February 9, 2011

Aku Soal, Engkau Jawab? WTH?

Pernah rakan-rakan dunia realiti mengajukan soalan kepada aku. Namun mereka katakan jawapan aku tidak seperti yang mereka mahukan. Mengapa? Mereka mengujar tanya, jadi aku menjawab selamba. Ada yang kata, aku tidak faham soalan. Jadi aku jawab, engkau pernah faham jawapan? 

Apakah maksud Sayang? Aku jawab Tolong.
Apakah itu Ilmu? Aku jawab Air.
Apakah itu Cinta? Aku jawab Taat.
Apakah erti Lumrah? Aku jawab Takdir.
Apakah maksud Dunia? Aku jawab Cermin.
Apakah erti Sahabat? Aku jawab Cinta.
Apakah maksud Suami/Isteri? Aku jawab Hamba.
Apakah erti Bodoh? Aku jawab Nafsu.
Apakah erti Ikhlas? Aku jawab Akal.


Dan dia si pengikut dacing bertanyakan "Apakah erti Adil wahai The Crow (bukan nama sebenar)". Aku cuma menjawab.. "Kekal". "Mengapa? Bukan kah adil itu bermaksud sama rata atau tidak berat sebelah." Tegas pengikut dacing. Aku jawab "Itu bukan maksud. Itu tekaan. Adil bererti Kekal. Bukankah kekal itu tidak boleh di ubah, di cela dan di khuatiri? Itu lah sebenarnya adil". "Jadi apakah maksud Kekal pula? Adakah ia lumrah?" Aku menjawab. "Tidak. Kekal itu Allah S.W.T. adakah Allah itu lumrah? Engkau fikirkan lah semula apa erti Adil wahai pengikut dacing." 

Nota : Jadi, kepada rakan-rakan aku di luar sana. 
Jangan ajukan soalan jika tidak mahu faham jawapan.

(Maaf Sedikit Unsur Politik)



Apakah erti Cantik? Aku jawab Perempuan.


Sekian~

February 8, 2011

Cerita Tentang Cinta


(Di nasihatkan supaya jangan bace. Tak penting. Ini sekadar luahan)


Di suatu hari,
Di kala alam sudah bermula,
Sebujur jasad kaku di tempa,
Maka jadi lah ia.
Dengan izin dan lafas
Lalu bangkit yang pertama,
Dan sekalian,
Tunduk bersujud ikhlas,
Dia
Adalah Hamba.
Hasil dari Maha Karya Cinta..

Dia yang pertama,
Di kurniakan sebesar pangkat tidak terperi,
Hidupnya bak Raja di sanjungi,
Di limpahi syurga alah fantasi,
Cukup segala dari Maha Pemberi.

Namun yang pertama,
Berlari-lari ke sana kemari,
Mencari-cari sesuatu tidak pasti,
Walau cukup segala,
Entah apa yang di nanti,
Sekalian cahaya turut simpati.

Kemudian itu,
Maha kuasa Maha Memahami,
Maka di rebahkan yang pertama
Menjadi tanya pada sekalian ada,
Adakah yang pertama tidak sempurna?
Atau hilang syukur pada pencipta?

Dia,
Yang pertama,
Terbujur kaku semula,
 Di carik belulang tampak kejam,
Tiada yang mengetahui peri caranya,
Cuma hasrat sayu bercerita.

Keajaiban hadir daripada Nya,
Atas lafas dan kata-kata,
Yang pertama itu bangkit semula.
Kebangkitan kali kedua,
Keadaan belulang tidak sempurna,

Maka di tanya kepada Maha Segala,
Mengapa yang pertama dilaku sedemikian,
Mengapa yang pertama anih di layan,

 Dengan senyuman,
"Aku hadirkan sesuatu" 

Dia Yang Pertama,
Di beri Adam namanya,
Di sebalik rahmat cukup segala,
Dia mula menjadi manusia,
Tidak seperti kamu wahai cahaya,
Yang pertama punya rasa dan cinta.

