bye bye je la :)

misS FEeza macho ! said...

amende tah si bengong ni ta fhm lalallala .

kau kawin nanty jgn lupa jemput aku

ke kau da kawen ? :ragu

The Crow Empire said...

Ecah Fansuri - hai ecah! Niat itu permula segala. Tapi kita manusia. berdamping dengan nafsu dan serakah. Akal pula mudah di hasut. Bergantung pada niat saje sukar untuk dikekalkan.

Kaka Diana - Sy tak pandai kahwin la kak. Cane? wahaha..

Wath - Tak kesah siapa gedik, siapa gatal. Yang penting kita tau batas. hehe.. Isu pasang lain? Macam best. Nak buat entri lah. koh3..


To Feeza Hensem - Mesti la jemput feeza. Takde feeza, mcm mane crow nak kawen? muahaha.. By crow comel.



(^__^) Thanks komen!! huhu

SitiSafiyyah said...

eh eh baru perasan blog ni dah lain. lagu pon dah hilang. hehe

ehem. sejak bila gantikan JT jadi doktor cinta ni?? wakaka :p

Izzuddin Fauzi said...

ahhhh.. tidak... apakah itu chentaaa???

myetech9[dot]com @ Enchik Nine

Azlan Hasan said...

btul2..komunikasi salah satu elemen penting dalam perhubungan..ssb dengan komunikasi yang betul boleh mengelakan salah faham..hehehe

Regards,
-Strider-

Solihin Zubir said...

haha.. setuju..
aku x suka kalo asik mesej 24jam..
membosankan..

CIK GADIS said...

whoaaa!blog gagak dh laen..lg cun n kebabomm yg neyh..betol tuh psal tips yg ko bg..thank 4 sharing yeahh!

Nadea said...

smart lah blog gagakkkk

zuera said...

btulll..... berbincg adelah care yg terbaik dan berkesan... somethg yg terpendam.... xde kebaikan n akan membawa pade sesuatu yg lg worse... n 1 more thing... kepecayaan n ketulusan adelah sgt pentg dlm membine n mptahankan sesebuah hubgn..dgn ade sume ni... insyaallah... phubgn akan kekal...
P/s : gaduh2... betngkar..msam muke..jeles.. sakit ati.. 2 adelah asam garam dlm perhbgn... perencah dan formule untuk kite lebih memahami dan lebih mnyangi psgn kite..... :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...