June 9, 2011

Hujah 'Couple' Dah Basi! (Penutup)


Ramai blogger yang meluahkan pendapat tentang isu ini. Macam-macam pendapat yang crow bace dari sependek patah kata hingga seperti sebuah entri di blog crow atau blog lain. koh3.. Terima kasih. 

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Betul tak? Jadi crow buat entri ni khas sebagai penutup cerita. koh3.. 


Gambar ni dah 2 kali masuk dalam blog crow. Suwitkan?


Di akhir cerita ini. Crow masih menegaskan tentang tiada istilah 'Haram berkapel'. Ramai yang mengeluarkan pendapat menggunakan Firman (Allah s.w.t), Hadith (Rasulullah s.a.w), Riwayat (Imam dan ahli kitab) dan pendapat sendiri (blogger.. hehehe..). Tahniah. Kerana asas 'cakap-cakap' kita tidak lari daripada islam. 

Apakah itu Berkapel? Tiada definasi khas untuk perkataan berkapel. Ia hanya di adaptasi dari Bahasa Inggeris iaitu 'couple' atau dalam Bahasa Melayu di sebut 'pasangan'. Namun lebih di kenali oleh masyarakat kita sebagai pasangan yang bercinta diantara seorang lelaki dan perempuan tanpa ijab qabul.

Apakah itu Haram? Haram adalah hukum larangan. Ia di tegaskan melalui Rasulullah s.a.w oleh firman Allah s.w.t. Hukum haram ni panjang kalau nak cerita. Tapi crow bg ringkasannya di sini. Hukum haram ini ringkasnya jika dilakukan akan mendapat dosa dan jika di tinggalkan dapat pahala.

Jelas?? Jadi mari kita baca petikan di bawah :


Soalan
Assalamuailakum ustaz...apakah hukum berkapel?..adakah salah seseorang itu berkapel?

Jawapan

Hukum berkapel hukumnya adalah harus dengan syarat menjaga batas-batas pergaulan yang ditetapkan dalam Islam iaitu dengan menutup aurat, tidak berdua-duaan kecuali ditemani mahramnya dan berkomunikasi dengan bahasa yang sopan dan tidak melanggar syariat Islam.


Ya. Hukum berkapel itu harus. Apa itu harus? Definasi hukum harus ni panjang jgk kalau nak dicerita. Di hukumkan 'harus' ketika sesuatu hal itu berada di tengah-tengah. Contohnya di antara pujian dan celaan, di antara yang penting dan di ketepikan. Ringkasnya, buat tak buat tak dapat apa-apa. Dan hukum harus sendiri mendapat perbezaan pendapat.

Contoh :
"Ulama fiqh dan ulama usul Fiqh sepakat menyatakan, harus adalah amalan yang tidak berbentuk suruhan (samada suruhan buat atau suruhan tinggal). Pendapat ini menyalahi Kha’bi dan pengikut-pengikut pendapat mu’tazilah." 

Okeh. Kesimpulannya crow menegaskan tiada definasi "haram berkapel". Tolong beritahu crow siapa yang menjatuhkan atau meletakkan hukum haram pada 'berkapel'. Kalau ada, crow sendiri akan menjatuhkan hukum "Haram berpasangan"!! Pernah dengar haram berpasangan? koh3... mestilah takde. Sebab "Haram berkapel", "Haram berpasangan" tidak pernah di firmankan oleh Allah s.w.t Wallahualam... dan ingatlah, hukum datangnya dari firman Allah. Dari firman di sampaikan/di hadiskan oleh Rasulullah s.a.w dan di riwayat oleh para imam dan ahli kitab. Jadi bila menjatuhkan hukum pada sesuatu itu adalah melampaui Allah s.w.t. Korang pun tahu apa hukumnya melampaui Allah s.w.t samada secara sengaja atau tidak kan? Nauzzulbillah... Fikirkanlah. Kapel, atau dah kawen atau masih singgle. Tetap haram hukum bagi mendekati zina dan maksiat. Bukan ape yg cuba di maksudkan dengan kapel itu sahaja.