Sekalian masih terpinga,
Mengapa yang pertama di seksa?

Dengan senyuman,
"Aku hadirkan sesuatu"

Dia yang pertama,
Ku rebahkan jiwa dan raga,
Dan belulang itu,
Ini hasilnya..

Dengan Senyuman Yang Esa,
Tersenyum yang pertama,
Di sambut senyum sekalian yang ada,
Melihatkan keadaan belulang itu
Bertukar angun seri jelita.

Dia Yang Kedua,
Di beri Hawa namanya,
Di sebalik jiwa rintih yang pertama,
Aku hadirkan padanya,
Tidak seperti kamu wahai cahaya,
Yang kedua terhasil dari rasa.
Rasa cinta jiwa pertama..

Maka bersatulah kamu,
Wahai Adam dan Hawa,
Agar menjadi asal sempurna,
Dan dalam kesempurnaan ini,
Akan terbit butiran Cinta
Yang bakal memimpin alam dunia.

Namun,
Akan tiba di suatu hari nanti,
Seluruh cinta ini,
Kembali seperti yang pertama,

Berlari-lari ke sana kemari,
Mencari-cari sesuatu tidak pasti,
Walau cukup segala,
Entah apa yang di nanti,
Sekalian cahaya turut simpati.

Atas janji ini,
Ia pasti akan tiba,
Maka tatkala itu berlaku,
Kembalilah..

Kepada Ku semula...



Gambaran Adam dan Hawa (ni patung okeh)

Aku tersedar akan sesuatu. Atas rasa cinta Tuhan, maka Adam tercipta. Atas rasa cinta Adam, maka Hawa tercipta. Dan atas rasa cinta Adam dan Hawa, serata khalifah tercipta. Cinta itu bukan sekadar cinta. Kerana cinta itu bererti ketaatan. Khalifah (anak-anak) taat kepada Adam dan Hawa ( ibubapa), Hawa (isteri) taat kepada Adam (suami) dan Adam (hamba) taat kepada penciptanya (Allah S.W.T). Sedarlah.. Tuhan (Allah S.W.T) terlalu cinta (taat) pada Adam (hamba). Sedangkan tuhan itu memberi rahmat, memberi rezeki, memberi kasih sayang dan segalanya kepada Adam (hamba). Maha suci Allah.  Bertapa Unik putaran cerita di Alam Dunia. Renungkan kembali. Dan di suatu hari kelak, kita pasti melupai erti Cinta sebenar (taat). Maka ketika itu, kembali lah semua ke sisinya.. Allahuakhbar...

-TAMAT-


February 7, 2011

Pujian Blogger Cantik (Edisi Balas Entri)

Hehehe.. Apsal aku buat entri ni? Of coz la aku ni dah takde keje lain. Keh3... Jadi, entri ni di buat adalah untuk mencatas entri dari blogger INI. Ahaha.. Saje je aku buat entri balas membalas. Kan lebih merapatkan siratulrahim. Tak gitu? heheh.. Jangan salah faham dah la yeh. keh2..

Ok, untuk memulakan perbahasan. Aku senang untuk menekankan di sini, pujian itu adalah perlu. Perkara yang di fokuskan adalah berunsur Pujian Cantik kepada Para Blogger. Pendapat aku ini tidak termaktub kepada hukum-hukum dalam islam semata. Aku juga melontarkan pendapat mengikut qiyas dan mantik. Logik akal.

Aku pun bukan pandai sangat bab2 agama. Tapi ape salah kalau kite share same2 kan? Ilmu nih. heheh.. Aku share Ilmu dgn korang. Korang  share la skit nuffnang. ha~ kan best. Ingat, tangan yang memberi adalah lebih baik dari tangan yang menerima tau. keh2...

