July 5, 2010

Esok



Menyelusuri hari ini
Pasti esok akan muncul
Dan jiwa masih kosong
Turut dibebani oleh
Jasad yang kotor
Dan di setiap kali aku
Melonjak masuk ke waktu-waktu
Yang lima
Masih tuli
Masih tidak tahu
Tidak mahu
Untuk bangkit
Menyucikan diri dan hati
Dengan rukun

Menyelusuri hari ini
Pasti esok akan muncul
Dan tenaga di kerah lagi
Mengais sesuap yang halal
Entah diredhai
Entahkan tidak
Dan aku masih membisu
Tidak pernah dipersoalkan
kepada yang arif
Tentang
aku dan rezekiku

Menyelusuri hari ini
Pasti esok akan muncul
Dan aku sunyi
Kerana aku berzahirkan Adam
Walau engkau mendamparkan
syurga
Masih tamak
Masih mahukan si dia
yang berbatinkan Hawa
Bukan turutan nafsu
Bukan seretan serakah
Cuma aku
Aku...
Aku mahu cukup sifat
Mahu ia cukup dan lengkap
Akan bilah rusukku
Agar aku menjadi aku
Agar aku tahu kebesaran mu

Dan kemudian itu

Menyelusuri hari ini
Adakah esok pasti akan muncul?


-tamat-










5 comments:

Anne Boleyn said...

wow! sajak yang cukup penuh makna. ini ciptaan awak sendiri ke?? kreatif lah awk ni. :)

The Crow Empire said...

Err.. yep. (^__^)

Syira ITIK KEJ♥M said...

huyoh huyoh

The Crow Empire said...

Syira!!! hehehe... (^__^)

.::~♥ღcik angkuh yg chumelsღ♥~::. said...

okey..saya mmg suka gagak hitam..sangat suka..dari dulu2 masa sekolah mnengah kat kg..
sebab rasa macam best..
saya menggunakan crow utk nama panggilan..email..dan macam-macam..
tapi saya sedikit sebanyak mengubah nama itu.
thecrowzy_nzr@yahoo.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...