December 31, 2010

Esok Lansung Kehidupan Baru

Hari ini 31 Disember 2010. Hari yang biasa. Tahun demi tahun juga biasa. Membesar dan berjuang demi diri sendiri. Aku kian dewasa. 2010 mesti di tinggalkan. Hukum alam yang unik. Biar apa kekuasaan cuba di lakukan. Pasti esok akan tiba. Aku manusia biasa. Menyelusuri hari-hari biasa.

Sepanjang 2010 tiada banyak ertinya. Semakin jauh menjadi sesuatu yang tidak munasabah. Mungkin kerana tiada haluan yang perlu di pegang. Yang perlu di genggam erat. Supaya menjadi sesuatu yang lebih beradab berdisiplin. Menjadi seseorang yang mampu mengawal amarah dan serakah. Mungkin aku.. manusia biasa. Tidak endah erti dunia.

Esok 2011 bakal menjelma. Menjelang 12 a.m adalah saat meninggalkan tahun semalam. Ianya biasa. Sambutan hanya pada mereka. Aku cuma biasa. Melalui hari-hari biasa.

Azam. Aku juga memikirkannya. Tiap kali tahun silih berganti. Wujud satu azam yang sama. Sejak kecil bila mula pandai berfikir, sehinggalah menjadi seorang lelaki dewasa kini. Aku cuma punya satu azam. Aku mahu menjadi lebih pintar dari semalam...

Namun, usaha apa yang aku lakukan. Sentiasa menjadi angin yang hanya berhembus tanpa tujuan. Deru membelasah seluruh taman sehingga bilau. Terkadang membayu bersama bahang.

Seseorang pernah berkata, "lakukan sesuatu dengan ikhlas , bukan dipaksa atau terpaksa" :)

Tidak kira tahun apa yang akan aku lalui. Dengan harapan aku lebih ikhlas hendaknya.

Semoga 2011 bakal menjadi tahun yang biasa buat ku lagi. Bersyukur kerana aku di panjangkan hayat.

"Selamat Tahun Baru Yang Ke 2011"

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...