Jangkau jauh di sudut semesta
Alam seluruhnya paling indah
Bukti kekuasaan paling seni
Terbentuk atas sebuah senyuman
Sejak mula aku di tempa
Sehingga hadirkan sementara
Aku alpa
Tentang hasrat dan tujuan mulia
Dalam Jiwa ini
Punya sudut-sudut penuh hasrat
Namun binari itu tidak pernah ada penghujungnya
Yang berkehendak Seri Fansuri
Biar kias jadi omongan
Kerana hati belum puas
Biar pepatah jawab seloroh
Kerana jiwa penuh persoalan
Dan di setiap aku punya rasa yang sama
Sejak Mula Adam Tercipta
Sehingga Isa tamat segala
Ini jalan cerita
Tentang sebuah kehidupan
Di Alam Dunia
Syukur tuhan
Bila berkehendak maka jadi lah ia
Terima kasih Sang Hawa
Bila kesunyian maka hadir nya ia
Aih.. Macam ni lah aku.. Kalau aku berkecil hati dgn sesorang terus bertukar mood Jiwa-Jiwa. Tapi dalam kehidupan pasti ada pelbagai warna.. erm... nak pinjam bahu awek2 comel boleh? nak nangis.. sob2.. (ahaha blah la. pe barang nangis2. keh2..)

Comelnye la hai.. (^__^)
-Tammat-
