December 30, 2012

Don't Give Up

Biarlah aku hidup. Atas mukabumi yang sementara ini, biarlah aku hidup.

Dulu, sewaktu kecil. Aku lebih suka pergi ke sekolah agama berbanding sekolah kebangsaan. Di sekolah agama banyak pengisian, fizikal juga rohani. Dulu, sewaktu kecil. Aku antara adik beradik yang paling kerap kene tibai dengan ibu. Ibu kata aku anak degil. Ibu kata aku tak suka disiplin. Ibu kata aku suka ikut suka. Dulu.. sewaktu kecil.

Dan disetiap hal ada keseimbangannya. Macam aku, ketika kecil sangat nakal. Oh, jahat itu lebih tepat. Jahat sangat. Sampai ibu banyak kali tangis. Aku suka keluar rumah ikut suka. Aku suka tibai ayam peliharaan orang. Aku pernah curi kat kedai basikal. Dan macam-macam lagi. Dengan menghantar aku ke sekolah agama, sedikit membuatkan jiwa ini ada keseimbangan. Bayangkan jika ibu tidak ambil peduli? Bayangkan jika di Malaysia tiada sekolah mendidik agama? Maka anak kecil yang terbiar kenakalan mampu membiakkan terus kejahatan.


walau siapa kita pada masa lalu
terimalah diri kita seadanya pada hari ini
kerana tanpa masa lalu
kita takkan berdiri untuk hari ini

kenangan…
walau pahit untuk dikenang
untuk dibuang terasa sayang



Hari ini sudah dewasa. Dalam dewasa melihat-lihat akan kelibat manusia yang hidup di merata-rata. Aku rasa, setiap manusia yang aku lihat depan mata, kesemua pasti mengakui pernah ada sejarah hitam dalam hidup. Persoalan yang timbul dari kotak pemikiran. Kenapa Allah menguji manusia dengan kesesatan yang membenam diri kearah kejahilan?

Jelas. Kerana dunia ini adalah sebatang jalan. Apabila kita sebut sahaja jalan. Maka fahamlah kita, bahawa sebatang jalan ada titik permulaan dan titik pengakhiran. Maka dunia ini adalah sementara. Yang apabila kita hidup kita akan mati. Yang apabila kita sudah involve, kita perlu selesaikan. Yang apabila sudah mulai, kita perlu sudahi. Dan sebatang jalan itu di sebut 'Nyawa'.

Ya. Hidup itu nyawa. Nyawa ini yg perlu kita bawa sehingga di ambil semula oleh petugasNya iaitu malaikat kelak.


Dan dalam keadaan bernyawa ini. Allah beri dua pilihan. Samada menjadi hamba yang bertaqwa atau menjadi hamba dalam kemungkaran. Oleh sebab itu, di setiap kita punya zaman gelap yg tersendiri. Fitrah kita. Tidakkan mengenal gula jika tiada garam. Tidakkan mengenal masin dan manis jika tiada tawar. Tidakkan mengenal gula, garam, manis, masin dan tawar jika tiada rasa. Ah.. Allah tidak pernah membiarkan kita. Cukup cantik segala yang tersedia di atas mukabumi ini untuk kita menilai kebesarannya. Juga Allah maha memahami akan setiap hambanya. Kita, yang selalu berbolak-balik hatinya. Yang selalu leka nikmatnya. Maka tersedia segala kebaikan dunia untuk kita sedarkan nyawa ini. Bahawa segala kesalahan itu ada penawarnya. Pintu taubat sentiasa Allah buka. Jadi kenapa Allah menghanyutkan kita dengan zaman silam yang jahil?

Kerana kita di anugerah kudrat. Kudrat yang menghasilkan usaha bagi mencari jalan menuju kepadaNya. Usaha mencari kebaikan dan usaha bagi meninggalkan kejahatan.

Dan kemudian seseorang bertanya. Jika Allah melalaikan aku. Maka aku lalai. Lalu aku mati dalam kelalaian bagaimana? Ia tidak adil bagi aku. Tidak sempat mencari kebaikan atas kemungkaran yang pernah dilakukan. Ya. Allah yang menetapkan segala-gala. Aku lalai juga ketetapan Dia !

Berpesan-pesanlah sesuatu kearah kebaikan. Kelalaian itu racun. Yang perlahan membunuh lalu membawa seribu kesengsaraan. Kita hidup bermasyarakat. Jika dua orang lalai maka seseorang perlu tampil bagi memberi teguran atas kelalaian. Walaupun yang menegur itu ada kelalaiannya yang tersendiri. Bertegurlah. Berpesanlah. Itu mengingatkan lantas menyedarkan hati yang sedang lalai. Dan dalam islam, kita semua saudara. Bertegurlah sesama saudara. Aku juga sedang mencuba. Mencuba untuk berpesan. Dan lebih baik mencuba dari berserah mati dengan sia-sia. Aku juga tidak sempurna imannya..

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 
“Wahai manusia! Dengar dan fahamilah sabdaku. Kamu tahu bahawa setiap orang Islam saudara (bertanggungjawab) kepada orang Islam yang lain. Sesungguhnya orang Islam bersaudara.”





Jadi, jika aku lalai. Bantulah aku. Jangan dibiar hingga terbiar. Jangan diabai hingga terus terlalai.. Aku juga seperti kamu. Ya kamu. Seperti kamu yang takut mati dalam kelalaian.


Notadahi : Wahai hati, kenapa begini. Siang kau marah, malam kau membenci. 
Wahai hati, kasihanilah aku. Jasad ini kaku, kerana menurut kata-kata mu.. Wahai hati..






2 comments:

Qawiyy Zulkifli said...

hmm :')

like this entry. taktahu nak kata apa dah. Tak apa crow. tak apa. semua ni tarbiyah!

May Allah ease you.

Anonymous said...

in youth we learn. in age we understand. these are the good old days you're going to miss in the years ahead. insya Allah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...