February 4, 2012

Kelahiran Yang Terpuji (Edisi Mawlid An-Nabi)

Di dataran yang luas terbentang, dihuni oleh para cicit Adam dan Hawa. Di setiap mereka berlari kesana kemari. Mencari sesuatu untuk santapan serakah. Di antara sekalian manusia, punya kelas tersendiri. Ada yang berniaga namun bohong timbang-tara, ada yang menjadi isteri kepada kandungnya sendiri, ada yang mencabut nyawa karib kerana mahukan pelacur-palacur untuk disetubuhi dan ada yang masih kecil namun hanya dijadikan pengalas kaki.

Dalam situasi ini. Allah SWT  memberi tugas kepada hambanya yang terpilih. Kesemuanya 24 Rasul yang di warisi dari hari ke hari, tahun ke tahun, dan zaman ke zaman. Maka Rasul ini menjalani getir, memangku tugas di atas suruhan Allah SWT. Amat terperi ujian bagi laksana kebenaran. Namun begitu, manusia gah mengorak serakah. Rasul di cerca, di hina, di muslihat dan di fitnah. Sehingga 3 kitab di turunkan pada yang hak. Mengajar manusia erti mengenal siapa hamba dan siapa Tuhan. Namun manusia bersifat tidak akur. Malah berlumba untuk lebih berkuasa. Bongkak dan takbur mengasah kedudukan sehingga ada yang menginginkan tempat sebagai tuhan.

Kisah di atas adalah kisah-kisah yang lepas. Kisah yang mana kita semua tahu, bertapa wajar 24 Rasul diutus dan dibantu beratus kenabian untuk membendung akhlak, budaya dan sikap manusia. Namun malang, ianya masih tidak mampu untuk mengawal sifat dan onar manusia dari melansungkan kejahatan.

Dan akhirnya pada hari Isnin 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571M, Allah swt telah mengutuskan seorang hambaNya yang sangat hebat. Beliau maksum dan terpuji. Beliau  adalah yang dilantik menjadi Nabi Dan Rasul yang terakhir. Beliau juga adalah penerima wahyu dan penyampai hak 1 kitab terakhir. Beliau telah dijanjikan syurga dan yang pertama diangkat selepas hari kebangkitan kelak.

Begitu besar taraf beliau di sisi Allah. Beliau ini di beri nama Muhammad (Yang terpuji) oleh datuknya yang bernama Abdul Mutallib. Beliau berketurunan dari Bani Hashim (kabilah penjaga kunci kaabah).

Fikirkan sejenak. Siapakah itu Nabi Muhammad SAW? Beliau adalah pesuruh Allah. Beliau juga adalah hamba. Beliau juga mengalami kesulitan atas cerca dan khianat manusia. Namun beliau tidak pernah mengeluh. Beliau telah tetap imannya. Beliau tetap dengan tugasnya. Betapa besar cita dan semangat beliau untuk memimpin akhlak sekalian manusia.

Sehingga di hujung nyawa beliau terus menyebut "Ummati.. Ummati.. Ummati.." Maha suci Allah... Betapa besar rasa dan kasih beliau terhadap sekalian manusia.

Dan ingatlah rakan-rakan. Kita juga Hamba. Kita juga ada perkara yang perlu dicita dan dipimpin. Hidup ini bukan mainan. Bukan perkara yang Allah beri untuk dipersiakan. Dan disetiap dari nyawa dan roh yang berkeliaran dimuka bumi ini sudah tersirat akan takdir yang perlu dipikul dengan rasa tanggungjawab kerana kita adalah hambaNya.

Maha suci Allah telah menurunkan seorang hambaNya yang hebat iaitu Nabi Muhammad SAW bersama kumpulan cahaya (al-quran) bagi menerangi dan menyelamatkan manusia dari sifat mungkar kepada Maha Pencipta (Allah swt). Dan wajarlah sekalian manusia bagi menjulung hari kelahiran Baginda Rasulullah SAW untuk memperingati peristiwa segala jasa yang telah Rasulullah SAW lalui sepanjang menjadi pesuruh Allah dalam membimbing kita. Baginda di ibarat seorang ayah. Ayah yang benar-benar kasih akan sekalian anak-anaknya. Memberi bimbingan supaya kita semua seiringan masuk ke syurga Allah bersama Baginda kelak. 

Wallahu 'alam..