Hukum bercinta sebenarnya adalah "Harus"! bukan "Harus lah berkapel"! Itu dah lari maksud dan pengertian ini . koh3.. Hukum 'harus' di sini memberitahu bahawa merasakan cinta kepada berlainan jantina adalah fitrah manusia, namun bercinta adalah senjata syaitan bagi menyesatkan manusia. Dari Nabi Adam as telah di kisahkan kepada kita semua. Adam melihat hawa. Adam jatuh cinta pada hawa (Adakah haram?). Adam dan hawa kemudian di nikahkan. Hawa yg sudah bernikah melakukan yang haram setelah di goda iblis. (yang dah nikah pun kalau melakukan yang haram tetap haram)

 Jadi 'Hukum Harus' paling tepat. Bercinta atau tak, tetap tak dapat apa-apa. Berkahwin pula halal kerana dapat pahala. Dan melakukan maksiat haram kerana mendapat dosa.

Ringkasan :
Berkapel/bercinta/berpasangan = tidak dapat apa-apa (Harus)
Berkahwin/bercinta lepas kahwin/di ijab qabul walau tidak mencintai =  Dapat pahala (Halal)
Melakukan maksiat sama ada 'kapel' atau tidak, cinta atau tidak = Dapat dosa (Haram)


Mari kita amati dengan lebih dekat isu-isu berkapel?

Seorang lelaki dan perempuan yang mencintai satu sama lain. Satu pasangan bercinta cara islam. Satu lagi pasangan bercinta cara omputih. koh3.. kire kapel 'rengan-rengan' la ni. hehe..

Kedua-dua pasangan ini bertanyakan adakah salah untuk kami bercinta? Apa jawapan korang? Adakah korang akan cakap "Haram berkapel"? phew~

Jadi cara terbaik adalah mengatakan hal yang sebenarnya. Kan lebih mudah. Bercinta itu harus (boleh), kerana cinta itu fitrah manusia tetapi jangan melakukan yang haram dari batas pergaulan diantara bukan mahram.

Manusia ni banyak pertanyaannya. Ada yang bertanya saya mencintai seseorang namun saya takut akan menghadapi godaan nafsu dan syaitan? Berpuasalah. 

Ade yang tanya kalau kami kapel tapi tak melanggar syariat bagaimana? Baguslah. Teruskan dan sentiasa ingat Allah itu maha melihat. 

Ada pula yang tanya bagaimana cara untuk saya kawal nafsu apabila dengan perempuan yang saya cintai? Mudah saja. Jangan sesekali melanggar hukum haram yg di syariatkan. Jika dalam keadaan bejauhan tapi masih tidak tahan nafsu ucaplah "Astaghfirullah". Jika masih tidak dapat menahan segeralah berpalingkan diri dari tempat asal, berwuduk dan bersolat. Jika masih teringatkan si dia juga walau selepas solat. Berzikirlah. Semoga zikir itu memalingkan nafsu dan medekatkan hati pada Allah. 

Banyak cara sebenarnya yang kite faham dan boleh lakukan untuk mengekang nafsu ketika sedang di lamun cinta. Tapi masih ramai yang tidak faham lalu membahaskan hadis yang entah diri sendiri pun tidak pernah faham hujung pangkalnya. Ada pula yang melakukan maksiat kecil atau 'rengan-rengan' atas alasan iman tak kuat. koh3.. Kalau dah terbuat. Segeralah bertaubat. 

