July 18, 2012

Nafas Ramadhan



Assalamualaikum. 

Lama tak update blog. Yup. Mostly. Sikap blogger memang macam ni. Bikin blog cantik-cantik. Selang setahun bersawang. koh3.. Tapi takpalah. Blogging ni sebenarnya hobi. Mengisi entri cuma pada waktu kelapangan dan ada idea baru kan? haha. Ok skip. So kali ni Crow cuma nak share sedikit cerita tentang Ramadhan. Dengarnya, tahun ni tarikh melihat anak bulan jatuh pada 19 Julai 2012. Maknanya, sudah dekat untuk kita yang masih hidup ini melalui sekali lagi bulan yang penuh  barakah iaitu bulan ramadhan untuk tahun ini. InsyaAllah..

Asasnya, apa yang kita tahu pada bulan ramadhan adalah bulan wajib bagi umat islam berpuasa seperti yang disyariatkan. Well, puasa memang sinonim bagi manusia. Tak kira ape jenis kepercayaan, masing-masing ada cara dan pemahaman berpuasa mengikut kepercayaan agama sendiri. Cuma islam mengetengahkan cara berpuasa yang menuntut kelebihan dalam mengawal sifat dan sikap negatif bagi rohani dan jasmani. Crow tak mahu cerita pasal hukum dan cara berpuasa dengan betul. Korang yang masih belum faham sepenuhnya tentang puasa bolehlah rujuk pada kawan-kawan, google, ustaz/ustazah terdekat. 

Bulan ramadhan yang bakal tiba kali ni mendatangkan harapan kepada sesetengah dari kita. Mengumpul pahala sebanyak mungkin. Melakukan amal ibadah sebaik mungkin. Dengan harapan, ramadhan kali ini lebih bermakna. Kalau nak difikirkan, apa erti ramadhan jika tidak ada pahala disebaliknya? 

Masa dulu, sejak kecil aku cuma tahu berpuasa. Jangan makan lepas subuh. Boleh makan lepas maghrib. Ajak kawan pergi terawih. Lepas terawih, main mercun. Noktah. Maka diulang-ulang hal ini sehingga dewasa. Fadhilat puasa itu sendiri lansung aku tak mengerti. Dan untuk kefahaman semua, apabila kita melakukan sesuatu hal atas 'suruhan' tanpa kita teliti apa erti disebalik 'suruhan' itu. Maka pasti akan timbul perasaan muak, malas dan jenuh untuk diteruskan 'suruhan' itu. Benarkan?




Yang dewasa itu pandai-pandailah mencari pengertian sebenar berpuasa. Cuma bagi remaja dan kanak-kanak. Ibubapa sangat penting bagi memainkan peranan mereka mengetengahkan fadhilat puasa secara jelas supaya anak-anak tidak jahil berpuasa secara melulu dan kosong. Cuba korang pergi ke padang atau tempat yang ada anak muda sekitar 15 - 17 tahun. Tanyakan, mengapa mereka berpuasa dan apa yang mereka dapat dengan berpuasa. Crow yakin, terlalu ramai diantara mereka yang masih ternganga dengan pengertian berpuasa. Kenapa mereka begitu? Kerana ibubapa. Ibubapa yang kurang bijak dan kurang peka dalam isu kepentingan asas-asas agama. Jelas. Noktah.

Jadi, aku juga ada sedikit kebimbangan dalam hati. Aku masih muda, masih belum bernikah. Masih belum dianugerah oleh Allah, anak-anak yang perlu dididik. Andai suatu hari aku telah berkeluarga dan duduk didalam sebuah perahu. Jika aku tidak pandai mendayung. Maka terhanyut entah kemana. Akan karamlah aku sekeluarga. Mati. Sekelip mata. Jadi, menuntut ilmu agama itu perlu didahulukan oleh diri sendiri, kerana kita bakal menjadi pendidik dan melahirkan generasi seterusnya. 

Tahniah kepada anak muda yang pandai dan bersungguh mendalami hal agama. Dan kepada kawan-kawan yang seperti aku diluar sana. Allah masih beri umur untuk kita pelajari dan memdalami agama ini. Semoga kita menjadi guru dan pembimbing kepada insan lain suatu hari nanti. InsyaAllah.. Ilmu agama bukan untuk didebat. Tentang ilmu siapa lebih hebat? Tapi ilmu agama adalah untuk di kongsikan dan membimbing para saudara juga sahabat supaya tidak tersesat. Aku suka, bila ada seorang budak datang ke meja makan di warung-warung. Bukan meminta derma. Tetapi memberi 10 minit ucapan berunsur ilmu agama secara percuma. Semoga Allah memberkati mereka dan memanjangkan pahala ilmu yang mereka sampaikan. Amin ya rabb..



Al-fatihah buat arwah ayah kepada tunang adik perempuan crow yang baru pulang ke rahmatullah minggu lepas. Semoga beliau dicucuri rahmat oleh Allah swt dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.



Notadahi : 
Selagi masih ada nafas ini. Crow nak ucapkan, selamat menjalani ibadah puasa
di bulan ramadhan al-mubarak yang mulia nanti. InsyaAllah.. 
Kalau korang solat tu doa-doakan crow berjaya puasa penuh lagi tahun ni ye. hehe..



Download Jadual Waktu Imsak dan Berbuka
Klik Link Ini )



-Tamat-










7 comments:

The Everyting In My Life said...

Assalamualaikum crow...
selamat menyambut ramadhan yg mulia and panas. hehehe....jgn skip solat terawih! seronok tau...apa2 pun, za nk mt mf slh silap..moga umur yg pjg kita jumpa lagi....wakakakakakaka...
al fatihah!

Fariq Jalil said...

Puasa oh puasa.. barangkali tahun ni dpt la berpuasa bersama2 family setelah beberapa lama yg puasa bersama pada awal dan hujung ramadhan saja..

update done by gagak IDH.. koh3

N'Craft said...

puasa jauh dari family tahun ni -_-" yosh!!

Fariq Jalil said...

takpe rainys.. abam crow dekat je.. hahaha

Shiqin Sunshine said...

ucapan takziah buat tunang adik crow...

huhu, ilmu tu ada kat mana2, cuma antara nak ngn tak nak je... dan yg plg penting praktikkan ape yg kita belajar...


huhu selamat mnjlnkn ibadah puasa dengan sebaiknya!! :tepuk

Siti Safiyyah said...

kadang2 ada parents yg suruh anak buat tu buat ni tanpa nyatakan kenapa mereka kene buat. contohnya macam puasa ni lah. dan kadang2 jugak parents mengharap anaknya mencari sendiri kenapa mereka perlu buat perkara tu. dah acane? :haa


Salam Ramadhan big bro! hehe ;)

The Crow said...

Thanks semua yg komen. Like! tentang cara parents yg lepas2. itu ikhtibar dan pedoman. Harap kite blh jadi permulaan untuk mengubah dan menjadi pendidik yg baik pd anak2 kelak. Ini amanah. kalau kite boleh share ilmu dgn kawan tak kire di fb atau dimana, hafalkan dan istiqamahkan ilmu tu. cantik jgk klau esok2 kite dpt share dgn anak2. hehe.. Yang penting kite beri sokongan pada yang baru mula mencari ilmu, bukan tunjuk pandai pd mereka. kan? Yosh! haha :)

To: Fariq IDH.
Welkam back yow! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...