July 22, 2012

Imam muda


Assalamualaikum,

Alhamdulillah kita masih bernafas dan dapat melalui hari pertama ibadah puasa. Bagi lelaki, berpuasa bukan sekadar fardhu. Malah disebalik puasa ini perlu dititik beratkan hukum dan kaedah berpuasa dengan betul. Ini kerana jika di izin oleh Allah kelak. Maka berguna ilmu berpuasa ini untuk disampaikan kepada si anak, isteri dan orang lain.

Kali ni crow nak cerita secara santai tentang lelaki yang bakal menjadi pemimpin. Pemimpin untuk diri, isteri, anak-anak, adik beradik dan kawan-kawan. Well, seorang lelaki tidak perlu menjadi 'lelaki' dalam erti kata lain menjadi seorang yang tampak kelakiannya seperti segak, tampan, maskulin dan badan berketul-ketul. kikiki. Tetapi lelaki perlu memperkuatkan daya mencari ilmu agama, mencari nafkah zahir, menyumbang kudrat dan hasil usaha dalam masyarakat, dan menjadi penyumbang ilmu kepada orang lain.




Bunyi macam "poyo" kan? haha.. Ya, poyo ketika masih hidup dan mewah dengan keduniaan. Akhir nanti bila nafas sudah di hujung kerongkong baru kita sedar apa yang kita lakukan selama ini sia-sia. Manusia am nya selalu begitu. Bila sudah hujung-hujung baru timbul kesedaran. Ada pula yang sudah timbul kesedaran awal namun hati mudah berbolak-balik. Jadi point-nya, apakah yang perlu kita kerjakan dalam hidup khususnya sebagai seorang lelaki? Mari fikirkan bersama..

Perempuan mana yang tidak tersentuh hati melihat lelaki yang kelihatan teguh imannya? Benarkah? Benarkah perempuan itu mentafsir ciri lelaki idaman dengan melihat perwatakan seorang lelaki yang berbaur agama? Benarkah jika seorang lelaki hodoh yang berkopiah dan 5 waktunya menghuni rumah-rumah Allah itu adalah ciri yang di cari wanita?

Adapun nafsu itu besar kemahuan dan hasratnya. Tidaklah yang buruk dan tiada cantik dimata dapat menarik perhatian nafsu-nafsu. Jadi fikirkan semula. Adakah kerana rupa dan perwatakannya atau sebenar-benar  ilmu agama yang didambakan oleh perempuan untuk lelaki itu dijadikan pembimbing? Dan benar.. Perempuan juga berhak mencari lelaki yang baik rupa parasnya. Tetapi didalam isu agama, mencari lelaki yang soleh itu dituntut. Namun carilah dengan nilai akal bukan dengan nafsu. Bukan semua lelaki bermula dengan kesolehan. Bukan semua lelaki berakhir dengan kesesatan. Yang membimbing itu tetap lelaki. Jika benar mahukan lelaki untuk dijadikan pembimbing, raikanlah bersama. Meniti ilmu dan kefahaman agama bersama. Menyokong usaha menegakkan agama bersama. Bukan bermurah hati mendabik kealiman lelaki kerana mengidamkan bimbingan yang soleh. Ingatlah, tiada jalan short-cut untuk ke syurga. 

Menjadi lelaki, perlu teguh hatinya. Seperti ramadhan ini yang Allah berikan untuk menguji kesabaran serta tanggungjawab lelaki islam sedunia. Di dalamnya, ada lelaki. Ya rasulullah menjadi penyampai keterangan berpuasa kepada semua. Di teruskan oleh lelaki-lelaki yang memperjuangkan haq sunnah tentang kewajiban berpuasa. Maka jika kita lelaki gagal dalam menyelesaikan tanggungjawab ini, terhanyutlah si ibu dan anak. Ternoda si perempuan dan kembali seperti sebelumnya. Seperti waktu-waktu jahiliyah.. Yang tidak berpuasa, lantas menurut hawa nafsu dan batilnya.  



Notadahi : Lelaki atau perempuan, masing-masing ada tanggungjawab
 yang perlu diuruskan didunia. Bukan mencari lelaki atau perempuan untuk memikul tanggungjawab kita. Lelaki memikul tanggungjawab membimbing. Perempuan membantu lelaki melaksanakan tanggungjawab. Kan suwit? kikiki..


-tamat-







7 comments:

Jeszyuu said...

Betul tu. Lelaki atau perempuan, masing punya tanggungjawab yg di amanahkan oleh Allah..

So sweetlah crow! Kikiki..

pUtEri sHaFieZa said...

yup..setuju sangat dengan pendapat crow..
yg penting,ape yg ditetapkan Allah untuk kite adalah yg terbaik.. :)

Anonymous said...

suwitt sngat2 =D insyallah sama2 doakan kearah kebaikan

Shiqin Sunshine said...

:tulis perempuan berhak dapatkan lelaki yang ada paras rupa :tepuk hikhikk

yelahh, klu bukan lelaki soleh[doesn't mean perfect] yg memimpin, tidak tahulah apa yang akan jd terhadap rumah tgga itu sndiri..


ok nice one ;)

The Everyting In My Life said...

masing2 ada tanggungjwb nya.. :)

http://youtu.be/Xooo4RTO_0I

The Crow said...

@Norashiqin Kamaruzaman :

Well. Semua orang takkan tahu apa yang akan jadi pd rumahtangga kelak. Sedangkan yang bujang jgk tak akan tahu takdir diri sendiri. Cuma yang penting, jangan memberi penilaian bahawa lelaki yang tidak soleh itu tidak boleh membimbing isteri. Sedangkan isteri lah pelembut hati suami. Kalau suami gagal menunaikan tanggungjawab, isterilah orang dekat dan mampu memujuk hati suami untuk lebih bertanggungjawab. Kalau si isteri tak mampu melembutkan hati suami. Doakan. Allah mendengar doa2 isteri yang solehah. Yang penting bukan siapa yang kita cari. Tapi siapa kita untuk mencari. Dan Allah telah berjanji tentang jodoh kita adalah terpulang pada ciri kita sendiri. Yang baik utk yg baik dan begitu sebaliknya. Ini bukan tentang ketidak sempurnaan. Ia tentang bagaimana kita hendak sempurnakan nya. :P

dRopPuc!noo™ said...

Alhamdulillah.. Cantik sungguh tulisan ni. Menaip dgn pikiran yg dalam, puas baca walau bertahun x update. :))

Moga kita dipermudahkan untuk jadi yg lebih baik dan dikurniakan perkara yg baik2..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...