Jika masih kurang jelas tentang isu kapel. Crow nasihatkan jangan hanya membaca, tapi bertanyakan pada orang bijak pandai dalam agama. Tak kesah la nak tanya imam, bilal, ustaz (guru) dan lain-lain. Silakan~ 

Apa yang crow bicarakan, bukan untuk membanding-banding siapa lebih pandai atau hadis siapa lebih hebat atau siapa lebih baik hujahnya. Itu semua adalah sikap penting diri.  Apa yang crow buat hanya untuk diri dan di kongsi bersama dengan menegaskan bahawa hukum itu tetap. Tidak boleh di pergunakan, di bolak balik atau di contohkan pada sesuatu yang bukan pada tempatnya. Tak kiralah oleh blogger atau sesiapapun. Dan di ingatkan, apa yang crow tulis dalam entri dan komen adalah pendapat. Ternyata pendapat boleh di sangkal. Silakan~



Nota : Taip punya taip.. Apsal panjang lagi entri crow ni.. phew~ 
Jumpa lagi di entri lain ya! koh3...

-Penutup-



25 comments:

hana said...

saye stuju ngn hujah ni..
yg menjadikan kapel tu dosa apabila die melakukan perkara dilarang..
sebab cinta tu adalah satu fitrah dan Allah sendiri x pernah nak menghalang...
cuma jgn biarkan rasa cinta tu di kawal oleh nafsu semata..biar la rasa cinta mengikut garis panduan yg telah ditetapkan...
=D

The Crow said...

@hana

Pandai nyeh! umur bape ni? koh3..

betul. rasa lapar, rasa dahaga, rasa sedih, rasa cinta semua itu fitrah manusia. tapi dalam melaksanakan fitrah ada hukum-hukumnya.

Rasa lapar makan, tapi tak boleh makan yang haram. Rasa cinta bercinta, tapi tak boleh melakukan yang haram seperti zina dan maksiat.


(^____^)

Azlan Hasan said...

haha..hujah penutup yang terbaik!!!

zaman sekarang nie banyak orang suka salah faham dan salah tafsir..a couple means berpasangan..jika mereka da khawin sape lah kita nak mengatakan yang mereka haram bercouple..

Regards,
-Strider-

momoi mee said...

bagus2 the crow..teruskn menaip k..

Sofya said...

akak pernah n banyak gak terbaca couple tu haram.. cinta sblm kawin tu haram.. rindu tu haram.. tapi semua tu terbaca lepas kawin dah la..
tapi amat susah nak jaga hati untuk sukakan/tertarik pada sesorg... masih ada yg berpegang berprinsip ni.. akak tak berani nak jatuh hukum yg sebenar2nya ttg couple ni.

wath said...

to be honest, wath sendiri sedang bercouple sekarang. tapi dalam masa yang sama tak percaya yang kapel tu menjamin kebahagiaan. wath bercinta, meluahkan perasaan, bercerita tentang angan2 untuk bernikah dengan dia, tapi wath tak pegang tu sume. sebab berkapel mmg tak menjanjikan apa2. anggap je sekadar berkawan.

wath cume nk bagitau kat sini, wath sndiri tak tau kapel tu haram atau halal, tapi kapel tu tak membawa kebaikan. klau tidak cukup kuat nk hadapi, boleh buat seseorg tu hilang waras.

eh melalut panjang lagi. haha. sori >,<

Aretikz said...

weehuu ~ ada penutup.. hehe.. ok, crow dengan pandangan crow.. ini pandangan sya sbagai insan yg "pernah" berkapel dan telahpun insaf.. kah kah kah..

aku tak cakap couple tu haram.. memang harus pun.. tp.. kenyataan itulah yang membuatkan bnyk orang menganggap apa yg dilakukan utk berkapel itu diharuskan, biarpun "kapel islamik"

ya, sya dulu pun "kapel islamik", tak pegang tangan, jumpa pun ditemani makciknya lg.. kadang2 sya suka bg nsihat dgn dia, dia pun bgitu juga, fuuh ~ panjang nak diterangkan..

