Kali ni crow nak buat entri syok sendiri. Wakaka..
(Eh? bukan ke semua entri crow syok sendiri?)
Ye ler.. Yew leww.. sob2..
Sabtu lepas crow membelanjakan beberapa ringgit untuk upgrade Dekstop PC peribadi crow. Hampir keseluruhan di upgrade walau bercampur dengan hardware lama. Ape yang crow upgrade? Jum kite tengok :
Selepas Upgrade
Intel Desktop Board Socket LGA1155
Core i3-2100 3.10ghz - Processor
4 Gb DDR3 of Ram
1 TB of HDD (lama)
NVIDIA Geforce 9600gt
Kenapa crow upgrade pc? Nak tahu sebabnya? Jum tonton video di bawah ni dulu :
Amacam? wakaka.. Kepada sesiapa yang suke main game. Cubalah game Assassins ni. Comfirm korang akan ketar lutut. Bermula dari Assassins, Assassins II dan Assassins Creed. Sekarang muncul Assassins Creed : Brotherhood.
Asssassins Brotherhood yang terbaru ni best kerana pada edisi lama, asssasins ni berjuang seorang diri sebagai pembunuh hendap. Tapi dalam edisi terbaru ni watak tidak berseorangan sebab boleh rekrut 12 orang awam yang di tindas untuk di jadikan assassins juga sebagai geng. Wakakaka..
Banyak kelainan yang ada dalam game Assassins ni. Effect membunuh yang dasyat dan berlainan cara bagi setiap jenis senjata. Map game yang sangat luas. Boleh tunggang kuda secara bebas. Watak assassins kerap melakukan aksi lompat dari tempat tinggi yang mampu membuatkan pemain terkencing dalam seluar. koh3..
Cubalah game ni! Syok habis!
Nota : Game ni untuk 18 tahun keatas sahaje. Sebab ade part half naked. Sikit je. koh3..
-Tamat-




