May 31, 2011

Hidup Cuma Sekali.


(Kepada manusia yang bosan dengan hidup)

Bosan?
Sesuatu yang lebih penting
Adalah berpaling tadah dari kehidupan biasa
Bukan bermaksud untuk lari dari keadaan normal
Juga bukan menjadi si pembelot kepada qada' dan qadar harian
Cuma harus lebih kreatif dan sentiasa berfikiran terbuka.

Jika kerja itu mesti di utamakan
Nescaya hanya kerja yang perlu di lakukan
Selalu begini..
Akhirnya tinggal apa untuk si tua nanti
Ya..
Kita pasti akan lalui zaman tua-tua kelak
Jika di izinkan yang Maha Esa..

Eh?
Tunggu sebentar
Bukankan pemikiran tadi lebih mementingkan diri?
Sepatutnya perlu di fikirkan
Apa yang tinggal untuk anak cucu nanti
Oh..
Kerana apa yang tinggal untuk si tua
Sudah pasti mati

Pernah orang kata
Bila mana menjadi kaya raya
Hei,
Bukan boleh di bawa ke kubur
Kerana di kuburan kelak
Tiada kedai Enterprise mahupun Sdn. Bhd. di buka
Untuk tiap kita membeli belah dengan hasil kerja semasa hidup
Jadi?
Buang masa berusaha untuk kaya raya di muka dunia

Sesetengahnya berkata..
Lebih baik bersederhana
Biar dunia mampu di pikul
Akhirat kelak mudah di jinjing
Hakikatnya..
Yang kaya lebih berusaha
Yang besederhana hanya di kedai kopi tiap jam 10 malam.
Yang miskin?
Punya 10 zuriat 
Yang berdaftar di pusat zakat.

Sahabat berkata tentang sesuatu
Apabila aku habis belajar kelak
Aku mahu bekerjaya
Agar hidup lebik baik
Supaya apa yang ibuku beri
Akan mampu di balas kembali

Satu persoalan cuba aku timbulkan
Untuk apa?

Aku berkata seraya lembut
Hidup sehingga tua
Mati
Bila engkau mahukan kehidupan yang lebih baik
Sebelum tua tiba
Engkau belajar demi kelak
Kerana mahu kehidupan lebih baik
Dan di setiap yang membantu engkau berjaya
Engkau akan balas seperti ibumu

Dan engkau
Jika berjaya seperti di atas
Dan akhirnya tua
Suatu hari..
Pasti sesuatu engkau merasa
Masih persoalkan..
Apa erti hidup ini..

Dan entahkan siapa yang tahu..
Cuma Al-Akhbar yang berkecuali..

Pelbagai persoalan yang timbul
Bila soal hidup ini muncul
Katakanlah wahai sahabat..
Alhamdulillah...




-Tamat-


18 comments:

Liyana Zahim said...

Lau kaye takyahlah kaye sgt asal duit tak terhad sgt da la.. Herher.. Yg miskin anak 14 la.. Lbh kot..

si macho said...

ta paham

-____________-

faiz said...

yg penting kita bersyukur dgn ape yg ade pada kita...btol tak?

Azlan Hasan said...

hehe..orang yang kaya hanya mempunyai pusara yang cantik di dunia..tapi yang paling penting adalah amalan yang dibawa.. :)

Regards,
-Strider-

diana said...

kehidupan yang lebih baik tu macam mana ye??
ada kereta besau rumah banglo
tapi masih mengharapkan kehidupan yang lebih baik..
sampai umur 90 pun masih berdoa pada tuhan mohon diberikan kehidupan yang lebih baik..
heheheh

The Crow said...

@Liyana Zahim

Lau kaye takyah kaye sangat? Err.. Same mcm bila kaya tapi kurang kaye? erk? atau kaye tapi tak kaya sangat? erk.. cane.. ta paham.. koh3.. ^_^

The Crow said...

@si macho

Agak da~ sob2..

-___________-

The Crow said...

@faiz

Simple. Syukur itu had kehidupan. Selagi kita tak bersyukur. kita pasti mahu lebih. heheh..

(^__^)

The Crow said...

@Azlan Hasan

Yup. Amalan ada dua. Dunia dan akhirat. Syukur itu perkara yang melambangkan ikhlas amalan kita. Dan alhamdulillah itu ajaran Allah s.w.t yang pertama pada hambanya adam. Walau hanya bersin. Kerana tuhan mahu kita bersyukur dengan apa yang kita ada. Dari sekecil bersin hingga pada seluruh kehidupan, mati, rezeki dan seluruh rahmatnya.

(^___^)

The Crow said...

@diana

Simple. Syukur itu had kehidupan. Selagi kita tak bersyukur. kita pasti mahu lebih. heheh..

Macam tu lah dalam kehidupan. Sentiasa mahukan sesuatu bila sudah mempunyai sesuatu. Doa memang baik. Tapi sudah tersirat dalam takdir apa yang akan di beri oleh tuhan kepada kita sehingga mati. Jadi yang terbaik. Bersyukur..

(^__^)

AISHA INANI said...

nice gagak.
betol dunia hanya dunia, bukan boleh bawak ke mana pon. tp tah susah nak terapkan dlm otak dunia tuh sementara sajaa. strive more for akhirat. hmm ;(

Fariq said...

puitis sungguh..
tertusuk diruang kalbu..
suka part kaya2 kat atas tu. hehe..
moga kita semua kaya dari segi amalan dan juga ilmu.. amin.

Aujinz said...

Kaya tak berapa nak kaya,
tapi bersyukur jer dengan apa yang ada..

Miskin tak berapa nak miskin, cukup segalanya tak meminta minta..

hue hue hue

RedVixen said...

orang yang bosan dengan hidup adalah orang tak guna. sebab tu dia rasa worthless...

Naddia said...

xpenah bosan idop sbb takot mati...

si macho said...

:D bhaha banyak lak mse dye nak balas komen XD . nak jual pix crow lalalla :lari

Azlan Hasan said...

Pesanan Penaja: aku tag ko kat entry aku.. :)

regards,
-Strider-

Rina Rossoneri said...

manusia susah nak bersyukur...
tahu mengeluh je...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...