fatwa memang ada, dan keluar kat negeri arab, yg mngatakan haram brcnta sblum kawin (mksdnya declare couple la ni).. stakat yg bgtau hukum harus itu adalah krana bnda tu tiada dlm quran dan sunnah.. tp, kalau diikutkan, percintaan sblum kahwin ni, bnyk mudarat berbanding kebaikan..

buku "aku terima nikahnya" karya Ustaz Hasrizal banyak membuka minda aku.. maaflah, sya boleh kategorikan post crow ni sbagai teori evolusi cinta.. kalau crow ada bca buku tu, mgkin pndangan crow ada lain skit..

mgkin crow boleh bca artikel sya yg bertajuk "couple dan beza bercinta sebelum kahwin"..

linknya : --> http://segalaceritera.com/atik/2010/11/22/beza-bercinta-sebelum-kahwin-dan-couple/

bukn brmksd en3 tu bgus.. hehe.. cuma.. mgkin crow leh bg pndpt sndri.. mnathu boleh bca link yg ada dlm sana tu.. tp tak smua yg crow perlu bca dlm link.. yg berkaitan jak kot?

bukn apa.. bila sdh declare, walhal buknlah ikatan kukuh, mhupun sah, bnyk permasalahan brlku.. apapapun.. bg sya, couple ini pnuh musibah.. sya yakin dgn janji Allah.. InsyaAllah, mndpt jodoh yg baik.. bersangka baik dengannya kan... ^_^

anyway.. skadar cebisan pendapat.. wallahualam.. ^_^

The Crow said...

@wath

Wath bercinta atau anggap sebagai kawan? Walau yang mana satu pun, yang di tegah adalah melakukan kemungkaran/haram. Tak kira lah maksiat, atau memaki hamun si dia ketika bergaduh atau sesuatu yg mendatangkan dosa di kira haram.

Wath sebut couple adalah sekadar penerangan untuk crow tahu yang wath sedang mencintai seseorang. betul tak?

Berkapel tiada definasi tetap. Jadi bagaimana boleh kita sebut "haram berkapel" pada satu perkataan yang tidak tetap ertinya.

Jadi perkataan 'berkapel' hanya untuk menyatakan atau menerangkan bahawa 'seseorang sedang mencintai seseorang'. Mencintai itu harus. Sama ada wath bercinta atau tidak, itu tidak dapat pahala atau dosa.

Fitrah manusia mmg semua ingin bercinta. tapi tak semua manusia pandai mengawal nafsu dan kuat iman melawan godaan syaitan. Jika berkenaan, Rasulullah s.a.w ada berpesan :

"Wahai generasi muda, barang siapa di antara kalian mampu serta berkeinginan untuk bernikah. Kerana sesungguhnya pernikahan itu dapat menundukkan pandangan mata dan memelihara kemaluan. Dan barang siapa di antara kalian belum mampu, maka hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat menjadi penghalang untuk melawan gejolak nafsu." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, dan Tirmidzi)

Faham kan hadis di atas. Tidak haram bagi bercinta. tapi di sebut cara mengawal nafsu sama ada cinta atau tidak dengan berpuasa. kan kadang2, kite ni jangan kata bercinta, tgk artis pun bernafsu. Tgk ustazah pun bernafsu. Nauzzubillah..

Tak mustahil di antara wath dan si dia boleh timbul perasaan syahwat atau ehem2. koh3.. tapi di sini peranan kita sebagai islam. Jika si dia atau siapa2 yang mencintai kita merasakan syahwat dan lain-lain. Kita boleh menasihatkan agar berpuasa. Berzikir. Secara tak lansung kita berdakwah kepada sesesama islam yg lain. Jangan kita terus menolak dia yg sdg terumbang ambing dengan gelojak nafsu.

Dalam bercinta yang di risaukan adalah nafsu dan godaan syaitan. Tapi kita manusia di bekalkan dengan akal dah hati yang mampu memupuk iman. Jika manusia difitrah tidak mampu mangawal nafsu dan godaan. Tidak di turunkan ke bumi dari awal adam lagi. Guna akal cari panduan. Terlalu ramai orang islam yg bijakpandai tentang al-quran. Bertanyalah pada mereka ye.

hehehe.. dah macam entri dah.. koh3.. sori wath..

