February 17, 2011

Kenapa Saya Suka Siti Safiyyah Punya Contest

Kenapa? Kerana ceritanya begini.. Di zaman dahulu kala. Terdapat sebuah kerajan yang mahsyur tidak terperi. Takhta kerajaan itu di pangku oleh Yang Amat Mulia Baginda Seri Jejaka Terhangat yang sangat di geruni. Di sebabkan hangatnya baginda, maka baginda telah menakluki banyak jajahan sekali gus membesarkan lagi kuasa hangat baginda. Namun sehangat-hangat kuasa baginda, baginda punya satu masalah yang sangat besar. Masalah itu ialah berkaitan tentang puterinya yang masih belum lagi berkahwin. Puteri baginda itu bernama SitiSafiyyah. Risau benar baginda kerana mengikut ajaran kuno(syirik), kehangatan baginda akan beransur hilang jika puteri raja menjadi anak dara tua.


Api dan kuasa adalah milik Raja Terhangat! huahaha! Grrr!

Jadi Kak Diana selaku memanda menteri  mengumpulkan segala hamba rakyat. Maka raja beristihar, "Wahai rakyat jelata, atas kehangatan beta. Kalau tak mahu di bakar silalah tampil kehadapan. Sesiapa yang berani melalui ujian beta, maka beta kahwinkan dengan puteri tunggal beta. Ada bran?" Titah baginda kepada seluruh rakyat jelata.

Terketar-ketar, terkencing-kencing dan teryak-yak seluruh anak muda ketika itu kerana takut akan cabaran raja. Namun di waktu itu muncul tiga jejaka yang berani untuk berhadapan dengan raja. Jejaka pertama bernama AbdulFarique. Beliau adalah pengusaha kedai-kedai design terkemuka. Jejaka kedua bernama Redzuan-ridz. Beliau adalah penganalisis isu dan politik antarabangsa. Jejaka yang terakhir bernama Mr.Kerro. Beliau adalah penggodam teknologi berkomputer.

Tesimpul malu SitiSafiyyah ketika itu melihat bakal-bakal suaminya yang sangatlah berani dan kacak-kacak untuk tampil menyahut cabaran. "Erm.. kalau tak dapat AbdulFarique dapat Redzuan-ridz atau Mr.Kerro pun okeh lah~ hehehe.. malunye~ auch!" kata hati kecil puteri SitiSafiyyah.


A fire princess really need husband. Ouch~ 


Setelah jejaka-jejaka itu memperkenalkan diri masing-masing maka raja menitahkan ujian kepada ketiga-tiga pacar yang hina tu. keh3... "Heip.. Jangan gelak la The Flutberry. Ini Serius.." kata Raja Jejaka Terhangat. "Eherm..okeh, sorry raja..teruskan lah.." Balas The Flutberry selaku laksmana negeri.

Sebelum memulakan ujian. Ed kausuke selaku temenggong negeri memberitahu bahwa mereka harus menjawab 3 jenis ujian. Pertama Ujian Bahasa Melayu Kertas II, kedua Ujian Lukisan Kejuruteraan, dan ketiga Ujian Sains Asas. Kesemua ujian di syaratkan dengan di lakukan selama 1 jam 15 minit. Jika tak dapat menjawab sila angkat tangan dan keluar dari perkarangan dewan. Begitulah ketatnye syarat-syarat yang dikenakan kepada mereka bertiga.

Setelah selesai melalui ujian-ujian yang getir itu maka keputusan pun di istiharkan. Raja Jejaka Terhangat bangkit lalu bertitah. "Wahai AbdulFarique. Engkau telah lulus dalam Ujian Lukisan Kejuruteraan dan Ujian Bahasa Melayu Kertas II. Namun engkau gagal menjawab Ujian Sains Asas. Itulah. Banyak melukis dan layan seni sangat sampai lupa ilmu lain. koh3.." setelah mendengarkan hal itu maka beredar AbdulFarique teresak-esak.

Raja Memanggil yang kedua "Wahai Redzuan-ridz. Engkau telah lulus dalam Ujian Bahasa Melayu Kertas II dan Ujian Sains Asas. Namun engkau gagal menjawab Ujian Lukisan Kejuruteraan. Itulah. Banyak menganalisis dan layan politik sangat sampai lupa ilmu lain. koh3." setelah mendengarkan hal itu maka beredar Redzuan-ridz teresak-esak.

Raja memanggil yang ketiga "Wahai Mr.Kerro. Engkau telah lulus kesemua Ujian. Bagus. Namun engkau gagal! Kerana ada aduan mengatakan bahwa engkau telah mengodam semua jawapan. Itulah. Tinggi sangat bakat teknologi. Jangan salah guna okeh.. koh3.." setelah mendengarkan hal itu maka beredar Mr.Kerro teresak-esak.

Namun Raja memanggil semula ketiga-tiga jejaka itu dan bertitah "Kamu tidak layak mengahwini ananda beta. Tetapi beta terpaksa juga memilih salah seorang menantu Tip Top dari kamu untuk mengekalkan kuasa beta. Jadi untuk ujian yang terakhir. Kamu di beri masa sehingga 22hb Februari ini untuk menyiapkan sebuah karangan yang penuh pengisian tentang mengapa kamu mahu kahwini ananda beta. okeh? Chill ya!"

