February 14, 2011

Hari Keputeraan Nabi Yang Terpuji (Edisi Mari Jawab Soalan!)

Sempena hari Keputeraan Nabi Muhammad s.a.w yang akan tiba. Apa kata kita sambut dengan sedikit perkara yang boleh meningkatkan pengetahuan dan pemahaman tentang siapa itu Nabi Muhammad s.a.w.

Jom! 

Kat bawah ni aku bagi 3 jenis soalan dan anda boleh jawab soalan di dalam kotak komen yang sempit, dah la sempit, kecik cinonet je plak tu. Huh! Tak puas nak komen byk2 tau tak? keh3.. gurau2. Korang boleh bagi jawapan kat kotak komen ye.

Korang boleh jawab mengikut fahaman sendiri. Jawab je ape yang korang tahu. Tak perlulah time aku soal mcm ni cepat-cepat pi gegar encik google dan tanya macam-macam. Sian kat en. google. Bagi la die rehat sekejap. keh3..


Baiklah! Tiga soalan adalah seperti berikut :

1- Siapakah yang memberi nama kepada Nabi Muhammad s.a.w semasa beliau lahir?
2- Apakah Nama Ibu yang melahirkan Nabi Muhammad s.a.w?
3- Jika anda di tanya Siapa itu Nabi Muhammad s.a.w, jawapan anda adalah? 


'Kacang goreng' je soalannye kan?

Ini entri sekadar suka-suka. Bukan contest ek. Pada yang sudi jawab, mula2 aku fikir nak letak kan link Blog korang selama 24 jam di blog aku. Tapi aku tak tau ape fungsi dan mcm mane nak buat. keh2.. Al-maklumlah blog aku ni baru lagi. Lagi pun raffic tak tinggi. Maaf yeh. Aku takde bende lain nak bagi. :)





Nota : Entri ni sekadar suka-suka. Bukan contest. Tapi di sebalik suka-suka ada manfaat dari nya. 


Jum nyanyi!
Sayang sayang Allah..
Sayang sayang nabi..
Sayang sayang ayah..
Sayang-sayang ibu..
Allah…


(^________^)

21 comments:

Raden said...

bgus la ang

weh, lagu tuh wujud ke?

A.I said...

ermmm.
saper bagi nama? atok baginda kot. betol tak??

ibunya: aminah kan?

soklan 3: beliau supposed to be our role model. okk?

neway best jugak. boleh aku test power otak aku! hahak.

Fariq Jalil said...

adeh aisha.. kenpa ade kot tu.. betul la datuk dia yg bagi.. abdul mutallib ibn Hashim

lak kenapa ade tanda soal kat nama mak baginda tu.. betul la tu. siti aminah bt abd wahab..

no.3 lak.. Nabi Muhammad adalah junjungan besar kita Nabi akhir zaman dan Nabi yg terakhir.. penghulu segala nabi..

The Crow said...

Mira! - Aah ade mira. lagu tu judulnya sayang-sayang by Huda. http://www.youtube.com/watch?v=Z5IYULMzJhM

Aisha - Thanx aisha!

Fariq IDH - Thanx fariq!

Ok, anyone? Ade bran tak nak jawab? heheh..

(^____^)

-Incek Fik- said...

Perbanyakkan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W kita sempena menyambut Maulidur Rasul. Lebih molek kalau diamalkan selalu.. InsyaAllah banyak ganjarannya..

Unknown said...

meh nak try jawab, tapi da terbace jawapan2 kat atas neh. hu~

So, jawapannye da tau la. Tapi nak jawab yang no 3 tu, actually memang nk jadikan Nabi Muhammad role model, tapi bile di tanye soklan2 camni tibe2 rase - sikitnye aku tau pasal Nabi, camne nk jadikan role model.

Pasni nk kaji lagi. Thanks 4 remind me

The Crow said...

Fikry Da Beijing bOyz - Yup, betul tu. Kalau mampu, istiqamah kan? (^__^)

What? - hehe thanx. Takpe, sikit2 ingat lebih baik dari tak igt lansung. hehe..

(^__^)

Fariq Jalil said...

dari ritu tertanya2.. ape benda IDH tu??kehkehkeh..

sedap je dgr lagu ya nabi salamun alaika ni..

The Crow said...

Fariq IDH- 'Fariq IN DA HOUSE'~ keh3..

Solihin Zubir said...

jawapan

1. Datuk nabi, Abd Mutalib..
2. Aminah..
3. Nabi Muhammad itu pesuruh Allah dan pemimpin umat Islam..

Salam Maulidur Rasul 1432H! :D

The Crow said...

Solihin Da Bro - Thanx bro! hehe

Salam Maulidur Rasul juga!

(^___^)

Unknown said...

sekarang ni selalu jadi orang yang hujung2 je komen..
merajuk la..
tak mau jawab!!
hahahh..
tetiba gedik ssemacam kan..
rasa nak lempang je...

meh nak jawab!!
1)Abdul mutalib-datuk
2)siti Aminah_ibu
3)pembawa rahmat ke seluruh alam..
(lirik lagu nasyid masa akak masuk pertandingan dulu..sebab tu akak ingat)

akak nak hadiah shawl boleh???

Fariq Jalil said...

kahkahkah.. akak diana.. shawl terus dia mintak.. XD

The Crow said...

Kaka Diana - heheh.. sok dah dapat streamyx mesti akak nye blog n komen laju. wuU~

Thanx kak diana~

Fariq IDH - keh3.. shawl tu mende? ahaha?

Unknown said...

betul la datuk dia yg bagi.. abdul mutallib ibn Hashim

lak kenapa ade tanda soal kat nama mak baginda tu.. betul la tu. siti aminah bt abd wahab..

no.3 lak.. Nabi Muhammad adalah junjungan besar kita Nabi akhir zaman dan Nabi yg terakhir.. penghulu segala nabi.

haaa.dah siap jawap.eh.kite meniru pulak.takpe ke?xpotong markah?


*teka tiru jawapan sape.ehehehe

The Crow said...

Fariq IDH - hek eleh.. Fariq2.. kenapa tiru jawapan Echah Fansuri ni?

keh3.. (^___^)

Thanx echah!

Ed Kousuke said...

nice entri.. nak jawab tapi jawapan kat atas semua dah betul..

salam kenal dari blogger baru

Ed Kousuke said...

lupa nak bagi link suruh lawat..

http://edkousuke.blogspot.com/

The Crow said...

ED - Okeh ed. i roger u. (^__^)

Unknown said...

dan2 tak tau shawl tu apa..!
huh!!

The Crow said...

Kaka Diana - Tehehe.. (^__^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...