Oh satu lagi. Dulu crow pernah bercinta dengan gadis baik-baik. Crow igt lagi kate beliau bila di ajak dating. "kalau kite bercinta ok. Tapi jangan lebih-lebih. Malu sy masuk neraka sebab cinta." koh3.. pedeh ayat.. dakwah jgk tu.. heheh..


(^____^)

The Crow said...

@Aretikz

Terima kasih Aterikz sbb sudi berkongsi pendapat. muah! koh3..

Bagus pendapat Aretikz. Memang betul. Istilah-istilah "Haram Berkapel" dan "kapel islamik" itu sendiri tak ada definasi. Jadi meletakkan hukum pada sesuatu pada yang tidak tetap definasi atau maksud yang di reka adalah melampau.

Contoh : 'Poyo' tidak ada definasi sama ada adalah carutan atau pujian. Tiba-tiba kita kata "haram sebut Poyo" koh3..

Jadi 'declare couple' itu juga adalah rekaan. Tidak ada definasi atas persetujuan tentang maksud sebenar 'declare couple' dalam islam.

Tapi mencintai itu fitrah. Dan definasi cinta itu adalah perasaan kasih kepada sesuatu dengan mendalam. Dan ini sama sekali tidak haram tak tidak sesuai dengan halal di atas sebab2 tertentu. Maka Harus.

Harus pula bukan bermaksud suruhan. Harus adalah sama ada di buat atau tidak tak dapat apa2 dari segi pahala dan dosa.

Contoh : Perempuan pergi sembahyang jumaat. Hukumnya Harus. Tidak haram dan tidak halal. Walau ada pendapat imam mengatakan makruh kerana ia bergantung kepada beberapa keadaan.

Tentang permasalahan yang berlaku sekarang. Ramai yang mengetepikan agama. Ini berkaitan dengan didikan, bimbingan dan situasi islam dalam masyarakat. Bukan isu kapel, bercinta atau berkahwin. Sedangkan bersama kawan, saudara bukan muhrim pun ade yang bersentuhan, melihat aurat yg lain. Artis juga di tonton aurat nya oleh semua lapisan masyarakat islam. Yang dah kawin pun tgk aurat orang lain. Macam mane tu?

Jadi isu kapel ini hanya sebagian dari masalah sosial tanpa bimbingan agama islam. Banyak lagi masalah yang mengundang anak muda terjurumus dalam kancah maksiat.

Kawan crow sendiri, dia mmg tak hensem. Tak pernah kapel. Tapi asal gaji je pegi urut kemaluan. Kita nasihat pun dia lagi permainkan. Jadi crow tetap fikir kapel atau tak, jika maksiat yang di turuti. Itu lah hal yang sebenar yg perlu kita fokuskan.

Oh, buku "aku terima nikahnya" karya Ustaz Hasrizal tu crow ade beli pdfnya. Mahal gak. Awek2 suke bace ni. koh3..

(^_____^)

Aretikz said...

weehuu ~ setelah mmbca komen crow dan wath srta memahami kmbali penyampaian crow dlm hal ini.. hakikatnya saya boleh rumuskan:

apa yg diharamkan couple ini adalah istilah bercinta sebelum kahwin yg bermaksud declare utk menzahirkan prasaan.. mreka trikat seolah2 suami dan istri.. meluahkan prasaan sayg itu ini..

dan pda pemahaman sya.. mksd crow yg harus adalah fitrah mnusia jatuh cinta.. dan mencintai.. bg sya memang tak slah pun.. sbab kalau tak jatuh cinta.. kalau tak mencintai.. mustahil ali meminang fatimah..

