February 8, 2011

Cerita Tentang Cinta


(Di nasihatkan supaya jangan bace. Tak penting. Ini sekadar luahan)


Di suatu hari,
Di kala alam sudah bermula,
Sebujur jasad kaku di tempa,
Maka jadi lah ia.
Dengan izin dan lafas
Lalu bangkit yang pertama,
Dan sekalian,
Tunduk bersujud ikhlas,
Dia
Adalah Hamba.
Hasil dari Maha Karya Cinta..

Dia yang pertama,
Di kurniakan sebesar pangkat tidak terperi,
Hidupnya bak Raja di sanjungi,
Di limpahi syurga alah fantasi,
Cukup segala dari Maha Pemberi.

Namun yang pertama,
Berlari-lari ke sana kemari,
Mencari-cari sesuatu tidak pasti,
Walau cukup segala,
Entah apa yang di nanti,
Sekalian cahaya turut simpati.

Kemudian itu,
Maha kuasa Maha Memahami,
Maka di rebahkan yang pertama
Menjadi tanya pada sekalian ada,
Adakah yang pertama tidak sempurna?
Atau hilang syukur pada pencipta?

Dia,
Yang pertama,
Terbujur kaku semula,
 Di carik belulang tampak kejam,
Tiada yang mengetahui peri caranya,
Cuma hasrat sayu bercerita.

Keajaiban hadir daripada Nya,
Atas lafas dan kata-kata,
Yang pertama itu bangkit semula.
Kebangkitan kali kedua,
Keadaan belulang tidak sempurna,

Maka di tanya kepada Maha Segala,
Mengapa yang pertama dilaku sedemikian,
Mengapa yang pertama anih di layan,

 Dengan senyuman,
"Aku hadirkan sesuatu" 

Dia Yang Pertama,
Di beri Adam namanya,
Di sebalik rahmat cukup segala,
Dia mula menjadi manusia,
Tidak seperti kamu wahai cahaya,
Yang pertama punya rasa dan cinta.

Sekalian masih terpinga,
Mengapa yang pertama di seksa?

Dengan senyuman,
"Aku hadirkan sesuatu"

Dia yang pertama,
Ku rebahkan jiwa dan raga,
Dan belulang itu,
Ini hasilnya..

Dengan Senyuman Yang Esa,
Tersenyum yang pertama,
Di sambut senyum sekalian yang ada,
Melihatkan keadaan belulang itu
Bertukar angun seri jelita.

Dia Yang Kedua,
Di beri Hawa namanya,
Di sebalik jiwa rintih yang pertama,
Aku hadirkan padanya,
Tidak seperti kamu wahai cahaya,
Yang kedua terhasil dari rasa.
Rasa cinta jiwa pertama..

Maka bersatulah kamu,
Wahai Adam dan Hawa,
Agar menjadi asal sempurna,
Dan dalam kesempurnaan ini,
Akan terbit butiran Cinta
Yang bakal memimpin alam dunia.

Namun,
Akan tiba di suatu hari nanti,
Seluruh cinta ini,
Kembali seperti yang pertama,

Berlari-lari ke sana kemari,
Mencari-cari sesuatu tidak pasti,
Walau cukup segala,
Entah apa yang di nanti,
Sekalian cahaya turut simpati.

Atas janji ini,
Ia pasti akan tiba,
Maka tatkala itu berlaku,
Kembalilah..

Kepada Ku semula...



Gambaran Adam dan Hawa (ni patung okeh)

Aku tersedar akan sesuatu. Atas rasa cinta Tuhan, maka Adam tercipta. Atas rasa cinta Adam, maka Hawa tercipta. Dan atas rasa cinta Adam dan Hawa, serata khalifah tercipta. Cinta itu bukan sekadar cinta. Kerana cinta itu bererti ketaatan. Khalifah (anak-anak) taat kepada Adam dan Hawa ( ibubapa), Hawa (isteri) taat kepada Adam (suami) dan Adam (hamba) taat kepada penciptanya (Allah S.W.T). Sedarlah.. Tuhan (Allah S.W.T) terlalu cinta (taat) pada Adam (hamba). Sedangkan tuhan itu memberi rahmat, memberi rezeki, memberi kasih sayang dan segalanya kepada Adam (hamba). Maha suci Allah.  Bertapa Unik putaran cerita di Alam Dunia. Renungkan kembali. Dan di suatu hari kelak, kita pasti melupai erti Cinta sebenar (taat). Maka ketika itu, kembali lah semua ke sisinya.. Allahuakhbar...

-TAMAT-


6 comments:

Amira Naddia said...

weh! lucah nye gambo !
aku pembace bawah umor taw dak!

The Crow Empire said...

Mira! - Tau.. heheh.. tapi tu patung jek.

(^____^)

Solihin Zubir said...

kisah adam dan hawa...
cintailah yg Maha Menyintai..
amboih! seksi patung tu..
err.. kakak! ke abang? haish! kompius btoi ngan gagak ni.. hahha..

The Crow Empire said...

Solihin Da Bro - erk? sy bro lah. heheh..

Sejarah blog ni :
ade 2,3 org blh open blog ni. tapi tak aktif.. entri lama di padam. Maka sy abang tepu yg layan blog ni bg aktif. kadang2 ade jgk 'kakak' yang open blog ni. heheh.. dulu ade nama "the Raven', 'black bird' dan sy 'the crow'. Dats why we call 'the crow empire'. Tapi masing2 lebih senang gune blog sendiri. awek the raven ni ade dalam salah satu yg sy follow. haha.. ni sume pasal nuff la. sini xde nuff. always nuff, nuff n nuff.. huh! keh2..

panjang sejarah. tapi tak jadi ape. kah2..

(^____^)

mOoN IzzaN said...

ok..tak baca...terus drop ke komen... hehehehe... :p

jahajahatable said...

ada juga yang diorang buat cerita pasal adam hawa...tengok kat u tube

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...