Sebelum perkarangan mulai bersurai, puterinya SitiSafiyyah bangkit dan berkata "Kamu bertiga ni rupe je kacak-kacak, jambu-jambu, maneh-maneh tapi ish3.. Jawab ujian pun fail. Tak sangka betul!" Ternyata rupa-rupanya AbdulFarique, Redzuan-ridz dan Mr. Kerro tidaklah seperti yang SitiSafiyyah bayangkan.


[Pengajaran yang boleh diambil iktibar bersama.]
-Jangan terburu-buru meneka dari luaran seseorang 
seperti yang lakukan oleh puteri.
- Jangan melakukan sesuatu yang melanggar syarat semasa menjawab peperiksaan.
- Jangan jadi seperti Raja. Kerana kuasa, sanggup memaksa anak 
berkahwin tanpa cinta yang tulus dan ikhlas.


Nota : Nama yang di link kan tu kire di tag la yeh. keh3.. Sila join. 
Jangan malu-malu. Buruk aih memalu ni~ keh3..


Join sini :

-Tamat-


23 comments:

Siti Safiyyah said...

tahniah! anda peserta ke5..ada harapan ni nak menang ni..gudluck ok. btw, suka part ni --> Kamu bertiga ni rupe je kacak-kacak, jambu-jambu, maneh-maneh tapi ish3.. Jawab ujian pun fail. Tak sangka betul!

bhahaha tak sangka btol..tak seindah rupa..;p

Cik Adza said...

*clap clap*

sy suka cerita nih.
knp sy xde bakat camni eyh?

The Crow Empire said...

Safiyyah - peh sdp name. keh3.. err.. kalau ade yg tak mengikut syarat sila bg tau yeh! huhu

Cik Adza - Mungkin kamu ada. Cuma belum di asah. hehe.. Jum ah adza join!

(^____^)

Jejaka Terhangat said...

wahh..aku jadi Raja..kehkeh..kiranya ada name kat situ..aku kena TAG gak la ni ek..ngehh..thanks utk nama aku akt contet ni..jadi raja tu..=p

Antara Teguran Direct Dan Indirect. Mana Satu Pilihan Anda?

Fariq said...

ceh crow.. kenapa ko buat cerita dongeng juga.. hancur sudah harapan ku.. kahkahkah..

jejaka terhangta tu akt contet pe?? kehkeh

papepon crow.. i loike....

Cik Adza said...

join?? aiyakkk~

minta maap laa yer SS.. hikhik

The Crow Empire said...

Jejaka TerhOt - heheh nasib baik ko paham. Sila la buat. Yeay!


Fariq IDH - erk? aritu aku tye dorang tak cakap pun ade klasifikasi cerita. keh3.. Buat cerita dongeng je paling senang. koh3.. Tapi cite ko best n lagi byk unsur komidi.



Cik Adza - Mai ah join~ tak kire. keh3..


(^_____^)

Fariq said...

komedi dah tak laku la crow. tuan kontest pun dah kata dia suka cerita ko.. sob3x..

hancur hatiku, mengenang dikau, menjadi keping2.. kehkeh

diana said...

erk...!!
mesti malam ni akak tak lena tidur ni..
akak tak de bakat menulis ni..
nanti nak perah stokin..
cari idea..

The Crow Empire said...

Fariq IDH - Belum pasti sbb juri ramai. keh3.. ape pun kite anggap je sbgi support usaha kawan2. koh3..


Kaka Diana - awak kak perah stokin? adeh.. Kak, nak bg tau.. KAK DIANA DI TAG!! buat2. jangan lari. keh3..

echah mashuri said...

perghh..crowwww...!terbaiklahh..dont judge books by its cover.ye dak?;p
alaa.fariq tuh mmg .ghupe je nsem.tapi perangai kacakk!;p

Ed Kousuke said...

haha.. terbaik la bro.. suka cita ni.. pengajaran pun byk.. tag tu ape dia?? maklum la blogger baru tak tau ape2..

AISHA INANI said...

wow!
klasik nauuu!
habis la aku kalah............
huahhhh!

nur aisya humaira said...

waoww2,TC berbakat membuat cerita...gud luck..!:)

aleen aiden said...

dah macam belajar komsas plak siap ade pengajaran.keh3
gud2. :P

Amira Naddia said...

byknye pengajaran...rabun nk bace

Ati Masrif said...

macam buat karangan saje..

bagi A ++ lah

^___^


Jom baca: 2 dari 5…Terharu…

Solihin Zubir said...

zaman dahulu kala pon dh ada exam2 camtu eh? haahha.. klakar btol!

echah mashuri said...

kenpa tidak berupdat crow?kamu ok kah?

Amira Naddia said...

gagak...oooo...gagak! mane kamu??!

surat kepada ibu mertua

redzuan said...

wah crow aku tabik dgn ang crow, mmg best la citer rekaan ang ni. aku da bca fariq punya n AI punya n yg lain semua punya cerita.

ang punya best la, ada harapan nk menang ni .

Merungkai Misteri Peradaban Kota Troy

che_wawa said...

sedih CW membace nyer...
peluang untuk CW menang nampak nyer mencecah ke arah ribut nie.. T___T

Siti Safiyyah said...

ehem datang nak bagitau result contest dah keluar..;p

hah TC menang ke?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...