couple ni dlm istilah bahasa.. memg tiada istilah dlm islam.. dan slalunya mnjurus perhubungan mreka yg berpasangan sblum kahwin.. itulah yg xboleh.. kerana hanya nikah yg menghalalkannya..

zina itu boleh timbul dlm pelbagai mcm.. dan zina hati yg menakutkan.. apabila mrindui hingga membayangkannya, ingin brjumpa dgnnya.. paling koman terbayang dah nikah dan bermesra sperti suami istri.. itu memg xboleh..

kalau bercinta, sememangnya ada give and take.. dua2 ada flow.. maka disitulah yg berbahaya slagi bukn jalan yg diredhai.. dan yg diredhai hnya melalui jalan pernikahan..

kenapa perlu kapel.. itulah rsanya bg sya isu ini.. untuk memenuhi fitrah cinta? hmm.. nikah juga yg menghalalkannya..

kalau skadar mncntai seseorang tidak apa.. ali pun suka fatimah.. fatimah pun suka ali.. mreka bercinta.. tp.. mreka tak tahu isi dalam hati.. sbabnya.. mreka tahu, kalau mreka luahkan prasaan mreka.. maka mreka trikat.. dan terlalu dibuai prasaan..

apapapun.. sya tegas bhwa istilah kapel msa skrg "adalah dilarang" sbab trkandung bnyk kemudaratan dri kebaikan..

kalau salah, sila btulkan ^_^

p/s : Ustaz Hasrizal tak cakap haram kapel kan? tapi dia kata Saifulislam tak menghalalkan kapel kan? hehe..

The Crow said...

@Aretikz


Tahniah Aretikz. Bg crow, Aretikz satu-satunya pembaca paling bijak kerana cuba memahami betul2 ape yg cuba di sampaikan di sini.

Betul ape yg Aretikz paham. Ini crow bg ringkasan.

1)Ali cinta Aminah (harus)
2)Ali cinta Aminah tapi melakukan zina (Haram)
3)Ali cinta Aminah dan menikahi aminah (halal)

no 1 diatas : Ali cinta Aminah. (harus) <-- di sini lah kita pandai-pandai beri gelaran "kapel" iaitu gelaran olok-olok hubungan cinta sebelum berkahwin. Jika di sini letak (haram). Ape yang haram? kapel? ape tu kapel? wujud ke pengertian kapel ni sehingga nak di haramkan?


no 2 di atas : Ali cinta Aminah tapi melakuan zina (haram) selepas itu Ali menikahi Aminah (halal) namun wajib bertaubat atas dosa zina yang lepas.

Kesimpulanya, hukum adalah jelas. Jangan di di letakkan hukum bukan pada tempatnya. Mari kita mansuhkan gelaran "kapel" dan jauhi zina.


(^______^) Thank you Aretikz!

Aretikz said...

hehe.. sambung sat sini.. setelah apa crow katakan pd en3 sya.. ok.. sya faham apa yg cuba crow perjuangkan..

memang benar.. apa yg crow katakan itu.. cuma.. apabila bahasa sudah sebati.. maka tak kan hilang prktaan itu yg telah mnjd trend semasa..

pada pendapat sya.. rsanya mentaliti pmbaca (termasuk sya) mungkin agak kliru apa yg cuba crow sampaikan, huhu.. bukan apa, istilah kapel itu tetap wujud krana sudah sbati dgn masyrakat..

couple itu bahasa, krana bahasa itu boleh diperbaharui.. cuma hukum agama itu tetap dan tidak mgkin boleh diperbaharui..

tapi 1st time sya dgr org kalau cinta seseorang kena gelar kapel.. kalau saling mncintai, berpasangan sblum kahwin, barulah definisi kapel dari sgi bahasa..

apa yg penting, sperti kata crow.. jauhi apa2 yg mendekatkan zina.. hehe..

keep it up a good work ^_^

The Crow said...

