May 14, 2011

Nafsu Wanita vs Akal Lelaki ?


Umum semua tahu akan keadaan akal dan nafsu golongan lelaki dan perempuan itu berbeza. Lelaki di kiaskan mempunyai 9 akal dan 1 nafsu, manakala perempuan pula mempunyai 9 nafsu dan 1 akal. Tapi tahukah korang apa yang di maksudkan dengan kiasan ini? Adakah nafsu bermaksud sesuatu yang negatif seperti keghairahan terhadap seks?  Adakah akal pula bermaksud sesuatu yang positif seperti bijaksana dalam membuat keputusan?

Crow dah dengar macam-macam pendapat dari rakan. Korang pun mesti dah pernah baca isu ini di laman-laman internet kan? Anggaplah ape yang crow cuba sampaikan dalam entri ni sekadar luahan pendapat untuk di kongsi bersama.

Berbalik pada tajuk. Crow tak nafikan, lelaki lebih ghairah menunjukkan sifat serakah pada umum. Lelaki lebih cenderung menerjah dunia pornography, lebih cenderung merosakkan akhlak wanita, dan lebih cenderung menurut nafsu dari akal. Manakala perempuan lebih ramai mementingkan ilmu, lebih ramai menjauhi jenayah dan lebih cenderung menggunakan akal.




Dari situ kita boleh fikirkan. Apakah kaitan antara nafsu dan akal. Bagi crow, tidak kira berapa jumlah akal atau nafsu ia tetap berdamping antara satu sama lain. Dengan kata lain, tidak ada akal maka kita tidak kenal apakah itu nafsu dan begitulah sebaliknya. Ia di ibarat sebagai satu pasangan dan satu penyatuan. Bahawa wujud nafsu dan akal bertujuan mengimbangi fitrah manusia.

Firman Allah:
Bagi lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan;
dan bagi wanita ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan.
(Maksud: an Nisaa':32)

Lelaki itu mengusahakan sesuatu dengan akal jasmani. Golongan ini lebih cenderung melihat suatu aspek dari sudut pandangan rasional, mantik dan logikal. Perempuan pula mengusahakan sesuatu dengan nafsu rohani. Golongan ini lebih cenderung melihat suatu aspek dari sudut perasaan dan emosi.

Namun ramai di antara kita yang masih kerap membuat tuduhan dan pendapat yang melulu. Dikatakan lelaki itu lebih menggunakan nafsu kerana lelaki adalah kaum pervert dan kaki rogol. koh3.. Perempuan pula di tuduh seorang yang bodoh dan 'jenis yang mudah' kerana mempunyai 1 akal. Kan? Kan? keh3..

Fitrah manusia, kedua-dua golongan mempunyai nafsu dan akal. Tetapi Allah s.w.t memisahkan beberapa perkara supaya apa yang golongan ini usahakan pasti memerlukan antara satu sama lain.

Lelaki berfikiran rasional. Bila serakah menguasai diri, 90% tempiasnya pada wanita. Wanita berfikir secara emosi. Bila dahagakan kasih sayang , 90% tempiasnya pada lelaki.

Lelaki itu merogol. Kerana rasionalnya wanita adalah tempat menempias nafsu. Wanita mementingkan cinta sejati dan lelaki adalah tempat menempias kasih sayangnya. Jadi di wajibkan keatas manusia diantara lelaki dan perempuan itu di hakkan berkahwin. Perkahwinan adalah penyatuan bagi mengimbangi fitrah lelaki dan wanita. Ini juga penyatuan antara rasional dan emosi.

Jika rasional itu di biar bersendiri. Akibatnya lebih ramai wanita di perkosa. Jika emosi itu di biar bersendiri. Akibatnya ramai wanita membunuh diri akibat putus cinta, membuang anak dan pelbagai lagi tanpa belas kasihan.

Bapa rasional yang paling besar adalah Iblis yang menguna akalnya membandingkan ciptaan Allah s.w.t seperti "Api lebih baik dari tanah". Namun Allah berfirman dalam surah At-Tinn, ayat 4 bermaksud "Sesungguhnya kami telah jadikan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian". 

Memang logik dan rasional kata iblis. Zat api lebih unik dan baik ciptaannya berbanding tanah. Namun Allah s.w.t itu maha bijaksana. Sebaik-baik kejadian itu adalah manusia iaitu merangkumi sifat dan fitrah yang saling melengkapi. Dari sini kita boleh lihat. Akal yang tinggi tidak bermaksud lengkap segala-gala. Akal hanya mampu mengandaikan dan mendalihkan sesuatu hak.




Kesimpulannya, Lelaki di kiaskan mempunyai 9 akal bagi melengkapi 1 akal wanita. Manakala wanita mempunyai 9 nafsu bagi melengkapi 1 nafsu lelaki. Maka tanggungjawab lelaki adalah memimpin wanita. Dan tanggungjawab wanita adalah mendampingi lelaki dengan kasih dan sayang. Kesinambungan ini menjadikan fitrah manusia lengkap dan sempurna. Terlalu banyak perkara yang crow ingin kongsikan supaya korang semua lebih jelas dan nampak akan penyataan kebesaran Allah s.w.t  terhadap ciptaan manusia. Insyaallah.. kalau ada masa, crow akan buat satu entri berkaitan kesempurnaan ciptaan lelaki dan perempuan. Special beb! keh3..


Nota : Ciptaan tuhan tidak melebihkan sesiapa. 
Tetapi ciptaan Allah s.w.t adalah untuk melengkapi 
antara satu sama lain supaya kita akur dan faham 
akan kebesaran Maha Pencipta. 



13 comments:

nur aisya humaira said...

Assalam TC...:)

nak senyum je..(^_____^)

feeza macho said...

panjang beno :fuh malas bce

lalalalla

hana said...

erm..
betol...
perempuan mmg penuh dgn emosi..
sebab tu kuasa talak jatuh kat lelaki..
kalau kt perempuan habes la...

momoi mee said...

betul2!!tp manusia slalu salah gunekan..haish =.='

feeza macho said...

siot kau crow pdm nme aku skunk =..=

Unknown said...

ha ah..
kan??
patutlah bila dah kawen ni akak
rasa idup akak ni dah serba lengkap dah...

TAPI abang lan rasa lengkap ke????
waakakakak...
harap2 gitu la...

Aretikz said...

Yezza.. itulah sebaik kejadian.. saling-melengkapi dalam setiap fitrah manusia.. hehe..

Azlan Strider said...

wah..btul2 research..aku pun xpenah terpikir smpai camni..hehehe

Regards,
-Strider-

Unknown said...

siapa kah feeza? teeetttt!! haha

tapi mmg. dari dulu pk, klau laki ade 9 akal n 1 nafsu, kenapa sentiase berfikir menggunakan nafsu.

feeza macho said...
This comment has been removed by the author.
faiz said...

btol tu..ciptaan tuhan xmelebihi sesiapa...kita ni dicipta saling melengkapi..

Solihin Zubir said...

yeah! pendek kata, laki dan perempuan saling memerlukan dan kena saling melengkapi menampung kekurangan masing2..

jgn asik nk salahkan sebelah pihak saja..

Unknown said...

crow..
apa nama web yang kamu suruh donlod tu..
hilang pulak komen kamu tu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...