Sedikit perkongsian lagi : 
Pada suatu hari, ketika Aishah menjahit baju pada waktu sahur, tiba-tiba jarumnya terjatuh. Secara kebetulan, lampu yang dipasang sejak tadi dipasang telah malap.

Nabi Muhammad SAW masuk dalam kegelapan tetapi wajahnya yang bercahaya itu menyebabkan Aisyah berjaya mengutip kembali jarum yang terjatuh.

“Wahai Muhammad, alangkah bercahayanya wajahmu,” kata Aisyah.

Kemudian, dia menyambung, 

“Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?”

Nabi Muhammad SAW menjawab, “Orang yang bakhil.”

Aisyah bertanya lagi, “Siapakah orang yang bakhil?”

“Orang yang bakhil itu ialah orang yang tidak mengucap selawat ke atasku apabila mendengar namaku disebut,” jawab Nabi Muhammad SAW


Notadahi : Andai sesiapa ada mendengar sesiapa yang mengucapkan selawat "Allahumma salli 'ala saiyyidina Muhammad' Maka kita perlulah membalas dengan ucapan "Sallallahu alaihi wasallam".. :)



"SELAMAT MENYAMBUT HARI KELAHIRAN BAGINDA YANG TERPUJI  (RASULULLAH SAW)"








January 12, 2012

Status Facebook Untuk Cicit Adam


Dalam zaman moden dan serba canggih, Facebook telah memberi satu lonjakan baru kepada pelayar internet. Berdasarkan ciri yang terdapat di dalam laman Facebook, ia sesuai untuk digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Persoalannya, apakah yang membuatkan Facebook menjadi satu platform penting bagi pelayar internet?

Sosial. Yup. Satu jawapan yang jelas bahawa Facebook memberi ruang kepada pelayar internet untuk bersosial. Pengalaman Crow sendiri bersosial di laman internet sangat luas. Bermula dari zaman 'Myspace' yang dicipta oleh Abang TOM ANDERSON sekitar tahun 2003 hinggalah kepada laman Facebook yang lebih popular kini di tahun 2012. Perbezaanya, Myspace tidak mempunyai ruang 'Status' untuk di update.

Crow fikir, idea Facebook meletakkan ruangan update status adalah idea terbaik bagi mencatas laman sosial yang lain. Ruang dan cara untuk update status juga sangat mesra pengguna. Tak perlulah korang bersusah payah mencari idea ketika mengupdate status. Perhatikan pada kotak status itu sahaja, ia sudah tertera "What's on your mind?". Andai kata anda tak mampu untuk berfikir apa-apa, juga boleh update status seperti "I'm blurr.." atau "Wa buntu ni dher.." 

Mudahkan? Yes, mudah tetapi inilah kesilapan yang menampilkan kebodohan bersosial didalam dunia maya. Mengapa? Cuba anda update satu status yang ringkas dan tidak bermakna seperti "Aku lapa doh" dan lihat sendiri hasilnya. Yang jelas, jika anda mempunyai rakan yang matang berfikir atau tidak mengambil kisah pada hal-hal yang kecil. Mungkin status anda akan di 'LIKE' atau dikomen dengan mesra. Jika tidak, pasti ada diantara rakan anda akan menabur kata caci maki dan kritikan yang kurang membina dalam hati. Koh3.. Status ringkas tiada input itu bersepah kan? Ini baru bersosial.


FB : Ewah.. Main Poke2 pulak die.. wakaka..


Itu baru sebahagian status yang di update oleh rakan yang dikenali. Belum lagi tentang status-status 'Artis Wannabe'. Mesti lebih banyak kritikan yang diberi. Well, secara jujur crow sendiri kadangkala terfikir apa yang membuatkan kebayakan status yang telah di update oleh 'Artis Wannabe' ini begitu menarik minat ramai. Sebagai contoh, Yuyu Zulaikha dengan status seperti "adoii. pening kepala wa~ -.-" dah menghasilkan 500 like. Wow! Cool kan? Tapi apa yang 'cool' nye pun crow masih tak dapat fahami lagi. Cuma mungkin mereka 'LIKE' atas dasar meminati si gadis cilik ini. Kalau like kerana inputnya. Itu menipu.