Ah~ back to story, pelbagai pujian kepada fizikal manusia dari segi rupa paras adalah perkara biasa. Tapi ada di antara mereka juga tidak suka memuji secara rambang kerana menekan kan ayat ini "Don't jugde a book by its cover". Soal memuji atau tidak, ia tertakluk kepada terma dan syarat niat dan cara pujian itu di lontarkan.  Dan bagi aku, sesiapa itu harus memuji dan di puji. Tetapi perlu di tekankan dalam tahap ala-kat (ala kadar). Pujian berunsur humor atau menggalakkan senyuman bukankah lebih baik? 

Aku tertarik dengan petikan saudari Aishah Inani. Beliau mengutarakan petikan dari riwayat Abi Bakrah r.a :

“Daripada Abi Bakrah radiallahu anhu: Bahawa seorang lelaki telah memuji kebaikkan seorang lelaki yang lain di hadapan baginda nabi sallallahu alaihi wassalam,maka baginda pun berkata:
“Wahai lelaki,Kamu telah memancung tengkuk saudaramu sendiri”


Cube kite lihat yang ini. Dari riwayat Al-Bukhari dan Muslim pula :

Nabi S.A.W. tidak memuji di hadapan orang yang bersangkutan secara langsung, tapi di depan orang-orang lain dengan tujuan memotivasi mereka. Suatu hari, seorang Badui yang baru masuk Islam bertanya tentang Islam. Nabi menjawab bahwa Islam adalah shalat lima waktu, puasa, dan zakat. Maka Orang Badui itupun berjanji untuk menjalankan ketiganya dengan konsisten, tanpa menambahi atau menguranginya. Setelah Si Badui pergi, Nabi S.A.W. memujinya di hadapan para Sahabat, “Sungguh beruntung kalau ia benar-benar melakukan janjinya tadi.” Setelah itu beliau menambahi, “Barangsiapa yang ingin melihat penghuni surga, maka lihatlah Orang (Badui) tadi.” (HR.Al-Bukhari dan Muslim, dari Thalhah ra.) 

Jadi ape konklusi nya? Tanya lah sama band Hujan. Keh2.. haa~ gurau2.. Ape yang kite boleh faham di sini, dari petikan pertama seorang lelaki memuji seseorang di depan Rasullullah S.A.W dan pada petikan yang satu lagi, Rasullulllah S.A.W juga memuji seseorang di depan orang lain? Eh? What is going on?

Heheh.. aku pun tak tahu ape cerita sebenarnye. keh2... Tapi bagi pendapat aku, kedua-dua riwayat ini tidak memfokuskan teknik pujian yang sebenar dalam islam. Mungkin ada cerita di sebalik sabda Nabi S.A.W ini di riwayatkan. Bukan untuk di jadikan dalil bagi cara memuji.


Sape kah ini? Comelnye. keh2.. Datin ni Oi~

Pujian atas dasar cantik semata-mata adalah naluri biasa yang ada dalam diri setiap manusia. "Wah hensemnye mamat tu. Dah la hensem, Jambu macam Solihin pulak. Peh..." keh2.. Dari sini anda dapat lihat. Keunikan dalam memuji adalah berunsurkan dari pelbagai gaya. Ada yang niat hanya bergurau senda, ada yang betul-betul mengkagumi seninya ciptaan Allah SWT. Ada juga yang memuji dalam nada perli, puji berniat mengambil kesempatan ke atas nuffnang korang dan ada yang memuji sebab takut. so terpakse puji. keh3...

Watever it is. Puji lah dalam niat yang baik. Atas alasan apa dan mengapa anda memuji? Tepuk dada, tanya selera. Sekian sahaja isu perbahasan politik ini. Kesimpulannya, minyak tetap naik harga. Arghh.. Tension. Memang teramat mulia dan cantiknya keadaan harga minyak yang di atur kerajaan sekarang ini kan? (pujian nih) keh3...


Nota : 
Jangan pandang-pandang. 
Dari mata turun kehati,
Jangan di kenang-kenang,
Yang cantik juga berduri.

Korang tak perasan ke aku dah pandai gune 'Striketrough'? Macam ni "Striketrough" keh3...
Hebat tak!??

(^_____^)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...