January 17, 2011

Ciuman Pengantin. Ouch!


Baru-baru ni aku ade lepak dengan member. Dia adalah seorang fulltime jurufoto. Kebanyakan gambar yg dia ambil semestinya adalah gambar majlis perkahwinan. Banyak stock foto album yang dia simpan. Semuanya cantik-cantik.

Tapi banyak jugak album-album pengantin yg dah bersawang sebab pengantin masih berhutang dan tak nak ambil album tu. Pelik aku. Dah panggil jurufoto, kemudian tak nak pulak ambil album yg dah siap di proses tu. Kesian jugak member aku tu. Susah la dia nak cari makan mcm tu. Nak cover duit kos tuk album tu lagi. Aiseh..

Dalam pada aku membelek album-album tu. Agak-agak ape yang aku jumpe? Tak lain tak bukan. Aksi ciuman kasih sayang suami isteri dari mulut ke mulut. ahaha.. Cium mulot la. Aku tanye pada member aku. Kenapa kau ambil pose mcm ni? Die cakap, pose macam ni dah ramai lah yang buat. Dia samping tunjuk hasil-hasil jurufoto yg lain kat aku. Memang ramai. Aku tak pernah perasan pulak kewujudan aksi pengantin macam ni.

Bulan december lalu. Banyak Job member aku dapat. Hasil foto album yang terbaru bulan tu, aku dapat la belek-belek. Aku tengok banyak pulak gambar-gambar pose ciuman mcm tu. Trend ek? Aku yang tengok pun dah naik syok.. eh2.. dah naik segan pulak. Tapi kan, agaknya aku ni yang kolot kot. Orang melayu sekarang kalau dah nikah dah boleh cium mulut secara terbuka lah. Ye lah, tok kadi dah sign atas sijil. Mane ade ahli surau boleh serbu dorang. ahaha.

Aku rase biar kolot kot dari tak beradab. Memang lah akad sudah sah. Tapi hukum tetap haram. Agak-agak sape yang nak tegur hal-hal macam ni? Aku? aiseh.. aku solat pun kantoi.. Engkau je lah.. Ape? Kau pun tak bran? Takpe-takpe, ni bukan urusan aku dan engkau. Ini urusan Jabatan Agama Islam kan? hahaha.. Setel.. (Biase ler, lepas tangan..)

Mula-mula aku rase mcm nak upload je gambar cium pengantin-pengantin tu kat blog aku ni. Tapi dah jadi kes aib pulak. Taknak lah aku aibkan orang. Kata si kecil "Nak buat apa-apa kena fikir panjang dulu". Betul! Jadi, dari aku letak gambar tak senonoh. Baik aku letak gambar yang senonoh skit. lalala...


Kiss By Ellen Page


Aku harap Jurufoto kat luar sana yang mengilhamkan pose macam ni dalam hasil kerja mereka, tolong lah sama-sama memikirkan tentang agama. Jangan di belakangi. Nanti akhlak kita makin rosak secara halus. Tenung-tenungkan dan selamat berakal. ahaha..



(^__^)
-



6 comments:

aleen aiden said...

prasan jugak..slalunye orang simpan utk dorang je kot.tapi skang da ramai yg upload kat fb.xbesla..hu3

The Crow Empire said...

alin- xbest kan... susah nak cakap. klau sorang dua boleh di bendung. Tapi dah ramai sangat. Dunia dah tenat. Yang mana islam yang mana kristian? sama suda..

░♥si lampu neon♥░ said...

siyesly..aku tak pernah tau dan tak pernah dgr sal kes ni..wah wah wahh..comolot kan leh wat dalam kamar..nape nak amik gambar lakk..da macam foto lucah je..kalau sebar kat tenet kan da malu..ayoo


Check it out Entri Paling Best !
# Lelaki Menyampah Tengok Perempuan Nangis !#
# Dosa Orang Yang Suka Lambat Solat !#

The Crow Empire said...

aah. Memang tak pernah tau kan? tapi ni la hakikatnye. huhu. Mungkin sebab jurufoto yang lebih2 kot. haha.

De Mois said...

Ye3..salam perkenalan. Singgah & tinggal jejak kat sini..

Terbaru di SuaraSendiri
Utama : Perihal ubat nyamuk

~aYeeN & SuE~ said...

Salam..
yep..byk da pic cmni tuk psgn pengantin.mmg la x dosa.tp xyah cmpi nk ltk kt open website like fb.klu just tuk personal ok la..tp ni pndpt sy je.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...