Tidak kurang juga bagi yang mengstatuskan ayat agama, politik dan isu semasa. Dengan memberi pendapat atau berita bebas dalam 'kotak sempit' status juga sangat bermakna. Itu sebahagian cara untuk pelayar dalam rangkaian mengetahui dengan lebih lanjut tentang sesuatu isu secara percuma. Risikonya antara fakta atau auta. Koh3..

Crow juga perasan seperkara. Kebanyakan mereka yang mengstatuskan ayat-ayat cinta disaluti dengan alunan berbaur agama amat digemari oleh anak muda. Yup. -Same As Above- Risikonya hanya fakta atau auta. Bukan apa, Crow cuma risau.. Terlalu dibatinkan ayat cinta berkait agama mampu membuai hati dan perasaan. Difitrahnya kelak maksiat juga tidak dapat dielak. Ini realiti. Percayakan. Sujud lima waktu itu belum tentu dapat menahan nafsu. Inikan pula status agama yang mendayu-dayu. Pasti mendatangkan lebih angan belaka, kepada si dara atau teruna. Dan angan ini senjata syaitan. Elakkan. Status agama bukan barang mainan. (Oh ok. jika tak faham ini, sila simpan dalam hati).

Jadi walau apa jenis status yang cuba di update. Itu hak dan kebebasan anda. Kenapa? Kerana anda sendiri yang menanggungnya di akhirat kelak. Wallahu'alam.. Crow pun kalau update status atau bagi komen hanya guna kreativiti sendiri je. Takde had. Koh3.. Sekurang-kurangnya seperti entri ini, ada yang sudi tampil menegur. Itu membuatkan Crow rase Allah masih menyayangi diri ini dengan memberi teguran ringkas melalui hambanya.. Akhir kata, dunia untuk bersosial itu luas dan merata-rata. Apa yang kita lakukan walau sekecil perkara pasti ditimbang-tara. Memang kita bukan maksum, sekurang-kurangnya kita ada usaha untuk saling menasihati dan memperingati sesama sendiri. Jika tidak, siapa lagi? Kan? Assalamualaikum.. 



Notadahi : Comfirm lepas ni ade yang kata crow 'Haters' Yuyu Zulaikha. Koh3.. 
Kemain cetek akal yeh? 



*Apabila sudah lama tidak menaip. Point dalam entri pasti bersepah. 
Haaahaa.. Mood berlatih menaip. ^^






October 18, 2011

Makhluk Kejam Bernama Manusia Ibni Dajjal


Korang ingat lagi tak, suatu masa dulu ketika video-video '3GP' sedang 'TOP' dan memenuhi ruang memori kad korang dalam Handphone tu? Koh3.. Waktu tu, memang banyak video yang kejam dan tak berperikemanusian tersimpan dalam handphone. Antaranya seperti video tentang puak Taliban memotong kepala wartawan, aksi tragis kemalangan awek naik moto sehingga putus kaki dan banyak lagi lah.. Perghh.. Semuanya aksi tragisss, kejam dan mengerikan..

Semalam Crow terbaca entri kawan kita ni. Entri dia ada mempertontonkan satu video yang cukup membuktikan kekejaman kita yang bergelar 'manusia'. Kalau korang nak tonton atau nak tahu lebih lanjut, bolehlah ke blog beliau di SINI.




*Snapshoot video tersebut



Dah tonton? Kejam kan? Crow rase pertempuran perang diantara dua negara pun tak setanding kekejaman manusia yang hanya lalu lalang dalam video tu. Anak kecil tergelimpang hampir separuh mati akibat di gelek sebanyak 2 kali dengan kenderaan berkeberatan hampir 1 tan. Orang-orang dewasa hanya lalu dan melihat? Ahh.. Bangsat!!!  Banyak lagi video kat youtube ada memperlihatkan aksi kekejaman manusia yang jijik, bodoh, jahil dan bangsat!

Kejam.. Amat kejam.. Kenapa? Kenapa sebegitu kejam? Apa yang telah dipupuk dalam minda dan hati mereka sehingga hilang fitrah  dan rasa kasih mengasihi dalam jiwa???

Memang benarlah.. memberi minum pada anjing itu lebih mulia dari hanya berdiri dikalangan mereka yang tiada berperikemanusiaan..



Notadahi : Allah s.w.t telah menyingkirkan fitrah kasih dalam jiwa mereka 
seperti mana mereka menjahui jalan kebenaran dan tidak beriman kepadaNya. :(








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...