
Menyelusuri hari ini
Pasti esok akan muncul
Dan jiwa masih kosong
Turut dibebani oleh
Jasad yang kotor
Dan di setiap kali aku
Melonjak masuk ke waktu-waktu
Yang lima
Masih tuli
Masih tidak tahu
Tidak mahu
Untuk bangkit
Menyucikan diri dan hati
Dengan rukun
Menyelusuri hari ini
Pasti esok akan muncul
Dan tenaga di kerah lagi
Mengais sesuap yang halal
Entah diredhai
Entahkan tidak
Dan aku masih membisu
Tidak pernah dipersoalkan
kepada yang arif
Tentang
aku dan rezekiku
Menyelusuri hari ini
Pasti esok akan muncul
Dan aku sunyi
Kerana aku berzahirkan Adam
Walau engkau mendamparkan
syurga
Masih tamak
Masih mahukan si dia
yang berbatinkan Hawa
Bukan turutan nafsu
Bukan seretan serakah
Cuma aku
Aku...
Aku mahu cukup sifat
Mahu ia cukup dan lengkap
Akan bilah rusukku
Agar aku menjadi aku
Agar aku tahu kebesaran mu
Dan kemudian itu
Menyelusuri hari ini
Adakah esok pasti akan muncul?
-tamat-