@Aretikz

Aah.. bila kate cinta pasti kapel. budak kecik 12 tahun sampai la dah umur dewasa pun tak paham2 bende simple mcm ni. Susah nak mengekang dua perkataan ni cinta itu apa dan kapel itu apa.. Itu yg timbul pulak dah "kapel islamik". Hubungan olok-olok ala islam. koh3..

oh ye.. ade satu lg yg crow tak ringkaskan.

Aretikz : "kalau bercinta, sememangnya ada give and take.. dua2 ada flow.. maka disitulah yg berbahaya slagi bukn jalan yg diredhai.. dan yg diredhai hnya melalui jalan pernikahan.."

Crow ade bagu tahu dalam entri part 2 :

" Tidak dilihat (penyelesaian) bagi dua orang yang cinta-mencintai kecuali NIKAH " ( Riwayat Ibn Majah, al-Hakim, sohih menurut al-Hakim, As-Suyuti , Al-Jami' As-Soghir, no 7361, 4/397 cet Jahabersa)

dan

Syeikh Al-Munawi menegaskan ubat yang terbaik bagi pasangan yang sedang asyik bercinta dan kasih adalah Nikah ( Faidhul Qadir, 5/294)

Harap perkongsian kita di redhai Allah.. insyaallah..

(^____^)

HAJAR hasan said...

terbaik bro!! hujah yang mantap. suka and agree dgn pandangan u. semuanya berganutng kepada individu tu sendiri. bercinta lah dengan sesiapa sekalipun, tapi, perlu diingat ciinta kepada ALLAH cinta yang paling hakiki. :)

faiz said...

sebenarnya kalo kawan lelaki ngan perempua pon bley jatuh haram...xkisahla kapel ke tak...kalo perhubungan lelaki dan perempuan tu di luar batas dah boleh jatuh haram dan berdosa..

The Crow said...

@faiz

faiz, thanks komen!

Yang faiz faham itu benar. Tapi kurang tepat.

"sebenarnya kalo kawan lelaki ngan perempuan (berkawan tak akan haram sampai kiamat) pon bley jatuh haram (tak ade istilah jatuh haram pada berkawan)...xkisahla kapel (kapel = palsu) ke tak...kalo perhubungan lelaki dan perempuan tu di luar batas dah boleh jatuh haram dan berdosa(bukan jatuh haram, tapi memang jelas adalah haram)"

(^___^)

Solihin Zubir said...

apa yg aku nampak, hujah hang ni lebih ke arah hukum kepada perkataan 'couple'.. bukannya perbuatan couple yg haram tu.. dan membuatkan aku sdikit pening..

dan aku harap, org yg sdg asyik ber'couple' x mnarik nafas lega bila baca entry2 hang ni.. dan x menjadikan ini alasan utk depa terus berkapel dan bercintan-cintun hingga melebihi cinta kpd Allah..

The Crow said...

@Solihin Zubir

Betul lah ape yang solihin nampak tu. Takde satu sokongan pun yang crow entrikan kepada orang2 yg konon berkapel. Jadi harap takde pihak yg cuba memutar belit dan menarik nafas lega dengan ape yg crow sampaikan. Jadi jangan sekadar membaca. Tanyakan pada yang bijakpandai tentang agama islam.

Cerita entri crow ringkasnya begini:

Seorang perempuan jatuh cinta pada solihin. kemudian solihin dan perempuan tu pun mengishtiharkan kapel (gelaran olok-olok orang bercinta). Waktu ni tak boleh cakap haram sebab takde kemungkaran yg di lakukan. hanya terpesong dengan idealism kapel yang olok-olok tu.

Kemudian solihin dan perempuan tu mula berdating berdua-duan dan pegang tangan dan meluahkan isi hati yang mendayu-dayu. Waktu ni baru haram sebab dah melanggar hukum syarak.

