May 4, 2011

Filem Arahan The Crow Picture -Cabaran Minggu 2-


Industri perfileman adalah satu cabang industri yang menjanjikan keuntungan jutaan ringgit. Ini kerana permintaan dan kehendak masyarakat terhadap industri perfileman amat tinggi.

Jika Crow sendiri di beri peluang untuk mengarah sebuah filem, sudah pasti peluang itu tidak akan di lepaskan. Crow juga mempunyai sebuah cerita impian yang ingin di adaptasi menjadi sebuah filem dan di mainkan di panggung-panggung seluruh tanah air. Nak tahu apakah filem yang crow ingin arahkan? Mari sama-sama kita saksikan sinopsis filem ala Crow! koh3..

Mei 2011
"Pemburu Cinta Gagak"
Sebuah Filem 3D Terbitan The Crow Empire 
Arahan The Crow


Sinopsis Filem

Sebuah filem mengisahkan tentang kehidupan seorang jejaka bernama Edward Crow. Edward Crow adalah seorang jejaka kacak, berketerampilan dan maskulin. Di sebabkan beliau sangat tampan, beliau telah di buru oleh empat orang gadis yang bernama Lis, Jue, Zeera dan Roz.

Perkenalan Edward Crow bersama empat orang gadis itu berlaku di dalam sebuah laman Blog kepunyaan Edward Crow. Keempat-empat gadis berkenaan telah menjadi follower dan rajin memberi komen kepada setiap entri di blog Edward Crow. Namun begitu, timbul kegusaran di hati Edward Crow kerana setiap komen yang di berikan oleh ke semua gadis itu pasti akan di akhiri dengan ayat "Not just following you here". Edward Crow yang berhati suci bertukar menjadi resah dan gusar, lebih-lebih lagi setelah rakan blogger lain membicarakan satu entri bertajuk "Stalker!!"

Kehidupan Edward berubah selepas beliau percaya bahawa beliau adalah mangsa buruan keempat-empat gadis berkenaan.

Suatu hari, perjumpaan di antara blogger diadakan di Ampang Park. Edward Crow turut menghadiri atas jemputan oleh seorang rakan blogger bernama Fariqscorpio. Tidak di sangka, majlis perjumpaan di antara blogger itu telah mempertemukan Edward Crow bersama empat gadis berkenaan. Maka bermulalah empat jenis epilog cinta berlainan rasa dan cara. Siapakah sebenarnya kesemua gadis itu? Adakah mereka  memburu cinta Edward Crow? Bagaimana Edward Crow menangani situasi bersama empat gadis? Nantikan kemunculan "Pemburu Cinta Gagak" Mei ini.


Para Pelakon

Crow - Edward Crow
Lis - Lisa Surihani
Jue - Juliana Evan
Zeera - Ummi Nazeera
Roz - Rozita Che Wan

Pelakon Undangan

Fariq - Fariqscorpio



Nota : Jangan saman saya. Saya orang susah.. kah3..

Sekian sahaja cabaran dari 100penulis minggu 2
-Tamat-

12 comments:

diana said...

pelakon wanita yang ramai..
dasar lelaki hidung polka dot.

The Crow Empire said...

@diana

Itu bukan lelaki hidung polka dot kak. Itu namenye demokrasi terpimpin. empat sekali harung. Peminat kompom datang pawagam. koh3..

(^___^)

Azlan Hasan said...

beb..aku nak masuk gak..hahaha..extra pun xpe la..hahahaha..

Regards,
-Strider-

Fariq said...

kalo cite camni aku dah tau dah ending dia camne,, rupanya 4 orang awek tu kekasih ati fariqscorpio. diorang stalk edward corw sebab pelik, muka edward crow sama macam edward cullen.. kehkehkeh :p

ghost writer said...

heroin nak yang mantap-mantap.

bagus2,tuh salah satu strategi pemasaran filem..

nak wat filem pon berjuta bang...

100penulis said...

meletop panggung wayang dengan punggung2 skali haa..

►AdamXis◄ said...

assalam...bahahah.siap ada list pelakon dan jalan cerita dh tuu...tabek laa inspektor crow...hehehe

Sarah said...

ahahahahaha!!!!! lawak la crow ni.. XD sarah pn dh sipakn cabaran mggu ke-2.. ngeee~

Solihin Zubir said...

cis!!!! pelakon2 nk yg hot je..
boya btoi..
x bleh jd gagak dh ni.. haha..

TheSyafiq Mokhtar said...

wahahaha pemburu cinta gagak!! haha

nur aisya humaira said...

TC,awat tak amik enot jdi pelakon utama???keh2

kalau nak lgi meletup, aisya boleh...hahaha

si macho said...

woii gila perasan =="

:muntahh

yg ni ter faham plak kann

demm demm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...