Jadi care yang paling baik adalah kita menyedarkan masyarakat bahawa "berkapel itu perlu di mansuhkan pengertian kerana ia hubungan palsu yang tak pernah wujud dan sahih" Cara ini lebih masuk akal daripada kita kata "haram kapel" dan menimbulkan beribu persoalan kepada semua yang akhirnya mendatangkan was-was pada hukum.

Bila was-was pada hukum, maka muncul lah manusia terpesong akidah tampil menokok tambah "Kapel Islamik" sebagai bukti kapel itu wujud dgn cara islam. demn..

Crow ade tanye ustaz (jiran) dia tak jawab panjang lebar. Crow tanya "bang, budak2 skang kapel2 ni haram ke?" Dia jawap "berkapel tak pernah wujud dalam kaedah islam jadi mcm mane nak jelaskan hukum? Yang jelas haram adelah perkara yang mendatangkan dosa. Janganlah berkapel ni. Berkapel ni cuma sebahagian helah yahudi supaya islam mendekati yang haram."

Koh3... Yang haram itu telah di tetapkan dari Allah. Yang tak wujud itu jangan kita pandai-pandai reka atau setuju kewujudannya.

Jum solihin, kite mansuhkan pegertian/perkataan/gelaran 'kapel' yang di reka-reka yahudi ni. Abeh sesat semua akidah saudara kita.

(^_____^)

CIK GADIS said...

bg aku mcm tak konfem sma ada haram or tak..ada stengah pihak kta haram,ada yg kta xharam..jd seeloknya bgi aku,aku amek yg haram n xpyah buat.senang dismping elak tersungkur ke lembah maksiat..

p/s : erk!dh penutup ka?alaaa!pasneyh xleyh wat dh r..kerh3!

The Crow said...

@CIK GADIS

Kalau CG tak confirm sila rujuk pada yg bijak pandai. Sebab orang yg tak confirm ni sebenarnya die was-was. Risau nanti. Yang haram di tinggalkan dan tak haram pun di tinggalkan. Ini bercanggah dengan hukum. koh3..

p/s : abeh da. penat menjawab dan menerangkan sorang-sorang. Tapi akhirnya ade yg cuba faham. Syukur~ keh3..

(^_________^)

arjunasetia said...

'Say YES to COUPLE, Its Halal...

The Crow said...

@arjunasetia

Couple tak haram. Jauh sekali untuk halal. Kerana tak ada definasi tetap untuk berkapel. Jadi jauhkan sesuatu yang anda sendiri kurang jelas ye.

Jika halal, pasti ade nas dan hadis sahih. Jadi tolong elak kan berkapel. Ini ajaran yahudi.

(^_____^)

Muiz said...

couple islam tu camane plak?
contoh, berjalan berdua-duan berpegangan tangan smbil memakai glove?

The Crow said...

@Muiz

Byk blogger yg dah buat entri pasal 'soalan kera' tentang agama. Anda boleh search.

Tapi sy tak berapa setuju dgn entri2 mcm tu. Sbb manusia mmg punya soalan yang pelik2. Dan ini membezakan kita dengan kera.

Jadi jawapan yang paling baik tuk muiz. Pegang anjing dlm keadaan kering. Sentuh bukan muhrim dalam keadaan berlapik.

Dan kedua2 perkara ni dilakukan atas sebab yg kukuh dan baik. Dalam islam, perkara yang haram atau yang halal sesetengah perkara ada di kecualikan. Kerana keadaan hal adalah tidak tetap dan ia tertentu.

Sama ada guna glove atau kain. Ikut keadaan dan sebab tertentu. Dan hukum adalah harus. Sy rase muiz pun tahu di mana silapnya bila orang berkapel pegang tangan guna glove. Dan kelihatan amat bodoh kan? Bodoh kera kerana sifatnya. Bodoh manusia kerana perilakunya.

Couple Islam? Itu hanya rekaan. Jangan terpedaya dgn hal remeh temeh. Fikirkan.

Anonymous said...

saya ingin meminta izin untuk share ya ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...